Friday, May 10, 2013

Minimoon: Semporna Sabah

Hmm trip minimoon kami ni sepatutnye disertai sekali oleh Biqque dan Sharul, tapi malangnya atas kesulitan yang sedang dihadapi diorg, maka tak dapat la diorg nak turut serta. Chawanna pun sudah 50-50 untuk teruskan trip ini, semua gara-gara peristiwa Lahat Datu haritu. Kalau ikutkan plan asal, semua booking dah boleh buat masa Matta Fair Mac haritu, tapi kan aku dah cakap, aku 50-50 tak pasti berapa lama kes Lahat Datu tu nak selesai, so aku pun buat bodo je la sampai la masuk bulan April.

Mid April haritu, baru la aku terhegeh-hegeh email hostel dan chalet di Pulau Mabul, tapi sayangnya, mostly semua dah fully booked! Wah tak sangka sungguhkan, ingatkan tak ramai yang nak pergi. Adoi.. Aktiviti berbalas-balas email mencari tempat penginapan dan aktiviti berterusan hingga dua hari sebelum kami berlepas, dan nasib baik akhirnya dapat seperti yang kami mahukan.

Sebelum subuh 3 May haritu, kami dah sampai LCCT, flight jam 7 pagi. Perjalanan ke Tawau ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang flight aku tidur je..heran cam mana aku senang pulak nak tidur, selalunya memang susah la hehehehe.

gambar dari Instagram

Sampai je di Tawau dah pukul 10 lebih. Kononnya nak jalan-jalan kat airport tu, tapi apa pun takde kan..terus kitorg cari kaunter bas nak beli tiket ke Tawau. Katanya lebih mudah untuk dapatkan bas untuk ke Semporna dari pekan Tawau berbanding di airport ni.

Hmm dah jumpe kaunter tiket bus..
Kak, bus ke Tawau ada pukul berapa?? Aku tanya..
Jam 10.30 pagi ni ada..mau berapa?
Aku jawab, kasi 2 tiket la..nak tunggu bas nya di mana?? eh harga berapa?
Harga tiket dewasa Rm10. Bas nya di situ (sambil tunjuk ke arah bas kuning nun di seberang 2-3 batang jalan).tapi bas itu tiada aircond ya..
Aku jawab dengan confident..oh takpe janji bas tu pegi Tawau..sambil tersenyum gembira..
Cawan mencelah..berapa jam nak ke Tawau dari sini kak? lepas tu nak turun di mana?
Lebih kurang 1 jam, kamu mahu ke mana?
Cawan jawab, Semporna!
Kata kakak tiket bus tu, nanti saya bagitau driver suruh berhenti di stesen bas Semporna..
Oooo ok la macam tu..terima kasih.. (terus berlalu pergi)

Masa berjalan menuju ke bas..kitorg berdua tergelak-gelak sebab dah nampak dah bayang bas kuning ni, macam mini bus, TAPI TAKDA TINGKAP!! Oh tidakkkkkkkkk.. Kami masuk dalam bus, duduk betul-betul dekat dengan pintu bas, sambil tu tolak-tolak tingkap, kot la boleh terbukak ke..emmm hampeh..memang takde tingkap!! Hmm masak la macam ni..1 jam perjalanan kot, dah la panas..Kakak tiket tu patut bagitau macam ni sebenarnya tadi, bas tu tiada aircond dan tingkap dik! mau beli ke tak mau? ha tu yang sebetulnya!! 

Hmm maka naik la bas ni selama sejam, dalam panas-panas tu aku boleh tersenguk tertidor lagi dalam panas-panas tu.. memang masalah sungguh..seat bas sempit gila! Tak tau la design ikut saiz orang kerdil ke hapa. Cawan sampai kena senget sikit kaki kasi keluar hehehe.

Sampai je di satu stesen bas, driver bus mini ni jerit..Semporna! Semporna.. aku yang mamai-mamai ni cepat-cepat bangun dan turun. Tiba-tiba disapa sorang brader, tanya nak pergi Semporna ke? Aku cakap iye.. terus dia tunjuk kan kaunter tiket. Harga tiket RM10. Pastu abang tu suruh naik bas express warna putih/pink ni. Aku kaget. Bus ni ke bang? sambil tak percaya ada bus express...hahahaha.. Ha a..bas ni la..naik la..ikut nombor seat tu.. Aku dan Cawan terus berpandangan..lepas tu sama-sama cakap ALHAMDULLILAH..jauh ni nak pergi Semporna 2 jam lagi, nasib ada aircond!

