Monday, December 2, 2013

Sendirian di Korankei Valley, Asuke Japan

Pagi sebelum Cawan pergi kerja, dia bertanya aku sekali lagi..
Cawan: Betul ke u nak pegi Japan sorang-sorang ni? Tak nak ubah fikiran?
Aku: Iye betul la ni..napa u tanya-tanya ni pulak..i dah siap barang dah..
Cawan: Sapa nak buat air minum i pagi-pagi kalau u takde nanti? (buat muka kura-kura)
Aku: Ala i pegi 2 hari awal dari u je, bukan 2 bulan pun..u minum la air kosong sementara i takde tu.. (aku jawab tergelak-gelak)
Cawan: Sapa nak teman i cakap-cakap nanti? sapa nak gaduh ngan i nanti kalau u takde? Aqilah bukan layan i bergaduh pn..
Aku: Hishh mengada la u ni...pegi la keje cepat.. (wah aku menghalau dia cepat-cepat)
Dah lepas peluk cium bagai, berpesan macam-macam, so Cawan pun pergi keje, aku pulak bersiap-siap nak keluar pukul 11 pagi tu..

Takde niat pun nak pegi trip Japan kali ni solo, aku takde apa nk prove kat sapa-sapa, tapi sabit cuti aku banyak lagi yang tak berusik, aku tekad je la beli, lagipun Cawan dah kasi izin aku pegi sorang, dia mulanya tak dapat join sebab cuti dia tak cukup, sebab dia dah kerja tukar shift ni, tapi entah berapa minggu lepas tu, dia dah kira-kira balik, cuti dia cukup, so selang 5 minggu dia pulak beli tiket ke Japan.

Tiba di Haneda airport lebih kurang 10.35 pm. Aku dah cancel hotel booking untuk malam ni, sebab takut aku tak sempat kejar train dan subway untuk ke hotel yang terletak di area Asakusa. So aku terpaksa la tidur di airport ni. Sekali lagi tiada niat nak prove apa-apa macam orang lain, aku takat nak tido sebab aku takut terlepas train je hehehe.. So aku naik elevator ke level 5, cari port menarik dan tidor la kat situ, sebelum tu cari port untuk solat jugak, nasib baik nursing room tu kat level 5, senang la aku subuh di situ nanti hehehe..

Dan sebenarnya, langsung tak best tidur di ruang terbuka, unless korang ada kawan-kawan yang join sekali macam tu, aku rasa macam orang perati je, walaupun sebenarnya takde orang kisah, mungkin sebab aku ni pemalu kot. Ko gile ke hapa nak tidur di ruang terbuka macam tu, heshh serammm ok..Ada First Cabin hotel kat Haneda airport ni, tapi MALANGNYA, bilik capsule untuk perempuan sangat limited, yang tingal hanyalah capsule untuk lelaki! (tiba-tiba teringat kat anak dan suami diperantauan, apa la jadi kat diorg aku takde malam ni hehehe)

Terpaksa membungkuskan badan sendiri dengan shawl ni sebab takut orang kaco ke apa-apa, pastu cover lagi dengan jaket hahaha..seram ok seram kalau aku diapa-apakan..nasib baik ada polis jaga kat dengan escalator tu. Port dah ok dah nak tidur, lampu pun malap, tapi satu je aku rasa nak marah, sebab escalator tu bercakap tak henti-henti.. *ckp dalam bahasa jepun, diikuti dengan, please mind your step..* dari aku sampai situ, sampai la aku bangun dari tidur, tak henti-henti..ya ampun sangat la..

Dapat la terlelap sekejap, lepas subuh, aku cek balik agenda aku di Tripit. Ikutkan plan asal nak pegi Nagano hari ni, tapi entah kenapa hati ni membuak-buak nak ke Korankei Valley di Nagoya. Hmm, sebabkan takde siapa boleh menghalang, atau menyoal aku kenapa nak tukar plan, so aku pegi je la suka hati hehehe..

  
Jom ke Tokyo station la kita, kat sini aku banyak kerja nak buat, nak exchange JR pass, nak simpan beg kat locker sebab aku malas nak pegi simpan kat hotel, maklum la masa itu emas katanya. Masa naik train ni aku first time nampak mount Fuji, tapi camera tak ready setting lagi, so satu gambar yang aku dapat amik tu overexposed! dah la view yang tu je nampak mt Fuji, lain-lain nampak banguan jek! cisss


Locker simpan beg, jangan hilangkan resit yang ada nombor passcode locker tu, nanti tak leh pulak amik beg korang. Mesin ni ada bahasa english, so takde la susah nak pakainya. Harge mengikut kebesaran locker korang. Aku punye ni 500Yen.

