Program hari ni adalah paling santai sekali, nak jalan-jalan di sekitar Lake Kawaguchiko dan pandang Mt. Fuji puas-puas, jadi pagi tu lepas Subuh kitorg tarik selimut balik, bukak tingkap kasi udara sejuk masuk dengan view Mt Fuji yang super besar gedabak. Cawan macam biasalah, mesti nak tengok tv rancangan iklan jual barang dia tu, dan aku pula goyang-goyang kaki dalam selimut sambil main wasap dengan kengkawan yang jauh diperantauan, seharian tak wasap rindu sangat aih hehehe.
View dari bilik kami di Kawaguchiko Station Inn yang terletak betul-betul depan Mt Fuji dan Kawaguchiko station..sibuk je tiang lampu tu! eiii
Berjaya jugak keluar dari bilik walaupun rasa malas yakmat sebab rasa nak tidur je dalam selimut tebal tu ha..ishhh. (Gambar tiang jam depan station Kawaguchiko)
Mula-mula ingat nak jalan kaki je pusing keliling Lake Kawaguchiko ni, sebab dalam map nampak macam ok je nak jalan kaki. Tapi bila mengenangkan hari ni nak bersantai-santai tak nak mengabiskan tenaga, so kitorg cuma jalan sikit cuma sampai ke belah selatan lake saja.
Yeayyyy!! dah sampai ke? belum..sila jalan kaki 5-6 minit lagi..
Sekali lagi yeayyyyyy!! dah sampai lake..tapi bukan di sini kami nak menikmati Mt Fuji tu, sebab sekarang ni Mt Fuji masih dibelakang kami. Kena ke arah utara lake ni baru leh nampak Lake Kawaguchiko ni berlatarbelakangkan Mt Fuji. Lake Kawaguchiko ni adalah diantara Fuji 5 lakes yang famous dengan view Mt Fuji ni dan Lake Kawaguchiko ni lah yang paling mudah nak dijelajah dan senang nak cari tempat penginapan berbanding lake yang lain tu.
Kalau siapa yang sukakan cabaran yang luar biasa nak menguji kekuatan mental dan fizikal, boleh la cuba lake Saiko dan masuk ke Aokigahara, iaitu hutan tempat orang bunuh diri tu. Tempat ni memang popular la untuk orang nak bunuh diri kat Jepun, dari tahun ke tahun, statistik orang bunuh diri semakin tinggi katanya. Daripada cerita dari brother yang kitorg lepak kat pantry tu semalam, ada yang siap bawak khemah dan segala bekalan, sebab orang tu tak sure lagi nak bunuh diri ke tak, so orang tu akan stay la dalam hutan tu sampai habis makanan, kalau orang yang nak bunuh diri tu bercadang masih nak meneruskan hidup, dikatakan peluangnya amat tipis sebab once dah masuk dalam hutan tu, sure susah nak cari jalan keluar. So adalah jumpa khemah kosong yang berpenghunikan tengkorak saja, yang tergantung dipokok pun ada, yang terjelepuk atas tanah pun ada. (Kalau curious sangat nak tengok tempat tu macam mana, boleh la google, tapi aku tak bertanggungjawab if korang ternampak benda-benda yang pelik, sebab aku dah tergoogle hari tu hehehe, warning siap2)
Ok, berbalik pada cerita kami yang nak jalan-jalan di Lake Kawaguchiko ni, sebabkan keluasan lake ni amat la super besar, antara lake yang lain, so kami patah balik ke Kawaguchiko station yang terletak lebih kurang 10 minit brejalan, untuk menaiki bus retro Fujikyu yang sangatlah comel tapi agak mahal iaitu Yen 370 (one way), walaupun distance yang kami nak pegi takde la jauh sangat.
Hotel kitorg menginap dan station Kawaguchiko kat bulatan biru tu, lake yang kami jalan kaki kat atas tadi yang ada 'X' merah tu, dan tempat yang aku nak pergi sebenarnya ialah yang dekat box Hijau tu.
Kalau ada banyak masa, aku rasa sesuai amik ticket yang 2 hari, so boleh la turun naik bas sesuka hati di sekitar lake ini dan kawasan sekitar yang lain. Tiket bas boleh dibeli masa dalam bas, atau pun di kaunter.
Ini nama station yang kami turun, kat sini kami nak ke Maple tunnel. (Momiji Kairo)
Bus retro yang kami naiki. Maple tunnel tu seberang jalan je dari tempat kami turun jap ni tadi.
