Wednesday, December 4, 2013

Bersesakan di Kyoto Demi Musim Luruh

Malam tadi aku menginap di Hotel Palace Japan, yang terletak di area Taito, iaitu berdekatan dengan Asakusa. Subway paling dekat dengan hotel ni ialah Minami Senju dengan menaiki Ginza line. Untuk keterangan lanjut, boleh lihat website hotel ni di sini --> Hotel Palace Japan. Kat hotel ni ada sediakan dorm dan jugak bilik private. Sebabkan aku ni tak kedekut sangat, aku amik la bilik single (shared bathroom), yang cuma berharga 3500 yen (RM110) semalam. Pada aku harga ni dah murah dah, lagipun aku perlukan privasi, senang aku nak bergolek-golek tanpa perlu risau apa-apa hehe.

Staff kat hotel ni pun baik sangat, dan pandai cakap english. Pada mulanya dia ingat aku lelaki! so dia cakap dia letakkan bilik aku di floor yang memang untuk lelaki (kat Jepun ni, kebanyakkan hotel murah/hostel, lelaki dan perempuan diasingkan ikut floor lain-lain, so selamat sikit rasanya). Aku telan air liur kejap. Dia cakap takpe, ada satu toilet khas kat level tu, yang untuk perempuan, lokasi toilet betul-betul depan pintu bilik aku. Lega. Kalau tak mandi pun takpe, janji ada toilet untuk aku buang bahan kumbahan. Ko gila nak mandi kat bilik air lelaki di floor LELAKI sahaja? kang ada kejadian bogel-bogelan kat situ macam mana?? hohoho

Lepas check in, aku terus masuk bilik. Sepanjang hallway, sunyi je. Aku letak beg, dan keluar balik pegi check bilik air. Ok takde orang! Cepat-cepat amik tuala, dan apa patut, terus lari sekuat hati ke bilik air yang terletak nun dihujung hall way, sebab aku tak nak terserempak dengan mana-mana lelaki pun hahaha.

Dah selamat kunci diri sendiri dalam bathroom private yang berPINTU. Aku terus la mandi sepuas hati. Puas betul dapat mandi, lepas dekat 24 jam tak mandi hehe.

(Pic 1) Ni la rupa bilik single aku, selesa la untuk sorang. Tv kecik pun ada, ekon pun ada. (Pic 2) Rupa private shower yang ada pintu, so kejadian mandi jemaah beramai-ramai tidak wujud di sini hehe. (Pic 3) Ruang solek diri depan shower room tadi. (Pic 4) Kitchen dan pantry untuk memasak dan makan-makan. Kat sini jugak ada 2 komputer khas yang disediakan untuk browse internet. Hotel ni pun ada wifi free disetiap ceruk tanpa perlu sebarang password untuk connect :D

--------------------------------------------------------------

Long story short.. lepas dah puas tidur malam tadi, aku siap-siap dan check out dari hotel. Agenda aku hari ni, nak ke Kyoto. Ikutkan hati nak tidur sana satu malam, tapi hotel dan hostel time aku nak pegi tu semua dah fully booked! hmm.. Sekali lagi aku ke Tokyo station dan naik shinkansen dari situ. Mulanya nak tingalkan beg di Tokyo station, tapi mengenangkan balik ni aku nak turun kat Shinagawa station, dan terus check in hotel di Shinjuku, buat apa susah-susah nak tingal beg di Tokyo station, buang masa je kan. So aku pikul je la beg ke Kyoto, sebab kat Kyoto station pun ada banyak tempat tingal beg hehe..

 Jom..
Kali ni aku tak salah pilih seat dah. If korang nak tengok Mt. Fuji, sila duduk di seat yang 2seater sebab belah tu yang akan nampak Mt Fuji.

