Wednesday, December 18, 2013

Shirakawa-Go: Gassho-Zukuri yang Mengamit Hati

Pagi ni sekali lagi ke Sannomachi street, sebab nak tengok rumah-rumah lama semalam. Dapat amik sekeping dua gambar waktu siang pun jadilah. Tak boleh lama-lama nak ronda kat sini, sebab nak kejar bas ke Shirakawa-go jam 8.50 pagi.

Jalan laju-laju..nasib baik dekat je..

Dah tiba pun..masih tak ramai orang, mungkin sebab masih awal lagi..

Cepat-cepat posing dengan berlatarbelakangkan rumah lama ni..

Kelihatan dibelakang sana pokok-pokok yang berwarna warni..ish kalau lah ada banyak masa untuk jalan-jalan ronda satu kawasan nih, best jugak..

Basikal. Pengangkutan utama di pekan kecik ni. 

Nakabashi bridge yang dalam proses baikpulih..sabar je lah, frust Cawan nak amik gambar kat sini. Dah abis bergambar dan mengambil gambar? Jom kita kembali ke Station bas Takayama. 

Ruang menanti di Takayama bus station. Sedap duduk dalam ni, sebab ada heater untuk panaskan badan waktu-waktu sejuk pagi ni.

Bas ke Shirakawago di platform 4. Harga tiket bus,  round trip Takayama ke Shirakawago ialah 4300 Yen (RM 135, JR pass tak boleh guna untuk bas ni), dan perjalanan dengan bas mengambil masa selama 45-50 minit. Mahal nak mampus huhuhu. Untuk pengetahuan, memang takde train direct ke Shirakawago ni, memang kena naik bas atau drive sendiri atau naik beskal, atau nak lebih mencabar sebab nak tayang kehebatan pada orang kampung, boleh la berjalan kaki hehehehe.

Jadual bas dan harga tiket bas boleh tengok kat sini --> Nohi Bus

Dan sepanjang perjalanan dari Takayama ke Shirakawago ni, kitorg melalui banyak sangat tunnel, dalam gambar ni cuma sebahagian yang sempat kitorg amik hehehe.. Dah la banyak tunnel, setiap satu tunnel sangat la panjang, paling lama bas kitorg lalu dalam tunnel tu adalah selama 9 minit! Terkagum kejap. Ni first time lalu dalam tunnel lama-lama macam tu.

Haaa sampai jugak akhirnye, dari semalam nak datang, tapi tak sampai-sampai..

Tengah tanya kakak ni, kat mana viewpoint tu, sebab dalam map tu takde pun tunjuk viewpoint tu. Kakak ni suh jalan straight dan lintas jambatan kat depan tu. 

Tercari-cari arah..kakak tu cakap kena jalan 2KM nak ke view point tu.



Melintas jambatan.. jeles tengok air sungai yang kehijauan ni.. awat la sungai Gombak tak kaler macam nih?

Arah yang nak kitorg tuju adalah Shiroyama viewpoint. Siap ada warning kalau ada snow tak leh lalu jalan tu..abis tu cam mana ada je orang amik gambor time snow2 tu? 

Buah persimmon (pisang kaki) bersepah kat sini, musim la agaknya tu.

Honda. Dare to dream? Power of dreams? giteww tagline nye..hehehe

Sambil aku syok jalan kat celah-celah rumah nak pegi ke view point tu, hujan plak start turun rintik-rintik..haih dugaan betul la. Awatla tak salji je turun, ramalan cuaca pagi tadi cakap esok akan turun salji kat area ni. Untunglaaaa..
Kegiatan utama kat kawasan kampung Shirakawago ni adalah tanam padi, tapi kat area gunung ganang ni katanya padi tak berapa nak jadi sangat, so diorg ada la bertani benda-benda lain jugak sebagai back up katanya.

