Tuesday, March 22, 2011

Day 5: Jaipur - Amber Fort & Jal Mahal

Amber Fort

Merupakan sebuah istana, yang dibina oleh Raja Man Singh I  pada tahun 1592. Lokasi tempat ni dari Jaipur adalah lebih kurang 11 kilometer. Seperti monumen-monumen lain yang telah pun Chawanna lawati sepanjang berada di negeri Rajasthan ni, Amber Fort juga tidak terkecuali dari dibina daripada red sandstone dan white marble. Amber fort ni juga, dikenali dengan nama lain iaitu Amer Fort.

Kalau sekali pandang tempat ni, ada rasa macam dekat middle east. Mungkin sebab batu-batu disekeliling kawasan ni macam besar-besar, dan tidak sekata, ditambah lagi dengan warna batu, lagi la macam kat gurun mana je.

Nak naik Amber fort ni, ada beberapa options, yang paling murah dan mencabar adalah dengan berjalan kaki, options lain lagi, adalah menunggang gajah dan menaiki jeep (tapi yang ni kena bayar la, tapi kalau naik ni, tak sempat la nak berhenti snap-snap gambar, sebab diorg jalan non stop). Disebabkan Chawanna dan geng, sememangnya adalah individu-individu yang sangat mencabar, jadi kami teruskan dengan berjalan kaki, dan akhirnya aku surrender, sebab memang rase tak larat sangat, badan rasa panas nak demam, tekak pulak perit sesangat. Jadi, aku serahkan kerja-kerja meng'explore' Amber Fort kepada Cawan dan geng je. Aku dan Aqilah lepak kat main hall dia (erkk ye ke main hall??)

So citer Amber fort aku agak la tak banyak isi sangat, sebab aku terperuk kat bench yang ada kat bawah pokok tu, sambil tengok Aqilah main dengan monyet liar kat situ..

Amber Fort dari entrance masuk..

Ilham dekorasi dalaman Amber Fort diinspirasikan dari Islam dan Hindu. Selain white marble, cermin-cermin juga banyak digunakan dalam bangunan ni, yang menjadikan ianya lebih cun lagi..hehehe.. (sambil tu boleh cermin-cermin diri sendiri nak cek mekap ke, rambut ke..tudung ke..ahaks)




Entah ceruk mana pulak la si Cawan jumpa diorg nih...ish ish..


Jal Mahal

Ok yang ni aku lagi la tak de citer nak story sangat, sebab apa? Sebab aku duduk dalam tuk-tuk je. Bateri aku dah abis time ni, tunggu masa nak pengsan jek..adeh...Dan diorg pun lepak kat sini 10 minit je, cuma nak amik gambar, sebab monumen ni nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnn..terletak di tengah-tengah tasik. Susah nak pegi, so tengok dari jauh je la...



Jal Mahal ni kalau dalam bahasa inggerisnya ialah Water Palace. Kalau korang tengok pun macam pelik. Ape kes la nak buat palace yang dikelilingi air, dah la tenggelam pulak tu!!! Rupa-rupanya dia tenggelam sebab tasik kat kawasan sekeliling tu dinaiki air time hujan, so tenggelam la palace tu, dan hanya boleh naik boat je kalau nak ke situ..ish ish...

Lepas Jal Mahal, kami semua balik ke hotel, petang nanti nak catch train ke Delhi pulak. Sementara menunggu tu, aku sempat tidor satu round lepas makan ubat. Nikmat betul ler rasenya...

Untuk citarasa cerita versi lain Amber Fort, sila layari blog geng Chawanna --> Biqque

5 comments:

Biqque said...

cite tergendala gara2 penulis demam ek? hahahaha!

serius i tak tau kat mana ular tu :D i dok sibuk main tingkap kecik kat atas :D

3plepl8 said...

owh, penulis demam hari ni...
pemain ular tak nmpk plak, pemain penyapu ada la.

Rieyo said...

Bro,terbaca u punya blog pasal buat plaster ceiling, boleh tolong email kan i no phone die?
Thanks in advance.. :)
rionasrul@gmail.com

Unknown said...

Hahaha... tu la demam punya pasal.Abis ilang mood semua.. Aduii aduiii sakittttt...

Pemain penyapu tu main apa dengan penyapu?? Sapu sampah? ehehhehe

Azizan Zolkipli said...

euwwwwww [mode risau]. Jal Mahal tu rasa macam nak tenggelam dek air je huhuhuhu ...

ohhhh tidak, itu cuma ilusi Wakjan hehehehe ...