Monday, February 13, 2012

Misi Singapura: Travelholics Berhaluan Kiri & Kanan

Ni sambungan entry Misi Singapura: Universal Studio Bersama Travelholics

Ok untuk cerita USS yang panjang lebar berjela-jela, sila refer ke blog kawan-kawan, cek blogroll aku yang ada tajuk berkaitan USS ok!! (tengok! nk kasi link pun aku malas, apekehaiiinya tahhh), aku memang malas nak cerita sangat, sebab kisahnya sama cam orang lain turun naik rides, queue panjang berjela-jela, dan ramai gilos orang, so sendiri bayangkan aje lah ok?? Nak ditambahkan keseksaan masa di USS tu, bila kaki aku yang budget nak comel sangat, menderita kesakitan sebab kasut Vincci tu memang tak sedap!! Menyesal aku tak pakai Crocs aku aje! Penyudahnya, terpaksa beli selipar dalam USS tu..adeh

Secara keseluruhannya, aku boleh cakap pengalaman ke USS ni memang best (if pegi ramai-ramai la). Dan antara rides/attraction yang jatuh hukum WAJIB untuk dinaiki adalah TRANSFORMERS - THE ULTIMATE 3D BATTLE (yang ni pun queue memang panjang gila, tapi ada tacticnya, kitorg amik single rides, kalau amik option ni cepat sikit, sebab korang akan dipisahkan dari group korang, dan korang akan naik mana-mana tempat yang kosong yang available, lebih cepat dan keseronokkan tetap sama macam naik sama dengan group korang), THE MUMMY - REVENGE OF THE MUMMY (ini pun tahap gaban punya best, menjerit sampai nak keluar anak tekak, imagine korang naik keta laju-laju dalam gelap, ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, tapi tak nampak apa2! huhuhu seram gak rasanya, bila tengok gambar kat luar, muka sekor-sekor cam haram jadah hahahah, sungguh memalukan! , RAPIDS ADVENTURE (yang ni aku tak naik, sebab aku tak sanggup nak queue sampai 2 jam!).
Yang nak pegi tu, PASTIkan korang naik yang ni semua tau!!

WATERWORLD (show ni pun best, kalau sapa suka nak basah, tak yah mandi lepas main kat USS, boleh duduk dekat seat color biru, korang akan diMANDIkan secara percuma oleh stuntman/pelakon Waterworld tu, sapa yang rasa nak kering-kering, sila duk bench yang warna coklat, dan yang belah atas-atas. Show ni best jugak, sebab ada banyak effect, meletop kebabom sana sini, kapal terbang jatuh masuk air, stunt man dia pun semua best-best, dan pandai la amik hati penonton hehehe) dan BATTLESTAR GALLACTICA (ni pun aku tak naik, padahal queue pendek je, sebab apa aku tak naik? Sebab Cawan kasi alasan takde tempat nak tingal beg!, ke takut??? hahahaha). Yang lain-lain tu macam biasa je. Shrek 4D tu kitorg tak masuk tengok, sebab sama macam show dekat Movie World Gold Coast.

Disebabkan aku dan Cawan dah berpisah dengan geng, kitorg berdua pegi beli souvenir di USS, lepas tu Cawan ajak ke Vivo City, nak cari Toy R' Us kat situ, tak sah kalau tak pegi katanya. Aku ikut je la, tapi time ni memang dah letih nak mampus, muka pun dah macam apam balik basi je, tunggu masa nak landing je hahaha

Lepas makan di Vivo city, kitorg terus gerak ke BetelBox yang terletak di Geylang Serai. Naik MRT turun di Paya Lebar, tapi tuhan je la yang tahu betapa jauhnya kitorg menapak huhuhuh, tapi mengenangkan slogan *anak jutawan memilih jalan susah*, kami semua pasrah je la hahahha..

Sampai je hostel, aku dan Cawan (aku percaya orang lain pun sama) dah tak de ati nak amik gambar, semua tunggu turn nak mandi dalam almari bilik air yang kecik comei tu, bila semua dah refresh, sempat la borak-borak dari katil masing-masing, tau-tau lepas tu sorang-sorang kecundang, maka tingallah aku , Cawan, John, Byya, Masmz dan MasZuber. Tak tau la kenapa, tapi kitorg tak boleh tidor lagi time tu, so kitorg pun melepak la dekat pantry, sambil bersembang dan bertukar knowledge tentang photography, dan mereview gambar dari camera masing-masing.

