Thursday, December 12, 2013

Takayama: Hujan Meraikan Kedatangan Kami

Hari ni jauh perjalanan kami. Jadi selepas subuh, tanpa buang masa kami terus bersiap nak check out hotel dan menuju ke Tokyo station. Cuaca mendung di seluruh Tokyo. Mengikut ramalan cuaca, hari macam satu Japan mendung..huhuhu..

Office JR untuk exchange JR pass di Tokyo station

Final destination kami hari ni adalah Shirakawago (plan A), tapi takde direct train yang boleh bawa kami ke sana, melainkan menaiki bus, tu pun subject to availability, kot bas dah fully booked, kita nganga berdua-duaan di bus station tu ye..haha..nak beli online takde jual pulak tiket bus tu. 

Plan B nye pulak, if tak sempat nak kejar bus pukul 1.40 PM tu (sebab bas time tu hanyalah untuk yang beli tiket reserve je), kitorg nak jalan-jalan pusing Takamaya je lah, sebab semuanya walking distance je kat town kecik ni. 


Misi hari ni. Masa untuk sampai ke destinasi 280 minit, adalah lebih kurang 4 jam lebih.. pitam!! Dan total harga perjalanan hari ni ialah Yen 14,000, bersamaan RM 436 (per person) sahaja. Harga ke sini saja dah almost half the price of JR pass..huhuhu.. dan nasib baik trip dari Tokyo ke Takayama ni fully covered dengan JR pass, kalau tak gigit jarilah kami hehehe..phewww

Jangan buang masa lagi..ayuh.. 

Sebaik tiba di Nagoya station, terus kami ke platform (tak ingat nombor berapa) untuk kejar train ke Takayama. Memang ngam je timing, train dah sampai awal dari kami hehehe. Dapat duduk dalam train, tak sampai 5 minit, terus train jalan tapi kitorg berdua masih terpinga-pinga nak cari seat mana yang best nak duduk nih, maklum la seat banyak kosong. Kitorg duduk dekat coach unreserved sebab malas nak pergi kaunter.

Hmm nampaknya cuaca memang mendung ni..dah tengahari pun masih kelabu asap je..apalah nasib..

(Kiri) Limited Express Wide View Hida nama train ni. Orang tu tengah excited duk adjust seat yang boleh pusing dua arah hehehe.. (Kanan) Tingkap yang luas dan bersih, TAPIIIII..

 (Reflection yang sangat la cantik bersepah-sepah sepanjang perjalanan kami ke Takayama)

Tingkap besar, scenery kat luar cun gile.. syok sangat nak amik gambar, tapi glare dari tingkap tu tak boleh blah, dah abis rapat lens ke tingkap pun tak jalan..paling aku rasa macam nak marah sesangat tapi disuruh bersabar berjuta-juta kali oleh Cawan adalah KERANA CABLE ELETRIK BERSEPAH-SEPAH TERGANTUNG SAMA LEVEL DENGAN TINGKAP TRAIN!!! apakah ini??  haih..bab ni aku rasa memang failed lah..walaupun Cawan dah berkali-kali explain kenapa wayar tu berselerak kat luar macam tu, kenapa tak underground je macam sesetengah negara lain..tapi i dont care kekdahnya!



Mistik sangat lah rupa kampung ni, kabus-kabus memenuhi ruang udara.. dan sekali lagi tak tahan rasa nak turun dari train ni dan jalan kaki tengok kawasan sekeliling..

Kenapa la takde laluan pejalan kaki ke, apa-apa trail yang bolehkan kami berhenti dan amik gambar..dah la tingkap train tak boleh bukak..haiyooo

Bercampur baur feeling time ni, kejap ada perasaan tak best sebab aku nak amik gambar susah..haih geram sungguh la rasanye. Perasaan bestnye pulak, sebab dapat tengok kampung-kampung dan view lawa-lawa macam ni..ihiks. 

Sampai satu tahap aku pun bosan nak amik gambar dah, sebab kejap nak duduk kat tingkap belah kiri, sebab kiri cun, kejap lagi kena duk belah kanan pulak sebab cun jugak, last-last aku fed up. Cawan memang dah give up dari awal tadi, sebab dia kata buat sakit ati je amik gambar yang hasil macam tah apa-apa nanti hahaha..so dia suggest aku diam-diam jangan macam kera sangat.

Dipendekkan cerita kami dalam train tu, akhirnya sampai jugak ke station Takayama.


Turun dari station cuaca masih mendung. Lepak jap depan kaunter information tu, nak tanya hotel kitorg menginap dimana. Hah, seberang jalan je hotel tu..hehehe.. cute gile town ni, teringat Gilmore girls, town kecik-kecik, semua walking distance je huhu.. 

