Wednesday, October 14, 2015

Alishan: Giant Trees Trail

Hari ke dua di Alishan. HUJAN. Dari pagi sampai ke petang! Hmmm. Cadangannya hari ke dua ni nak pergi jalan-jalan dekat area Sacred Tree tu, memang itu la tujuan aku ke sini, sebab nak lalu sendiri di celah-celah pokok gergasi yang merupakan simbol utama Alishan ini. Tapi kalau dah hujan macam ni, jom la tarik selimut balik.

Dekat sejam jugak kami menuju, kot-kot la hujan berhenti, malangnya tidak. So kami decide nak pergi breakfast sekejap, sebab ada voucher breakfast hotel ni kasi. Tak pasti la pulak apa yang bakal dijamu. Kita cuba-cuba la tengok dulu.

Sementara kami sedang terpinga-pinga duk usha orang dalam restoran tu makan apa, tiba-tiba kami disapa oleh seseorang dari tepi. "Malaysia?".."ye, Malaysia.." "Datang sini sendiri?" tanya uncle cina tu. Lepas tu dia pun tanya kami, voucher dah kasi ke kat makcik tu? Pakcik cina tu dari Malaysia jugak, dia datang bercuti dengan family dia. So sempat la kami sembang-sembang kejap. Diorg pun rasa tak percaya kami yang tak tau berbahasa cina bleh sampai ke Taiwan. Hahaha..

So sebelum upacara makan-makan kami bermula, pakcik tu panggil kami berdua, dan explain setiap satu menu tu. "Ini you boleh makan..ini roti kosong, ada jem strawberi, butter..sana tu, bubur nasi kosong, you boleh makan juga, takde apa isi dalam sana. Ini dalam tong ini, air soya panas..boleh minum jugak. Yang lain you tak payah ambil..". Lega aku dan Cawan mendengarnya. Thank you so much uncle. Macam ni barulah 1 Malaysia! Siapa la yang pandai-pandai sangat kata kami rakyat Malaysia racist ha??? Depa kat atas nun yang racist, tak sedar diri nak kata kat kami  ni! Puiii

Lepas makan, kami naik semula ke bilik, dan sambung tidur, niat dihati nak ke Sacred tree macam tak tercapai je, hujan agak lebat pulak lepas makan tadi. Lepak bilik sampai la pukul 12 tengahari. Lebih kurang pukul 1 lebih, hujan dah mula berhenti. So kami pun siap-siap untuk keluar. Gembiranya tak tau nak cakap macam mana! Tak sabor dah rasanya nak pegi tengok hutan tu hahaha.


Peta Alishan. Hari ni kami nak pusing yang dalam bulatan warna oren tu. Ambil forest train dari Alishan station, beli tiket menuju arah Sacred Tree station. Harga tiket train return dari Alishan ke Sacred Tree station ialah NT50 (one way) / NT80 (return) untuk dewasa. 

Ni jadual forest train dari Alishan > Zhaoping dan Alishan > Sacred Tree vice versa. Kalau termiss train ni takpe, boleh jalan kaki hehehe. Jarak Alishan ke Sacred Tree lebih kurang 1.5KM, manakala dari Alishan ke Zhaoping (tempat aku tengok sakura semalam) hanyalah 700m dari Alishan station. 

Tak sampai 10 minit menaiki train, kami dah sampai di Sacred Tree station. Perjalanan ke sini agak berkabus. Excitednya!



Dan pokok yang dah tumbang ini, adalah pokok cypress paling famous dan paling tua di hutan ini, umurnya lebih kurang 3000 tahun, tinggi 55m. Pokok ini ditumbangkan oleh pihak berkuasa sebab dah berapa kali kawasan ni kena gempa bumi. dan kedudukan pokok ini pun dah jadi tak berapa stabil, so pada tahun 1998 adalah secara rasminya pokok ini 'dibaringkan' macam ni. Lokasi tempat persemadian pokok ni betul-betul di depan Sacred Tree station tadi, sekali pandang ko rasa macam takde apa pun, sebab nampak macam pokok biasa je hiks. Tapi bila baca papan tanda di tepi pagar tu, baru la tahu sejarah dan info pokok ni.

Lepas tengok pokok tadi, kami jalan kedepan lagi dan kena naik tangga untuk mulakan perjalanan kami menuju ke Giant tree trail yang dikelilingi oleh pokok-pokok cypress dan fog.

Yesss..tangga lagi hahahaha..sila bertabah! Oh ya, lupa nak beritahu, masuk ke sini tak perlu bayar apa-apa fee, sebab masa mula-mula masuk ke Alishan Scenic area semalam, kami dah bayar entrance fee sebanyak NT200 seorang. 

Salah satu pokok cypress berusia ratusan/ribuan tahun yang bersaiz giant!

Walking trail macam ni memang memudahkan untuk pencinta-pencinta alam yang suka masuk hutan. Pakai selipar jepun pun lepas nak jalan dalam ni. Walking trail ni masih terjaga rapi takde la lubang sana sini, so selamat la nak lompat ke apa ke. Cuma kena berhati-hati sikit, sebab lepas hujan, agak licin jalannya.

Apa yang paling aku suka tentang tempat ni, sampai mengigau-ngigau dari Malaysia lagi, adalah nak merasa sendiri berjalan di celah-celah pokok yang besar dan tinggi, sambil disertai oleh fog. Macam mystical sangat rupanya tempat ni. Harusla aku teruja kan.

Dah la takde orang sangat, cuma kedengaran suara kami berempat je. Mungkin sebab masih hujan renyai-renyai, jadi takde sapa sudi datang ke sini, melainkan kami sekeluarga je yang gigih. Of course la kan! Datang dari KL kan, nak repeat lagi entah bila, so redah je la.

