Monday, May 27, 2013

Minimoon: Pulau Mabul, Semporna

Hari ni kami ke Pulau Mabul pulak, dari Jeti Semporna ke Pulau Mabul ambil masa lebih kurang 45 minit. Kami menginap di Mabul Backpackers. Hasrat mula-mula nak menginap di Uncle Chang, tapi memandangkan semua bilik dah fully booked, kami pasrah je la dengan Mabul Backpackers, nasib baik ok. 

Sebabkan hari ni tak banyak drama macam kat Bohey Dulang tu, so aku malas la nak tulis panjang-panjang, layan je la gambar-gambar pemandangan di sekitar Mabul yang sempat kitorg ambil masa jalan-jalan kat sekitar pulau tu.

Masa mula-mula sampai, kami disambut owner hostel ni. Macam-macam briefing dia kasi. Disebabkan hostel ni siang-siang takde letrik, so terpaksa la creative sikit untuk memenuhi aktiviti masa lapang. Jadi sementara nak tunggu trip snorkeling, kami pusing-pusing dalam pulau ni, berbekalkan map yang ada di ruang buletin hostel ni. 

Ha jom la kita! Sebelum tu, kami dah tanya kat brother yang keje kat hostel ni, boleh ke nak jalan-jalan kat kawasan SMART (Sipadan Mabul Resort) tu, dia cakap boleh je, walaupun kami tak berapa confident sebab ada signboard NO ENTRY, tapi belasah je la, kita buat-buat cam kite guest kat resort tu..huhuhu


Ni la rupa jalan kat dalam kawasan resort SMART ni, memang style kampung, dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang rapat-rapat, so sejuk la nak berjalan, walaupun matahari panas terik. Memang best la masa jalan tu!

Jalan dan jalan sampai la ternampak laut..

Cantik kan? cantik kan? 

Ok jom naik jeti ke water bungalow SMART ni pulak, tak dapat menginap pun tak pe la, asalkan dapat melihat-lihat hehehe

Dari sudut macam ni, nampak macam biasa je, kalau dapat gambar dari atas mungkin lagi lawa kot macam gambar promo dalam website diorg tu hehehe


Bot lama yang dah jadi bangkai

Ha amik, rasa tak sabar-sabar dah nak pegi snorkeling ni..air jernih gila!

Sebabkan dah tengahari buta, kitorg pun tak tahan panas, so cepat-cepat la balik semula ke hostel, sebab makanan tengahari akan dihidangkan, maklumlah lapar..tapi sayangnya tak berapa sedap! frust menonggeng sangat, jauh beza la makanan macam kat Redang kalong hari tu ;p

Sementara menghadap makan tengahari yang tak berapa sedap tu, hujan rintik-rintik mula turun, si budak bajau laut ni pulak kesian aku tengok, asyik mintak duit dan gula-gula je.

Nasib baik hujan tak lama, dalam 10 minit ada kot. Dalam pukul 2 kami naik bot dan ikut para-para divers sekalian pegi diving, tapi kami snorkeling je la, kesian gile..terpaksa la pegi lain kali dengan bergaya untuk scuba diving pulak. (Video snorkeling ada, tapi tak transfer lagi, harap bersabar)

Cuma satu je aku nak share, walaupun setakat snorkeling kat Mabul ni, macam-macam jenis ikan yang tak pernah tengok korang akan jumpa, seriusly tak sama macam kat Redang! memang OMG sangat! Yang divers semua tu, diorg naik bot je, gembira teramat sebab dapat jumpe turtles katanya, terpaksa tumpang gembira kejap!

Aku pun tak tau berapa jam kitorg pegi snorkeling, tapi tau-tau je balik perut dah lapar, nasib ada pisang goreng untuk dimakan. Memang terbaiklah makan pisang goreng sambil dapat baring kat hammock macam ni.


Dia pun nak jugak!