Inilah dia maple tunnel tu, tempat ni free je nak masuk. Nasib baik banyak lagi daun-daun maple yang kemerahan dan keorenan, sebab kawasan lain disekitar Lake Kawaguchiko ni semua dah gugur dah...pheww nasib baik..
Daun maple yang masih kuning pun ada lagi kat belah dalam ni. Kalau disebelah malam pada musim autumn ni, diorg ada festival illumination, nanti pokok-pokok maple ni bersinar-sinarlah dalam kemeriahan lampu yang menyuluh. Kami tak sempat nak pergi malam tadi, sebab bas last ke sini pukul 7 petang tak silap! Nak naik teksi harganya 2000 yen, sangat tak berbaloi sebab dekat sangat.
Tidak ketinggalan aku pun nak posing di sini jugak hiks..
Serius lawa tempat ni di musim luruh, tak sure pulak macam mana maple tunnel pada musim lain..mungkin korang boleh cuba?
Cuaca hari ni sangat cantik, semalam kata hotel receptionist tu, satu hari mendung dan hujan di sini. Hehehe sebenarnya aku rasa bukan kat sini je hujan semalam, satu Japan kot, aku sendiri dah terkena di Takayama dan Shirakawago semalam. Tapi nasib baik hari ini kembali cerah! Alhamdullilah.
Gambar macam ni lubang hidung pun tak nampak..ish ish
Kon-kon putih tepi jalan tu, adalah lampu yang berserkup dengan kertas, untuk festival illumination tu lah.
Sebenarnya maple tunnel tu takde la panjang sangat pun, yang buat kitorg lama kat situ, sebab duk amik gambar hehehe. Jom kita menyeberang jalan pulak, nak mengadap the Majestic Fuji-san pulak hehehe..
Duduk kejap nak merehatkan kaki sambil tengok ke tasik.. Kat tepi-tepi jalan besar ni ada macam pasar pagi yang jual makanan, bau sangat sedap, kalau halal dah lama boleh picnic kat tepi lake ni.
Pokok kat sebelah lake ni dah banyak yang togel. Tapi takpe lah, janji Mount Fuji jelas kelihatan. Bukan senang nak tengok Mt Fuji terang-terang macam ni. Tipsnya kalau nak tengok Mt Fuji sejelas ini, adalah kena ke sini di musim sejuk (winter) sekitar bulan November - February. Peluang sangat tinggi di musim sejuk berbanding bulan lain, sebab Mt Fuji ni pemalu kekdahnya.
Kalau ada duit lebih untuk dilaburkan, boleh la sewa sampan/boat untuk pusing keliling lake ni. Aku takde, so terpaksa jalan kaki je hehehe.
Bertemu juga kita wahai si gagah perkasa hahaha.. tak perlulah aku nak cerita panjang pasal mt Fuji ni, korang cari sendiri la segala info, sini bukan wikipedia okayyyy!
Kalau korang tak gemar aktiviti jalan-jalan amik gambar dan bersantai macam aku ni, ada banyak lagi benda lain korang boleh buat disekitar kawasan lake ni, dekat-dekat sini ada macam-macam jenis musium, taman-taman, onsen, cable car, temple dan theme park FujiQ. Kalau rasa nak shopping, kena la pegi jauh sikit ke Gotemba tu, kat situ ada premium outlet. Mohon cari map sendiri, aku bukan kedekut nak share, tapi aku malas nak tepek sini, sebab aku kena google balik webpage tersebut.
Niat dihati sebenarnya nak bangun sebelum subuh tadi nak amik gambar sunrise kat tasik ni (tinggi sangatkan cita-cita aku??), kengkonon nak dapat gambar reflection macam yang kami ambil di Lake Matheson New Zealand dulu. Tapi malangnya, lake pun tak berapa tenang. Lagipun, kan ke tadi sambung bergulung dalam selimut lepas subuh? huhuhu..lain kali je la, aku tak segigih tu! Ni dapat reflection sesikit macam ni pun jadi la.
Dalam sedar tak sedar, tau-tau je kami dah semakin jauh dari bus stop no 18 tadi (refer map di atas), lepas ni kami nak balik ke Shinjuku, Tokyo pula. Selamat tinggal wahai si gagah perkasa, terima kasihla sebab sudi tayang dirimu yang sangat cantik dan sempurna tu, subhanallah. Terus kami tuju ke bus stop no 15, dengan harapan murah la sikit tambang bas nak balik ke Kawaguchiko station.
Jom balik Tokyo...
Hotel cum apartment kecil kami terletak berdekatan dengan Shinjuku station, dan Takashimaya Times Square, nak cari tu sedikit tricky, sebab kena lalu jalan-jalan kecil celah bangunan.