Dah dapat JR pass, terus aku tengok train schedule untuk shinkansen. Wah macam terer je kan! Senang je nak tengok, sebab dia dual language, english dan japanese, dan untuk JR pass, kita boleh naik shinkansen Hikari, tulisan warna merah, Kodama warna Biru, dan Nozomi warna kuning (yang ni tak leh naik, haram hukumnya hehehe), so kalau dia tulis jepun pun, kita dah tau dah tu train mana satu hehehe. Dan yang paling penting tengok train kita nak naik tu di platform berapa. If seat reserved, dia ada gerabak lain, kalau unreserved, gerabak 1-5 untuk train ke Shin-Osaka atau Okayama.

 Aku nak stop kat Nagoya, perjalanan dari Tokyo lebih kurang 1jam 30 minit macam tu.

 View dari shinkansen menuju ke Nagoya station, aku ni tertunggu-tunggu la mana mount Fuji nih, dalam forum mana cakap suh duduk belah seat yang ada 3 seats ni, tapi haram tak nampak! arghh penipu betul la info tu..takpe la..aku pasrah, esok-esok aku tengok lagi..

Dah sampai Nagoya station, aku terus tak buang masa, dan pergi ke Information counter dia, dan tanya dia apa macam mana nak pegi Korankei Valley, just nak make sure direction yang aku dapat ni sama ke tak macam yang information kaunter ni punya. Nampaknya macam sama je, so aku terus amik train dari line Meitetsu line dari station Nagoya terus ke Higashi Okazaki, perjalanan lebih kurang 40 minit, dan dari sini kena amik bus menuju arah Asuke, dan turun di Korankei. Perjalanan dengan bas lebih kurang 50-60 minit, tertakluk pada keadaan trafik. 

Direction nak pegi sini dari Tokyo: 
1h 30 min dari Tokyo --> Nagoya Station by Shinkansen. Nagoya --> Higashi Okazaki by Meitetsu Line, and 50 min dari Higashi Okazaki station to Korankei bus stop.

 Di mesin ni ada masalah sikit, sebab bila aku tekan-tekan apa pun tak jalan, tekan gambar orang kat atas tak jalan, tekan nombor-nombor tu pun tak jalan, padahal aku tau dah nak bayar berapa yen! last-last aku masuk duit dulu, baru tekan button nombor2 tu, haaa baru kuar tiket! haih macam2 pesen la! kalau semua satu jenis mesin je tak leh ke??

 Kat platform ada 2 orang je, aku dan sorang lagi warga jepun yang tidak dikenali hehehe

40 minit kemudian sampai station Higashi Okazaki, nasib baik station bus tak susah nak cari, sebab dalam station tu jugak. Tengok signboard kat bawah ni, aku tak reti baca, so tanya kat kaunter, katanya bus ada jam 12.10pm, sila beratur di platform 4, dan bayar dalam bas. Trip ke Korankei valley dari station ni harga tiketnye 800yen untuk 1 hala.


Sementara menunggu tu, aku jalan-jalan la beli air dan kudapan buat makan dalam bas, tiba-tiba tengok ada kelibat macam orang Malaysia, bila dengar diorg bercakap, sekali Indonesia. Hah apa lagi..aku terus pura-pura tak nampak, dan buat-buat tak reti. Lagi pun diorg budak-budak lelaki, so aku takde la heran sangat nak sengih ke, nak hi hi atau nak beramas mesra, aku ikut cakap Janggel supaya bermuka sombong, jangan cakap melayu dengan orang walaupun muka aku macam melayu dan aku cuma tahu berbahasa melayu dan inggris je..jadi apakah motif nasihat sebegitu? tapi takpelah, aku layan je.. 

Aku baru perasan yang aku kurang amik gambar, gambar tunggu bas tak amik, gambar bas datang tak amik, kalau ada Cawan mesti dia amik (nanges)

Ok berbalik pada cerita, ingat tadi aku beli bekal air dan roti konon-konon nak makan dalam bas? huh! bas penuh gile dengan orang, sampai aku kena berdiri! Perjalanan satu jam kot nak berdiri..adoi la.. Dah la banyak trafic light, sikit-sikit lampu merah, sikit-sikit lampu merah..aku yang berdiri ni letih tengok, tak tau la apa perasaaan pemandu bas tu..

