Tuesday, January 3, 2012

Explorasi Gua Tempurung

Last sekali balik Ipoh bulan 11 hari tu, macam la jauh sangat KL-Ipoh, tapi maklum saja lah, Chawanna busy memanjang, ada saja aktiviti setiap minggu. Jadi dah alang-alang nak sambut new year, dan kesanggapan yang teramat dewa rindukan masakan mak di Ipoh, dan nak menghantar si Pengembara Tumpangan tu balik ke sana, petang Jumaat lalu, Chawanna telah berangkat ke Ipoh.

Jadi untuk mengisi masa lapang aku di Ipoh, dua hari sebelum balik, aku dan Biqque+Sharul, telah berbincang akan destinasi terjah kami di Ipoh. Lokasinya tidak jauh dari bandaraya Ipoh sendiri, cuma 37KM, lebih kurang 30 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan, exit tol Gopeng, dan ikut saja signboard ke Gua Tempurung..dan tadaaaaaaaaaaaa.. (oh ye, sebelum tiba di Gua Tempurung tu, telah terjadi satu perjumpaan bersama sekumpulan traveler yang sedang menuju ke utara, tapi tak pe, nanti karang aku citer kat bawah! hahaha)




Perjalanan ke Gua Tempurung kami tanpa sebarang masalah. Tak sempat nak panas bontot, dah sampai ke lokasi.

Cuaca hari ini sangat baik, langit biru, tapi sayang, kami akan menghabiskan masa di dalam gua saja hari ini, dan aku berani potong jari, petang nanti mesti hujan, jadi cuaca cantik ini hanya bertahan cuma beberapa jam saja nanti..

Jam 1.40 PM, kami telah ke kaunter tiket untuk booking tour package 2, iaitu Top of The World (gempak betul kan nama tour yang kitorg pilih ni) yang cuma berharga RM9 (dewasa) dan RM 4.50 (kanak-kanak). Murahkan? Heheheh.. Tour yang kitorg ambil ni cuma mengambil masa lebih kurang 2jam.

Sebenarnya ada 4 jenis tour yang disediakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing. Sila layari Jenis Tour di Gua Tempurung ni. Dan memandangkan kitorg masing-masing bawak camera besar gedabak dan bukan waterproof, jadi amatlah tidak sesuai untuk memilih tour 3 dan 4, kerana kitorg tidak sanggup menanggung akibat kamera masuk air dan tiada camera untuk trip-trip kitorg akan datang, so kitorg stick dengan tour 2 sahaja heheheh.

Pintu utama untuk masuk ke Gua Tempurung. Mengapa kami pilih Gua Tempurung? Sebab kami berlima memang tidak pernah jejak kaki ke sini lagi, jadi apalah salahnya spend 2-3 jam nak menerokai tempat ni kan. Expectation? Langsung tiada. Aku memang tak expect apa-apa, sebab takut frust menonggeng nanti ihiks..

Tepat jam 2 petang, ranger guide kitorg (Aril), telah memberi sedikit taklimat before meneruskan perjalanan ke dalam Gua Tempurung...

Sebaik melangkah masuk ke dalam gua, kami di*sambut* dengan suasana yang sedikit dingin, berserta bunyi air dari sungai yang terdapat di bawah laluan ini (gambar di atas). Sungguh tenang sekali. Laluan pejalan kaki yang disediakan memudahkan para pengunjung ke gua ni, tapi untuk pejalan kaki saja, sini memang tak baby-friendly, wheelchair pun susah jugak masuk sini. 

Disebabkan 'kumpulan' tour kami turut disertai oleh orang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk berada di belakang sekali, sebab senang nak ambil gambar, tanpa sebarang gangguan. Dan kali ni Cawan telah memberhentikan perkhidmatan fotographinya, sebab bengang kat aku sebab aku tertingal tripod kat umah hehehe..Jadi dia malas nak pegang camera. Mahu tak mahu, aku terpaksa mengalas tanggungjawab mengambil gambar hehehehe..

