Friday, September 13, 2013

Senang ke Travel Dengan Anak?

Soalan cepumas yang selalu ditanya kat aku --> senang tak nak travel bawak anak? (maklumlah aku kan ada anak hehehe, tak kan nak tanya kat John (Kaki Berangan) pulakkkkkkkkkkkk! hiks)

Hehehe..jawapannya adalah TAKDE LA SENANG SANGAT! tak percaya? tapi itulah hakikatnya! bukan mudah ok, yang pertama-tama sekali, sifat SABAR kena tinggi, maklum la kerenah anak-anak kecik ni macam-macam, kadang-kadang senang nak handle, kita boleh la tersengih girang macam mudah sangat nampaknya bawak budak jalan merata turun naik flight/keretapi, pegi sana sini sinun bagai, tapi bila datang tantrum anak buat benda pelik pastu nangis terpekik terlolong macam mati laki/bini tu, itu jam, aku punya temperature pun boleh naik sampai 101 celcius, bingit ok, bila budak kecik nangis kuat-kuat ni, aku confirm la memang hilang sabar! (pengakuan berani mati huhuhuhu)

Yang keduanya, kena PANDAI dan KREATIF, pandai di sini bukan bermaksud ada ijazah atau phd bertingkat-tingkat, tapi pandai nak pikir mana yang betul/salah, perlu ke tidak, sesuatu yang aku rasa tak boleh belajar dari buku teks, tapi hanya dari pengalaman sendiri je. Sebab apa aku cakap tak leh belajar? sebab perangai anak masing-masing bukan sama, yang dari darah daging sendiri pun belum tentu kuar sama perangai, kalau 3 orang anak, 3 perangai berlainan ye. Semua try and error je kekdahnya hiks..

Yang ketiganya, kena GIGIH. Kalau tak gigih, nak pergi Giant bawak anak pun belum tentu, inikan pula nak pergi travel jauh-jauh kan?..betul tak para-para ibubapa sekalian? Betulkan? kan? kan? 


Situasi 1.
Bayangkan situasi ni, sambil korang tengah syok-syok duduk bawah pokok sakura sambil-sambil kira kelopak bunga sakura atau tengah syok main-main baling salji laki bini, tiba-tiba anak korang "mummy.mummy nak susu.." sambil buat muka terkebil-kebil tak bersalah kacau korang tengah syok-syok tu, boleh bayangkan? situasi biasa bukan?.. ha itu kira ok lagi ye, kalau anak kata nak tidur, itu pun kira ok lagi. Tapi macam mana tiba-tiba dia mintak nak tidur, tapi bantal atau selimut kegemaran dia tertingal di tanahair tercinta, sebab kebodohan dan kealpaan korang berada ditahap paling maxima ketika itu? Haru takkkkkk? Haru kan???? dah la anak nak tidur, bantal pulak takde, anak pulak pesen tak boleh tidur kalau takde bantal/selimut kegemaran..memang parah!! Nak memujuk budak yang nak tidur memang memerlukan KESABARAN yang tinggi, sebab aura tantrum diorang nak masuk alam tidur tu memang lain macam sikit, tak payah la korang nak cubit-cubit anak, nak tinggikan suara suruh diam, memang tak berhasil, percayalah cakap aku ni hehehe, pujuk dan cakap elok-elok, yang penting, jangan sekali-kali janjikan benda yang korang tak boleh kasi, aku memang pantang macam tu. Jadi keywordnya disini ialah SABAR dan kena PANDAI, ikut KREATIVITI masing-masing, jangan buat benda terlarang sudah hehehe..

