Cuaca hari ini nampak cerah, walaupun langit tak biru sangat, suhu pun tak terlalu panas ataupun sejuk , sedang-sedang elok untuk berjalan.. Hari ni plan kitorg nak jalan-jalan dalam Kowloon. Kowloon merupakan salah satu kawasan urban di Hong Kong.
Mencari arah tuju..
Tak susah nak cari tempat yang dituju di HK, di mana-mana pun ada signboard, ditulis dalam English dan Chinese (Kantonis agaknya). Tempat yang nak dituju pagi itu, adalah Avenue of Stars. Tak jauh dari hotel kitorg di Tsim Sha Tsui, berjalan tak sampai 15 minit, dah boleh sampai situ.. Tapi, kalau tersesat, tak usah la segan silu bertanya, tanyaaaaa je la sesapa, orang-orang kat HK ni baik-baik jugak. Walaupun kekadang diorg macam lambat pick up sikit, tapi diorg boleh jugak membantu hehehe..
Avenue of Stars & Victoria Harbour
Avenue of Stars & Victoria Harbour
Avenue of stars ni ala-ala walk of fame kat Hollywood tu. Tapi yang ni version Hong Kong. Dibuat khas untuk tribute artis-artis Hong Kong yang outstanding dalam perfileman dan music dan yang seangkatan dengannya. Antara artis-artis HK yang ada kt sini (dan yang kitaorg kenal) Aaron Kwok, Andy Lau, Jackie Chan, Jackie Cheung, Anita Mui, Bruce Lee, Sammo Hung, Leslie Cheung, Jet Li, Tony Leung dan ramai lagi la..
Ikut je exit MRT yang betul, maka sampai la ke tempat yang dituju..
On the way nak ke Avenue of Stars, ada Museum of Art.. tapi kitorg tak masuk pun.. (kurang berminat dengan art-art dlm museum nih, lain la kat The Lourve..ewahhhh)
Antara statue yang pertama diterjah kami..hehehhe..
Cap-cap tangan, dan nama-nama HK stars yang popular..ada banyak lagi, tapi kitorg pulak tak berapa kenal, so aku letak la yang korang kenal, antaranya, Bruce Lee, Andy Lau, Stephen Chow. Tak kenal? Emm tak pe la..abaikan aje..
Bruce Lee, kalau tak kenal, pegi wiki..
1, 2, 3 actionnnnnnn
Lama juga kami spend masa kat Avenue of Stars ni..kat seberang Avenue of Stars ni, adalah Hong Kong Island. Disinilah terletaknya Victoria Harbour, iaitu diantara Kowloon dan Hong Kong Island. Kalau nak pergi sana, boleh naik MRT, ataupun Star Ferry. Avenue of Stars ni, free je, so boleh datang anytime, pagi petang siang dan malam. Tapi sayang souviner shop kat sini tak begitu mengujakan, souviner setakat payung muka Jackie Chan, kat Petaling Street pun leh dapat hehehe.. So tak de la beli apa-apa.
Seterusnya, kami melalui Hong Kong Clock Tower, terletak bersebelahan Avenue of Stars nih, tak da apa sangat, cuma clock tower je. Dah ada tu, amik je la gambar kan..
Harbour City
Sebenarnya, singgah kat shopping complex ni dengan tujuan aku nak pegi pump susu untuk Aqilah, so sambil-sambil menyelam tu minum la air heehehe..
Antara scene menarik semasa menuju ke Harbour City ..banyak artikel pasal felon gung, gambar-gambarnya boleh tahan ngeri jugak. Kalau nak tau pasal felon gung, sila wiki..
Kalau nak beli majalah Gadget (Biq je yang tau nih), bersepah-sepah jual kat tepi jalan, tanpa segan silu, dah la tukang jual pulak, makcik-makcik cina yang separuh abad..adeh..kurang selera aku hehehe.. Kat tepi bus stop pun ada majalah tu..gila betui..tak tau la org HK pervert ke apa huahuahuahua. (nak letak gambar, tapi cam segan..tak pasai2 blog kena banned nanti)
Bendera Hong Kong
Harbour City dah siap preparation untuk sambut christmas..
