Sunday, February 10, 2013

Taman Burung Kuala Lumpur

Emm entry kali ni memang backdated habis, ni cerita bulan Jun tahun lepas okeh! Tapi tak pe la, sebab blog aku pun dah bersawang, dan aku pulak tidak travel ke mana-mana selepas Singapore hari tu, jadi kita layan je la gambar yang ditembak berberapa purnama dulu.. ya ampunnnn sangat.

Lokasi Taman Burung ni tak susah nak cari, kalau yang dari jauh-jauh datang tu, cari je Taman Tasik Perdana atau Masjid Negara, lepas tu pepandai la ikut signboard untuk ke sini. Bayaran masuk agak mahal sebenarnya, tapi aku beli tiket promo dekat Groupon, cuma RM15 je. Konon-kononnya nak bawak Aqilah jalan-jalan tengok koleksi burung dalam ni. 

Ok, jom la masuk tengok..orang kata best dalam ni, tapi aku kata.. errrrr.. takpe lah, kita tengok burung apa yang ada.. 

Spesis ni lawa, warna terang benderang, tapi sayang, aku tak ingat nama, maklum la dah berbulan-bulan lepas aku pegi, hari ni baru nak update blog, haruslah aku lupa kan? Lawa kan yang ni? 

Yang ni aku ingat sangat, burung Merak, sebab dia yang paling angkuh sekali katanya antara semua burung-burung hehehe.. Tapi time ni dia tak tayang pulak bulu dia, mesti takde bulu la tu kot nak ditayang-tayang..

 Yang ni pulak, mesti baru lepas mandi, bulu pun tak bersikat lagi hahaha

Burung ni banyak sangat dalam ni, tak paham la aku, pusing celah mana pun ada dia, semak je aku tengok bebanyak tu!

Ada bird show, tapi kena tunggu sikit la, sebab dia ada waktu-waktu tertentu je, pukul 12.30 tengahari dan 3.30 petang. If rajin nak tunggu, korang tunggu la, kalau macam aku yang panas hati je duduk dalam bird park ni, memang malas la nak tunggu, sabit ada Aqilah je la aku gigih gak tunggu..


Garang neh.. Ni pun pelakon utama untuk bird show tadi. Bird show tadi berlangsung lebih kurang 30 minit, boleh la untuk first timer nak pegi tengok show tu, dan mungkin teruja, tapi untuk aku, memang aku rasa macam biasa je la hihihi

 Diorg pun nak cium mulut heheheh..eh share makanan tu..sharing is caring katanya.

Sangat colorful, meriah sangat, dari jauh orang boleh nampak!

Aku tak tau napa, tapi aku memang takut tengok burung hantu ni, sebab masa kecik-kecik dulu ada orang cakap kat aku, kalau ada burung ni, maknanya ada hantu dekat dia.. ye ke?? khurafat sangat kan!

Sessi kasi burung makan.. ni antara spesis burung yang jinak, tapi bising yakmat.. aku pulak time ni tengah berhati-hati dengan burung ni, sebab takut kena berak, sebab kat atas lantai, penuh dengan taik burung..haih sakit dado den..



Secara jujur dan jujur-jujurnya (ha tengok berapa banyak jujur aku cakap, so aku memang jujur!), tempat ni pada aku macam biasa je la, dengan harga RM48 untuk dewasa, aku rasa tak berbaloi kot, tapi untuk Malaysian yang ada myKad, harganya RM25 (dewasa), pun aku rasa masih tak berapa berbaloi lah, sebab aku rasa macam tak banyak sangat spesis burungnya, walaupun dalam website diorg katanya ada 200 spesis, tapi masa aku pegi tu macam tak sampai 200 spesis pun hahaha. 

Tapi untuk yang berhajat nak sangat pergi tengok, sila lah pergi, jangan takut-takut dan segan okeh! Ini cuma pendapat aku je. So untuk mengetahui segala maklumat terperinci, sila layari website KL Bird Park. Selamat Mencuba!


5 comments:

Biqque said...

eh eh saya pun pegi bird park jugak :)

http://biqque.blogspot.com/2012/08/kuala-lumpur-bird-park.html

Orga said...

aku pun ada pasang angan-angan nak pergi jugak, tu pun sebab terpengaruh tengok citer The Big Year, tapi bila baca info, macam ko cakap lah, tak berbaloi dengan reger tiket tu.dah la jauh...

Almiraz said...

naa,

Cantik gambar2 burung......gambar cantik!

Unknown said...

Biq: Ooooo pi tak ajak!! I hate u forever..gitewwww hahahaha

Orga: Eh ko try test dulu la, kot2 sesuai dgn citarasa ko..ok jgk hehee

Almiraz: Terima kasih..hehe

Faisal Admar said...

Menarik juga ni. Lama tak ke bird park :)