Wednesday, February 20, 2013

France: Siang Yang Panjang di Paris

Ini entry backdated untuk tahun lepas, sila baca. (hahaha paksa suh baca tuh!), dan sila maafkan tajuk entry yang tah apa-apa, sebab aku takde idea nak taruk tajuk apa.

Berat hati rasanya nak meninggalkan tempat yang bernama Amsterdam ni. Tapi apakan daya, tiket untuk ke Paris sudah pun dibeli awal-awal, jadi, nak tak nak kena pegi Paris jugak. Kitorg naik keretapi berkelajuan tinggi (high speed train) Thalys yang ditempah melalui online. Oh Paris kami datang! Ok tentu ada yang nak bertanya macam mana rasa naik menatang ni kan? Rasanya selesa, seat besar, tempat letak luggage pun banyak, walaupun duduk dekat 2nd class, tapi aku dah rasa macam 1st class. Ruang kaki pun agak luas. Pendek cerita dengan harga EU 49 seorang, memang berbaloi-baloi. Yang penting cepat sampai Paris, lebih kurang 3 jam perjalanan saja. Cara lain kalau nak jimat wang dari Amsterdam ke Paris adalah menaiki bas, tapi amik masa berjam-jam. 

3 jam kemudian.... Tadaaaaaaaaaaaaa.. dah sampai Gare Du Nord Paris. Salah satu stesen keretapi utama di Paris. Sangat Bourne Identity okeh, sebab Bourne pernah ada scene dalam stesen ni.. huhuhuhu

OMG sangat rupa train ni! Sungguh tak sangka aku naik train buruk nih hahahaa.. Nanti dulu, sila lihat gambar berikutnya..

Ha buruk jugak kan? Ini TGV, high speed jugak, tapi adeh la.. amat memalukan okeh! Beza gila standard di Europe dan Japan (wah tetibe nak compare ngn Japan, of course la kan, tak kan nk compare train kt India plak! diorg mana hi-speed train..ewah). Kat Japan, aku tak penah lagi nampak train seburuk dan secomot ni, tapi kt europe bersepah-sepah kot, kecuali di Swiss. Di Japan, shinkansen dia berkilat-kilat, siap leh cermin muka uols! Bukan berkilat saja, malah pekerja-pekerja train pun mesra alam sangat. 

Jadual train dengan lens 50 mm, memang tak muat..belasah la..ada aku kisah! Cawan entah hilang ke mana dengan Aqilah time nih hehehe

Bila tengok jam, macam awal lagi nak check in dekat apartment tu, dah bagitau kat Yacine (owner apartment) yang kami akan tiba dalam pukul 5 petang (kononnya nak melencong ke Brussels, tapi tak jadi, dah tersampai awal), tapi sekarang baru 2 petang..hmmm

Dah puas berfikir, last-last kitorg pegi jugak apartment tu untuk check in, dah la lapar gile. Aku call Yacine, bagitau dia yang kami dah sampai. Mamat tu kaget dan terus kelam kabut datang, lepas tu asyik la mintak maaf, sebab apartment tu dia tak sempat nak kemas, sebab penghuni apartment tu baru je check out pagi tadi, dia pulak ada kelas, memang busy la katanya. So kami pun masuk la dalam apartment tu, sambil tunggu dia cuci toilet, kemas katil, tukar bedsheet bagai, kemas dapur, vacuum itu ini. Sambil-sambil kemas tu, sempat lagi dia kata sorry berkali-kali..hehehehe.. 

40 minit kemudian siap apartment tu untuk kami, memang best la duk apartment ni, kat ground floor, jadi tak perlu bersusah payah nak naik tangga atau tunggu lif huhuhu. Harga apartment ni cuma EU 94 semalam, dan share 4 orang, lagi murah duk kat hotel mahupun hostel, dan yang bestnya, aku leh buat sesuka hati mak pak aku je dalam tu kekekeke. Dan yang paling penting sekali, dekat dengan Metro station! (gambar apartment tak sempat amik, sebab semua kepenatan nak amik gambar, sila cari di Housetrip untuk pelbagai citarasa apartment mengikut ketebalan poket korang). 

Selepas berbual bicara dan bersoal jawab dengan Yacine, dia suggest aku untuk pergi berjalan-jalan di kawasan sekitar apartment ni, katanya Opera House dan Montmartre cuma 2-3 kilometer dari apartment ni. Disebabkan masing-masing kepenatan, so kami rehat dan makan dulu, lebih kurang 7 petang baru aku keluar jalan-jalan, cari Opera House tu. Montmartre kita pegi lain hari.

