Friday, December 11, 2009

Imbas Kembali

2009, merupakan tahun yang paling sibuk buat diri ini. Ohhhh bukan sibuk dek sebabkan kerja-kerja di office (walaupun sebenarnya ada kerja), sebaliknya sibuk berjalan ke sana sini, di dalam mahupun di luar negara. Macam tak percaya pun ada. Maklum la, kalau nak diikutkan kemampuan wang ringgit, mungkin agak mustahil nak dicapai semua hasrat dan cita-cita tu, tapi disebabkan kegigihan dan keazaman yang kuat, berjaya jugak aku mengumpul duit, demi mengejar impian tu..
Ok mari kita imbas kembali aktiviti sepanjang tahun 2009...

January 09- Port Dickson, Negeri Sembilan.

Takde la cam cun sangat tempat ni, tapi disebabkan ramai geng-geng mahu turut sama memeriahkan aktiviti ni, dari tempat yang bosan, akhirnya jadi destinasi yang sangat happening. Dengan Muzium Lukut yang lebih kurang, tak de orang datang pun, melainkan kitorg je kat situ!!! Ostrich Farm yang sangat 'harum', siap dengan sijil tunggang Ostrich, Lighthouse Tg.Tuan yang sungguh mencabar stamina kami, serta air PD yang memang tak cun, tidak dilupa ikan bakar di Pengkalan Balak. Wah wah wah..PD yang tak best pun jadi best..

March 09 - Gold Coast , Australia.

Teruja!! Destinasi yang kami nantikan selama 10 bulan dari bulan May 2008. Bayangkan masa tu, aku sibuk nak kawin bulan July, dan nak pakai banyak duit, aku boleh selamba join diorg beli tiket ke GG!!! Arggg..gila!! Cawan on, aku lagi la on!! Teringat tension level masa berdiscuss dengan Sharul dan Mona masa tu. Time ni kami bertiga je yang YM sesama sendiri. Time ni tak kenal Biqque lagi. Tak geng la konon. Option lain masa tu adalah Hong Kong. Tapi entah kenapa, tiba-tiba semua pakat nak ke GC juga. Baik Meor atau pun Nizam, tidak ketinggalan Si CAWAN jugak!!! Wahh dasyat nih, tak pernah lagi kitorg terpikir nak pergi sejauh nih. Dalam hati ada jugak tertanya-tanya "mampu kah aku nak pegi sana nih..Ostolia nih, bukan Indonesia..." heheheh tau takut kan!!!!
Dah la tu, bila dapat je tiket yang 0 fare, terus hold page tu lama-lama, mau 2-3 jam jugak, time ni masih bincang-bincang lagi..bila dah confirm..press button Next, terus error!!! Cinabengggggggggggggggggggg. Gelabah beb. Risau tak dapat tiket. Pastu kena log in lagi..cari balik tarikh tu, haaaaa tak de..memang ****!!!! Bincang lagi ngn diorg, last2 setuju tarikh lain..tup tap tup tap..terus beli, tanpa pikir apa2 dah..huhuhuh...
10 bulan berlalu, berangkat la kitorg ke GC dengan perasaan gumbira. Ni trip yang paling ultimatum utk kitorg. Preparation yang sangat baik, semua nye berjalan lancar kat sana..uweee..satu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila..Byron Bay yang tiada tandingan, memang sangat menawan!! Gold Coast yang sangat happening, dengan pantai dan theme park nya..Argggg..mungkin satu hari akan kembali ke sini lagi..sapa nk ikut????

April 2009 - Langkawi , Malaysia

Emm ni short trip. Khas untuk beli souviner untuk wedding Lane, dan jugak untuk bawak Icam pergi 'melancong'. Sampai menangis2 la dia kat jeti tu sebab takut nak naik ferry. Dah la tu, sarung bantal dia bawak dari Ipoh tertingal dalam kereta..hahahah sungguh lawak. Tapi Icam sangat gembira, sebab dia tak pernah pergi Langkawi lagi. So sangat berbaloi jugak short trip kali nih, manakan tidak, semua coklat dia nak, aku tolong belikan, syurga coklat untuk Icam. Paling kelakar, bila Icam menyumpah-nyumpah pasal beras terbakar, frust betul dia bila tengok beras tu dalam mangkuk...

May 2009 - Kota Kinabalu, Malaysia

Trip kali ni pergi anak beranak je. Tapi bertemu janji dengan Biq dan Sharul di sana. Wah best jugak walau dah pegi 2-3 kali ke KK nih.. Kundasang sangat cantik, dan sejuk. I loike!!!!! Sabah nanti kan saya di Sipadan pulak (akan datang)..Secara rasmi nya, Sabah merupakan destinasi favourite aku di dalam Malaysia. Sebab Sabah best!!!

September 2009 - Melbourne & Sydney, Australia

Ni trip yang tidak dirancang sama sekali. Segalanya bermula dengan main-main sms dengan Cawan di pagi-pagi hari. Acah2 je..sekali dia kasi greenlight. Emm apa lagi.. Orang dah setuju, tak kan nak tanya-tanya lagi kan, beli terus la. Hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa..hari raya tahun ni, kami beraya di Melbourne. Wah cam hebat kan. Tapi tak de la hebat, cuma merasa la pengalaman raya diperantauan hahahaha.. Balik je ke Ipoh raya ke 5, semua sedara mara tanya, aku ni sambung study kt Melbourne ke, sebab raya kat sana. Aku cuma jawab cam kerang busuk , "tak, cuma pergi jalan2 je..". Merasa la ribut merah di Sydney time tu..huhuhuh..Tidak ketingalan Great Ocean Road di Victoria, sangat cantik...argg senang cakap, semua tempat kat Melbourne dan Sydney tu memang cantik la, untuk tourist cam kitorg nih..hik hik hik..

November 2009 - Phuket & Krabi, Thailand

Ni pun trip yang amat dinanti2kan jugak dari awal tahun lagi. Tak payah bercerita panjang, korang leh ikuti cerita tersebut di blog Biqque. Tapi yang pastinya, island2 di Thailand, memang sangat cun. Kalau ada diving cert, mungkin lebih best lagi kot..Tidak ketingalan pondan2 yang cun di Bangla Road. Perg..kalah kitorg kalau berdiri sebelah diorg, cuma suara je kitorg menang hahahhaha...Paling tak bleh lupa, thai massage malam terakhir kat Krabi. Adeh, rase cam masuk rumah pelacuran pun ada. Seram-seram, tapi sedap kena picit dan uli..Hik hik hik..

Disember ni berehat dirumah je la nampak gayanya, nak simpan duit untuk tahun depan. Nantikan update berikut untuk trip pertama untuk tahun 2010..hehehehe..cewah..Ada rezeki lebih, maka panjang la langkah untuk 2010 akan datang..Amin...

5 comments:

Lily Riani said...

wah.... hope u get a fun trip in FY10. borobudur tak nak ke? hehehhe...... best.

Biqque said...

2010, here we comeeeeeeeeeeee!

oppsss...only we, us, me and sharul, no, a-ah, not u...hahahahahaha! (gelak jahat kasi bakar!)

Unknown said...

hahahahahha bakar2...ye la, ye la...tak pe kitorg kasi chance..mana tau tibe2 kitorg ke france dulu ke bulan 10 thn depan..ha cam mana?? nangis sekarang!!!! hehhehehe

Unknown said...

borobudur? emm macam menarik gak..tp nanti dulu la..asyik pusing SEA je..ingat nk jauh2 sikit..huhuhuh (berangan mode) :)

Biqque said...

u gi france, i bakar u!