Contoh Situasi 1: Aku baru nak posing dengan payung sambil berbackgroundkan buluh-buluh tu, dan2 tu la Aqilah sibuk nak mintak dukung! Menyumpah jugak dalam hati, tapi sabar je la...tak baik menyumpah depan anak..dalam hati takpe (acah je) hehehe


Situasi 2.
Bayangkan negara yang korang pegi tu, banyak memerlukan korang naik subway/bus untuk melawat ke tempat-tempat menarik tu, tapi kat station subway tak kelihatan pun tanda-tanda ada lif atau escalator, yang ada hanyalah tangga dan tangga dan tangga dan tangga. Jadinya disini ibu bapa akan diuji dengan KESABARAN untuk kesekian kalinya, tak kan pasal tangga sanggup cancel plan? tak kan la jugak nak tinggalkan anak kat tepi jalan? hehehe..Bayangkan berpuluh-puluh anak tangga yang nak kena naik atau turun, boleh bayangkan hazab yang bakal korang tempuhi??? kalau anak kecik setakat berat 3-4 kilogram (saiz newborn) ok la, tapi kalau berat anak pun macam berat beras sekampit (10-15 kilogram), pitam weh nak mengangkat! Jadinya di sini memerlukan KEGIGIHAN yang tinggi yakmats. Perlu diingat ye, mengangkut backpack seberat 15kg tak sama dengan angkut manusia seberat 15kg melainkan korang segagah The Rock kekekeke.. Strategy nak mengangkat anak pun kena ada, kalau dia tidur dalam stroller , kena pikir nak angkat macam mana, so kat sini memerlukan KEPANDAIAN jugak, disamping KEGIGIHAN tadi. Tangga tu antara salah satu contoh la yang memang confirm menguji kesabaran dan kegigihan ibabapa yang suka travel, tolak tepi la isu cuaca sejuk/panas/hujan dan yang lain-lain, sebab semua kena gigih. Jadi aku tinggalkan korang dengan imiginasi masing-masing macam mana nak handle situasi macam ni ye hehehe..
 Baru turun train kat Barcelona, Aqilah dah mintak dukung..uwaaa..tensi aku! 

 Mood Aqilah tengah baik, sebab dengar cakap aku suh jalan sendiri naik tangga tu hehehe


Situasi 3.
Kadang-kadang bila anak bosan, diorg bukan nak main dengan toys diorang, walaupun kita bawak. Budak-budak ni sama jugak macam kita, kadang-kadang ada bosan. So kita parents kena la kreatif, tak semestinya kena beli barang mainan baru, tapi boleh la ajak bermain dengan apa yang ada disekitar kita masa tu, ajak lari-lari kat taman ke, kasi dia main benda yang dia tak pernah main ke, contohnya masa road trip di NZ dulu, Aqilah agak bosan la duduk lama-lama dalam kereta, so dia asyik meragam je, ada je tak kena, kasi teddy bear favourite dia pun tak jalan, so akhirnya aku kasi main handbag aku, abis la bersepah dalam keta tu kan, tapi asingkan la siap-siap kad-kad penting tu, kang hilang satu hal la pulak kan. Tapi zaman sekarang ni, orang suka kasi anak leka dengan Ipad dan smartphone, walaupun sebenarnya aku dan Cawan tak gemar cara tu, melainkan terpaksa sesangat. So ibubapa, start la jadi KREATIF dari sekarang, kreatif tidak bermakna kena spend duit beli macam-macam, tapi cukupla kita ajak dia ber*main* dengan apa yang ada disekeliling kita untuk hilangkan bosan dia :)

Mood tak baik, penat dah agak nya roadtrip di South island ni, mainan dia tak pandang dah, last-last handbag aku jugak dimainnya..isk..

Main la puas-puas cik Qilah oi..janji u gembira..

Cik Qilah nak tolak stroller sendiri...suka hati uols la, tertingal bus jangan menangis kat tepi jalan tu hehehe