Jom tengok apa yang kami jumpa dan lihat semasa aktiviti mendekati kota Paris pada hari pertama yang dah nak hampir senja ni..

Agak kagum juga lihat bangunan di sini, lain dari Amsterdam mahupun Swiss. Feel pun sedikit lain. Macam tak percaya aku di Paris! Cliche? Ye memang pun, tapi aku tak sampai lagi, so istilah cliche tidak wujud di sini...

Newsstand di kota Paris. Suka tengok warna, dan tulisan di situ, memang old school sangat, faded kena matahari. Tak yah susah-susah aku nak buat cross processing.

Inilah Paris Opera House tu. Aku pun tak pasti ni belah depan atau belakang, tapi aku tengok cantik je. Teringin nak masuk, sebab dalamnya cantik, terutamanya staircase dalam ni, memang grand habis la, tapi tidak berkesempatan pada masa tu, jadi kita duduk luar je lah. Kalau tak silap, tour nak masuk dalam ni EU 12, tapi, kalau ada Paris Pass, free je.

Paris Opera House dari sisi lain.

L'Harmonie nama statue ni


Gigih pompuan ni, duduk kat tepi jalan sambil berdiri dengar lagu, tengok muka dia, berkerut-kerut pilih lagu dalam player dia tu hahaha

Tak pasti depan tu The Lourve atau bangunan lain, ingatnya nak berjalan ke sana, tapi macam malas pulak hehehe.. Sementara aku usha map, hati ni dah terkinja-kinja nak tengok Eiffel Tower. Tengok map macam dekat je, semua lah nampak dekat, rasa macam boleh jalan kaki je, tapi kali ni aku tidak akan tertipu lagi macam di Japan hari tu.

Dah nak malam, suhu pun dah makin menurun, tapi kami masih gigih berlegar-legar di sekitar Opera House saja duduk-duduk tengok orang. Jalan pun semakin lenggang, mungkin masing-masing dah balik ke rumah, cuma kami je tak reti-reti nak pulang.

Kami mengambil jalan lain untuk pulang ke apartment tadi, saja nak cuci mata. Bangunan dalam gambar diatas ni, adalah shopping store, tapi hari tu (Ahad) dia memang tutup, senang citer kebanyakkan shopping mall dan kedai memang tutup hari Ahad di Paris ni, so lupakan je hasrat kalau nak bershopping hari Ahad di Paris okeh. Katanya Au Printemps ni merupakan salah satu shopping store yang mempunyai koleksi perfume terbesar di seluruh dunia.

Dah semua benda tutup, kita jalan je la tengok apa yang ada, di kiri kanan jalan, kat tepi-tepi kedai tu, dah mula kelihatan homeless tengah menyiapkan tempat tidur masing-masing. Ada yang mabuk, ada yang tak mabuk. Kesian jugak tengok diorg nih, dah la sejuk-sejuk macam ni, tidur plak kat tepi jalan.. Ingat nak amik gambar, tapi cam takut kena marah pulak, so terus teramik gambar advertisement ni je hahaha

Metro station. Besar sangat sign M nih, senang nak tengok dari jauh mana station Metro. Aku pandang Cawan, dan ajak dia pergi ke Eiffel Tower, maklum la dah alang-alang dekat dengan metro nih, lagi pun cuma kena tukar 1 line je. Ok lah kan? Cuaca pun masih cerah lagi.. Tapi Cawan geleng kepala tanda tak setuju. Aku pujuk dia lagi, tapi dia tetap dengan keputusan dia tak nak pergi. Aku frust.

Cawan tengok aku sekali lagi, lepas tu dia tengok sebatang tiang yang tinggi, sambil kasi isyarat suruh aku tengok.

Oh dah nak pukul 9.55 malam uols, patut la Cawan tak mo pegi, dan patut la jugak aku rasa penat! Cawan tanya aku "ha nak pegi Eiffel tower ke? Kang Metro tutup pukul 11 malam, u nak balik jalan kaki? I memang malas dah ni, penat nak tidur, dah seharian dah" 

Aku terus tutup map, dan tolak stroller Aqilah terkebil-kebil tengok jam di tangan, kot-kot la jam kat tiang tu salah. Bukannya apa, sebab langit masih cerah lagi. Tertipu aku dek langit biru tu hahahaha..



p/s: Terima kasih pada yang telah vote untuk Chawanna di Malaysia International Tourism Photography / Art Blog, sapa-sapa yang belum vote tu, meh la vote kat sini. Terima kasih daun keladi :)




29 comments:

Adam bin Ahmad said...

