Hari ni kami ke Golden Bauhinia Square. Lokasinya di area Wan Chai, Hong Kong Island (bukan kat Kowloon, tapi diseberang Kowloon). Naik MRT, turun je kat station Central. Kiranya inilah CBD di Hong Kong. (Macam Putrajaya la, tapi lagi best dari Putrajaya yang macam padang jarak tu kan).
Traffic di HK Island
Golden Bauhinia Square ni adalah tempat utk acara menaikkan bendera setiap pagi. Di sini juga la terjadinya, acara penyerahan Hong Kong dari kerajaan British pada tahun 1997. Jadi boleh dikatakan tempat ni salah satu tourist attraction di Hong Kong. Tapi time kitorg datang nih, acara tu dah abis dah, sebab kitorg sampai lebih kurang pukul 11. (Tak pe la, naikkan bendera jek pun).
Hong Kong Convention & Exhibition Center jugak terletak disini. Diseberang laut tu, adalah Kowloon, so kalau nak menyeberang, boleh la naik Star Ferry dari Wan Chai peir kat sebelah Golden Bauhinia Square. Naik star ferry lebih murah dari naik MRT, dan boleh guna Octopus card jugak.
Bangunan macam HSBC, Olympus, Phillips, Panasonic, AXA dan Bank of China, Hitachi, SHARP semua terletak kat belah sini, dan semuanya tinggi-tinggi dan rapat-rapat antara satu sama lain. Antara attractions lain yang terletak di kawasan ni termasuklah The Peak, Ocean Park!!
Untuk lunch hari ni, sekali lagi kami bedal nasi beriani dan tikka di restaurant Ebeneezer’s Kebab. Yang ni ada certificate halal dari Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong. Ha apa lagi..dah alang-alang lalu situ, singgah la.. Harga makanan, standard harga HK la, HKD 50-60 seorang huhuhu.. Nasib baik lazat!!! Sambil makan-makan tu, kami terjumpa pula sorang Malaysian, yang memang dah bermastautin di HK. Katanya Macau adalah Must Visit kalau pergi HK ni..
Kami kembali semula ke hotel selepas lunch, sebab Muni akan sampai ke hotel lebih kurang jam 2 PM. Jadi dapat la berehat kejap.
Citygate Factory Outlet
Mengira waktu..
Ha sampai je Muni, tanpa buang masa, terus kitorg keluar, sepatutnya hari ni ke Madame Tussaud's, tapi entah macam mana boleh cancel pulak. Citygate Factory Outlet, terletak di Lantau Island. Huhuhuhu semangat betul. Dah baca review, katanya kat sini best shopping, so kitorg cuba nasib la. Emm boleh tahan la harganya, agak murah dari harga di KL, tapi kitorg tak shopping sakan pun, sebab barang macam ni, kat KL pun ada kan, lebih teruja nak bershopping di Mongkok dari sini, tapi aku sempat la merembat sepasang kasut Adidas utk ci comei tu...
Cawan sempat survey lens dslr kat outlet ni, murah sikit dari KL, tapi cuci mata je la.. Penyudahnya, kitorg cuma bershopping dekat supermarket dia je, untuk beli jajan makan kat bilik nanti. Terjumpa pulak dengan coklat Kit Kat dan Picnic yang limited edition, hahahah apa lagi......beliiiiiiiiiii (Kitorg memang hantu coklat).
Mongkok Lagi!!!
Arrgg berlakon je muka-muka nih..
Lens Canon yang tiba-tiba je menjadi bengong, so main manual je la
Disebabkan hari ni first day Muni kat HK, so kitorg kasi chance la kat dia nak jalan-jalan dan cuci mata kat Mongkok. Maka sekali lagi malam itu, kami menjelajah Ladies's Market di Mongkok. Adoiii laa, ramai betul orang walaupun weekday. Haiyaaa.. Muni belum apa lagi, dah rambang mata. Baru je sampai, dah beli 6 helai tshirt untuk member dia!!!
Terang benderang, tak payah lampu jalan dah..
Yang biru, yang merah, yang kuning, semua ada..
Sambil berjalan-jalan tu, terjumpa plak satu kedai ni, jual magnet Disneyland. Kitorg punya la teruja, harga HKD 29 (aaa belum tawar lagi tuh, mesti boleh murah ni, gile confident kan!!) Haaa bagus-bagus..esok kite compare kat Disneyland pulak, kalau sana mahal, kite beli kat sini je la. Terus berlalu
dengan excited sekali, tak tengok apa dah..
Haih..tertipu kami..lain kali tengok betui-betui..
Canon ke Nikon? Emm mana-mana pun boleh
Eh eh, dia pun nak jugak..
Err..asyik pegi sini je diorg nih..bosan gua..
Lama gila tunggu Muni shopping kat sini..Chawanna sudah pancit, last-last kitorg blah dulu balik hotel. Tahan taxi kat tepi jalan jek. Merasa la naik taxi merah HK tu, nasib baik bermeter. Distance ke hotel dari Ladies' Market takde jauh mana, lebih kurang 10minit je (termasuk traffic), kami cuma bayar HKD 29 jek.. haaa lega sikit kaki ku..
Gambar hiasan je, tak naik pun bas mini nih huhuhu
Disebabkan sampai awal di hotel (lebih kurang 10 malam), so sempat la aku dan Cawan duduk lepak-lepak bersembang di atas katil, sambil tonggang-tonggang air..emmmm lazatttttttttttttt..