Friday, December 14, 2012

Singapore: Rumah Peranakan di Koon Seng Rd

Entry kali ni aku malas nak bercerita panjang, sebab rasanya ramai dah kot tau tempat ni, dan mungkin juga korang juga pernah jejakkan kaki di sini. Aku terpanggil nak melawat Koon Seng Rd ni sebabkan bangunan di sini kebanyakkannya bangunan lama yang dihiasi dengan pelbagai warna, dan yang penting masih terpelihara cantik lagi. 

Dari pasar Geylang Serai, kami berjalan melalui Joo Chiat Road dan 340 meter kemudian, berjumpalah dengan Koon Seng Rd ni. Dan station MRT terdekat untuk ke sini adalah Paya Lebar, tapi harus berjalan lebih kurang 1 kilometer, membayangkan nak berjalan dalam cuaca panas, jadi kami mengambil langkah bijak dengan mengambil teksi dan turun di depan Geylang Serai sebab nak isi perut dulu hehehe.



Rumah kedai ini dibina sekitar tahun 1920 dan kemudian digazetkan oleh kerajaan Singapore sebagai salah satu warisan senibina mereka.
Rumah-rumah ini masih lagi didiami manusia hehehe

Dekorasi yang bersumber inspirasikan dari barat dan timur telah menzahirkan rumah-rumah peranakan yang cantik nih..



Ni rumah favourite aku antara banyak-banyak rumah di sini, sebab aku suka warna ni. Detailing yang ada ditiang dan pada tiles itu sangat mengagumkan..rumah modern memang xde la kan macam tu..


Rumah nombor 5 di Koon Seng Rd, rumah siapalah agaknya kan?

Dekorasi rumah-rumah ini dilengkapi dengan tiles pelbagai motif bunga dan warna, jadi memang nampak meriah sangat rumah diorg ni.


Rasanya di Malaysia juga masih terdapat rumah Peranakan (Baba Nyonya) macam ni, antaranya di Melaka dan Penang, dekat negeri-negeri lain korang pernah jumpa tak?? 

Oklah, itu je aku nak share untuk entry kali nih, saja-saja nak tebas sawang yang menebal di blog ni..sehingga bertemu lagi..

Oh ya, selain di Joo Chiat dan Koon Seng Road, korang juga boleh ke Emerald Hill untuk lihat rumah-rumah peranakan di Singapore ni :)




12 comments:

Naramas Aman said...

Salam Chawanna Na,
Cantik dan antik jubin-jubin tu.

Di Penang ada rumah yang mirip begini (di Prangin).

Orga said...

uniknya rumah-rumah sini, rasa-rasa macam pernah jumpa jugak, tapi lupa pulak dekat kawasan mana. lebih kurang design...

Anash said...

harga jubin itu boleh cecah ratusan RM sekeping...jangan tatau....
(jangan plak ada yang pi cungkil kuar jubin tuh...)

Ren said...

Kat ipoh pon banyak rumah2 kdai camni cuma x bejaga je

Unknown said...

Naramas Aman: Prangin pn saya tak pernah sampai, mungkin saya harus ke sana utk cuti2 Malaysia :)

Orga: Aku yakin ko pn dh sampai sini hehehe

Kak Anash: Wow ye ke? saya tak pernah tau..maka lepas ni ada pula yg mencuri jubin antik ni plak hehehe

Janggel: Yep, aku ada perasan gak, kt area pekan ipoh yg lama tu, tp sayang, xde sapa nk p jaga..

محمد رازيق said...

sana bersih. cuma susah nak parking. hehe

Almiraz said...

Hi Naa,

So colourful...and looks clean...mmg bersih betul ke?...btw love your pics...

Unknown said...

Raziq: susah parking, dan mungkin mahal kot kn?

Unknown said...

Ye memang bsih kt sini, tp kt area hotel kitorg ade gk sampah2 tepi jln/longkang huhuu

just.HY said...

omg!!! colorful giler okehhh! berbaloi la ko jalan jauh2 ni utk tengok tempat yg menarik ini!

agak2 kurus dh? ;p

Unknown said...

HenryFox: Kurus atau tidak itu bukan persoalannya wahai Mr Fox, yang penting gambar itu kalerful seceria org yg mengambil gambar tersebut.. cewahhh hehehe

3plepl8 said...

tu dia...singapore wajah lama...tapi well maintained okla. berapa la harga sewaan rumah kaler hijau tu ye?