Suka gambar perempuan tuh. Cool. Walaupun dia agak gemuk. Hahaha

Irfa said...

yes yes..akhirnya cerita Paris
cantiknya gambar
saya dah ke sana 2x tapi gambar bukan pro..so tak secantik gambar dr blog kamu

mmg tak terasa dh malam sebab masa kami pegi tu pun siangnya amatlah panjang..kul 9mlm rasa cam 6 ptg

sambung ye...

Azra said...

dah dekat kul 10pm tapi langit masih lagik cerah... syok la korang berjalan sakan ....

Biqque said...

sedey tak dpt pegi france :( sob sob...

aah la! train kat sana kotor! tak mcm jepun :D jauh beza sungguh...bulu ayam pun tak nampak...

Almiraz said...

Na...

Finally you blogged about this...mood sudah mari le tu..heheeh...as usual, i suka your pics (and japanese shinkansen too - walaupun tak pernah naik)...heeheh

Janggel / Rain said...

Motif ko nak kompare dengan train india???? Kang tak pasal2 deme2 yg bergayut2 kat train tu melambong2 !!!

Cantiknya gambar!!! Kagumnya! Nak blaja amek gambar boleh???

Orga said...

cantik gambar depan the lourve tu, suasana paris betul, dengan bangunannya...memang patut ko menang pun mitbca tu, hehe...

Farikica said...

Salam, Cantik semua gmbar2. Even train yg buruk tu pon nampak cantik...:) Been to Paris many2 years ago but it still looks the same... i guess the city never changes.

Henry Fox said...

best best best.. brape lama ko amek masa nk karang entry nih? kekekek... zaman bila ko pegi nih? bestnya paris! tak sabar nk honeymoon kat sana. nk pakai baju prada, chanel, gucci, ferragami, LV, hermes, hahahaha matilah...

gigih nak pegi eifel tower memalam dah wehhh! balik masak nasik tuh!

Rozita said...

Waaa..akhirnya sampai gak entry paris ni. Cantik semua gambar tu !

psttt...Na, sy baru balik dari osaka-kyoto. Thanks sbb entry awak bnyk membantu kami. Dan kyoto...memang awesome !!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

Siang yang panjang tu ibarat menunggu entri ko yang tak kuar2 larr Na! Hahahahahaa....

Ishkkkk malaih aku komen pasal gambo korang nih..... Bikin wa panas jerrrr.. LAWO! ok! Terkobar-kobar yang mengeshoot kat sana pulak :D

Anash said...

bila siang panjang sangat...hahah...
(bayangkan kalau kul 5 pagi dah terang mcm 8 pagi???)
..hehehe..

mesti terasa letih secara tiba2 bila tau...laaaa...dah lewat mlm rupanya...padahal langit terang lagi...

heheheh
(eh pehal asyik gelak aje akak nih?)

Chawanna Na said...

Adam: Ohhh memilih nk yg kurus je ko yek! patut la #foreveralone hahaha (gurau)

Irfa: Penat paksa diri tulis entry ni, mcm dh lama sgt terkubur..insya Allah nanti sambung episod berikutnya.

Azra: Untung jgk pegi eu time siang panjang, cuma penat lebih sket la.

Biq: Hehehehe tu la, nasib interior train2 tu bersih, kalau tak terpaksa kutuk.

Almiraz: Mood dh mari sket, sb tgk blog lama dh bersawang hahaha

Chawanna Na said...

Janggel: Gediks la ko nih! hehehe

Orga: Ko nih memandai je kata aku menang, entah2 tak cukup criteria, dh terpaksa TAK MENANG.

Farikica: Salam, mungkin i kena ripit 10 thn lagi, untuk tgk ada changes atau tak..

Henry: Sehari smalam dowh! Byk la ko nye gucci, lv bagai! Gigih la nk naik eiffel, aku kang orang kampung yg pestime pegi Paris, mau tak jakun!! Tapi at least aku takde drama2 menangis kt sana mcm ko! hahahahah

Rozita: Cam mana Osaka-Kyoto? Best tak.. sebenarnya i windu dengan Kyoto, memang sangat awesome!

Masmz: Ha a..baru aku pasan tajuk ni ada kaitan dgn entry yg berkurun nk kuar nih hahaha.. eleh, ko bikin aku pnas ngn gambar Lombok ko tak pe plak??

Kak Anash: Akak mabuk ke kt opis asyik keje nk gelak je?? Jom kita yamcha memana hahahaha #sengal

Naramas Aman said...