Tengah syok-syok baring kat hammock sambil amik gambar, tetiba datang budak bajau laut ni naik sampan dia keluar dari bawah hostel tu! (maklum la hostel atas air uols) oh mak kau..terkejut aku hahaha.. pastu asyik mintak duit je keje nye.. ha mai sini aku amik gambar hang dulu, sila pose!

Ha apa lagi, terus dia tunjuk skill terjun tiruk la, renang gaya duyung la, aku kagum hehehe

Ha lagi satu..pose atas sampan pulak..

Dah puas melayan budak bajau laut ni, perut pun dah kenyang diisi dengan pisang goreng, kitorg balik bilik dan mandi manda dulu, lepas ni nak tunggu sunset pulak. 

Kononnya nak duduk la dekat cafeteria hostel ni, sebab menghadap laut, tapi macam malas la pulak aku nak bertudung bagai, so aku bukak tingkap bilik, dan tadaaaa..eh boleh tahan gak view ni..ada la sikit benda nak jadi object dalam gambar..

View dari bilik twin kami..lawa tak? Lepas amik gambar, baring balik, sebab nak tunggu warna langit tukar warna lain pulak.. untungkan leh amik gambar dari bilik je?

Ha warna dah bertukar lain! Jom amik lagi..lihat pembiasan warna matahari kat atas air tu..lawa kan? 

Langit pun cantik..Subhannallah

Ok dah makin gelap.. waktu ni, bajau-bajau laut tu dah mula bawak bot diorg ke tengah laut sikit, masing-masing dah amik port untuk bermalam. Dan sebenarnya kat Pulau Mabul ni macam takde ombak pun, actually bunyi ombak pun takde! Patutla bajau laut ni tak heran nak buat rumah kat atas tanah kot, sebab air kat laut macam tenang je..walahualam..(teori aku je, jangan percaya!)




20 comments:

Henry Fox said...

SubhanaAllah! Cantik giler wehhhh! Satu yg menarik aku perasan. Kaki sape yg kurus tuh! Ahaks! Jom belajar diving!

Janggel / Rain said...

WAOW CANTIKNYA GAMBAR!!!! GAMBAR anak2 bajau laut tu terbaik! Tak ambik sorang jadi anak angkat ke? kekekke

Korang jalan kaki je ke kat pulau tu? takde ke basikal ke moto ker?

Gitew

zila said...

Cantiknya view sunset tu...takkan anak bajau tu awk adik dia yg masih baby tu naik sampan sama2 dgn dia? OMG!!!

Chawanna Na said...

HenryFox: Jom la kite dtg sini beramai2, kasi meriah hostel tu hahaha, agak2 bosan, kite leh terjun tiruk je dr bilik. Kaki iols la yg dikatakan kurus tu, tak kan la kaki Mak Jemah kot!!

Janggel: Anak sendiri pn tak terjaga, ada hati nk amik anak bajau laut hehehe..jalan kaki je kat pulau tu..moto tak da!

Zila: Memang lawa la sunset kat sana, tak dpt nk ckp cam mana, adik bajau laut tu mcm kecik sikit dari Aqilah, tapi steady je ikut kakak dia pi merata2, siap tolong ceduk air yg takung dlm sampan, takmo tengelam! kelas sgt..hahaha

Anash said...

gambar budak bajau tuh dengan clear sea ..nampak starfish (patrick kwn spongebob kah itu?)
sangattttt sangaaattttt cantikkkkk......

eh..perahu budak tuh dari kayu sebatang???

view lain...
adehhh..bernanah jab mata nenngok...
sangat cantik...Subahanallahhhhhhh...
nih baru alam dunia...

Orga said...

cantik giler wey...aku macam nak setuju je dengan teori ko, patutlah sini glamor dengan resort and rumah atas-atas laut, ombak tak berapa nak ada rupanya. memang advantage sangat dapat ambik gambar dari dalam bilik jer, tak yah susah payah kuar...