DAN rupa-rupanya, bukan aku dan Cawan je yang merasa tekanan pasal takut gambar tak cantik, tapi John, Byya, dan dua-dua Mas pun sama!! Gila tak! Tu la akibatnya bila travel ramai-ramai, dan masing-masing ada camera canggih-canggih, semua nak yang cantik-cantik je hahaha.. takpe la, kite belajar lagi ok! (tapi lepas review gambar ramai2 baru ni, takde la buruk sgt pun gambar semua orang, ok je aku tengok hehehe..)

Travelholics Berhaluan Kiri & Kanan

Next morning, lepas solat Subuh, aku sambung balik tidur, sampai la pukul 9 pagi, yang lain masih terbungkang, so aku mandi la dulu. Slowly sorang-sorang bangun dan take turn untuk mandi. Breakfast ada disediakan di hostel ni. Bila semua dah ready, kami turun ke bawah untuk breakfast.

 Dekat reception..

Secara general, ok la Betelbox ni, agak bersih jugak, tapi location very the jauh from MRT, tapi kalau ada yang tak kisah, ok je kot..


Menu-menu yang disediakan, tapi kitorg punya dah inclusive dengan harga bila, dan pilihannya limited pada 5 jenis je, kalau nak tambah lagi, sila bayar sendiri!
 Antara wall decoration dalam dining area Betelbox, cantik dan comel hehe


Suka aku tengok  mesin kira-kira nih..comel betul..

Muka Icam tensi sebab breakfast dia sampai lambat!! Lapo tau katanya hahaha..

  Haih berkurun aku tunggu makanan aku. Padahal simple je, tak tau la napa lama benor nak siap!!



Makanan Cawan, pancakes konon! nasib baik dia tak mintak nasi lemak hahaha..

Joo Chiat Rd. Kat kawasan ni, kebanyakkan bangunan masih lagi style lama-lama macam kat pekan Ipoh. Kalau la kat Ipoh diorg maintain bangunan lama-lama ni cun-cun macam kat Singapore ni, konfirm aku balik Ipoh tiap-tiap minggu!

Belum sempat aku menghabiskan sarapan pagi aku, mereka-mereka di dalam GAMBAR bawah ni, telah memilih untuk membawa diri mereka ke haluan hitam kiri. Katanya nak ke Chinatown. Disebabkan ke DARATAN aku yang sangat maximum tentang Singapore, jadi tidaklah aku berketahuan sesungguhnya Chinatown itu lagi cantik dan cun meletop-letop. Jadi aku merelakan saja la..jangan tak jumpa jalan pulang sudah!! (eh macam la aku reti nak cari jalan pulang hahahaha)

Haih, nak jugak bergambar dulu sebelum berpisah!!

Nak amik gambar bangunan, tapi ada pulak mamat retis buat-buat tersesat masuk frame!!

Maka berpisahlah kami dengan geng-geng berhaluan kiri. Kami yang dalam GAMBAR BAWAH telah memilih haluan kanan, untuk ke Mustafa Centre. Motifnya? Sebab aku kan DARAT, tak pernah sampai lagi ke situ, so agak logic la kalau aku nak pegi Mustafa Centre. Dan lagi pun untuk trip kali ni, satu sen pun aku tak study apa-apa, sebab out of 15 orang yang pergi, cuma Chawanna dan Icam je yang tak pegi lagi, so kitorg yakin sangat yang kami akan selamat ditangan-tangan mereka ini ihikkksss..

Muka-muka girang untuk menuju ke Mustafa Centre. Misi untuk ke sana?? Takde misi pun, saja-saja nak jalan, bukan nak shopping pun..ye ke? ye ke? ye ke?

Singah dulu kedai-kedai di tepi jalan berhadapan Mustafa Centre nak check harga Fridge Magnet. Yang bestnya fridge magnet kat Singapore ni memang colorful semuanya. Kan ke bagus semua tempat lawo-lawo macam kat sini hehehe.. SGD 10 - 5 magnets!! Wowww sangat bagus nih..

Oh inilah rupanya Mustafa Centre, kata otai-otai yang dah banyak kali pegi Singapore, tempat ni ala-ala Mydin!! Ish apa kejadahnya aku nak pegi Mydin Singapore pulak kan!! Kat Malaysia cam tak hingin je nak pegi.. Takpe la..tutup mata masuk terus, tapi tingal beg dulu kat kaunter beg, demi memudahkan aktiviti berwindow shopping..