Dah sampai 5 stop yang terakhir sebelum sampai ke Korankei, kereta dah penuh atas jalan, JEM gile ok! sebab semua pakat nak pegi Korankei valley nak tengok autumn yang antara tercantik di Jepun katanya..wahhh nanges lagi..pukui bapa aku nak sampai nih! 

Lepas 10 minit bas tak bergerak jugak..lepas 20 minit pun masih tak bergerak..di saat 40 minit, aku tengok pemandu bas pun dah give up..dia matikan engin..hmm orang-orang lain macam tak senang duduk dah, aku pun sama tak senang duduk dah ni..hmm sekali ada sorang mamat muka macam Bobby chin yang dlm astro tu, tanya aku.. "do you want to walk to Korankei??" aku tanpa pikir 10 kali, terus cakap, "ok!!" tapi sebelum tu kitorg tanya driver bus, bapa jauh nak jalan ni? 5KM! omgggg..naik bukit ni nak jalan 5KM..tabahkan aku? kekekeke

Ha jom je la jalan..aku cakap kat Bobby Chin tu, ha ko jalan la dulu, aku nak take my own sweet time jalan-jalan kat sini..kaki ko panjang, sure ko jalan laju, kaki aku pendek, sure kena tinggal lah!

So kami berpisah di tengah jalan tu, sb aku sibuk amik gambor..dia entah lepas ke mana, aku toleh belakang tengok semua orang turun bas dan berjalan sama..yeszaaa..beramai2 la kite berjemaah jalan kaki demi Korankei valley...yeahhhhhh

Korankei Valley ni terletak di kawasan Aichi perfecture, Nagoya. Katanya di sini terdapat 4000 pokok maple, so bila tiba musim luruh, tempat ni akan diwarnakan dengan daun-daun maple yang bertukar warna merah dan kuning. Musim terbaik untuk kesini adalah waktu musim luruh, sekitar mid November - akhir November (tertakluk pada keadaan cuaca semasa). Aku teruja nak ke sini, sebab macam tak jumpe lagi kawan-kawan yang pernah ke sini, so nak tengok sendiri la kan kecantikan musim luruh di Korankei ni.

Satu lane ok!! SATUUUU.. abang-abang bawak motor pun kena beratur macam kereta..so tiada gunanya naik moto di waktu ini..untungla mat motor di Malaysia leh cilok-cilok..kekeke


  Cuaca cantik..nak nangis kena jalan kaki pegi sini..dah pukul 2 lebih dah time ni..uwaaa


Rasa cam dah lama gile jalan, akhirnya sampai ke satu simpang, dan ada rumah orang ni, belakang rumah dia ada pokok warna warni meriah macam ni..untungla tuan rumah ni tak payah pegi Korankei valley (aku nanges lagi hehehe)

 Dan simpang bedebah ni la yang buat jem! dah la satu lane, trafik light sikit punya lama..haihhh

Aku sebenarnya tak tau arah mana sebenarnya Korankei valley ni, sebab aku plan naik bas dan berenti di bas stop Korankei, tapi ni kena jalan kaki, map pun takde! so aku follow the crowd je la, dan budget diorg pun mesti nak ke Korankei jugak.. last sekali nampak signboard..mungkin tak lama lagi sampai la tu..

Dan akhirnya, aku tengok ramai sangat orang masuk dalam satu simpang kecik yang langsung takde signboard Korankei, sebab semua orang masuk, aku pun masuk...ha amik ko, masuk je terus nampak view ni..kali ni aku yakin inilah KORANKEI VALLEY yang glamour dan cun di musim luruh!

 Aku jalan melepasi gerai-gerai jual makanan (oh ye aku tak amik gambar sebab nak cepat pegi amik gambar yang lagi penting..kalau cawan ada, sure dah dia cover gerai-gerai dah benda-benda lain hehehe)..dan jalan sampai ke akhir jalan, ada T-junction..hmm nak ke kiri ke kanan.. (gambar atas arah kanan).. aku tengok kedudukan matahari..hmm elok la ke kanan, sebab belah kiri dah malap, matahari dah tak suluh kat situ dah..

Ye tak sia-sia aku ikut arah pantulan cahaya matahari...ya ampun lawa gile.. siap ada reflection daun-daun kuning dan merah dalam air tu..

