Monday, November 29, 2010

Hong Kong - Kowloon Pt. 2

Ok, ini kesinambungan entry sebelum ni. Ni pun dah tahap hilang sabar nih, mood nak berblog pun macam dah kurang. Idea nak tulis pun macam tak memberangsangkan... tapi layan je la yekk.....

Agenda berikutnya, Ladies Market yang terletak di Mongkok. Pada mulanya, kitorg nak pergi sana, seawal pagi, tapi dah tanya local, diorg cakap, pagi-pagi tak bukak lagi, after 1PM baru bukak. So lepas selesai urusan di Kowloon Mosque, tanpa buang masa, kami menuju ke station MRT yang terdekat.

Perjalanan ke Mongkok dari Tshm Sha Tsui cuma ambil masa dalam 10 minit je. Waktu ni, baru jam 4.40 PM di Hong Kong, tapi macam dah jam 6 PM kat KL. Matahari tunggu masa je nak tenggelam hehehe.. (waktu HK dan KL, sama jek)..

Ladies' Market
Merupakan salah satu tempat shopping di Hong Kong ni, paling best sebab boleh bargain!! Kalau nak beli souviner, memang sini la tempatnya. Terletak di Tung Choi Street, Mongkok. Operation hours dari tengahari sampai 11.30 PM. Bila pergi ke sini, pastikan pakai kasut yang sedap dan selesa, sebab korang pasti akan ronda from one end to another, mungkin 2-3 kali pusing agaknya. Suasana di sini memang meriah, ditambah pula dengan lampu-lampu yang bergemerlapan di sepanjang jalan. Barang macam magnet, t-shirt, baju-baju for kids, adult, semua ada termasuk la yang senonoh, dan TIDAK senonoh hehehe..
Memang boleh gila kalau bershopping kat sini!!!

Sesiapa yang suka costume macam-macam rupa nih, boleh la beli kat sini..hehehe..


Yang best di Temple street nih, setiap kedai, jual benda-benda lain (ada gak la benda sama)..contohnya sweater ni..magnet pun sama, kalau kedai ni jual yang macam itu, satu lagi jual yang macam ini..

DSC_0371
Macam-macam orang ada..

DSC_0373
Mencari rezeki..

DSC_0367

Weh, jam kul bape dah, tak nak balik ke? lama dah ni kat sini...
Eh rileks la..baru 8.30 malam...apa barang balik awal..
Ler, aku ingat dah kul 11 malam tadi..lame gile dah kat sini..
Jom pegi Temple street plak...

Temple Street
Ni pun salah satu night market yang popular kat HK ni dan boleh bargain. Senang je nak pegi sini, naik je MRT dan turun di station Jordan, sampai la jawabnya. Rambang mata sudah pasti. Kat sini, kitorg terbeli painting gambar HK.. (tetiba je kan aku minat painting hahahaha) dengan harga HK100 saja...huhuhuh..


Time ni Aqilah dah tak mau duk dalam stroller, so sepanjang-panjang jalan, aku mendukung dia. Mula-mula steady jek, lama-lama, macam nak tercabut skru kat bahu ni, belum kira lenguh kaki..betis usah cakap ler, memang dah keras, kalau dapat urut ni, memang layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

DSC_0362
Temple street pun meriah macam Ladies' street.


Sasa & Bonjour

Dah puas jalan di Temple Street, kitorg semua sepakat nak balik hotel. Mula-mula ingat nak naik MRT, tapi since kitorg semua macam malas nak patah balik ke station tu, so kitorg jalan la kaki dari Temple Street ke Nathan road!!! Ya Allah sumpah tak larat dah nak jalan.. Sepanjang-panjang jalan tu, asyik jumpa SASA dan Bonjour (macam SASA gak). Ish, tak boleh jadi ni, kena gak intai tengok apa ada dalam. Ha masuk je, terus hilang penat, hilang sakit kaki semua. Maliki dan Cawan macam nak pengsan dah kat luar huuhuhu.. Last-last tak beli apa pun..aa biasa la..usha jek..esok-esok baru beli, malam ni pikir dulu hahahaha..


3 comments:

Biqque said...

gambar clear gile! cun weh!

ala costume tu menarik laaaaaaaaaaaa! kena beli nih!!!

BlueEwoke said...

Ha dah agak mesti u suka costume2 nih..ha apa lagi..beli laaaaaaaaaa nanti kalau dtg HK. Costume Polis pun ada, fishnet pun ada heheheh...

Danny / John said...

omg!!! terkejut tgk gmbr last skali! haaha lawakkk rambut! okbai!