Ok tidak dinafikan, dalam ni memang besar, macam-macam ada. So Chawanna dan Kak Coco serbu ke tempat souvenir dulu, kot-kot ada yang berkenan. Harganya ok la, takde la mahal sangat (jangan convert). Dari keychain, magnet, poskad, segala-gala jenis la ada kat sini. Aku belanja Icam beli keychain (tapi tercicir plak, tak tau kat mana, sampai hari ni tak jumpa-jumpa, nasib John jadi penyelamat!! tq John).

Dalam tak nak shopping tu (kononnya la) last-last terbeli jugak sebotol perfume yang aku nak sangat, dah recce dari tahun lepas, tahun ni baru dapat! Aku beli sebotol je, Biqque beli berbotol-botol, nak mandi air minyak wangi gamaknya..ish ish..Tidak dinafikan harganya murah dari Malaysia, so Cawan pun belanja la si isterinya yang serba serbi kedekut nak beli barang untuk diri sendiri pun tak mau!..terima kasih daun keladi, esok-esok belanja la lagiiiiiii..

Lembu Road! Lain dari yang lain hehehe..

Disebabkan kekangan masa yang tidak  mengizinkan Chawanna dan geng untuk berjimba dengan lebih lama lagi di Kota Singa ini, selepas aktiviti bershopping di Mustafa Centre, kami masing-masing membawa diri untuk kembali ke tanahair..ewahhh. Kali ni aku memang tak tau jalan mana nak lalu, cuma mengharapkan sepupu Lin untuk guide kami ke station bas yang bakal kitorg tuju untuk ke membawa kitorg ke Larkin.
On the way menuju ke station bus, banyak lagi bangunan lama-lama macam ni yang dijumpai. Memang menarik!

Bangunan lama dengan motif bunga sebagai dekorasi..old skool sungguh!

Sangat colorful. Bukan saja di Chinatown ada bangunan macam ni, kat sekitar Little India pun ada, cuma tak banyak sangat la kot kan? kan? kan??? (mode dengki dan nak sedapkan ati!!)


Aku tak pasti berapa lama kitorg berjalan, mungkin dekat 15-20 minit jugak kot nak sampai ke station bus tu. Sampai je situ, tengok bas dah ada. Kitorg naik bas Causeway Link warna kuning tu. Kali ni tak payah nak turun naik MRT dah, bas ni terus bawak sampai ke Larkin..kus selamat. Bayaran dewasa cuma SGD 2.40, kanak-kanak SGD 1.20.. murah la jugak.

Masuk je dalam bas, aku terus terlena sekejap, tau-tau je dah sampai CIQ, dan bermulalah process-process cop passport dan aktiviti turun naik dan kejar-kejar bas, tapi kali ni takde orang, so bolehlah lenggang kangkung, tak macam hari mula-mula sampai hari tu.

Setiba saja di station bas Larkin, kitorg makan tengahari dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kitorg babai dulu Biqque dan Kak Coco, sebab kitorg kena pecut balik KL dengan kadar super segara, sebab Cawan kerja malam tu. Dan waktu ketika itu dah pukul 3.30 petang! Cawan drive sampai Pagoh, lepas tu aku pulak sambung, kasi chance dia tidur, kitorg sampai Puncak Jalil, tepat-tepat 7.30 malam.

Maka TAMAT la sudah misi Singapura aku....

Nota kaki kecik: Nampak gayanya macam kena repeat la SG nih, banyak lagi tak cover..sapa nak ikut angkat kaki!!



19 comments:

Ren said...

First!

Ren said...

Yessss aku first!!!! Yes yes...ok baru nak baca.

Ren said...

Ok baru nak komen,
Mustafa centre aku penah pegi skali tu pon shopping megi sebab aku duduk singapore 2 minggu tatau nak makan apa hahahaha.

Pastu naik bas direct g Larkin tu mmg idea yg bijak!!! Lenkali nak try (lenkali????)

Seperti biasa, mana2 aje ada gambar john.

Unknown said...

Janggel: Wah pecah rekod, 3 komen pertama semua dari ko!! Tahniah! Aku tau napa John lambat, sebab dia tengah tension asyik nampak orng pam susu kat client dia hahahahahaahha

Ye gmbar John memang ada dimana-mana. Baru aku pasan rupenya aku tak kasi gambar hari ke 2 kat korang, aku cuma kasi gambar USS jek hahaha..Lenkali? Bagus tu, aku pun ada cadangan lenkali gak hehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

komen no pat, orang no 2! hahahahaa.... wahhhh terus hapdet sampai hari balik!!!!!!!