Hotel kami menginap betul-betul depan van putih tu. Nama hotel Hida Takayama Washington Hotel Plaza. Harga 1 malam untuk double room 7400 Yen, agak mahal, tapi waktu dan ketika itu, memang itu je yang paling murah antara semua hotel yang ada, nasib la kan. 

Sambil kami tengah melihat-lihat keliling kawasan yang bakal dijajah. Tiba-tiba hujan pulak turun. Masa ni terus decide, cancel Plan A, kite buat plan B je lah..hmmm.. sebelum check in hotel, kitorg pegi Nohi bus center, iaitu sebelah Takayama station dan berhadapan dengan Infomation kaunter tadi. Misinya nak tanya, kalau nak beli tiket reserve ke Shirakawago esok pagi boleh beli sekarang ke? Jawapannya ialah tidak boleh! Kena beli esok jugak. Sekian terima kasih! Lepas tu, kami terus check in ke hotel. Sampai hotel dalam jam 1.30PM. Kaunter reception tutup pulak, sebab waktu lunch break diorg. Dah la suh tunggu sampai pukul 2! 

So duduk-duduk la kejap sambil buat muka tak puas hati. 5 minit pastu, ada macam senior dia pulak keluar dari bilik belakang tu. Dia tanya reservation under nama sapa, dan seterusnya tau-tau kami dapat kunci bilik..yes..ini yang kita mahu! hahaha

Bestnye dapat masuk bilik untuk berehat jap. Sempat la makan-makan, baring-baring..Tapi lepas tu dah boring. So Cawan ajak keluar bilik walaupun hujan. Katanya kena keluar gak, kalau tak rugi masa! Hoh! ujan-ujan ni nak keluar jugak ke? dah la sejuk..aku mengada-gada. Jom cepat..dah tu baringnya.. Cawan bertegas..

Hmm ke mana kita? aku tanya Cawan sebab malas nak pikir. Jom la pegi kedai-kedai tu tengok apa ada boleh beli. Nasib la kena lintas satu jalan je nak ke kedai souvenir nih, masuk-masuk je terus nampak FM. Tak buang masa dan air liur dah, terus buang duit je, tengok harga macam ok, aku pun malas nak pikir, dan survey kedai-kedai lain...zas zas zas..ha bayar terus..gembira je hati ni dah dapat beli magnet untuk ahli jemaah #travelholicawesome.

So lepas jalan 2-3 kedai, kitorg dah bosan balik, sebab lebih kurang je barangnya. So aku pun gatal la ajak Cawan pegi jalan ke lain pulak. Ingatnya nak beli payung, tapi Cawan kata tak payah!

Lepas beberapa minit berjalan, hujan macam lagi lebat..nak jalan jugak ke? tak nak beli payung? muka aku terkebil-kebil macam kura-kura dah. Sejuk ok!

Cawan kata balik bilik je la, kang dah lenjun baju sejuk ni mana nak nak keringkan pulak, you takpe la ada bawak spare, i ni sehelai ni je.. pheww..tau takpee!! gembira aku dengar jawapan macam tu haha

Selfie sengsorang dalam lif hotel! Cawan cakap dah basah lenjun tak payah nak selfie ootd sangat lah...nampak kelibat dia yang meninggalkan aku sengsorang dalam lif tu? hehehe

Lepas masuk bilik, kenalah mandi manda, sebab dah basah kan, lepas mandi dan makan, dan buat macam-macam aktiviti yang lain. Kami kembali kebosanan. Waktu ketika tu dalam jam 7 petang. Diluar memang dah gelap dan masih rintik lagi..aduhai..apa nak buat nih! Dah la hotel ni macam business hotel, so macam takde la benda menarik nak buat kat bawah tu. Haih.. so kitorg layan la saluran tv Jepun yang jual-jual barang tu. Cawan sangat teruja nak beli vakuum ajaib yang sedang ditayangkan dalam tv tu hahaha.. Aku perasan sejak dari semalam dia sampai, asyik layan channel jual barang tu je..pastu teruja sengsorang..kesian, terpaksa la aku layan jugak, sambil baca brochure dan pamplet tourism Japan yang aku rembat di Tokyo station pagi tadi.

Lepas tengok pamplet tu, tiba-tiba terus aku bangun terduduk tegak macam zombie bangun dari keranda tu! "u, i nak keluar jugak malam ni..kita mesti keluar, sebab i nak amik gambar.." aku berkata-kata dengan bersemangat sekali! Cawan terkejut, ingat aku kena sampuk kot, sebab jap ni tadi elok je aku layan dia tengok tv, gelak-gelak la apa la, ni tiba-tiba bangun terduduk, ajak keluar malam-malam buta nak pegi amik gambar, dalam sejuk-sejuk ni?? 