Perjalanan keluar dari pekan Tawau menuju ke Semporna agak jem jugak..tak tau la depa buat apa,sampai jem..so aku pun sambung tidur balik. Cawan pun macam hairan pasai apa aku asyik nak tidur je, sambil cek-cek tin minuman, kot-kot la ada ubat tidur! Aku tidur pun nak heran..tah apa-apa!

Pemandangan dari rumah kedai dan jalan-jalan sempit tadi, mula bertukar kepada pemandangan hijau di kiri kanan jalan. Tapi semuanya pokok kelapa sawit, kereta pun tak banyak, tapi jalan rayanya di situ cantik, takde pulak lubang-lubang macam kat KL nih hehehehe.. sebabkan letih tengok kelapa sawit je, aku tidur lagi satu round! Gila balas dendam tidur nih..

Tiba-tiba rasa macam bas berhenti dan orang cakap-cakap kat depan. Assalamualaikum (kedengaran suara kat depan bas, kuat gila tapi slang Sabah bah..) aku bukak mata dan tengok..eh polis pulak dah, siap dengan senapang bagai.. pastu abang polis tu mintak semua keluarkan pengenalan diri IC ataupun passport. Dia terus ke belakang dulu, dan cek sorang-sorang!

Kat belakang kitorg rupa-rupanya ada pinoy, polis tengok passport dia dan tanya makcik tu "kamu boleh cakap melayu?" makcik pinoy jawab "boleh sikit-sikit".. tanya polis lagi "berapa lama sudah kamu di sini?" makcik pinoy jawab "19 tahun.." "aku baru darjah 2.." kata polis tu sambil gelak-gelak..aku pun tergelak sama.. ingatkan dah abis ditanya..pastu polis tu tanya lagi.. "tahun bila tu kamu masuk sini?" bilang makcik pinoy tu dalam tahun 1994 begitu!

Sampai turn aku dan Cawan, takde apa yg disoal selidik, maklum la IC biru uolssss..hehehe.. Dah selesai cek bas tu, abang polis turun, dan bas pun bergerak menuju Semporna. Sempat lagi aku mengusik Cawan.. bila lengan u nak ketul-ketul macam tu?.. Cawan buat aksi gengam dan lipat lengan dia..ni tak nampak yang ketul-ketul ni? tak nampak? cuba bersyukur sikit.. kata Cawan..Aku juih mulut.. hee tak kuasa betul lah..bila nak ubah tah! UBAH UBAH UBAH!! 

Budak bajau laut dua orang ni tak tau la sesat macam mana sampai sini.. aku turun je dari bas..terus terjah aku sebab nampak aku pegang tin air dan pringles, padahal dah kosong tin tu, aku ni pusing-pusing la cari tong sampah, budak berdua ni duk ikut sambil cakap apa tah.. tak paham la bahasa diorg.. sambil-sambil tu duk tarik-tarik tin tu dari aku..haih aku pun malas dikerumuni..terus aku lepaskan semua tin-tin kosong tu kat diorg.. kesian pun ada... Diorg ni memang tak reti mengalah..dah dapat tin kosong, diorg buang, sebab dah memang takde isi! pastu datang kat Cawan pulak mintak duit..datang sorang pakcik ni halau diorg, lepas tu pakcik tu stare je kat budak-budak ni dari jauh.. tau takut. Lepas tu diorg pangil geng, sorang lagi..berkomplot la tu, pastu duk tunjuk-tunjuk kat pakcik yg garang tu, pastu pandang Cawan hehehe..cute pun ada, maklum la budak kecik berkomplot kekekeke

Malam tu kami akan stay di Marina hotel, adalah dalam 500meter dari tempat bas tadi tu, tapi sebelum tu nak makan dulu, tanya orang kat situ, diorg suggest pegi restoran Seri Melur. Bila sampai kedai, tak tau nak order apa, lastly kami berdua order nasi goreng kampung je, mesti tepat pilihan kami!

20 minit tunggu nasi goreng kampung sampai, bila dah sampai, tengok rupa nasi macam ok, rasa pun ok, so makan la sampai licin tanpa sebarang syak wasangka yang aku bakal menghadapi bala dalam masa 1 jam lepas tu!

Lepas makan, terus check in hotel. Pekan Semporna ni kecik je, semua walking distance. Masa dalam bilik, aku dah mula rasa muka aku panas satu macam..rasa macam haba keluar dari muka ok! kat bahagian lain di badan ok je. dalam 30 minit kemudian, aku tengok muka aku merah semacam je..makin lama makin merah dan makin panas..ha sudah! sakit apa plak ni? selama ni tak penah plak kena macam ni!!! Lepas tu aku selak baju... ha amikkkk ko..penuh merah-merah satu badan, dah start gatal-gatal!! Ahhh apa pulak restoran tu taruk dalam nasi goreng kampung tadi tu!! lepas tu baru aku teringat, yang memang ada belacan dalam tu, tapi belacan tu merah semacam je, tak sama macam belacan kat rumah aku! Ahh kacau betul..aku ajak Cawan ke klinik, nasib baik sebelah hotel je.  

