Friday, June 10, 2011

Kiwi-Land & KL Gangster

Belum lagi selesai dengan Kiwi-Land, sekarang dah mula menyibuk diri dengan Europe pulak.. and beberapa hari ni, Cawan dah menambahkan pening kepala aku dan mengasak-gasak kepalaku dengan Japan & Korea pulak..Apa kes der..? Siapa yang travelholic nih?? Satu-satu beb, lu ada goyang ka?? (Ayat pinjam dari KL Gangster hik hik hik)


Ok berbalik kepada cerita Kiwi-land, 2 hari sudah, aku dah tukar RM ke NZ Dollar, dengan rate yang boleh tahan mahal, RM 2.47 = NZD 1!! Dan hari ni, dah naik jadi RM 2.50 untuk NZD 1!! (lagi mahal!!) So geng yang nak ke NZ, cepat-cepat tukar duit anda, karang tak pasal naik tinggi lagi..LAGI susah!!

Accomodation untuk NZ dah mula dibooking, sebab tak berani nak tunggu kendian hari, satunya sebab pegi time World Cup Rugby yang akan berlangsung September ni (time aku pegi le tu), takut full nanti, mana plak nak merempat kan?.. keduanya sebab currency NZD makin mahal. Kalau selesai bab accomodation ni, kurang sikit serabut kat otak ni.
Car rental dah selesai awal-awal lagi. Pasal itinerary, rasanya takde perubahan dah kot. Info berkaitan dengan NZ dah mula dikumpul. Yang lain tingal tang gadget je, kot-kot la nak tambah sebarang dua (emm ada fulus ke??)..

--------------------------------------
Iklan..

Malam tadi lepas kerja, pegi tengok KL Gangster. Filem ke 2 melayu yang aku tengok lepas Hikayat Merong Mahawangsa untuk tahun 2011. Filem melayu terakhir tengok kat pawangam rasenya tahun 2003-2004 kot, masa kat university dulu huhuhu.. Nasib la tidak menghampakan, jalan cerita boleh tahan, cerita berdasarkan gangsterism. Dialog memang macam samseng, pas tu tak de adegan bodoh2 cintan cintun yang tah apa2 tu! Pelakon semua best-best, dan berjaya bawak watak dengan jayanya, kecuali si Shark dengan slang samseng yang tak berapa tepat sangat. Tapi overall memang best la. Dengar review dari orang lain dan blog/paper pun semua positive je, penat weh nak convincekan si Cawan untuk pergi tengok citer melayu kat wayang hahaha.. dan paling best sebab watak Jai sangat samseng & selamba. Memang ada jiwa gangster .LIKE 10x!!. Overall semua pelakon pun bawak watak dengan baik..dan rambut Jai juga seksi!! memey aaa..

UPDATE: Malam tadi dah layan citer KONGSI (download dari tenet je), tu pun aku tengok sekerat jalan je, siap forward lagi hehe. Kus selamatttt (nasib tak tgk kat wayang!!). Trailer memang gempak habis, tapi rupa-rupanya citer sebenar sangat la macam harem.. Note to Farid Kamil, apa kata lu jadi pelakon je, serahkan kerja mengarah tu kat org lain, savvy? Goyang la lu..hahahaha

P/s to Muni: Aaron Aziz tu sesuai watak cam Seth Tan (ala citer Nora Elena tu), sebab muka dia cam baik sangat, watak romantik ok la, leh sampai pengsan-pengsan tengok, sampaikan Maliki pun leh layan Nora Elena.. haaaaa terer kan??

P/s to Biqque: Ada peta NZ untuk korang, amik masa Matta Fair dulu-dulu huhuhu.. nanti I cari balik..


10 comments:

TottyMatAli said...

ye la, kan dalam cite tuh dia da cuci tangan haa, kena la muka innocent je. huhu

BlueEwoke said...

Ada dengar ura2 SKOP nk buat sequel nanti. Jai & Malek nk gabung bantai Dragon & Shark huhuhu..

Baru je pagi tadi masa lepak ngn Cawan, si cawan tu kata napa Jai & Malek tak gabung je tibai Dragon tu ha ..hahahahha..

TottyMatAli said...

aiii, kan ke shark da mati ha??

kat page kl gangster tuh kate pekida nak saman dorang haa. hee, ntah ape ape.

Laney said...

Hahahaha best yek.. Nak kene ajak maliki tgk gak.. Test power, kot2 dia suka gak kat Aaron Aziz tu jugak dlm cite ni tak ke naya~~~

BlueEwoke said...

Totty: Ala Shark tu, entah2 ari tu pengsan je, sb kene tembak kat lengan huhuhu, pas ni idup la balik, kalau ada sequel.

Laney: Best la jugak utk citer Melayu, tak de la bad review cam Kongsi. Pegi la test power tgk maliki suka gak ke tak kt AA tu hahahaha..

Ely Hasrul said...

aritu blogger crew letak kt blog tp xsempat donlod, tgk pon 5mins aje.. xtau la dh kena block ke ape hihi.. gila ah cite nih box office hari pertama.. xsure papi nk tgk ke idak..

tahun nih kitorg no holidays tp kalu tetiba duit sejuta jatuh dari langit sure bawak mak g shopping kat bangkok haha

BlueEwoke said...

Ely: Hahahah.. penat jugak menyakinkan si Cawan tu utk tgk citer KL Gangster ni, mcm2 alasan aku kasik..nasib ler last2 dia nak huhuhuh..

Wahh harap2nye ada la duit turun dr langit..boleh la korang berjimba di Bangkok tu ha...

Cawan said...

NZ oh NZ.. sejuk bebenor ke nanti ni..

.........

Ape ni Samseng2! jangan ganggu tempat gua.. lu langgar gua pancung!

Biqque said...

what the hell are u guys talking roundabout? *kes tak tau wayang tu hape*

adi putraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa omigoddddddddddddddddddddddddddd!

BlueEwoke said...

omigoddddddddddddddd jugak.... :p