Aku amik dari arah seberang sungai, aku rasa port ni paling cun waktu ni sebab ada cahaya masuk, sebab port aku berdiri ni dah belakang matahari, so shadow je la.. kalau belah pagi mungkin lawa amik gambar dari seberang sungai tu pulak..senang citer dua-dua belah cun la...hehehe

 Closed up sikit.. haih lawanya..waktu ni kiranya waktu peak autumn di Korankei dah..semua penat jalan kaki sejauh 5KM tadi sangat berbaloi..aku tersengih sengsorang..nasib takde budak-budak indon tu kat sini tadi..hehehe

 Tak tau la nak cakap macam mana, memang lawa la..

 Ok camwhore sendiri dengan iphone..kesian takde orang amik gambar hahaha.. kesian kan tengok muka aku tu??

Kiri iphone, kanan camera, tamak sungguh la, main petik-petik je ikut suka ati..maklum la sengsorang..rugi tak amik banyak-banyak gambar hahaha..(garang sungguh merah daun tu kan?)

Moh turun dekat dengan sungai sikit, nak amik reflection autumn tu..first time tengok autumn secantik macam ni..

Dekat sejam jugak aku kat sini..lepas tu aku cepat-cepat gerak keluar nak cari bus stop untuk balik ke Station Higashi Okazaki tadi, ni mau berebut gak naik bas ni, sebab ramai gile orang. Kalau ikutkan hati aku takde nak kejar check in hotel di Tokyo, aku memang stay sampai malam, sebab belah malam ada illumination kat sini, sure lawa lah..tapi apakan daya, aku suka hati tukar plan last minit..kira ini pun cun dah..

Lepas pegi toilet, aku terus nak cari bus stop..pastu deng!! baru aku sedar yang aku tak tau bus stop kat mana! sebab tadi jalan kaki ke sini, mana aku tau bas stop kat mana..gelabah jap cari kaunter infomation. Tapi takde la pulak, last-last aku tanya je kat pakcik tu, dia suh jalan ke jalan besar, kat situ ada tanda bus stop, so aku pun hait hait arigato dengan dia, terus pegi bus stop. Pergh ramai gile orang, memang nasib menyebelahi aku la time tu, bus tu berenti betui-betui depan aku, aku terus buat-buat tak reti adab, tolak orang kiri kanan, amik tiket dan terus duduk! dah la duduk kat tempat orang kurang upaya/orang tua! aku tak peduli dah, dari pukul 12 tadi aku berdiri kot, ni dah pukul 4 lebih, nak sampai ke station kang mau satu jam lagi..so aku tutup mata, dan tak toleh mana-mana dah, sebab takut kena halau ngn makcik pegang tongkat yang berdiri sebelah aku..

Sebaik sampai ke Higashi Okazaki, tanpa buang masa aku terus beli tiket train nak ke Nagoya. Officer tu suruh naik ke platform 2. Aku buta-buta je naik, sekali salah naik train..aku naik train lain, tapi nasib baik dia stop kat Nagoya jugak..dan yang paling best aku naik train rapid express, so laju la sikit, dalam 30 minit dah sampai Nagoya. Sampai je station Nagoya, aku kasi tau tiket aku untuk stop station lain, dan officer tu dengan baik hati kata suh aku pi adjust tiket kat fare adjustment kaunter..pheewww..

Lepas selesai adjust fare tu, aku terus cepat-cepat ke platform shinkansen untuk balik ke Tokyo...ha lega..lebih kurang 5.30 PM aku selamat naik Hikari untuk balik ke Tokyo, maka sempat la aku nak cek in hotel in time.. :)

Dah sampai bilik, waktu nak tidur, aku preview balik gambar-gambar siang tadi..wow tak sangka hari ni berjalan seperti yang dirancang (walaupun last minit), walaupun ada hickup sana sini..dan rasa tak percaya buat ni semua sorang..wow sangat pada diri sendiri....




36 comments:

just.HY said...

FIRSTTT!!!!

just.HY said...

nanti malam baca, now sambung keje.. kekeke

anna hashim said...

lawanyeeeeeeeee...subhanallah..teringin nk tgk real depan mata...

yayanrahman said...

cantiknya..tak rasa rugi menapak klu view cmni punya lawa..wlupun xde niat nk prove kt sesapa, tp mcm kagum je mcm tabik spring je..hehe..