 Lebih kurang 30 minit ride dengan Hikari ni, Mt Fuji makin jelas kelihatan. Rezeki aku la nak nampak dia dengan jelas kali ni..wow ternganga kejap hehehe

Sebaik tiba di Kyoto station. Aku terkaget sekejap. Ramai gile orang!! nak jalan pun tak boleh.. Tanpa buang masa aku terus cari locker nak simpan beg! cari dan cari dan cari..huh satu locker pun tak available! deng.. woi mana aku nak letak beg ni. So aku turun bawah tak ingat tingkat berapa, kat situ ada tempat simpan beg secara manual, leh check in beg kat kaunter situ. Aku tak kisah dah nak bayar berapa, janji aku tak bawak beg 7kilo ni pusing Kyoto! Sekali sampai bawah..ha amik koooo..queue panjang gila macam ular melingkar!! Arhhh apa nihhhhhhhhhhhhhhhhh...tensi! tensi! (maaf takde gambar, sebab aku stress time tu uwaaaa)

Aku benti jap kat tepi dinding tempat beg tu, sambil tengok queue, sambil tengok orang sambil tengok jam! ahh tak leh jadi ni, dari aku buang masa cari tempat beg, baik aku gerak je terus. Aku nak ke Arashimaya. Nak pegi dekat moon bridge tu, sebab hari tu tak sempat pegi, lepas tu kononnya nak pegi ke Nanzenji temple, tapi mengenangkan orang ramai macam ulat taik cam ni, aku ingat pegi Tenryuji temple je lah..dekat sikit dengan Moon bridge tu.

So dengan beg aku naik train menuju Saga-Arashiyama station, dan berdiri selama 20 minit, dalam train yang super crowded macam tin sardin. Patut la Cawan pesan usah pegi Kyoto, tapi aku degil!! ha rasain lorh! huhuhu

Dah sampai Saga-Arashiyama station, aku cari locker beg lagi...pun penuhhhhhhhhhh..uwaaa..nampaknya memang takdir aku harini nak mengangkut beg Deuter 7kg ni pegi jalan-jalan tengok autumn di Kyoto..isk.. 

(ye aku selalu je travel bawak backpack, tapi aku memang tak kecoh macam orang lain yang travel pakai backpack..sekian terima kasih, dan aku jugak bukan backpacker..sekian terima kasih sekali lagi)

 On the way nak ke Arashiyama bridge..

 Nak kata foreigner ramai, tak jugak, semua orang-orang Jepun je..isk..

Dulu masa aku pegi tahun sudah, jalan ni sunyi je, nak tanya arah pun kena masuk kedai, ni aku tak yah masuk kedai, aku leh randomly pick sapa-sapa nak tanya arah hahaha..ya ampun sangat la kan..

Sebabkan aku pegi belah pagi, so matahari belum naik tinggi lagi, hanya sebelah kanan je dah disinari dengan cahaya matahari, manakala belah gunung Arashiyama tu masih malap-malap lagi.. heh best pulang tengok orang main dayung sampan kat sungai ni, sambil mengenang diri sengsorang terkebil-kebil carry begpack ni..adoyai.. Nasib baik la view lawa..


Ni paint job bukan kat body motor je, abis kat tayar pun kena paint job.. Kalau Cawan ada, pasti dia teruja..ish ish

 Pokok limau disebelah pokok maple..geram aku tengok buah limau gemuk nih!


Ni time aku nak keluar dari Arashiyama ni. Paling kelakar, polis trafik tu jenuh tahan orang suh jangan lintas jalan, sebab nak kasi laluan kat kereta dan bus lalu..siap halang orang macam main galah panjang tu, sambil jerit-jerit tiup wisel. First time aku tengok macam ni.

Tak pasti la tempat ni apa, tapi macam ramai je masuk, nak kata temple bukan, mungkin rumah persendirian yang dibuka untuk public lalu lalang untuk tengok pokok yang memerah dan menguning di musim autumn ni agaknya. Aku dah sakit bahu bawak beg ni. Ikut hati macam malas dah. Tapi dah alang-alang, aku lalu jugak kat sini, sambil berjanji pada diri sendiri dan pada beg "lepas amik gambar ni, kita blah ye beg??"

 waaaa...weee..

 utsukushii.. merahtoooo hahaha

 yeah..camwhore pulak lagi depan-depan aku tengah nak amik gambar ..haish

 Eh tadi bukan kata nak jalan sikit ke? ni macam dah sampai dalam ni..huhuhu..

 Jalan punya jalan, tau-tau dah sampai sini.. ish kat mana pulak ni..