Yang menariknya tentang fakta Gua Tempurung ini, ia adalah merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia, dan berusia lebih dari 400 juta tahun. Dan ia juga memegang rekod sebagai gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia, lebih kurang 1.9KM. Kami bernasib baik, kerana ranger kami Encik Aril, sangat berinformatif orangnya, segala detail tentang Gua Tempurung, habis diceritanya, sehinggakan aku sendiri dah tak ingat yang mana satu sebab information dah overloaded!

Amacam tinggi kan? Penat seh panjat tangga2 nih. Sewaktu memanjat tangga disini, kami diberitahu, bahawa tarikan graviti semakin kuat, sebab itu adalah kawasan gunung berapi.  Jadi sapa yang berat 50 kilo, akan tambah 10 kilo lagi, dan korang memang akan rasa pening-pening lalat dan kalau yang tak kuat tu, mungkin boleh pitam, jadi kami digalakkan berjalan berdua-duaan, supaya ada kawan, kot-kot la jadi apa-apa hehehe..

Belum lagi half way ok..aku dah termengah jugak masa mendaki tangga-tangga ni, tapi view dalam ni sungguh tidak mengecewakan. Dan aku sangat gembira sebab memang cun tak hengat, aku sanggup tahan nafas, tahan kentut, tahan nafas termengah-mengah tu, sebab tak nak kasi camera goyang masa amik gambar hahahaha (gara-gara tak bawak tripod!)

Gua ni nampak cantik dalamnya, sebab ada banyak tiang lampu yang menyinari, so memang dramatic gila! Dan nampak anak-anak tangga yang tinggi nunnnnnn? Gayat jugak rasanya hehehe

Kami juga diajar oleh Encik Aril, bagaimana stalagmites (yang ni yang jenis berkumpul dan terus meninggi ke atas) dan stalactites (jenis yang akan terus memanjang ke bawah) terjadi, serta bagaimana nak membezakan sama ada stalagmites, stalactites itu masih hidup atau sudah mati. Katanya kalau yang hitam tu, dah arwah la, so segala pembesaran akan stop di situ. Mana-mana yang masih putih, dan masih ada air menitis tu, tandanya masih hidup dan akan membesar dengan jayanya :)

Berikutnya, kami dibawah melalui Wind Tunnel. Ni yang paling best sekali, sebab ada angin kat sini. So habis peluh-peluh yang ada kering. Yang uniknya, angin ni ada cuma dikawasan tu je, kalau korang pegi luar sikit dari kawasan tu, korang tak kan dapat rasa angin tu. Angin ni tidak akan pernah berhenti. Kata Encik Aril, kawasan tunnel ni adalah di center Gua Tempurung, jadi pertembungan angin yang datang dari arah belakang dan depan gua, telah menyebabkan angin tu cuma berpusing-pusing di kawasan tu saja..sungguh nikmat tau time nih hehehe..

Yang batu nampak macam biru+putih tu, adalah marble. Mengikut kata Encik Aril, marble ni lebih padat kandungannya berbanding batu kapur. Ini kerana marble lebih banyak simpan air, dan dah cambur dengan marble2 tu semua, dia akan jadi lebih padat. Dan katanya lagi (eh banyak pulak kata dia kan hahaha), satu hari nanti, marble yang dalam gambar ni, akan runtuh, sebab dah terlalu berat, tapi bukanlah dalam masa setahun dua, mungkin akan ambil masa beribu atau beratus tahun lagi. Dan marble yang berwarna biru gelap adalah lebih mahal dari batu marble yang berwarna putih atau pun yang berbelang-belang :) Jadi, sapa yang dekat rumah dia pakai marble warna hitam, korang memang kayasssss! hahahaha
  
Baru saja melepasi kawasan tertinggi di Gua Tempurung, iaitu setinggi 126 meter dan dikenali sebagai Top of The World hehehe..

Di Golden Flowstone pula ada banyak jenis batu-batu antaranya kristal dan bijih timah. Bila torchlight disuluh di dinding gua, akan nampak la kristal-kristal tu duk lip lap lip lap. Dan di Tin Mine Cavern korang boleh melihat ada sedikit peninggalan sejarah dahulu kala, (aku tak ingat tahun berapa), ada pelombong yang masuk dalam gua ni, konon nak mencari bijih timah, tapi sayang, kebanyakkan mereka terkorban, kerana structure batu, dan tanah di sini tidak stabil telah menyukarkan kerja-kerja pelombongan dilakukan.
  