Akhir sekali, untuk para ibubapa yang gila travel dan bawak anak sama tu, aku ucapkan tahniah la, sebab bukan semua orang mampu dan gigih macam kita ni, yang hairannya yang selalu melontarkan kata-kata berbaur negatif pasal susah nak travel dengan anak ni, adalah orang-orang yang takde anak lagi, ataupun orang yang travel solo/berkumpulan (belum berkahwin/takde anak), jadinya aku pun musykil la sikit, macam mana diorg boleh rasa susah, sedangkan diri sendiri pun tak penah rasa lagi kan? Apapun yang paling penting, esok lusa diorang dah berkeluarga dan beranak pinak, mampukah diorg nak pergi travel segigih kita ni? huhuhuhu, aku risau lepas kawin terperuk kat rumah je, jadi aku doakan korang, supaya dapat suami/isteri yang gigih travel jugak ye, kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya korang contohi la orang rumah abang Supermeng tu, selamba je dia tak ikut Supermeng pegi travel merata heheheeh.. aku kagum sangat!! Kalau nak tahu rahsia macam mana nak tingalkan pasangan korang kat rumah sewaktu travel, sila mintak nasihat dari abang Supermeng! hehehe

Nasihat pada ibubapa yang selalu tingal anak kat rumah masa korang bersuka ria pegi sana sini, kasihanilah anak korang, diorg pun manusia jugak, nak jugak bersuka ria macam korang, tak payah la nak bising-bising kata anak korang buas la, tak dengar kata la, bukankah anak kita cermin diri kita?? mohon renung-renungkanlah.. (aku pun pernah tinggal Aqilah untuk trip Mabul dan Singapore haritu, sekali sekala apa salahnye, kalau nak berdua-duaan suami isteri)

Untuk bakal ibubapa yang gila travel pulak, jangan biarkan kata-kata negatif yang suka takut-takutkan korang dengan *kesusahan travel dengan budak kecik* menghantui jiwa raga korang, cuba dulu, baru cakap susah ke tak .. Wink* Wink* hehehe..

Dan akhir sekali, wah banyak benor kata-kata nasihat dari aku! nih, macam la hebat sangat kan?! hehehe.. KERJASAMA antara suami isteri tu adalah yang nombor SATU sekali, kalau korang ada kualiti diatas tu, tapi pasangan korang takde kualiti tu, hmmm jangan cakap nak pegi Amereka, pegi Ulu Yam pun belum tentu tercapai hasrat lalalalalala.....


Untuk tips lain, sila rujuk entry ni --> Tips travel dengan baby


Nota: Semua diatas adalah dari pengalaman Chawanna selama berkecimpung dalam dunia travelling ni. 

30 comments:

Supermeng Malaya said...

hoi !!!

motip aku di jadikan subjek dlm entry.

anyway aku memang kagum sejak dulu kau boleh bawak aqilah jalan. aku nak bawak jugak budak2 tu tapi pegi dalam malaysia pun dia org dah mengamuk. belum cerita nak berebut tekan lif, nak pimpin tangan etc...

OR aku tu tak nak ikut sebab dia tau style travel aku memenatkan.. baik dia duk rumah. PLUS paling penting..

PASSPORT DIA HILANG !!!!

tapi aku plan gak nak travel bawak family may be ke negara mesra budak budak la...

anyway thanks for the post !

Anash said...

gile best entry nih
tetiba akak bercita cita nak cari soulmate traveller yang SABAR, GIGIH dan KREATIF...

*abaikan ayat ke dua itu*

akak tabik dengan korang satu family...santai dan sempoi bab travel dgn budak kecik

(nak mintak otograf, leh? tetiba)

marikosan said...

i always travel with my daughter ever since she's 9mo to NZ. we should give a pat on our shoulder for berani and rela bw anak skali travel bersama. as your criteria's mmg kene ada in us. its not easy bw anak but its a satisfaction too tgk diorg depan mata tho dorg tak phm satu apa and maybe mcm separuh ckp " bdk kecik mane nak ingat ape pun". but still pd i takla bebankan sgt (tho ada masa tu rasa nak nangis je hehe)

just pkla, itu anak kita, and agak funny kita nak pi berjimba hols tp tggal kat mak ayah (cth) tak rasa guilty ke? ada rezeki kita bw la skali kan. nak tggal for business trip atleast laki/bini leh jaga tp if both parents gone tu rasa better bwla anak skali. we enjoy it together *wink*

ps : i got ur blog once stumbled from biq. so hello :)

Unknown said...