Gassho-zukuri..bumbung rumah ni yang mahal nih hehehe..katanya setiap beberapa PULUH tahun kena tukar material bumbung ni, dan orang-orang kampung akan bergotong royong ramai-ramai nak tukar jiran-jiran punya bumbung ha.
 
Kakak tadi kejam sangat, langsung tak kasi tau kitorg kena jalan daki bukit ni nak pegi view point tu! hampes...

Huh, nampak cam landai je kan, tapi bayangkan kitorg berlari naik atas ni, sebab nak kejar masa hahaha..macam nak pitam jap mengejar nafas...dan la tak breakfast, ada sekali sekala nampak macam bintang-bintang kat dalam bijik mata..


Gassho style. Lain dari yang lain. Rumah tradisional di era Edo ni berjaya mengamit aku untuk ke sini, walaupun jaraknye yang sangat jauh nun di celah-celah lembah gunung di Gifu perfecture ni. Puas hati bila dapat tengok dengan biji mata sendiri.

Perasan tak yang semua rumah di sini mengikut arah yang sama, kalau tak menghala ke utara, rumah ni menghala ke selatan, tapi yang pastinya takde yang pandang ke timur atau ke barat? Sebab apa macam tu? Sebabnya adalah untuk kurangkan kesan rintangan angin.

Diiktiraf sebagai salah satu Unesco site sekitar 90an.

Rumah-rumah ni semua dah wujud sejak abad ke 19, iaitu di zaman Edo. Satu lagi yang buat aku kagum, rumah ni bina untuk disesuaikan dengan segala jenis musim di Jepun. Terutamanya musim panas dan sejuk. Dan rooftop yang tinggi melonjong bentuk 3 segi ni memainkan peranan yang penting sangat bila tiba musim panas dan sejuk, musim panas dia boleh jadi ekon, musim sejuk nanti ada heater..ha kelasss sangat kan!

Satu lagi keunikkan Gassho-Zukuri ni ialah kerana bumbungnya yang berbentuk 3 segi (triangle), direka macam tu dengan tujuan supaya rumah diorg ni dapat bertahan dalam salji yang tebal. Tebal yang dimaksudkan bukan la 1-2 meter, tapi mencecah 4 meter. Maklum la kawasan ni antara kawasan yang menerima salji yang banyak diwaktu musim sejuk. Pandai kan orang dulu-dulu nak pikir benda ni hehehe.


Selain Shirakawago, ada satu lagi village yang ada style rumah yang sama, dan jugak diiktiraf oleh Unesco, iaitu Gokayama, nun kat belah-belah Toyama tu. Kalau sapa rajin dan kuat semangat nak redah salji tebal, aku saran pegi time tu, sebab diorg ada lit up event untuk winter, memang cun melecun lah..tapi kena pegi belah malam la, baru nampak kesan lampu-lampu tu.

Ini adalah kelakar sikit..aku pun tak perasan yang berdiri situ orang sebenar, ingatkan patung jugak..kekekeke

Cute gile lah ada tangga nak naik kat tingkap..huhuhu.. Masuk kawasan Shirakawago ni percuma je, tapi ada beberapa rumah ni yang kena bayar, antaranya Wada house, iaitu sebanyak 300 yen (adult), dan Kanda house , 300 yen jugak. Aku tak sempat nak masuk dan jenguk rumah-rumah tu, sebab kitorg dah beli tiket bas untuk balik ke Takayama pukul 10.45 pagi tu.

Walaupun sejam lebih saja dapat luangkan masa kat sini, tapi aku puas hati la. Benda ni yang first sekali aku letak dalam itinerary aku. Walaupun jauh gile nak sampai sini, tapi aku tekad jugak nak pegi. Alhamdullilah sampai. Lepas ni kami nak kejar train dari Takayama dan balik ke Nagoya untuk teruskan destinasi seterusnya.

Ni view on the way balik ke Nagoya dari Takayama tadi. Sumpah lawa Gifu perfecture ni. Memang tak sia-sia duduk dalam train lama-lama hahahaha.