Omaiiiiiii..... Lembu Road?????

Sebenarnya aku pun tak jejak lagi Mustafa tu caner..... Jadi tidak dapatlah aku berkata apa2 untuk membuat sebarang hasutan pada hari tersebut.... Almaklumklarrrrr nak banding Little India dgn Chinatown.....

Anash said...

ala...
keciwa..
tak dpat first
maupun second

Anash said...

btw,
ooo..padan le mcm tak cukup je gambo aritu share kat rumah chawana...
well, kena ripit kan singapore nih (wink..wink...dah ade e-link-amende-nama-kad beli kat MRT...leh top-up lagi..waaa...)

Next, cina town , pulau sentosa etc...

(tensi lagi...gambo tak semengah nak masuk dlm entry sendiri..jab ehh...nak ambik mood ....)

just.HY said...

omg! aku lambattttttt!!!! gerammmnyaaaaa aku nih!

just.HY said...

ok...sy nk ikut nnt!!! hoyehhhhhh

Ely Hasrul said...

lambat sgt john nih hahahhaa

hoi haluan kiri dan kanan? xbleh blah hahahhaa..

nmpak gaya nnti aku nk pg time waktu keje aje lah.. xyah nk berebut.. dh le terang2 nk bwk stroller. patu aku nk makesure sami dh lebeh 120cm hihihi

Unknown said...

masMZ: Ha a, senang sikit, takde aku pening2 nk pikir dah, semua skali gus je.
Tu la ko, rugi tak lalu Lembu Road hahahaha..
Ok lenkali kite pegi SG lagi, ko pegi Little India, aku pegi Chinatown kekekek

Kak Coco: Lain kali cube lagi ok, banyak lagi entry2 akan datang pada masa hadapan, cewahh..
Ha a, gambar ni tak de kasi ari tu, sb takde muka org sgt, cuma bangunan2 lama je. Nanti saya upload kt FB buat tatapan umum okkkk

John: Haahaha jgn geram2 lain kali cube lagi! Ko nk ikut kitorg pegi SG? Aku suka jekkk..mari! mari!

Skin: Masing2 berhaluan lain2 dah 2nd day tu. Ko nk pegi USS, ko pegi time keje la senang, pastikan SG, Indon, Brunei, Thai dan Malaysia takde cuti time tu jugak hahahah..

khai said...

pasni pergi Pulau Ubin, kayuh beskal! serius best. tp jgn lupe pkai sun block. nnti jd mcm aku. tanning trus.. hahaha

Lily Riani said...

kaki angkat... ish! nak gi gym ler... so leh kurus sket and angkat kaki yg lebih glamer dr skarang. MAUHAHAHH.....

Dec every yr mmg i gi spore dok kat MBS but twin sharing, u all leh pinjam room key i tuk check out pool ka atas tuh sbb entrance dia S$20+ kot - john kata. else gi masa xmas tgk lampusss...

if rajin leh extend he batam or bintan. kiok kiok kiok...

Biqque said...

hahahaha berbotol2 i beli utk stock setahun! dah lama kot tak beli hahaha!

kena gi lagi sbb kitorang nak ripit amik gambar kat marina bay nunnnnn :D jom!

khai said...

lily- bestnya ddk kat MBS! I tgk dr kejauhan je kot. hahaha. igt teringin nk check out infinity pool tu tp kena bayar kan. dh la xley mandi cume boleh tgk. hehe.

i dgr kalau kite makan kat satu restoran kt situ pun, ley dpt access ke pool gak. btul ke?

Unknown said...

Khai: Memang kena naik basikal je ke kalau nk ke Pulau Ubin tu???

Unknown said...

Lily: Wahhh bestnye tiap2 tahun disponsor duk kat MBS tu..bertuah badan. Kot2 la time u duk sana kitorg nk pegi, nanti i calling2 pinjam room key tu hehehe

Biq: Memang harus la berbotol2, sebab memang murah pun hahahah..

Khai: Wow nk makan situ bapa la pulak regenye kan?? mesti berbintang2 punya rege..gulp!!

Almiraz said...

I'm going to USS next week!!...thanks for tips!...

Unknown said...

Almiraz: Hopefully time u pegi tu tak peak cam time kitorg hari tu! May the whole USS be yours..cewahhhh..enjoyyyyyyyyyyyyy