Suasana dalam hutan ni agak kelam, dan dipenuhi dengan fog. Memang aku dah feeling-feeling macam dalam citer LOTR yang scene kat Fangom forest tu, walaupun takde la sama sangat, tapi layan je la! Yang penting dark and foggy gitu hiks. Masa kat dalam ni, aku dan Cawan tak habis-habis mengagumi hutan ni. Serius cantik weh. Eii tak tau la nak cakap macam mana. Mungkin orang yang suka tengok benda macam ni je kot tau macam mana rasa tu kot?

Suka! dan suka dan suka dan SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...

Menuju darkness hahaha..

Suruh Aqilah panjat tepi pokok tu posing. Aqilah cakap nak cari woodpecker kat sini, tapi aku suh intai bawah tu ada ke tak, tak berani pulak dia hahaha.

Jalan lama-lama kat sini memang rasa aman damai je, udara pun bersih sangat. Boleh rasa ion-ion positive sedang dicas di dalam badan ni. Ya Allah..kalau la boleh dapat udara bersih setiap hari macam ni. Seriusly kalau korang pegi Taiwan, dan sukakan tempat-tempat macam ni, silalahhhhhh..silalah ke sini! 

Konsentrasiku dan kedamaian yang sedang aku kecapi tadi, tiba-tiba hancur berkecai, apabila Aqilah tiba-tiba cakap nak kencing pulakkkkkkkkkkkk!!! Grrrrrr.. Terus adrenalin aku yang menyorok entah dimana tiba-tiba keluar semula! Sebab nak kena cari toilet, kang tak pasal terkucil dalam seluar pulak..uwaaaaaa

Aku suruh daddy Aqilah je bawak dia pergi toilet tu. Nasib la ada toilet berdekatan dengan museum Alishan yang ada dalam ni. Sementara aku pulak, lepak-lepak la dekat luar dengan Zafran dalam hujan tu. Sempat la baca-baca papan info ni tentang pokok yang ada kat situ.

Ini pula Three Generation Tree. Katanya yang 1st generation tu dah mati dan berusia lebih kurang 1500 tahun, lepas tu, entah macam mana, ada pokok ke dua dan ketiga tumbuh, hasil daripada sumber pokok dan benih pokok yang mati first tadi. Dan pokok yang ketiga tu mula tumbuh sejak 150 tahun dahulu, dan masih hidup lagi sekarang ni. Subhanallah!

Sedar tak sedar kami jumpa jalan besar pulak. Dari sini, kami sambung perjalanan kami ikut trail dari Shenyi Bridge. Pokok sakura tak banyak dalam ni, mungkin tak sesuai agaknya kot duduk dalam hutan macam tu. Walahualam.

Shenyi Bridge. Trail pendek dari sini menuju ke arah Sacred Tree station semula. Di kawasan ni ada lebih kurang 20 pokok cypress.


Trail yang kedua kami pegi ni, agak pendek sikit, 450m je dan lebih mudah sebab kurang tangga, berbanding walking trail yang mula-mula tadi. So kalau yang ada anak kecik tu, tak payah la bawak stroller, sebab tangga di merata-rata sepanjang trail ni, seeloknya bawa saja carrier.

Ha dah sampai semula station Sacred Tree, semput jugak nak mengejar ke sini dari tadi walau pun dekat, sebab ini last train untuk balik ke Alishan! Kalau tak terpaksa la menapak dalam hujan balik hotel.

2 jam lebih kami di sini, memang berbaloi walaupun terpaksa meredah hujan. Dapat la merasa berjalan dalam hutan yang penuh misteri sebab ada fog tebal, yang buatkan aku berasa di alam fantasi hahaha.. Over betul statement!


Ayuh..jom balik..

Walaupun awal lagi balik hotel, sebab masa tu baru pukul 4.30 petang, tapi sebabkan hujan..hmmm


Yep dah sampai! Sebelum balik hotel, kami sempat singgah di 7E untuk beli roti dan bertanyakan tentang jadual bas untuk balik ke Chiayi esok pagi. Malangnya tiket bas tak boleh dibeli sehari awal, kena beli masa nak pegi tu saja. So nampaknya awal-awal pagi esok sajalah kami beli.

Jadi konklusinya, Giant trees trail ni memang best walaupun apa juga cuaca korang pegi, sebab kalau ada matahari, nanti cahaya matahari tu akan menembusi pokok-pokok tu, dan mungkin juga kurang mistikalnya sebab kemungkinan tiada kabus, apapun, aku yakin tempat ni tetap cantiklah!  

Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di Alishan ni, kalau cuaca mengizinkan dan ada banyak masa boleh la buat macam-macam, sila lihat sini kalau nak tau lebih detail > Alishan Info.

So malam ni apa aktiviti? Hahahaha tidur je la, malam-malam kat Alishan takde apa pun! Ibarat pekan mati huhuhu.

5 comments:

John | Kaki Berangan said...

ok nak masuk dlm to do list. gmbr cantekkkkkkkk!

Ren said...

Wow cantiknya walking trail tu!

Anash said...

hutan dengan akak ...pun tak leh dipisahkan
kecuali
pacat!!!!!
arghhh

Biqque said...

ada tak gambar korang tepi pokok? nk tgk size ratio!

baju hujan qilah sama ngan ixora, cuma ixora tak muat lagi hahahaha!

cantiknyer gambar serius mistikal sgt!

cawan tak panic attack ke dlm hutan?

bestnya sambung blog!

Durba Dasgupta said...

Wow !! Amazing snaps. Really worth a visit.

CouponBelanja