Cuaca cantik! 

Tak ini bukan Osaka. Osaka tak secantik tempat ni. Ini Hida-Osaka masih lagi di Gifu perfecture. 

Tengok view ni, rasa tak percaya macam di Jepun. Haih memang cun la country side diorg ni. 

2 jam 45 minit kemudian, kitorg tiba di Nagoya station. Nak naik train ke Yokohama pulak..jauh betul perjalanan hari ni, boleh dikatakan separuh hari abis masa dalam train saja huhuhu.. 

Blueghh..nak muntah dah naik shinkansen..

Dah sampai Yokohama, kami naik train (tak ingat nama train) untuk ke Kawaguchiko. Pergh..kalau ada Aqilah ni, sure dia bising tak mo naik train dah macam kat Korea hari tu hahaha..

Train menuju ke Kawaguchiko. Kitorg dapat seat dekat dengan pintu, tiap kali train bukak pintu je, kitorg mesti menyumpah sebab angin sejuk masuk. Sejuk gila, ada heater pun aku rasa tak jalan..hehehe

Hah, sampai pun ke Kawaguchiko station. Lengang! Tanpa buang masa, kami terus cari hotel kitorg menginap nun diseberang jalan. Malam gelap gelita macam ni, kedai pun dah tutup, yang ada pun cuma kedai serbaguna Lawson dan 7E.

Malam ni dinner makan meggi je dekat pantry hotel ni, sambil ditemani seorang jejaka dari Singapura yang super poyo budget bagus, duk kutuk Air Asia, pastu sibuk duk compare Air Asia dengan Singapore Airlines! Dan seorang brother dari Malaysia, dalam mid 40, yang sangat cool dan berhemah, dengan bestnya kami berkomplot membantai hujah-hujah mamat Singapore yang sangat poyo tu, point yang pertama je dah kalah. Mohon jangan compare Singapore Airlines dengan Air Asia in the 1st place boleh? sah-sah la lain kelas, al bangang sangat lah!

Mmm selesai pun upacara hari ni, harapnya esok cuaca cantik la, sebab banyak upacara melihat alam sekitar..dan harapnya juga dapat bertentang mata dengan si dia yang gagah perkasa kebanggaan orang Jepun tu..


31 comments:

Zilla said...

mmg cun lah..suasana mcm ne lah sebenarnya yang aku dok cari2 masa kat Jeju aritu tapi nan-ado..mmg aku frust sgt2..nampak gayanya mmg kena ke jepunlah tapi tgk2 kocek, errr tak mampu!!! huhuhu..

Azra said...

Lawanye village tu bile tengok dari jauh... mcm umah miniature jer... nak pegi jugak !!!

Ren said...

Ya Allah cantiknya sirakagawo village ni. memang teringin nak pegi dan aku dah tengok dalam dokumentari! hahaha ko ada? kekeke

Chawanna Na said...

Zila: Ayuh ke Jepun..pasti ko tak kan menyesal..takpe slow2 simpan duit, lama2 jadi bukit hehehe

Azra: Sila pergi nanti..hehe

Ren: Aku ni pegi sini sebab tak tengok documentari yg ko tgk tu la, so tu yg terpaksa pergi dan tengok sendiri..ha gitewww

Henry Fox said...

owhh yang ni la cawan duk cite kene sindrom ketapi. katanya dek akibat terlalu byk naik train, katanya badan takleh nak tahan. pening2 itik gitew~

countryside dia mmg lawa!!!! tak sabar nak pegi next year.. OPPS! hahah

dzuchan said...

cantik sungguh..
tapi tengok tiket bas RM 145
*tercekik*
tapi sebenarnya rasa berbaloi la kalau dapat experience yg camni

nak tanya sikit
autumn ni peak season ke kat jepun?
sebab ada baca travel guide suruh avoid peak season if nak buat budget travel

Chawanna Na said...