Dan sepanjang explorasi kami di dalam Gua Tempurung ni, percaya ataupun tidak, terdapat banyak sangat formasi, ada yang menyerupai Monalisa, Casper, Osama bin Laden pun ada! (betul aku tak tipu) dan paling meremang sekali rupa perempuan berambut panjang sedang duduk di dinding gua hehehehe. Formasi rupa haiwan seperti arnab dan naga pun ada.

Lukisan di dinding gua oleh Komunis pada zaman-zaman Jepun dahulu. Antara pemimpin Parti komunis Melayu yang terkenal yang duduk di sini ialah Rashid Maidin. Di dalam ni penuh dengan lukisan dan coretan plan-plan komunis untuk melawan *musuh* mereka hihihi..Ni part yang paling tak disangka-sangka sekali, DANNNNN bukan semua ranger berbaik hati tau nak ceritakan benda-benda macam ni, ni kiranya kami beruntung sangat, sebab Encik Aril tu memang sangat baik hati, abis diceritanya ;)
FYI, lukisan ni korang tak kan perasan tanpa diberitahu dan disuluh oleh ranger Gua Tempurung ni, kami cuma nampak ketika on the way nak keluar dari gua je.

Penat lelah kami sepanjang berada di dalam gua sangat berbaloi, sebab ada banyak info yang kami tak pernah tau, sekarang dah jadi tau! dan kami juga berjaya mendaki sebanyak 640 anak tangga semasa di dalam ni heheheh.. (cer aku panjat tangga kondo umah aku ni, agak2 sukses ke? hua hua hua hua! sendiri mau ingat!!)

Pintu masuk dan pintu keluar ke gua ini adalah laluan yang sama, so korang kena patah balik. Gambar ni adalah satu lagi pintu masuk gua, tapi tak sesuai untuk orang ramai, so diorg buat pintu lain dibelah bawah, yang lebih mudah orang nak access. Kecuali yang amik tour 3 dan 4, tak silapnya, korang akan keluar ikut laluan air, aku pun tak pasti kat belah mana :)

Jadi untuk korang yang berminat nak melawat Gua Tempurung, jangan lepaskan peluang yang ada, pergilah sebelum dia runtuh ke, kena tarah ke, memang berbaloi sangat bayar RM9 (tour 2), tapi ilmu yang kami dapat sungguh tak terkata. Secara overall aku memang berpuas hati, kawasan ni pun nampaknya dijaga rapi oleh pihak berwajib, cuma adalah sedikit sampah sarap di ceruk-ceruk yang dibuat oleh manusia tidak bertamadun yang tidak tahu nak menilai *harta* yang ada di dalam gua ni. Korang juga tak perlu risau pasal terpijak tahi kelawar dan sebagainya, sebab semua kelawar dah migrate ke gua lain yang lebih sepi dan gelap :p

Untuk korang yang sangat sukakan cabaran dan bermain dalam air dan slides bersama mites dan apa jua serangga kecil, dan tidak kisah nak bawak camera masuk air, boleh la cuba tour package 3 (RM11) dan tour package 4 (RM22), pasti korang lagi puas hati dengan pengalaman yang bakal korang rasai.

Akhir kata, Majulah Tourism Perak Demi Kesejahteraan Semua..

Aku bangga at least ada benda aku boleh brag tentang Perak, sebelum ni orang tanya aku tak tau nak jawab apa, tak kan zoo Taiping kot!!!! hahhahah (orang Taiping jangan marah, korang warga Perak jua :p)

Oh ya, seperti yang dijanjikan diatas, sebelum kami tiba di Gua Tempurung, aku dan Biqque, mendapat SURPRISE yang tidak disangka-sangka apabila pagi-pagi buta lagi dah dapat panggilan telephone dari John yang mengatakan diorg berada di Tapah! Apa kejadahnya tah diorg buat kat situ, aku ingatkan diorg main-main, tak pun aku ingat diorg nak ikut misi explorasi aku dan Biqque ke Gua Tempurung (haihhh kaco daun betul! hahaha), rupe-rupenya meleset sama sekali.. (ok aku tak mo cakap misi mereka, biar lah rahsiaaaaaa). Akhirnya kami melepak dan minum-minum sambil bercerita macam-macam kisah (macam lama benor tak jumpe), dekat sejam lebih, baru angkat bontot masing-masing dan menuju ke destinasi impian.