Jom makan ubat..huhuhu (instagram)

Sementara aku tunggu turn nak jumpa doctor, Cawan bersiar-siar kat luar, amik gambar..tak tau la apa benda..aku tengok macam takde apa je.. Jumlah bil kat klinik tadi cuma RM39 je! murah nak mampus.. Doctor tu pesan, aku tak leh makan seafood, maggi, belacan etc..dia cakap memang aku dah kena allergic ni. Aku siap request ubat paling power nak hilangkan merah menyala macam udang karang kena bakar nih!! hehehe

Best betul dapat duduk kat belakang macam ni..

Lepas keluar dari klinik, aku dan Cawan misi utama tadi ialah nak cari Dragon Inn yang floating resort tu, sebab esok trip island hopping kami kena tunggu di situ. Nasib la dekat je dari hotel yang kami menginap tu...pheww..

Bila dah jumpa tu, kami ronda-ronda la ke lain pulak, ada macam pasar tani, jual macam-macam sayuran dan hasil laut..tapi kami rasa macam kami yang warga asing, semua orang pandang kami atas bawah.. yang pastinya, yang berniaga di situ kebanyakkannya pinoy dan ada gak orang sulu kata penduduk tempatan.. agak kotor kawasan pasar tu.. kemudahan lain pun nampak daif di Semporna.

 Pejabat Pos Semporna

Kalau ikut hati aku, memang dah malas nak jalan, maklum la muka dah macam lobster bakar! tapi tau la Cawan tu..nak jugak jalan-jalan petang tu..

Pakcik ni suh Cawan beli ketam tu, tak ingat berapa ringgit, tapi murah la dari KL..sayangnya aku kan kena pantang makan seafood!! pffff..

Ikan ni cantik warnanya, kesian tengok diorang diperlakukan macam ni, tak tau boleh makan ke tak..isk isk..



Sayuran di jual nampak segar..alangkah bestnya kalau aku yang masak sendiri, sebab malam tu kami makan semua tawar dan tak pedas.. ya Allah tension betul rasanya!


Pukul 6 dah mula gelap, aku paksa gak Cawan balik ke hotel, sebab aku malas nak jalan-jalan, sebab tadi baru lepas hujan di Semporna, so jalan abis becak, aku pulak datang Semporna ni pakai slipar je..eiii geli tu tuhan je la yang tahu..balik hotel terus mandi sental kaki, pegi dinner di kedai sebelah Marina hotel tu..serius tak sedap..pastu apa lagi nak buat? hmm balik tidur la..malam-malam takde apa sangat aktiviti nak buat kat Semporna ni Jemah oiii..


Emm tak sabar nak tunggu hari esok..harap-harap cuaca cantik la..


Note: Hotel Marina tu kitorg amik bilik standard king, harga 1 malam RM 72.90, bilik bau hapak dan takde tingkap. Tahap kebersihan, aku kasi 5/10 sebab bilik air kurang bersih. Yang lain-lain semua cam biasa je. Sorry takde gambar diambil hehehe

21 comments:

f i d a j a c o b said...

Hahaha mmg takde aktiviti nak buat kat semporna jemah oi...

berkuntum je la kat bilik hotel kamu gitu konsep dia...

BTW nasib baik iols naik airport transfer keke.. harge masuk pakej katanya. hentam je lah.

and one more thing, takleh nak makan food kat sana.. entah tak masuk kot.. in the end, balik KL kurus. bahahah. berangan je la nii...

Naramas Aman said...

Saya suka tengok ikan di Sabah, warnanya biru, pink, hijau...cantik-cantik.

Biqque said...

alahai, tu parrot fish tu, sian plak rasa nak makan sbb i mmg suka salt water marine fish ni (teringat dulu i bela puffer fish, sharul bela lion fish) sob sob...

u allergic lagi? dulu bengkak mata, sian tul kat u. jenuh gak if jadi kat obersi kan?

dari cite u ni, rasa asing la kalo kita pi semporna tu ek? mmg dah sah2 warga lain tu, tak mcm negara sendiri plak.

mana gambar hotel? ok tak hotelnyer?

sila sambung cepat. tak sabar nak tgk kebiruan dan kehijauan air...

Chawanna Na said...