i folo ur tips dalam entry "tips travel dengan baby" for our 1st trip ke ho chi minh.

honestly dalam kepala mmg penuh dengan negative thought masa memula nak bawa anak 3yo travel for 1st time tu. tapi tawakal jer. alhamdulillah anak ok jer time tu. skrang dah 4yo dah 3 trips dah bawa dia.

preparation memang renyah la sket tapi with correct infos insyaallah boleh nyer.

yang penting dalam kepala parents tu jangan pikir yang negative jer pasal anak. doa yang elok2 insyaallah elok la jadi nyer.

thanks for post ^^)

Ren said...

Gitew. Aku pon nak travel ngan anak gak lah...

iedaiar said...

fuuh..salut dgn tips akak.. betol kena gigih&sabar.. last time g melaka bawak sikecik tu naik menara taming sari..dah turun konon cari restoran glamour xjaoh dari situ..pekena tercirit budak tu..habis kena salin baju suar kat restoran tuh..hampeh.. pengajaran pasni jgn nak memandai bwk budak kecik naik tinggi2 ..xkeruan isi perut budak tu..hmmm..

hana said...

U mmg gigih.. I pegi melbourne bwak adam haritu pun dh rasa nk bukak tingkap campak dia kt luar. Kemudian pegi hong kong asyik kena naik tangga pehtu salah exit lg dgn stroller lg. azab sungguh..

Tp apa2 pun pi travel dgn anak mmg fun. :-) (tp kalau i pi maldives mmg i tinggal la dua2 kt rumah. Haha.. )

Orga said...

aku pun kurang berkenan dengan cara bagi main ipad or tab, tapi rata-rata aku tengok, tu cara paling berkesan, hehe...

Nina Garcia said...

wahhhhh... bagus entry ni sbb x lame lagi bakal ada anak...

mmg planning nak bawak anak travel start umur sebulan.. hahahah

boleh x agak2???

Nina Hamdan said...

Berdasarkan pengalaman akak, saya tersenyum coz macam ni agaknya parents saya hadapi bawa 6 orang anak berjalan..
Kadang2 anak dah besar2 ni lain macam perangai, gaduh dalam flight memilih seat.. hahaa..
Apa-apa pun travel with family paling best !

Lavender said...

one of my golden dream,nak travel ngn anak.i wish i could do it like u did..btw,tima kasih share tips ni.sangat2 beguna

Lavender said...

akak.inshaAllah,tecapai impian akak tu nak dpt suami yang GIGIH dan SABAR dan KAKI JALAN =))

Biqque said...

u boleh, i pasti boleh! fighto oohhh! *hembus nafas kot idung laju2*

i TOTALLY agree dgn komitmen kedua2 laki bini...else, takkan menjadi la travel with kids. sekian.

babyarisha said...

gigih travel gn Aqilah siap bwk stroller bagai.. aku nak bwk ank g mall pkai stroller pun laki aku mls nak layan.. SEDIH!!!

Unknown said...

Meng: Ko aku rasa patut dijadikan idola utk solo backpacker yg dh berkahwin hahahah, sumpah aku tak tipu! Aku laki bini sgt kagum! sebab tu aku sebut nama ko 3 kali dlm entry ni muahahaha

Kak Anash: Amen! Amen! Amen! insya Allah pasti akak berjumpa dgn org tu satu hari nanti..

Marikosan: Haa sama2 la kita tepuk bahu masing2.. ye la..enjoy bersama keluarga adalah paling best, kalau tak asyik2 teringat je, yup i pun penah tingal Aqilah sekali sekala.. pastu sedih sengsorang hehehe

DzuHata: TAHNIAH! memang kena pikir positive sokmo, kalau tak memang tak dpt la kan hehehe..

Janggel: Motif?? ;p

Unknown said...

Iedaiar: Pengalaman mahal tu! hahaha

Hana: I pun pernah rasa mcm tu, so u bukan yg sorng rasa mcm tu, takpe, Allah test kesabaran kite tu,sb tu diuji dengan perangai anak yg pelik kadang2 tu heheheh..