Muka John mesti ada di mana-mana ish ish..


26 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

Wahahaha... gini rupanya bila dah lawo yerrr?!!! Padan larr diorang cakap sekarang nak masuk dah boleh masuk pakai baju kurung je! Hahahaha...

Pernah masuk sekali gua ni masa tahun 1995, siap merangkak dalam ayor lagi nak ke belah lain gua. Kalau yang pakej korang amek ni sampai tak ke tempat leh tengok highway tu???? Lawooo ;D

just.HY said...

ok sumpah lawa gilerr ok! pakej pn x mahal mana pun. not bad. agak2 boleh kurus x kalo dtg sini? ahaks! kpd masmz, janggel and kak anash. next trip kita mai sini ok! mailah sineyyyyy...muahahaha.

aku xpenah lagi masuk gua ni, that's why aku slalu duk umah jek. hahaha. gmbr ko xde gegar mana pn aku tgk. just nice..cantikk! gmbr icam xde ko? hahah.aku nk tggu entry icam pulak.

thank you sbb sudi exposedkan diriku itu...ngeh ngeh ngeh.

Ren said...

Hahaha aku tak penah sampai lagi Gua Tempurung ni..Thanks la sebab sudi buat entry yg sangat informative ni..at least dapat gak la gambaran cemana ghopernye gua ni.

Teringat zaman sekolah dulu , nak membezaka stalaktit dengan stalakmit

StalakTit = T = Tergantung (di atas)
StalakMit = M = Mendatar (di bawah)

baru senang nak beza hahaha...

Part gathering tak tersangka tu..memang mabeles! kalo tak, takde la kite singgah kedai pak Razak tu hahaha.

Unknown said...

masMZ: Ha a, pakai baju kurung atau kain batik pun boleh masuk sini. Nyamok pn tak de dlm tu hahaha.. Wah ko lagi advanced ler sebab dah masuk 1995! Kitorg tak amik package yg sampai tgk hiway tu pun..takde plak dlm tenet ckp ada package tu..huhuhuhu..

John: Ha murah kan package dia. semua orang MAMPU..tak yah susah2 nak tanya KO MAMPU?? hahahha
Ok korang terjah la ke sini, nanti aku ngn Biq pegi terjah ke tempat korang pegi hari tu plak ahaksss..
Gambar icam aku tak leh expose, dia ckp nk gune utk blog dia nanti, sb tu la aku tak masuk kan sini hahaha..

Janggel: Kalau korang ikut hari tu, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii meriah, boleh guling2 terjun gaung ramai2 hahahah.. Aku pun zaman sekolah dulu ingat cara macam ko ckp tu T-tergantung, M-mendatar..
Jodoh kita semua kuat, asyik jumpe jekkkkkkkkkkkkk..

Anash said...

bismillahirahmanirahimmmm...
....(harap2 brokban nih tk buat hal..karang taip pepanjang...ujung2 ilang komen...adeh!)

ok..nak mula komen nih...
tempat yg ada org terbunuh sebab nak melombong tuh...errr..tak rasa seram ke bila lalu???
tapi memannnnnggg cantik aaa gua tempurung tuh...
sekian komen saya untuk kali ini...
heheh(tu aje???)

PS: tatahan ayat nih "berhenti minum2 kat kedai pertama dijumpa"..haa..dapat la restorant razak tuh...heheh

Lily Riani said...

masa my mom post kat ipoh for 6 yrs, gua ni scary giler... cis! skarang baru lawa.... thats it, akan ku heret si wahidah ke sini! MUAHHAHAH.....

btw, muka john lagi, but kali ni; john berjaya mendisguise kan dir nye; hampir i tak bersuccess meng-identify dia. sungguh menakjubkan. kuang kuang kuang....

janggel,

cikgu i ajor, kalau nak hingat. tit tit tit bunyi ait jatuh so dia tergantung. hahahahha....