Aqilah mintak sehelai baju dari kedai-kedai nih, tapi aku tak kasi, aku cakap mahai sangat, nanti tak de duit nak beli tiket kapal terobang ke destinasi lain pulak... (Aqilah memuncungkan bibir)
Aqilah cuba ditenangkan oleh Daddy dan Maliki, sebab tak dapat shopping..huhuhu
Kowloon Mosque & Kowloon Park
Selesai di Harbour City, kami meneruskan perjalanan ke Kowloon Mosque, tapi sebelum tu, singgah kejap kat Kownloon Park, saja je nak tengok apa ada dalam tu..
Typical scene di Hong Kong, tak tau la dari mana datangnya umat manusia ni semua..
eh sapa pulak la yang pinjam Ferrari aku nih...berani betul tayang-tayang..
Tak explore pun satu taman ni, cuma pergi bahagian depan je, sebab time ni kaki dah start sakit dah..al maklum ler lama gila tak berjalan macam nih..huuhuhu..
Tanpa buang masa, kami terus ke Kowloon Mosque, yang terletak kat belakang Kowloon Park tadi, makin dekat kami dengan masjid tu, makin ramai minah-minah indon, di kiri kanan jalan. Confius aku. Kat mana nih? Hong Kong ke Indonesia?.. Ada yang tengah sibuk prepare makanan (dalam hati ku..ooo diorg ni picnic kot)..ada yang tengah solat tepi jalan (dalam hati ku..ooo diorg ni ikut tour bus nih, takut tak sempat solat agaknya..emm bagus-bagus)..ada yang tengah tumbuk kacang dalam lesung batu sambil duk bertimpuh!! ..haih..tumbuk kacang pun ada?? nak buat kuah kacang ke?? Mentang-mentang raya haji nak dekat dah... Makin dekat kami dengan masjid, lagiiiiiiiiii ramai minah-minah Indon nih..huh..biar benar.. lepas tu, bila tengok kitorg lalu, diorg duk pangil-pangil.. bila dekat lagi..tengok kat depan diorg, ada macam-macam makanan.. ha cakap je apa, nasi padang, bakso, tempe, rojak pun ada!! Kami saling berpandang..terus tergelak...tak tau nak kata diorg jual makanan ke..picnic ke..apa ke..hahaha..
Masuk pula ke masjid, semua orang pandang aku dan Lane, termasuk la Aqilah... Ya Allah....semua indonnnnnnnnnnnnnnnnnn... Meriah betul masjid Kowloon nih. Naik tingkat atas..ada 2-3 group indon, tengah berzanji, baca al-quran.. Memang bagus betul la diorg nih..meriah masjid Kowloon nih.. Tanpa buang masa, kitorg solat je kat ceruk mana yang kosong.
Warga-warga Indonesia di hadapan Kowloon Mosque..
AKAN BERSAMBUNG...
Note: Ni saja entry utk buat masa nih, nak upload gambar, amik masa berjam-jam, bila dah upload, gambar melintang jadi menegak, aku pun tak tau la apa masalah laptop office nih. Bila kat rumah pulak, internet macam siput babi, nak load gambar saiz 200kb pun, berjanggut nak tunggu..sakit hati gua..
7 comments:
hoi! lama gile nak tunggu post u!
ooo sana ramai indon ek? kalo i, dia dah panggil, i duduk simpuh terus makan je la hahahahaha!
mags gadget??? uish kena tgk ni!!!
hahaha tu la.i pun tension,sebab lama sgt. Ni tengah pikir cam mana la nk rotate kan gamabar tu. dh 3-4 kali i betul kan dia, masih terbalik lagi..gila betul la..
Indon ramai kat kawasan masjid tu..
Ha nanti i kasi gambar mag gadgets tu huhuhuhu
gadget apa latest kt HK? baekk punya ka?
ooo...ko dh bli ferrari kuning kt negri sembilan tp letaknye kt HK...
mami, aqilah nk DIOR for baby, boleh??
eh, bruce lee sorg je ke dok bersilat kt situ?
Hahah gadget baek la..Cawan sampai ngigau2 ajak aku p beli..heheh tak kuasa den..
Ferrari tu saja simpan kat HK..kot2 la korang nk pinjam nanti kat sana, boleh la aku kasi pree..
Ha a..Bruce Lee sorang je ada patung tu, lain2 cap tangan jek, pastu ada la patung2 producer la, cameraman la, lighting man la..uhukss..
finally!!! and gambo semua cantek!!! suka gambo tongkang... classic!
aik.. tadi aku cam nampak ada new entry?? mananye?
testing je malam tadi..internet cam siput babi.. ni baru paste tgh ari nih..
Post a Comment