Orga: Rata2 zaman skrg mcm tu la, aku cuba sedaya upaya la kurangkan kalau boleh, so far so good! :D

Berry Strawbery: Insya Allah boleh! :D

Nina: Itulah kan, gigih ibubapa kita dulu, dah la tiada istilah travel light zaman2 dulu, jenuh la mengusung bakul susu la, beg baju 2-3 jenis hahahaha..

Unknown said...

Lavender: Mudah2an tercapai impian tu :D

Biq: Boleh insya Allah hehehe..komitment somi isteri memang no 1 la..

BabyArisha: Tak dpt aku nk tolong..tumpang sedih gak hehehe

Shaza said...

selalu i baca je post u.. kali ni nak komen sikit.. mmg kena ada tahap KESABARAN yg TINGGI dan KOMITMEN dari suami isteri kalo nak bawak anak2 travel.. i dah ada 3 anak, semua i bawak travel sejak umur diorg 2 bulan (lepas pantang je terus berjimba release stress).. kalo dididik dari awal selok-belok travel ni, insyaallah diorg tak buat hal time travel.. tapi make sure kena ada aktiviti utk diorg jugak masa travel tu.. so, itinerary kena selitkan acara utk anak2... psp, tab, ipad, mp3 bagai, kalo ada, satu bonus... kalo xde, sediakan je mainan yg ringan2 utk anak2... anak i pun suka main handbag i... habis diselongkarnya.. i x kisah, janji dia dok diam2... pastu make sure perut anak2 kenyang.. perut kenyang, senang hati... bwk le jajan yg berkhasiat sebagai bekalan.. biskut2, choc, air favourite anak2.. mmg rasa leceh & remeh, tp percayalah, itu akan menyenangkan perjalanan trip... so far, semua trip i,i hangkut je semua sekali... tak pernah tinggal anak kecuali trip opis.. kalo trip opis hubby, wife tinggal jaga anak vise versa.. kalo trip hubby & wife, anak2 musti ada sama... baru la dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu.... oops.. terpanjang la pulak komennye... sowei...

Unknown said...

Shaza: Wow kagum dengan u, sb lepas pantang dah pegi travel..memang tabik spring abis hehehe.. tang sediakan makanan/minuman diorg tu saya setuju jgk, sebab diorg ni suka hati je tibe2 mintak nak makan minum kan, kalau mintak, senang nk hulur je, tapi kalau benda takde nk hulur apa kan? jenuh gak nak mencari, tambah2 pegi tempat yg susah nak cari halal..

NEKCIK said...

Salam kenal dari nekcik Chawana..tajuk post tu membuatkan nekcik terpanggil utk singgah..sekadar berkongsi pengalaman..mana yang baik bolehlah digunapakai..yg kureng tu abaikn sahaja...nekcik berdua mmg suka sangat berjalan dari sejak anak pertama hinggalah ke usia senja ini..kalau dulu berjalan nya di dalam negaralah bnyaknya sbb blum ada AA...tapi anak yang keempat ni mmg rezeki dia utk travel jauh sikit..tapi dah biasalah naik train ..kapalterbang ngan anak yang pertama kedua..rapat lak tu..mmg banyak ragam budak nii...tapi sama sama lah bekerjasama..gara gara nak jalan..tapi kenalah biasakn dari kecik ..dan terutama jangan ajar anak cerewet..nekcik anak 4 pun tak pernah ada flask air panas..goncang susu ngan air sejuk jer..makan sardin mentah dgn roti..sehingga kini mereka dah besar pun nekcik rasa tak seronok klau mereka tak ikut sama..yang pentingnya sabar

Anonymous said...

Friends and colleagues keep asking us whether if one day if we have kids, are we going to travel with them, definitely Yes. I know it's not gonna be easy, but your tips and tricks mmg akan ingat sampai bile2.

*How lucky Aqilah can be to have both of guys as their parent!