Ako Retna said...

mmg berbaloi-baloi rege pakej nya kan....

cantek!
tapi ke sebab cara ko amek gmbr tu jadi cantek? hehhee :p

Ely Hasrul said...

*muka john ade dimana2? hahahhaa

huishh aku belek mana gambo pompan rambut pjg tuu?? seramnyeee.. patu kalu aku masuk dgn berat dekat 70kilo.. huyuhh mau tersembam aku kena tarik graviti hahaha gila la weh rm9 kire murah sgt la tuu.. rasa bleh tgk & tau info2 (sbb ade tour guide) mmg berbaloi sgt lah!!

next time buat trip ke gua mulu pulak okehh..

p/s- aku xpuas hati, mana gambo korg? hishh xlengkap rasenye tgk muka john aje haha

Cawan said...

cantik pulak gambar2 nye..

MasZuber said...

tak penah lagi sampai gua tempurung, nampak dalam macam best utk dieksplore..

selama nie lalu tepi highway jaa nak ke utara! boleh nie utk diterjah next raya!

btw, pix cantik!

Unknown said...

Anash: Masa lalu kubur2 pelombong tu tak seram pun, mungkin sebab ramai org, so takde la kisah sgt.
Kedai pertama tu memang tak leh blah, terglamer kejap diorg! hahahha

Lily: Kalau u mati kutu tak tau nk pegi mana, boleh la heret si Wahidah tu, memang menarik tertarik la jugak kekdahnya..hahaha
John memang pandai amik angle kat mana org nk amik gambo, so dia tak yah susah2 bangun tukar tempat!

Ako: Memang cantik ako kat dalam tu, sb tu la aku amik gambo, nk kasi org percaya hahaha

Skin: Gambo org pompuan tu aku takde, sb masa guide tu suluh, aku sedang sibuk adjust camera, tau2 je masa nk snap, dia dah suluh ke lain..cer ko tgk kat biqque punye kot2 dia ada ke..
Memang ada cadangan nk ke Gua Niah/Mulu..hahahah
Gambar aku boleh dilihat di blog John..sila2, tak kan aku nk amik gambo sendirik!

Cawan: Berkat kesabaran guna palang pagar dalam gua tu dan menahan, serta ISO1000-3200, boleh tapau la sekeping dua pro photog yang datang bawak tripod dewa2 tu hahahah

MasZuber: Nanti ko lalu highway tu, boleh la singgah kejap kat gua tempurung tu, tapi make sure ko sampai pagi before kul 2 la, tak silap aku tour tu abis dalam kul 2-3 petang.

AjlaA said...

cantik. semua skali. gmbr dan penceritaan. dh lama dh stalk blog ni. 1st time komen

sebelum ni yakni mas darjah 5 takat lalu singgah ambil gmbr je. tu pun sbb rushing nk g lata kinjang ke kijang namenye eh

best2... xpernah masuk gua. harus dicuba

oh, dh lama skodeng blog ni.1st time komen. selamat tahun baru

Miss said...

nak komen nak komen..slalu sekodeng je sini..ekeke

woh! org perak ye..me too me too..tol gopeng adalah lalu lintas nak balik kampung den di BOTA.ekekek..

and jugak tak ponoh le tepikir nak gi gua ni ha..kekdahnye kat kampung halaman mmg le x penah nak explore kan..ekeke...cantik2!

Biqque said...

nantikan kemunculan entry kuuuuuuuuuu hahahaha! (dah lupa dah apa aril tu cite weh...)