Tadi bukan u kata nak tidur je ke? tanya Cawan. 
Hmm betul jugak kan..malas pulak rasanya..nanti i kena pakai tudung, pakai baju elok-elok, kena pakai stokin, kena pakai boots tu..huh leceh betul la.. jawab aku menjela
....?????... Cawan diam, malas kot nak layan aku.
Haaaa...takpe..i tak payah pakai tudung, i balut-balut je kepala i dengan scarf ni, pastu i pakai la hoodie i tu, pastu yang lain-lain tu i sarung je la kan..ok jom! aku beri idea bernas.

Terus capai camera, dan segala keperluan..keluar dari hotel hujan renyai lagi..tapi lama-lama jalan, makin hilang pulak..pekan Takayama makin sunyi, orang lain agaknya dah tutup rencana hari ni, tapi kami masih berencana nak berjalan-jalan dipekan kecil ni ihiks..

Sannomachi Historic District.  Disinilah letaknya kawasan yang ada rumah-rumah lama dari zaman Edo. Dan inilah yang membawa aku datang ke Takayama, selain dari Shirakawago yang melambai-lambai sejak dari beli tiket ke Jepun hari tu. Trip kali ni aku lebih teruja untuk lihat kawasan luar bandar yang jarang-jarang orang nak pergi. Tambahan lagi nak ke sini memang mengambil masa yang sangat lama, sampai aku sendiri pun nak muntah duduk dalam train siang tadi.

Dalam samar-samar cahaya kami lihat ke peta, supaya tak terlepas laluan tu, maklum la bukan semua tempat ada bersuluh lampu. Nak tanya orang pun takde, sapa yang nak keluar malam-malam sejuk macam ni! Dan akhirnya Cawan yang jumpa tempat ni, sebab dia ternampak signboard kecil di tepi tiang lampu. 

Suka betul sebab akhirnya dapat tengok sendiri rumah-rumah lama ni. Rasa macam best je, suka je, tengok rumah kayu-kayu macam ni, sekali lagi feeling-feeling macam tengok cerita Oshin. Kawasan ni adalah salah satu preservation area yang penting di Japan.

Kebanyakkan rumah-rumah kat sini, ada yang dah jadi museum. Selain dari rumah, kat sini jugak ada banyak sake breweries. Sanmachi preservation area ni terletak betul-betul di tepi sungai, dan dekat situ jugak ada bridge Nakabashi yang merah menyala, kalau musim sakura, kat situ memang lawa la. 

Dari informasi yang aku jumpa di internet. Takayama pada suatu ketika dulu adalah satu tempat kelahiran tukang-tukang kayu hebat. Dikhabarkan skill-skill pertukangan mereka tersebar hingga ke Kyoto, sehinggakan tukang-tukang kayu dari Takayama ni diamil upah bekerja untuk bina istana dan temple di Nara dan Kyoto.
Aku bertekad, esok pagi-pagi sebelum ke Shirawakawago, kami mesti datang ke ini lagi untuk tengok kawasan di waktu siang pulak. Nak tengok kawasan jajahan malam ni diwaktu siang pula.

Masa tengah amik gambar kat sini, terdengar suara budak kecik menangis, mesti ni rumah orang dan bukan museum kan? 

Daun-daun maple yang berguguran dalam "kolam"..

Orang kat dalam gambar tu, aku sebenarnya, saja nak interframe hehehe.
  Hmm kami di penghujung jalan kawasan preservation area ni. Harus pulang ke hotel semula, sebab dah makin sejuk.


On the way jalan balik ke hotel. Kedai-kedai dan restoran yang dah tutup..meriah betul walaupun takde orang dah...mohon save electricity sikit hehehe

Dan akhir sekali, dipersembahkan, encik Cawan yang tiba-tiba mintak nak bergambar. Dah la bergambar dengan tripod sekali, pakai seluar tidur, adalah sangat poyo disitu hahaha. Disamping mintak bergambar, dia jugak meminta tripod baru sebagai hadiah New Year, katanya tripod free tak sedap pakai. Sekali lagi motif disini?

Dah puas berposing dekat pokok bunga kedai mana tah, kami terus pulang ke hotel, tapi sebelum tu singgah dulu di Family mart nak beli minuman, dan celebrate dekat dalam bilik sebab at least harini berjaya jumpa kedai souvenir dan beli souvenir, lepas tu berjaya jugak pegi tengok rumah-rumah lama di Sannomachi tadi.