Hi-speed train dia orang macam tu ke? Dalamnya macam mana? Sama cantik dan bersih macam hi-speed train dr Beijing ke Haerbin/Tianjin tak?

Saya pernah pergi Paris zaman dolu-dolu, tak naik train tapi naik bas je.

muhamadakmalwahab said...

Paris. I memang suka Paris. Dulu first time pergi tak suka sebab orang dia eksyen nak mamps. second time pi kurangkan interaction dengan orang Paris. Better. Way Better.

I pon gi Paris dari Ams. Naik bas. 8 jam. Perghhhh. Nasib baik nite bus. Sampai Paris pagi buta. Pastu dia punya bas station kat hujung celah mana ntah. Subway dia kat end of Line 3.

I nak gi Paris lagi this year. Tetiba ajer rasa nak gi lagi. hahaha.

Chawanna Na said...

Kak Naramas: Ha cam tu la, tapi nasib baik dlm dia bersih dan selesa, cuma luaran je mcm tong karat hahaahah.. Saya tak pernah naik yg Beijing-Harbin, tp dr blog akak nye gambar, nampak lagi canggih sket kot train kt China (agaknya la) hehehehe

Muhamadakmalwahab: I dulu masa kt sana first day rasa best, masuk hari 3-4 dh rasa tak best, sb memang org2 kt sana agak eksen, ngn metro dia yg busuk tu. Tapi bila dah balik Msia, bila dh tgk balik gambar2 paris, terus rasa Paris best, itu jam dah rasa macam mau ripit, sb paris besar kottt, byk benda nk tgk hahahahah.. Selamat melawat Paris la utk u! :)

Diana Diane Teo said...

Tengok post nie buat saya amat rindu Paris! Dah hampir 5 tahun since my last trip to there. Kak Chawanna, can you ambil saya sebagai anak murid anda? Hehehe...
In between, good luck to you and I sincerely wish you could win the Photograpy award =D

rossdowsen said...

gambo memang meletopp. apasal gambo aku tak santek macam ni. hahahahaa

zette said...

Kalo jalan kaki.. alamatnya.. hehe.. :)Best story u...

Chawanna Na said...

Diana: i pun xanis berguru lg dgn Cawan hihihi

Ross: Alehhhhh kate nk ke destinasi cinta thn ni, singgah la paris sehari dua hihihi

Zette: Hihihi, alamatnye, murka la en.Cawan sb degil ckp dia ;)

onlinebusiness said...

wow , nice Paris.

Anonymous said...

hi,

i nak tanya, dulu u pernah tulis dekat blog psl problem with buying tiket train Thalys, in the end you buat mcm mana ?

Kalau kita mintak tlg org belikan tiket (frm europe), dia akan issue e-ticket yg kita boleh print sendiri ke ataupun kena hantar to malaysia ?

hope to get your help on this :) thank u very much !!!

Chawanna Na said...

Anonymous, akhirnye mtk tlg kawan yg keje kt london tlg beli kn, lepas tu dia forward je eticket tu kt i ;)

Anonymous said...

thank u !!!!!

i pun pening memula camane nak beli tiket thalys nih !! btw, yr blog helps a lot in our prep :) kitorang akan pegi next month !

Farah said...

omg beautiful beautiful photos mashaAllah hehe. i was there early last month but tak dapat take pics as pretty as yours because it was freezing cold, pakai gloves all the time hehe. did you go into all the places? wish to picnic at the jardins and go up the eiffel tower this summer, inshaAllah!!

hugs

Roz said...

Cantiknya ur shots. Rasa macam dekatttt je. Mengingatkan akak trip ke Paris 2 tahun dulu. Tapi masa tu tak tau pun pasal blogging ni (tersangat lah old school nye kannn) tapi sejak dok rumah jd fulltime house wife baru trjumpa seronoknye blogging and baca blogs org esp on travels. Sesapa yg nak ke Pars tu watchout for gypsies or bangsa2 yg camtu sbb diaorg byk scam n pick pockets. Akak nyaris terken di depan Siene River, Eiffel Tower n dlm metro

yunik said...

Hi,

Gambar lawa serious! You pakai lens apa eh? You all backpack ke?

Chawanna Na said...

Kak Roz: Saya pun hampir tekena dlm metro di paris..memang kena hati2 di sana.

Yunik: Tq..lens 18-200mm & 50mm je..kami bawak beg trolley dan backpack bersama seorang budak kecil umor 2 tahun hehehe