Saspen tengok rupa hotel dari luar macam ni..tapi sebenarnya hotel ni cum gallery barang-barang art dan antik.
Misi kami sebaik tiba di Tokyo adalah yang pertama, check in hotel, keduanya pergi ke Akihabara (takde dalam plan asal, tapi terpaksa pegi jugak atas sebab tertentu hehe) dan yang terakhir sekali nak mencari mesin ATM yang boleh withdraw duit sebab cash dah semakin tipis. Tapi semua cerita tu aku akan share dalam entry berikutnya..sekian untuk kali ini.
Yang pastinya hari ini sangat best, sebab jalan santai-santai, sambil sembang-sembang dengan si dia tersayang pasal plan masa depan bersaksikan Mt Fuji, gunung tertinggi di Japan (wah dramanya!), dan view yang cantik dengan diselang seli dengan aktiviti petik-petik camera..awesome sangat aih!
49 comments:
Komen dulu...
ok jap nak baca
Eh FIRST!!!!
Nak kena lempang ke??😜😜
OK dah habis baca.
Nak komeh:
Ya Ampunnnnn cantiknya gambar kat tasik tu dengan kemerah-merahan dedaunan tu.
Tapi aku musyhkil la satu perkara,.... kenapa ko nampak kurus dalam gambo2 di atas? Ko liquefy kan gambo ko pakai photoshop kan?
Ngaku je la.
janggel nih kan!!!
akak baru nak first tadi!
rasa cam nak ramas je daun maple merah tuh!!! eh bukan..nak patahkan ranting daun maple tuh!!!
(abisla if DBKL caw Jepun tau)..
mount fuji...terangnyer gambo!!! cantik !!!
Semua gambar sangat cun... eh Chawan tak mau enteprem jugak ke...
nak nangis tengok mt fuji..cantik, lawa, gojes, majestic, keagongan...aaahh! *merengterus
terbaik...selamat tahun baru 2014
Ya Allah .... Santeknyeee T.T
lawa gila...Fuji-san tu macam lukisan..
ahh lawanya lawanyaaaaa *meroyan sebab lawa sangat*
bila la tabung nak penuh ni
waahhhhhh cantekkknyyyaaaaaaaa amek gambar pakai lens rm3k ke?? vavavooom hasilnya letop2! ^_^
terpaksa pegi nanti.
Ren: Ko dengki kan? kbai!
Kak Anash: Akak tak perlu rebut2 nk komen kat blog saya yg tak berapa femes tu, saya takde peminat tegar mcm hot babes dua org tu kekeke..
Mie: Ada jgk dia enteprem, tp dia segan buh muka dia byk2..
Nana: Bawak bertenang
M.Khairuddin: Selamat tahun baru jugak :D
Feer69: :D
Dzuchan: Memang lawa..fuh fuh moga cepat penuh tabung
John: Pakai lens murah je, belum mampu lagi nak pakai lens 3k hai..tungguuuuuuuuuu
Cantiknya Mt Fuji yg Chawanna Na tangkap, macam iklan Hazelin Snow.
cantik sgt!! tak mendaki mt.fuji ke??
Gunung Fuji yang sangat indah mempersona :D
Insyallah minggu depan..!!! yyeahh thanks share info chawanah :D
Subhanaallah! awesome giler mount fuji tu.. maple tunnel pn sgt awesome.. rasa mcm nak shoot pre-wed photo je dkt situ.. hehe
Kak Naramas: Hahaah hazelin snow sgt ye..amacam dh prektis ilmu yg saya dan geng turun kan?? hehehe
Zila: Aku xdaki la, masih kureng bernafsu nk daki2 ni..moga dpt kekuatan satu hari nanti hehehe
Time traveller: Yeay bestnye..semoga perjalanan ko berjalan lancar hendakmya.
Cik NUFA: Pre wed? why not!! kalau Che Ta dan Jovian pre wed di Paris, ko buat la di Japan..ha nanges org kampung tgk..wa ckp sama lu ehehehe
ha wayar letrik tu sibuk kan! geram i!
part takleh decide nak bunuh diri ke tak tu mmg tak leh blah kan? saiko gile kot contemplating nak mati ke tak nak mati ke tak...
berbaloi2 kan bas tu? kalo ada masa ar...
mapple tunnel to AWESOME! ya Allahhhhh cantiknyerrrrrrrr! tak sabarrrrrrrrrr!
wow anda kurus dalam gambar dan diluar gambar! apa rahsia anda?
ya Allah bestnyer u dpt ngadap fujisan tu berjam2! i tau dia mmg pemalu kerna dia main nyorok2 ngan kitorang dulu huhuhu...cantik la wehhhh! u pegang tak air lake tu???
peluk2 ke dgn si dia tersayang kat dpn mt fuji tu? hahaha!