17 comments:

Biqque said...

hahahaha kalo kitorang, sorang dok kiri, sorang dok kanan, cover both side. cable tak cable, janji ada gambar hahaha! siut je cawan...

best kan duk kg diorang cam aman damai cun jer haih...

weh cantik jaket cawan, dalam ada bulu gebu! beli mana??

haruslah hujan2 pun kuar guna payung demi tidak membuang masa...gile kan duk dalam bilik tak buat apa rasa macam mmm mmm arghhhh hahaha!

rumah2 lama tu cam kat gion st kan? canteknya...dah la i suka rumah kayu...tak sangka la tukang kayu ni yg buat istana!

cantiknya gambar kolam tuuuuuuuu! sapa amik??

omg cawan bawak tripod camtu sepanjang jalan?? i kat nami buat camtu hahaha! gigih!

ada FM??? OMG! OMG! NAKKKKK!

Chawanna Na said...

Mak Esah: Panjang nye komen..tepaksa saya hargai!

Alkisahnya encik Cawan tu malas nk amik gambar masa dlm train tu, terpaksa la i cam kera jap ke kiri, jap ke kanan kekeke..

Jaket gebu beli kat Uniqlo, RM120 kot tak silap aritu..

Iya betul! rumah2 lama itu sperti di Gion, mungkin tukang kayunye berasal dari daerah yg sama..

Gambar kolam diambil oleh saya..

Iya sekali lagi, tripod itu memang dibawa begitu sepanjang jalan..

Ya ada FM jugak untuk mak esah dan geng2 TA yg lain. Sekian terima kasih

dzuchan said...

hai..
dah lama folo blog ni , tapi baru terpanggil nak mengomen :-D

sebab

town ni sangat cantik, macam set dalam J-Drama
gambar2 pun cantik

jarang dipersembahkan tempat2 macamni kepada umum..gituu

Azra said...

Lawanya rumah2 lame tu...

Ren said...

Wow canteknya gambo!

Naramas Aman said...

Memang cantik tertarik....bersih

Fridge magnet pun cun :)

Maple leaves tu pun cun.

nana tron said...

siang hari ada check idok spot baby nanges tu..rumah ka musium ka? hehe...

nways dekat rupanya preservation area ni dgn town ek..ada riki gak travelblogs lain psl tempat ni. agak klasik gak..

Anash said...

kera?
kura-kura?
dah entry kisah zoo le pulak?

heheh

gambo cantik la wehhhh tepi sungai tuhhhhhh....

apa FM?

*rasa cam nak nanges kata ada FM utk kami*

Orga said...

aku tak habis-habis lagi kagum dengan gambar daun kale warna warni tu, plus ada reflection pulak, huhu...nak nangis rasa, memang cantik pergi time autumn...

Chawanna Na said...

Dzuchan: selamat dtg, memang fefeling jdrama tok kaduk sket la kt sini, maklum la umah lama.. Gitew dipersembahkan sgt hehehe

Azra: kan kan kan..

Ren: gitewww.. Ko kopok lekor aku ade tak? AWAS!

Kak Naramas: saya setuju yg tempat ni cun dan bersih, tiade objection! Hehehe

Chawanna Na said...

Nana tron: siang tak cek pun sama ade museum ke tak hahaha.. Ko jgn.. Kekekek

Kak Anash: fm harus la ade.. Jangan nk M drama sgt lah kekekek..Awas kak AWAS!

Orga: hahaha apa lagi?? Mega trip ke Jepun thn depan.. ???😛

Rei said...

Subhanallah.
Nak kena kumpul duit nih utk kesana pas tgk gamba autumn kat sini.

Ren said...

Tak sabarnya nak tengok rumah berbumbung tiga segi tu..

Hulubalang said...

cable bersepah dan x ditanam sbb ada reason dia hehehe... salah satunya negara tu kan negara yg senang gempa bumi so kalau tanam bawah tanah susah la nak repair bila kena gempa ye dok...

apa pon jepun mmg lawooooooooo...

Chawanna Na said...

Rei: Ye betul, kena kumpul duit kalau nk ke Jepun, supaya tak kayap kat sana nanti hehehe

Ren: Motif ko nk pecah rahsia pasal entry aku berikutnye? huh tau la dh tgk Nat Geo..gitewwww

Hulubalang: Itu lah, laki aku pun cakap mcm tu, tapi aku tak leh terima jgk, pasai apa tak kemas2 kan sikit wayar berselirat tu..kesian org nk amik gambo :S

Almiraz said...

Naaa,

I bukan ahli jemaah #travelholicawesome eh?...hahahaha..suka baca cerita travel you...mesti detail punya...eh bila kita nak dating lagi ni?..

Azian Elias said...

salam..


thanks for sharing yr story di Japan.. nanti akak nak lena study hard ni.. nak ke sana next year...