Fida: Memang aku berkuntum2 dlm bilik tu..hai bab makan tu memang lain kali aku bawak cili api dan kicap siap2 la..agak fail di situ hahahah

Kak Naramas: Saya juga suka :)

Biq: Ha la allergic lagi! Kali ni merah plak, aritu bengkak mata kt GC tu.. selalu time bawak ubat,dia tak jadi, ni i tak bwak ubat, jadi pulak..sabar je la.. Ye memang asing benor rasanya..hotel pun biasa2 je..

Irfa said...

emm apa nak komen ye?nampak macam percutian yang banyak msalah je.hihi
bas takde ekon dan takde tingkap?
aduhai..sabar jelah

risau kalau kena sakit ditpt orang
sib baik bil murah je kalau oversea omputeh mesti lagi mahal kan>

okey..sambung ye

Anash said...

tengah tunggu gambo langit biru
laut biru
errr...
mesti lawa gileeee....


dah kurang eh elegik tuh???



Janggel / Rain said...

Comelnya bas kuning, kalo kite semua naik mesti meriah!
Ikan biru tu boleh makan????

Gitew ada aksi2 romantik gitewww. Maklumla minimoon katanya.

Orga said...

alo~...ruginyer, ko memang alergic ke na? sedap woo makan seafood, tambah makan dekat sini, giler heaven...murah-murah!

Henry Fox said...

mana gambar bukti ko kene alergik weh? nak tgk pls!!! ngeh ngeh ngeh...

Farikica said...

Nasib baik perjalanan 1 jam..kalau berjam2..mau pengsan duduk dalm bas rupa tuh..design mcm bas beraircond.. tp kalau x naik bas tu, ada alternatif lain ke nak ke samporna? Gambar hotel Marina tu x ada ka?

Almiraz said...

Naa,

kalau I pun bawak sambal kering ikan bilis la jawabnya...sini mesti nk mkn takleh nk masuk...eh, tapi bolehla kurus ek?...

I belum sampai sini lagi but the pictures u taruk dlm ig tu lawa2 jugak...

Chawanna Na said...

Irfa: Hehehe..nk kata masalah tu tak la kot, tapi lebih kepada cabaran sb tidak berekon dan bertingkap dan alergic wuhuhuhuh

Kak ANash: Tgh gigih pilih gambor2 nih..sabar ye..allergic dh kurang lama dah

Janggel: Mana ada aksi romantik..sengal!

Orga: AKu ni allergic tak tentu masa..suka ati dia je kalau nk kena, tp mostly kena time travel..memang dengki sangat.

Chawanna Na said...

Henry: Gambar aku kena allergic takde la aku amik,hodoh kot merah semua! ko nk tgk sebab nk TOLONG gelak kan?

Farikica: Alternatif lain sewa teksi atau suh org hotel/hostel pick up naik van. Gambar hotel tak amik, sebab sampai je terus landing..maklum la dah start gatal2 kena allergic hehehe

Almiraz: Sumpah i pn akan bawak ikan bilis siap ngn cili api lagi! tak leh telan kalau tak pedas..resah betui rasanya..

Azian Elias said...

MASYALLAHHH..it's so damn beautiful. tak rugi lah ye panjat tinggi2. the view sangat2 awesome..

Anonymous said...

Saya org semporna...memang kalau orang semenanjung datang sempotna x masuk sikit bab makan2...peace!!^^

Saifuddin Amir said...

Awak salah pilih tempat ni..

Anonymous said...

Bandar Tawau bukan pekan. Tinggal Seafest Hotel best . mkn senang , jalan2 pun senang . berbaloi tinggal hotel ni

cici syukre said...

semporna yg sedap mmg seafood. try dkt seafest ka.. floating.. atau anjung paghalian.. teramattla nyaman..

cici syukre said...

pastu marina hotel..
mmg hotel bajet kot hee peace.
(marina hotel ni kira baru.. bangunan baru d semporna..)
hotel yg nyaman.. mcm seafest hotel.. han palace atau flaoting hehe.. selamat dtg ke semporna.. pastu antara tmpt yg kena lawat kt semporna mcm bukit tengkorak, anjung warisan, probosics , n pulau2... dia sipadan.. mabul.. klu tengok maldives la hee.. itu je yg ade d semporna.

cici syukre said...

pastu marina hotel..
mmg hotel bajet kot hee peace.
(marina hotel ni kira baru.. bangunan baru d semporna..)
hotel yg nyaman.. mcm seafest hotel.. han palace atau flaoting hehe.. selamat dtg ke semporna.. pastu antara tmpt yg kena lawat kt semporna mcm bukit tengkorak, anjung warisan, probosics , n pulau2... dia sipadan.. mabul.. klu tengok maldives la hee.. itu je yg ade d semporna.

cici syukre said...

semporna yg sedap mmg seafood. try dkt seafest ka.. floating.. atau anjung paghalian.. teramattla nyaman..