Lawanyeeee... nyesal plak aku takde plan nak overnite kat Lake Kawaguchiko nih.. eemmm.. next trip maybe
daun kaler-kaler tu dah satu hal cantik, plus dengan mt. fuji lagi, memang lengkap lah pakej jalan-jalan dekat sini, pandai korang pilih date, huhu...
Biq: memang saiko pn leh pikir nk mati ke tak nk. Air lake tak pegang laa.. hahaha tak sabor ke nk tunggu bulan 10 nih kekekeke
Azra: Takpe lain kali leh pegi sini lagi..ko pegi bile ni? dh pegi ke akan pegi?
Orga: Heheheh..timing memang ngam2 je..tu pn ada yg togel dah..
Menangis ciku tengok gambar kat sini..hihi..serius cantik..okeh nak sambung baca..tadi baru tgk pic je..hihi.
Memang info Fuji - Kawaguchiko yang saya perlukan untuk trip ke Tokyo Mei ni nanti..tenkiu...tenkiuuuu....
kenapalah gambar chawanna cantek sgt ?!!
teruja sangat tengok !~
Naaa,
Cantik2 gambar u as usual!!...suka sangat2!...bila kita nak date lagi nih?...hehehehe
Nanti bebile nx week kite date la if u free hehehe
Salam..terujanya baca blog awak ni..bole tau travel date awak tak..saya plan nak ke je pun gak autumn tahun ni or thn depan..Harap dpt tak view cantik mcm ni juga..
Travel date saya hari tu 21-30 November :)
nak tanya apa nama hotel yg menginap kat Kawaguchiko tu dan berapa harga semalam?
Noor Harfidaus: nama nye Kawaguchiko Station Inn, rm270 smlm.
Assalam Na,
selalu jadi silent reader je. nak tanya pegi lake kawaguchiko naik bus ke train?
klau naik bus, ambik dari shinjuku bus terminal ke tokyo sta?
saya nak pegi hujung bln ni. study pun tak habis lagi huhuhu..
satu lagi..
tiket retro bus kawaguchiko boleh beli kat mana? dah baca2 tak jumpa kat mana mentioned boleh beli
Salam Huda, saya pegi sini naik train from Yokohama, if nak pegi naik bas dr Tokyo, tak silap saya kena amik dari Shinjuku.
Tiket retro bas ni saya ada tulis kat atas, boleh beli dlm bas atau di kaunter tiket.
tak perasan plak ada tulis kat atas tu...padahal dah baca b4 this..
thanks Na..
Huda: No problemo :D
Subhanallah canteknya mt fuji!!
Mcm nk daki tp mimpi je la hehe
salam..pergi bulan brape tu? so beautiful..:)
salam..pergi bulan brape tu? so beautiful..:)
akum,nak tanye, hostel yg kawaguchiko inn tu ade skali ng toilet ke? - private bathroom?
ruzanna..
tq
Salam, hostel tu ade shared bathroom n toilet, private dlm bilik tak sure pulak, sb bilik kitorg takde pn
Salam nak tny naik retro bas tu boleh turun naik cam hop in hop off bas ke.
Ha a mcm hop in hop off bas, beli la day pass, jimat byk..
salam.tumpang baca pasal jepun.boleh bg itinerary u pegi jepun ni x.tqvm. harap dpt email lyana_mega@yahoo.com
kak chawanna na, sy dah book tiket utk pergi pd 13/11 . my 2nd time to jpan. memula ingt nk book hujung dec. tp takut da sejuk sgt plak. skali book tiket, br perasan daun tukar kaler time hujung nov!agak2 akak kn, 13/11 tu daun nye da tukar kaler ke blom ek?
Dik, ikut tempat daun tu, ade yg awal tukar kaler, ade yg lambat. Tp if kt area fuji tu, mid nov mcm date adik nk p tu kire tgh peak la.. Mostly central japan mid nov dh start tukar kaler :)
Salam chawanna boleh share x hotel yg uolls stay spanjang kat japan?? Kyoto osaka fuji tokyo...tq
terus rasa tak sabar nak p jepun tgk ur entri....gambar2 pun cantikk... osem
Hi there,
Nak tanya a bit pasal fares retro bus tu. Dia memang tak kira distant ke and only kira sekali naik? Since I'm planning to go to two places around the lake i.e. ropeway and National Living Center. So macam tak berbaloi beli pass. Hope you can help. Thanks a lot!
Post a Comment