Biqque said...

aduh, tensi, tensi...cantik sungguh terasa menyesal dihati kerna tidak dpt pergi...nanti, kita usaha lagi ewah cak pong cak pong!

weh, kalo i, aku snorkeling tiap2 jam kat bawah bilik tu...hahaha! TAPI, kemanakah semua najis2 mereka??

Almiraz said...

Naa...

cantik2 gambar! as usual......taktau nak komen apa dah...mmg sentiasa cantik dan sedap je mata memandang bila masuk blog u nih...heheeh....bila nk date lagi? stok kacang tumbuk ada lagi?..hihi

masMZ KaKiJaLaN said...

Chawanna....

Okessss gambo mabeles gilessssss....... best kan snorkelling kat situ......


Biqque,

aiyooooo.... orang tak mandi bawah umah woooooo.... bdk2 kecik kat sana je.... kita kalu kang..... pitam!

Chawanna Na said...

Kak Anash: Jom la tansree, belanja kitorg ke mabul, duk hostel murah pun takpe.janji tansree bayor kekekeke

orga: Bangga kan jadi anak Malaysia..gitewww

Biq: AA kan ada, anytime je.. sisa buangan dr hostel & semua resort kt situ, tidak dibuang ke laut, so bersih la, kecuali org bajau laut tu la kot, tapi aritu cam takde pn

Chawanna Na said...

Almiraz: Puji melambong nih hehehe..skrg i bz sikit, tunggu dh tak bz boleh la kite deting lagi..

Masmz: Memang best, terjun je anytime hehehe

just azura! said...

mabul island adalah tempat yang mesti pergi sekali dalam seumur hidup, beside redang and perhentian.. and wajib sangat pandai berenang supaya bleh bertanding dengan buadak bajau laut tu.. ngehehe.. anyway, gambar memang cantik gila terasa seperti berada di sana.. thanks for sharing the pics!

Rozita said...

Gambar seperti biasalah..awesome !!! Cantik gambar anak bajau tuuu..

R.os said...

your pictures are awesome!

Antik Aina said...

cantik betulla gambar2 kat pulau mabul nii, tahniah dik,,

Anonymous said...

Anonymous said...
Hi...if anyone interested to have day trips or islands hoping in Semporna please contact me.
I have a budget tours, basically its a family owned business. I am Semporna's local but working in Kota Kinabalu, Sabah now, and the tours is run by my brothers at this moment. Basically we provide the transportation only i.e. boats and automobile to pick you guys up from any point i.e. Tawau airport, hotels etc.
Our boats are clean, fast, and operated by experienced and kind local men (powered by yamahas 200hp, 115hp, 40hp and 15hp each). So you can choose any type of boat you want. The price is negotiable depends on number of people, kids, number of visited islands etc.I am quite sure, you can't find any other better 'budget' transportation than us in terms of price, cleanliness, safety and variation of choice.
We can also help you to find the hotels or place to stay based on your budgets i.e. hotels, backpackers, 'inap desa' etc. Basically, we recommend Seafest hotel (Affordable, convenient, and clean) in this case.
We will provide some useful photos if needed.
some ideas of the price is for example (depends on the type of boat you want, and excluding hotels) is RM700-RM1500 to Mabul and Kapalai) with maximum passengers to 10 pax only.

Interested? Please email me for further information or advice on iman7175@yahoo.com OR ALTERNATIVELY give me a call/text message on 0178237707.

Hope to see you there soon. Iman.

Travel Archives said...

Great lookin' photos. Informative as well. New in blogging, permission to stalk your blog ;)

Anonymous said...

cantik sgt gambar ni semua..mmg terbaik..

Raiza Zalin said...

assalam kak. boleh dptkn email akak? sy nk tny psal trip akak ke sabah kt pulau2 tu. :)

The Travelling 3o said...

Terbaik gambar!! Nnt pegi nak try jugak pegi SMART tu walTerbaik gambar!!