 Gambar sendiri dengan iphone, nak angkat camera 2kg camwhore sendiri tak mampu..mau tergeliat tangan hahaha

Ini parking depan Tenryuji temple, kosong je kan? Sebab semua pakat naik train datang sini dan jalan kaki, kalau kat Malaysia, aku rasa parking cinonet besar ni sure packed dah, silap-silap double, triple parking..hmmm

 Ada orang jual stamp pulak dah, terpaksa aku beli, sebab lawa, harga semua ni 800yen! Lepas membeli belah stamp, aku terus jalan cepat-cepat ke entrance Tenryuji temple, konon-konon nak menikmati autumn dalam temple tu pulak, katanya lawa (walaupun hati nak ke Daigo atau Nanzenji temple sebenarnya)

So aku pun berjalan dengan konfident sampai ke depan entrance nak beli tiket. Haih napa macam panjang je queue ni?? aku pun tak pasan mana belakang sekali..so aku patah balik ingat nak sambung queue, sebab waktu ni memang bersepah-sepah orang, sampai aku pun tak pasan mana line nak queue. Sekali hambek ko..panjangnye.. arghh apa ni..

Ni barisan queue tu, dari tepi bangunan putih tu, melingkar sampai sini..ces..tak hingin la aku nak queue lama-lama, bahu aku dah sakit kot..takpe je la..lain kali saya datang lagi..babai!

On the way nak berjalan keluar..jumpe pokok-pokok ni pulak, jom la masuk duk bawah tu kejap, lebih kurang je tengok tempat ni macam dalam temple tu, janji ada pokok kaler-kaler..hehehe

 Muka 20sen, sebab sakit bahu dan sakit hati tak dapat masuk Tenryuji temple tu!

 Bukan aku sorang je kat bawah ni, orang lain pun ramai hahaha..masing-masing kuar smartphone je amik gambar..

Ok last pic dengan D90 sebelum aku bungkus masuk dalam beg..Sebenarnya aku dengan 18-200mm lens memang tak ngam la, sebab aku rasa kekok je, selama ni pakai 50mm, rasa reti je amik gambor..isk..kena masuk kelas intensif la macam ni..Cawan tengok gambar aku dengan 18-200mm ni dia geleng pala je tak tau nak cakap apa hahaha..sadis ok!

Ok dah jangan buang masa, jom cepat-cepat balik ke Tokyo semula, cukup dah untuk hari ni, malam ni Cawan nak sampai..yabedabedu..boleh la aku serahkan semula lens berat ni ke dia, dan guna balik 50mm aku kekeke.. Tapi sebelum tu, aku nak cari makanan kat supermarket Isetan kat bawak Kyoto Station tu. Dari pagi kot tak makan, super lapa sangat..ni kalori difisit free2 je bawak beg keliling Arashiyama nih..

Bekalan nak makan dalam shinkansen. Dapat beli nasi kosong, dan telur dadar kosong! Ikan bilis ehsan dari Kak Anash. Korang mampu dapat ikan bilis sedap dari Kak Anash? tak kan? mohon jeles banyak-banyak sikit.

Walaupun penat sangat dan tak banyak hasil dan apa yang aku plan tak berjalan seperti yang aku nak, tapi ni pengalaman baru, sebab dapat tengok sendiri kegilaan orang jepun untuk celebrate musim luruh. Memang aku kagum tengok kegigihan diorg, yang tua dan muda keluar rumah just nak tengok daun cantik warna warni tu, walaupun sebenarnya diorg dah biasa tengok. 

Lebih kurang 7 petang aku dah sampai ke Shin Okubo station, iaitu di area Shinjuku, malam ni aku menginap di sini, Hotel Empire in Shinjuku namanya, double room untuk aku dan Cawan malam ni..

Shin Okubo station berdekatan dengan Korea town di Shinjuku.. masa ni tengah tunggu train nak pegi ke Haneda airport nak amik Cawan, mengada sangat dia kan!