Henry: Hahaha bila pulak ko sembang ngn cawan pasal sindrom penyakit dia tu?! huhu.. next year nk pegi japan? menipu sgt..bukan ke...? (rahsia)

Dzuchan: Sekali sekala berbelanja kan, terpaksa la tutup mata je. Autumn memang peak season di Japan selain sakura. So kalau nk pegi tempat2 mcm Kyoto tu, sila book in advance. Low season di Japan, tak penah lagi dengar entrance fee atau harga train turun harga, harga penginapan tu ada la. Yang paling mahal sekali kat japan adalah transportation, bab hotel2 ni still consider ok lagi.

zila said...

Aduhh..cantik giler view kampung tu..tapinya tak nampak org kmpg pun..

saerah80 said...

Cantik giler village tu, yang ni yang kita selalu nampak, tapi masa salji atau wak tu malam tu kan?....

Biqque said...

ok, ok, amik napas utk komen...fuh!

i still amaze dgn rumah2 lama edo tu sampai i rasa nak duk sini plak ok (disamping nak duk nz bela kambeng biri2). aih...cantiknyer la...tak tahan!

ye, kitorang aritu awal2 rasa teruja gile la naik shinkansen, patu lama2 cam ok...train lagi...ok...train lagi...hahaha! tapi berbaloi gile la JR pass tu guna sampai muntah hijau!

weh lama gile masuk terowong, kira bukit tu besar la??

jauh gak menapak sambil mendaki...pfft! letih tapi sanggup...kalo kat msia? kat msia? seboleh2 parking dpn pintu! hahaha!

part honda tu tak bleh blah...nanti nak tunjuk kat mamat honda kat rumah tu hahaha!

Chawanna Na said...

Zila: Bukan ko sorang je yg heran takde org kampung, aku pun heran sb masa aku kat sana, mostly pintu rumah semua tertutup rapat. Mebi diorg dh pegi kerja/bertani ke aku pun tak tau la, yg ada bukak awal pagi tu mcm kedai2 souvenir.

Saerah: i tak pasti la u selalu nampak kat mana, tapi i selalu nampak kat google image je, memang tempat ni lagi cun time winter dan waktu malam, sb ada lampu memalam, mcm festival gitu.

Biqque: So adakah puan Biq akan pindah ke NZ dan buat rumah design cenggini? ok jgk kan, intercultural sgt lah.
Bukit tu memang super besar la, penat duduk dalam terowong lelama tau.. Kat Malaysia kalau ada mcam ni pun, i rasa nak pikul letak ekon kat bahu, baru sejuk sikit nk berjalan..#dasardiva

masMZ KaKiJaLaN said...

selain cita2 2014 yang telah di'ehem'kan... terpaksalah menyediakan tabung lain demi menghapus rasa kecemburuan positif di dalam hati ini... #gitewayatseparasastera

Aku rasa kampung tu macam filem...

Almiraz said...

Hi Naa,

Lama tak jengah sini.....banyak gambar cantik as usual....nak khatam semua entri yang tertinggal ni...

nana tron said...

cerita psl rumah tu..kagum dgn geliga otak rakyat jepun. tu la salah sati sbb aku teringin nak pegi jepun..mmg minat segala-gala psl jepun..the food, the culture, the poeple dan geliga kepala otak dorang ni buat kita kagum. kalau uols tgk tv show japan pasal house reno: Before & After..ternganga tgk. ada satu episod tu arkitek dia sgt prihatin dgn keluarga ni ada anak oku, so dia bina balik rumah & bathroom yang OKU-friendly..mmg nak nanges tgk tahap geliga dan keprigatinan beliau. ah terpanjang pulak komen. ntah bila nak pegi jepun ni! hahaha. kbai!

Nina Hamdan said...

Argghh!!! Bikin jealous ni. huhuhu.