Biqque said...

uihhhh nyampahnyer kalo escalator bising tak benti cakap! hahaha!

see, sapa cakap tak reti baca bleh sesat kan? tanya je la, apa susah! hish!

kitorang dulu nampak fuji otw to kyoto and otw back to tokyo tapi sbb malam, menyampah la kan!

kelas ko jalan2 dgn bobby chin! hahaha! teruk gile ek jem! seb baik gigih jalan kaki, sampai plak tu! cantek wehhhhhhhhhhhh!

ha baru ko tau takde cawan takde sapa nak amik gambar merepek2 dan pelik! rasain lorh!

p.s: ok...perlukan i solo gak pasni? hahaha!

Anash said...

apa nih JOhn!!!!
tak aci
baca tak
nak first???


huiii
gambo!!!!!
*lenkali nak ikut Na pi jepun*

kbai

Ren said...

Wow lawa nye bukit tu! Kalerpul sangat!!! Rasa macam nak duduk dalam bukit tu di bawah timbunan pokok2 warna warni.

Unknown said...

hi kak cawan, beraninya akak travel seorang diri. tak takut ke? huhuhu saya ni anak 3 pun tak berani lagi nak travel sorang. suami tak kasi sebab takut jadi pape yang tak elok. dia pulak jenis tak suka naik kapal terbang.

owen said...

Kireidesu!!! Totemo kiredesu!!! Cantik la... Wuhaaa... nak repat Jepun... tapi tah bila nieeeee

Naramas Aman said...

Wah cantiknya daun merah, daun kuning...berpinar-pinar mata melihatnya :)

mrs said...

subhanallah cantiknya!!
mau nampak real mau ada yang lompat bintang karang!

allah tak dapat tengok aqilah dalam trip nie

Cawan said...

ok nanti jumpa kat Jepun..

Diana Diane Teo said...

Saya pun tak tau nak comment macam mana, memang lawa gila. Indeed macam autumn in my heart..

Harlaney said...

eh eh cerita korea tak abis lagi nih!!

Unknown said...

Henry: Aku memang tau ko tak baca kan? sapalah blog chawanna ni..hhukss

Anna: Tiket murah ke Japan dah banyak skrg ni, sepelaung je nk tgk autumn di Japan ehehe

Yayan: hahahah nasib baik lawa..kalau tak menyesal seumur hidup ni

Biq: Ha a..tak tau tanya je, tak payah nk spiking pn, sebut nama tempat je..nanti tau la diorg nk kasi direction..hahahah
Try la sekali solo seumur idup..ada jugak rasa best nye, cuma tang amik gambar kite tu la rase loser sikit, tp bleh je nk suh org amik kan haha

Kak Anash: Jom kite travel berdua je, yg penting ada sambal ikan bilis!! Saya berebut dengan cawan hari tau..menyesal pulak dia ikut saya p Jepun tu..dh kena share sambal ikan bilis kekeke

Unknown said...

Janggel: Iye la..ko kan eco tourism, pegi la suggest tanam pokok cenggini di msia, tak yah aku susah2 nk p japan la apa la nk tgk autumn..mahai ok!!

Jari masam: Tak yah nk gediks sangat la.. aku lempang sia2 je nanti hahaha..siap la ko

Owen: Tomato? totemo? walaupun maksudnye.. memang lawa la kekeke

Kak Naramas: Jangan sampai juling sudah.. :)

Mrs Smile: Aqilah ditingalkan atas alasan honeymoon berdua2an je..

Cawan: Sibuk je nk komen2 plak..

Diana: Autumn in my heart jugak lah :D

Harlaney: Trip korea tak inzal sgt mcm trip Japan ni utk aku blog cecepat, baik ko p Japan, Korea tu mcm dh bersepah2 sgt org pegi..nanti ko jumpe msian setiap ceruk..huhuhuhu

Mie said...

Fuh... tak sesia gi sorang2 ke situ... cantik teramat...

owen said...

Totemo tuh maksudnya amat.. so amat cantikla... but seriously amat cantik. Dahla Airasia pun dah pegi Nagoya. Next year autumn dah tempah ke Seoul. So, kalau nak repeat 2015la tapi ada plan besar 2015. Tah2 2016 baru pegi...huhuhu

abbazeef-wanderlust said...

@na - homai. teringt kenangan tido airport kat europe! nyenyak ok. siap ade orkestra lg! hahaha

Orga said...

seyes cantik giler na...aku pun nak nanges jugak tengok daun kaler merah kuning tu, huhu...bila dah start sesorang ni, tak lama lagi, ko ketagih la tu, ahaha...sian cawan :)

Unknown said...

Mie: Nasib baik la..