40 minit kemudian aku sampai airport, sambil tunggu tu, tiba-tiba aku didatangi seorang officer polis. Dia kenalkan diri dan tunjuk lencana, macam-macam la dia soal, tanya aku nak pegi mana, buat apa kat sini, dia pun macam tak caya aku datang sorang, dan pelik napa tak datang sekali, so terpaksa la aku explain napa laki aku tak leh datang awal! Sebab takde cuti nak datang awal ok? reti? Pastu tanya aku reti arabic ke tak..aku geleng pala cakap tak reti, pastu dia bangga-bangga citer dia reti arabic sikit..ok la whatever la kan.. dah abis kena interview, dia cakap thank u, pastu dia cakap "alhamdullilah, insya Allah".. aku tersengih kat dia, tak tau nak reply apa, maklum la aku kan tak reti arabic! hahaha (dalam hati aku, itu ke arabic ko? hahahah)

Hah sampai jugak budak ni..huhuhuhu..tersengih-sengih muka dia tengok aku ada tunggu dia kat epot..dasar sungguh! Dah la datang pakai tshirt tidur kat umah .. ya ampun sangat kan laki aku nih...

Cawan: Amacam best sorang-sorang..??
Aku: (peluk cawan ketat2)

Yeah tiada lagi berseorangan mulai malam ini..cewahhh..


29 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

first?!!! Hihihi

Dua kali mai komen nihhh....

Bestnyaaaa..... patut hari tu kami g lambat sikit, saimg ko... hahahahaa..... cantik time nihhhh dah lagi banyak merah dan kuning nyer....

i is jelessssssssss.... huhu.... terpaksa pergi lagi.... #giteww

Naramas Aman said...

Fullamak..cantik giler negeri ni....snow cap mountain buat hati saya sejuk/tenang...diambil pula oleh photographer yang bagus, lagilah buat saya berangan-angan :)

Anash said...

heheh
derhaka tak nak dengar cakap sang suami suruh jgn pi kyoto

hui? ramai giler org?

hui? cantik giler daun tuh
ok
tak sia sia pi

er..tq tq-sambal ikan bilis biasa-biasa je...

*ala...nak peluk sapa aaa???*
huhu

Rozita said...

Waaaaa...cantiknya kyoto musim autumn ni!!! Na...ko buat akak jeles aaaa...Tak boleh jadik nih...nak kena repeat kyoto masa autumn pulak huhuhu...

Ren said...

Wow kalerpulnya kaler dedaunan autumn tu. Macam tipu je.
Hahaha cawan dah sampai.
*larikkk

Unknown said...

Masmz: Ko tak payah nak first2 la kat blog aku yg picisan nih..bukan cam blog jejaka idaman berdua tu ha! Lain kali kite saing sesama, aku nk gak merasa gambor aku dirakam dengan camera 10k tu..aummmm

Kak Naramas: First time saya tgk akak ckp cam ni..siap ada fullamak lagi tu hahaha..

Kak Anash: Itulah nasib bini tak makan nasihat suami..rasain loh sesangat kan..ikan bilis tu sedap, nanti ada drama dlm ketapi dgn cawan pasal ikan bilis..mohon tunggu entry berikut2 nye hahahah

Kak Rozita: Akak apa tunggu lagi, tiket nagoya memanggil2 tu hehehe..make sure book accom seawal mungkin kalau nk lepak kyoto time autumn.. :) selamat berautumn!

Janggel: Motif nk kata aku tipu? ha a ye la, aku mengaku mlm tadi jenuh aku photoshop kalerkan daun2 tu sekeping2 demi memenuhi kehendak peminat, ko bayangkan la berapa juta helai tu aku warnakan.. (eh ada ke peminat aku ni?) :0

Anonymous said...

huaaa....bab pelok ketat2 tu sure ada sendu. sob..sob..sob.. (dalam ati legaa sebab ada org gendong camera)

Totty Mat Ali said...

aiyoooo. berjalan bawak beg besor tu keeee? ish ish ish. Muni dah tobat dah bawak beg berjalan sekali masa kat singapore dulu ha.


aiii, header baru nampaaaakkkkk

owen said...

Ya Allah, cantiknya Kyoto. Confirm kena pegi autumn 2015 nie... Confirm!!!