BTW, suka cerita part last sekali.. Orang-orang macam ni memang je kena bantai.. apa ke 'bijak' le sangat mamat tu. huhu..

Chawanna Na said...

MasMZ: Cita2 2014 ko yg ehem2 tu pun cita2 aku jugak.. jom kita bekerja sama hahahah

Almiraz: Maklum la org busy dgn business..harus la takde masa.. hehehe

Nana: Ye org jepun ni memang ada sifat yg pandang jauh kedepan, sb tu diorg antara nation yg hebat di zman2 kita nih..ko kena pegi gak skali ni hehehe..

Nina: Hahaha memang sedang elok dibantai org2 poyo mcm tu..

Rozita said...

Cantiknya kampung tuu...macam miniature pulak. Kalau bnyk kali naik train jauh jauh ni...macam payah kannn kalau bawak budak kecik

Chawanna Na said...

Kak Rozita: Kenapa pulak naik train jauh2 dgn budak susah? Saya rasa lagi senang berbanding naik flight/bus? sebab diorg ada byk space nk ronda kehulu hilir, berbanding dgn flight/bus yg tempat nye limited. Lagi pun long distance train takde sesak2 mcm naik lrt, atau pun kena berdiri, semua ada tempat duduk ngeee :D

Orga said...

hampir berperang aku dengan member aku na pasal perkampungan bumbung rumah tiga segi tu, diorang pun baru balik japan gak, salah info pasal ko pergi takayama, diorang pergi tateyama. sebutan pulak lebih kurang, sabor jela...

thaliana_damia said...

super chantek , boleh jadi panduan untuk trip japan saya nanti on spring 2014, InsyaAllah. Kalau singapore compare SIA vs AA mmg rasa nak hempuk , tp kalau msian sendiri compare MAS vs AA siap ckp naik AA je muntah rasa nak buat mcm mana?

Anash said...

Subahanallahhhh cantiknyer view tu Na!!!!!

akak nganga sambil makan mee bandung baca blog nih

err..bro mid 40 dr mesia tu dah kawen ker?
*kesitu pulak tya?*
kui kui.....

Chawanna Na said...

Orga: Rilek brother, brother rilek..mcm lagu Imuda tu hehehe..

Tahliana: Yeay!

Kak Anash: Tak ajak pun saya makan mee bandung skali??

azuan said...

SubhanaAllah cantiknya tempat ni.... thanks for sharing... kena masuk dalam list ni..

Time Traveller said...

What gotong royong nak tukar bumbung dalam kejiranan.. seronok giler hahahaa..

Village tu macam satu citer hantu jepun yang last sekali semua jadi hantu padi hahahaa.. :D

Time Traveller said...

oppss lupa nak komen pasal mamat singapore abjet bagus tu.. nasib baik tak jumpa aku.. kalau tak mmg dah kene pelangkung.. AA tu low cost airline.. mmg la tak boleh nk compare kan dgn SIA.. sorry but dia memang bengong..!!! hahahahaa... aku lak yg marah :P

Chawanna Na said...

Azuan: No problemo..:D

Time traveller: Citer hantu jepun apa ko tgk jadi hantu padi? lawak ke citer tu? kalau citer takut2 aku tak mo tgk hahaha

Saya said...

Tuan tanah, nak tanya soalan SPM. Puan ke sini bulan November / Disember tarikhnya bila? Tak ada salji ke atau belum snow lagi.

Chawanna said...

ke sini end november, nak tunggu salji kena pegi end dec-january. Tapi jalan ke view point tu selalu tutup if musim salji.

Anonymous said...

Salam nak tumpang tanya.kalau dari tempat bas berhenti di shirakawago nk jlan sekitar kampung dan kawasan menarik, jalan kaki ok ke? ke kena naik transport lain?

Chawanna Na said...

Jln kaki je

mira zara said...

wah cantiknya pokok2 marple musim luruh... rasa xsabar nak jelajah bumi jepun