Owen: oh ye ke..hahaha..

Abbaz: Ko laki leh la nk nyenyak..aku tak biasa ok, dah la tanpa suami di sisi..vurnerable sgt rasanye

Orga: Sama2 la kita nanges..haha..ketagih tu tak la kot, aku p sorang ni pn sb dh terbeli tiket awal, Cawan takleh cuti awal lagi.. pas ni aku tetap nk travel ngn cawan..kekekek

abbazeef-wanderlust said...

@na - mana nyenyak uols. ade isteri nk kene jaga ok. tu blom dikire tido di tepian grand canal kat venice sbb kene halau dgn pak guard stesyen ketapi venice tu. 1st time merasa ape yg homeless rs. haha. tpiiiiii... kaler2 autumn ni awat lawa sgt eh? terancam plak memori spring aku dlu. haha

Unknown said...

Subhanallah lawa giler. Kaler striking macam tulah menawan hati. Kalau travel solo, 1 tu jelah nyampah. Nak bergambar kenalah selca je. Pastu muka sebiji tersembul. Background nye nan ado.

masMZ KaKiJaLaN said...

Simpang bedebah??? Hahahahaha...

Sumpah cantiks yakmatssss.... bukit tu dah macam mushroom fairyland larrrrrrrrr..... terpaksa aku bercita2 jadi pari2, ahahahahaha.....

Lagiiiiiiiiiiiii.......

Unknown said...

Abbaz: Ok untung la bini ko sebab ada org jaga hahahah... haha ko pegi la dua2 musim, autumn ni kaler nye contrast kuat sikit dari spring, berpinar2 mata menengoknye.. drama gitu..

Bibie: Ha a kaler memang striking, best la tgk contrast kaler tu kat gambar kan..memancor2.. ye tidak dinafikan bab bergambar memang fail sikit kalau sorg2 ni..

Masmz: harus la simpang bedebah, pasai tu la jem.. huhuhu

Unknown said...

Abbaz: Ok untung la bini ko sebab ada org jaga hahahah... haha ko pegi la dua2 musim, autumn ni kaler nye contrast kuat sikit dari spring, berpinar2 mata menengoknye.. drama gitu..

Bibie: Ha a kaler memang striking, best la tgk contrast kaler tu kat gambar kan..memancor2.. ye tidak dinafikan bab bergambar memang fail sikit kalau sorg2 ni..

Masmz: harus la simpang bedebah, pasai tu la jem.. huhuhu

Anonymous said...

fuyyoo...travel solo. teror laaaa...kalau aku ada sendu skit tringat kat partner (ni laki aku baca sure kembang hidung)

just.HY said...

ok tadi dah komen dlm whatapps. okla kan?

nnt kene mai sini gaklah nnt bila autumn timing cun mcm ni. jelesnya!

nanadhoi said...

waaaa cantiknya view dia!

dila said...

hi kak cawan..nice blog ..byk info leh kutip ni...
waaa....cun nye time autumn... akk flight dr KL kul 3pm ke yg smpi mlm tu?
sy nk pegi hjg bln ni, smpi mlm mcm xde choice je kne tdo kt epot le jgk ni nmpk gaya nyee... jeles tgk daun2 tu..time winter x cntik..huhu..harus repeat later..btw kagum la akk leh travel sengsorng..daebaakkkk

Kisah Hidup Daya said...


salam

cantiknya pemandangan...
tak sia-sia jalan kaki sampai 5km

umie said...

Masya Allah cantiknya tempat ni cawan..sy dulu masa belajar di jepun pun x pernah tahu kewujudan tmpt ni..kami sbnarnya baru balik dari tokyo minggu lps tp stil x berpeluang nk smpi ke tmpt ni..jadual packed sgt..hehe...mybe next time kot..huhu..senang2 jmpt singgah ke blog sy ;)

http://www.iwannabeumie.blogspot.com

anyway, suka tgk gambar2 travel di blog chawanna ni..mmg superb!

Anonymous said...

view daun merah kuning mcm ni pegi bulan bpe eh? boleh bg exact date?
Thanks.

AziahZ said...

Blogwalker here.. love your posting! Boleh buat sbg reference utk kami ke sana Nov nanti

faizal zainudin said...

Meleleh air liur tgk gmbr2 reflection. Good job!

Anonymous said...

curry shoes
jordan 1 high
curry shoes
pg shoes
goyard
hermes
jordan shoes
off white hoodie
yeezy
bape