Anonymous said...

naa jeles gila aku kt hg,mmg hg punya guide terbaik laa,aku hri 2 bukan guide yg btol bwa msuk...bidan terjun guide ...brader yg ada kat konter 2 bwa msuk..dia habak guide btoi p makan,jd dia pun bwa kami msuk...dia cuma tunjuk2 yg bentuk2 2 sja...yg pomppuan rmbut pnjg dia x tunjuk pun...trowong angin 2 pun kami pkai rasa2 sndiri sja ada angin ..xdak info apapun bila smpai situ..tp yg bentuk mcm monyet bwa reta 2 mmg real btoi...lukisan komunis 2 mmg mnarik btoi crita dia,aku x dpt info apapun dri guide mmg rogi btoi....apapun mmg berbaloi byaran 9 rggit dia......dpt naik TOP OF THE WORLD lagi waa ckp luu,berbaloi2 DATANGLAH KE NEGERI PERAK......

biqque ; aku tggu entry hg plak

PENJEJAK AWAN

AieSha said...

Gua tempurung ni dah dekat dengan sungai kampar, boleh layan white water rafting sekali...

Unknown said...

AjlaA: Ok skodeng la lagi..takde orang nampak hehehehe..:p

Mis: Laa orang perak jugak la nih, ramai benor travelholic dari perak hahah..sekapai la kite! Bota tu kampung belah mak dan abah aku tuh heheheh..

Biq: Cepat ler..kang lemau pulakkk..orang dah nak kuar dari gua dah nihhhhh :))

Penjejak Awan: Rezeki kami la dpat guide yg bagus..takpe, since tiket tour tu murah, len kali leh hang p lagi hahahah.. sebab berbaloi2..
Weh hang yg dalam group fotographer ramai2 tu ka masa dalam gua tu??

Aiesha: Betul tu, memang dekat sangat dah dengan Sungai Kampar, insya Allah lepas ni boleh la kitorg cube white water rafting plak ahaks...

Fatt said...

haih awat ramai bebeno yg belum penah masuk ni?? sabor jela...

aku pegi tahun lepas masa bulan posa..haaa..ko mampooo bulan posa pegi panjat tangga byk camni? keluar je terjelir lidah memasing...hahaha...tapi siyes mmg cantik pun, bleh celen gua batu kapur kat perth...

pastu kan, yg aku dgr dr guide, katanya klu hujan jgnla duduk kat wind cave tu sbb angin panas, dia terbalik, klu luar panas, angin ctu sejuk...tp siyes mmg sedap gile angin kat situ :)

niL said...

tgk info ko naa...rasa mcm nak pergi laa..

Unknown said...

Fatt: Ko lagi semangat waja!! bulan pose pun ko terjah!! (tepukan gemuruh utk ko) kalau aku confirm mintak nak bukak pose, nk minum sirap limau dalam gua tu hahahaha.. Gua batu kapur kat Perth? Hmm kena kiv utk masa depan ni :p

Nily: Silalah pergi!!

sophia said...

sis,

nak tanya pasal book tiket train dari delhi ke agra.

1. book guna cleartip ek?
2. kalo dah book tu kira confirm ke ek atau waiting list?

Unknown said...

Sophia, train tiket dari Delhi ke Agra, memang saya beli gune ClearTrip. You kena cek dulu la, sama ada waiting list atau confirm ke tak, sb masa nak select tu , dia akan kasi tau availability, if dia tulis waiting list, so u memang kena wait la hehehe. Kalau dah confirm, memang dia akan hantar email confirmation.

Fatt said...

glow worm pebende tah namanya aku dah luferr...kene cek balik LP. mmg ado jgk tak tau..tapi mahai siooottt...bocor poket dibuatnye.

aku masa tu dah nyaris nak bukak, tapi bila masuk dlm keta, dah pekena ekon no.4, terus kansel nak bukak posa...hahaha

Sharif Burn said...

tempat ni memang best!

saya pegi time cuti sekolah haritu(dis 2012)


amik grantour(level 4 hardcore). memang best, panjat tebing masuk lubang kat dinding, pastu ada slide turun. agak berbahaya tp mencabar best !

yanmaneee said...

golden goose
supreme outlet
kyrie shoes
stephen curry shoes
golden goose outlet
supreme clothing
a bathing ape
kobe 9
supreme clothing
supreme

Anonymous said...

supreme new york
supreme new york
kyrie 6 shoes
yeezy 700
kd 15
off white nike
fear of god
off white shoes
supreme shirt
off white nike