Sunday, September 5, 2010

Zakat Fitrah

4 hari yang lalu...

Aku: U bila nak bayar zakat fitrah? Nak dekat raya dah ni..
Cawan: Nanti la..dekat-dekat nak raya nanti i bayar laa
Aku: Ok, bayar cepat-cepat sikit..
Cawan: Bayar dekat dengan raya la nanti, lebih afdal..
Aku: Ha.. (muka tak puas hati)

Semalam..

Aku: Bila nak bayar zakat fitrah nya? Nak dekat raya dah ni..
Cawan: Awal lagi ni..tunggu dekat raya la..lebih afdal..
Aku: Eh betul ke u ni?? Tak pernah dengar pun bayar lambat lebih afdal.. tahun lepas tak de la lambat pun u bayar (muka tak puas hati lagi)
Cawan: Iye la..kenapa? U tak tau ke?? (Muka tersengih-sengih, macam bagus)
Aku: Selama i hidup ni tak pernah dengar pun macam tu..u tipu ek??? kan? kan?
Cawan: (tersengih) kalau tak caya pergi la u google..baru la puas hati u tu nanti..cakap i tak nak percaya.. (buat muka eksyen lagi)

Google'ing' .. 5 minit kemudian...

Aku: (tersengih sambil termalu-malu kambing) emmm betul laaa..
Cawan: Ha kan i dah cakap..tak mo percaya..padan muka..nanti i bayar la dekat-dekat nak raya lagi..abah i selalu bayar before solat raya..
Aku: Emm ok..nanti bayar kat Ipoh ye... (sambil cuba recall balik ustazah kat sekolah dulu ada ajar ke tak pasal ni heheheh)

Conclusion: jangan melawan cakap suami, nanti termalu sendiri huhuhuhu...
_________________________________________________________________________________
Ok nak share pasal zakat fitrah sempena bulan yang mulia ini..

Source dari Lembaga Zakat Selangor

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

* Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
* Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
* Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
* Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
* Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

WAKTU PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

(i) Waktu wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
(ii) Waktu afdal : Bermula terbit fajar subuh sehingga sebelum solat hari raya
(iii) Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadan
(iv) Waktu makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
(v) Waktu haram : Selepas (uruf) matahari satu Syawal tetapi tetap wajib membayar zakat fitrahnya. Jika lebih lama tidak dibayar lebih besar dosanya.


Conclusion: Jangan lupa bayar zakat fitrah anda dan juga tanggungan anda, tak kisah la awal Ramadhan ke, tengah bulan Ramadhan atau pun sebelum solat raya, janji BAYAR.. :) kalau nak lebih afdal macam si Cawan tu, bayar la sebelum solat raya..hehehehe.. (jangan marah bebeh)

4 comments:

Lily Riani said...

i too didnt know this... wow. thanks for the info.

Biqque said...

haah, my dad slalu bayar b4 solat raya...same goes to my husband...

BlueEwoke said...

ok jom kita semua bayar b4 solat raya...huhuhuhu...

YOI said...

jgn jd laki aku thn lepas...dia bayar utk 2 org je...dia lupa..dia tanggung diri sendiri..dia ingt, dia tanggung anak bini ajeee...dah kne p bayar pulak utk diri sendiri lepas tuh..huhuhuhu...