Harlaney said...

fuhhhhhhhhhhhhhhh... aku aritu sikit lagi nak campak mika keluar tingkap masa kat Tasmania.. sanggup menangis sampai muntah2 nak tunjuk protes.. siap berenti nangis bagitau aku "muntah muntah" sambil jolok mulut sendiri.. eeee geram sungguh!

Unknown said...

travel dgn budak2 ni memerlukan keimanan dan kesabaran yang tinggi..huhuhu!!anyway nice blog dear

blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

salam kenal..

thks sharing...

info berguna juga utk i nie..
i + hb mmg suka travel tp just dalam malaysia la.
penah travel bw bb tapi tk penah lagi travel oversea.
mmg sonok bila travel satu family..karenah anak ni mmg pelbagai..
kesabaran+kerjasama+ kegigihan tu perlu ada..hehe..

thanks again..

Anonymous said...

Hi chawanna.nice entry.sy n husband pn mmg jenis travel ngn ank2.currently 4 n 1.5years old.xsampai ati nk tinggalkn..paling mencabar ble diorg start membuang but not at the same time.nk2 gi tmpt omputih yg xde water hose.mmg jnuhla nk bersihkn.lps abg,kjap lg berhenti adik plak membuang..mmg kne sabar but without them,trip tu pun jadi xseronok sbb kalau xbwk mmg asyik teringat2 diorg.so far xpernah tgglkn lg.redahje angkut sane sini.do u aware about babywearing?sbb pade saye kalau pakai bb carrier lbih sng eg.ssc(soft structured carrier),mei tai,ring sling,wrap etc.sbb pd sy travel pakai stroller a bit leceh if nk naik tangge or nk tolak if the surface not even.tapi ikut preference masing2la kn.i use ssc.so my kids will surely sleep peacefully dlm ssc..bile dukung pn rase weightless because bb weight evenly distributed..now i hav newborn bb,1month old.mak die dh gatal je nk book ticket tp tunggu bb sket bsar lg kot..(suke travel tp suke brank gak:))teruskn kegigihan kite.kalau nk tunggu diorg bsar,umur kt pn makin byk..thn dpn sy dh reach 30,so travella slagi larat n angkutla semua askar yg ade..:)ank2 kcik xley halang parents yg berjiwa kental utk travel..hehe..keep writing as i'm reading
~honeyvic~

Anonymous said...

Oh ok..u ade snuggbaby carrier.baru prasan u ade tulis kat entry lain..bbwearing rocks!!
~honeyvic~

Anonymous said...

Hi Chawanna,

My name is Laura and I work in an online marketing agency in Kuala Lumpur.
I recently created an infographic for Gaviscon which is one of our client.

The infographic is about 7 tips to keep your tummy safe while travelling in South-East Asia, giving useful information to travellers about what and how to eat in order to avoid being annoyed by stomach issues during their journey.

While looking for good blogs to share it on, I stumbled upon yours. I really like it!
And as you are blogging about several destinations in South-East Asia and actually already have a category "Tips", I thought that this infographic may be interesting for your readers.

If you are interested in sharing it on your blog, I can provide you with an introduction to the infographic. It will be unique content and written in either english or malay. I would just ask you to allow me to add a link to Gaviscon in it.

You can contact me on laura@lionandlion.com if you want to see the infographic and discuss my proposition.
I'm looking forward to hearing from you.

Best regards,
Laura Kwan

alia said...

hai,...best baca pengembaraan u olz ke europe..geram je tgk pic aqilah kat sana...nak tanya boleh?...kalau naik easyjet tu boleh tak bawa bag sebesar 28 atau 29 inci... thanks :)

Unknown said...

Mohon puan Alia cek website easyjet sebab saya pun tak ingat dah bapa inci yg leh bawak.. Saya selalu check in je beg, malas nk pk bawak naik cabin.

Nurul aziyana said...

Sengih sorg2 bc entry ni..santai but nice tips
Sy pun akn travel ngn ank 4y without her father this august
Cant imagine how it will be sbb ni 1st time travel only woth kid..oversea plak tu..fuhhh