Orga said...

cantik betul gunung fuji!!match pulak dengan time autumn, macam-macam kaler daun, syahdu betoi tengok...abe sudah sampai yer :)

Mie said...

Tottemo kirei desu... Sangatlah cantik..

Azra said...

Chantek sesangattttt... Fujisan clear view tu... bestt!!!

just.HY said...

komen seperti dalam whatapps tadi.

canteknya!!!!!!!! T____T

Unknown said...

Ross: Sendu la jugak sambil pass kamera

Totty: Terpaksa la, locker semua penuh, rasa nk campak je dlm sungai tu..header 2014 katanye

Owen: Mohon cepat..jangan ketinggalan..korea tu burn je la..dh biasa sgt org pegi..giteww..hehehe

Orga: Ha a baru aku pasan ngam fuji tu ngn kaler2 daun tu hehee..

Mie: hehe :D

Azra: tu la..rezeki katanya nampak fujisan clear cenggitu..

Henry: Ye aku dh printscreen komen ko utk tatapan masa depan, katanya leh buat testimoni nanti hahaha

Ren said...

Gitew... Header baru katanya...
(tepaksa komen lagi skali)

MasZuber said...

wah header baru. sejak bila ni?

mmg tgh peak season masa ko pegi ni. harap2 dapatla aku smpi sini satu hari nanti!!!

Mama Twin said...

Salam sis...cantik sangat gambar2 yg u amik..klo u x keberatan, boleh ajar tak?..guna camera apa ek?

Unknown said...

Ren: Mengada sangat aih

Maszuber: Ha a end Nov peak season autumn kt central Japan. Insya Allah ko sampai 1 hari nanti hehe

Mama Twin: Bukan tak nak mengajar, tapi saya bukan orang yg tepat utk belajar bab2 amik gambar ni.. camera pakai nikon d90, lens 18-200mm.

PutriMaryam said...

rindunya Japan bila tengok gmbr2 tu....

Biqque said...

ok, i masih takde jodoh nak tgk fuji dpn2 clear camtu walaupun atas shinkansen...sabar, sabar...

melampau gile kan nak photoshop satu2 daun hahahaha! tapi gambar cantik la weh, cawan tu saje je jeles u dpt pujiannnnnn!

nasib baik u selfie jugak kat sana, kalo tak, rugi! i lupa nak selfie kat padang-bkttinggi ok! hahaha!

aduih locker penuh la plak ek? jenuh la nak menggalas beg dgn camera tu...WALAUPUN backpacking gitewwww hahaha!

cawan pakai baju tido?!!! KAHKAHKAHKAHKAHKAH! u patut letakkan baju siap2 atas katil aritu, suh dia pakai! so, ada adegan lompat peluk celapak di pinggang tak???

liza said...

Salam...cantinnuer gambar..nih buat lagi rasa x sabar nk menjejak kaki kesana.
Nak tanyer yg palace hotel tuh jauh x nk menapak dari station subway?dlm map nmpak mcm jauh.harap boleh share

liza said...

Palace hotel tuh jauh x nak menapak dr subway?

Unknown said...

PutriMaryam: samalah kita..hehe

Biqque: next trip bleh tgk puas2 hehehe.. terpaksa la selfie, sb takde cawan nk amik gambar i, nanti org2 kampung kata takde bukti, dah kena photoshop pulak.. Iye cawan pakai baju tidur masa sampai tu, ternganga i ketika bertengtang mata dengan dia hahaha

Liza: Palace hotel tu dari Minami senju subway lebih kurang 500m, dlm 10minit jalan..ok je i rasa

Almiraz said...

Naa,

Pergh ada ikan bilis mesti mkn masyukkk je kan sbb kt overseas dia jadik double sedap....

sagahayat said...

Bleh sy tau awak pgi kyoto ni bpe aribulan?nak bjet tarikh yg sesuai utk tgk daun2 merah ni.tq

Unknown said...

Saya pi dulu end november.

- said...
This comment has been removed by the author.
- said...

Salam sis, saya nak tanya, biasanya backpack besar mana/bape liter yg boleh bawak masuk sekali dlm flight? Kiranya tak nak amek check in baggage yg 20kg tu la. Thankss

Unknown said...

Begpek 7kg/40L