Monday, September 23, 2013

Trip 5 jam ke Kota Singa

Cuti hari Malaysia baru-baru ni, kitorg sempat jalan-jalan ke Johor, memang senjaga bawak passport, kalau rajin, kitorg nak masuk Singapore. Tapi bila dah sampai Johor, aku baru perasan yang Snugbaby carrier tertingal, jadi aku batal terus niat nak ke Singapore, sebab stroller pun tak bawa. Tapi Cawan beria-ia nak jugak pergi, katanya duduk kat Johor pun macam takde apa nak tengok. Aku bukannya apa, mood Aqilah ni kadang-kadang ok, buatnya karang tetiba dia nak tidur, larat ko nak mendukung tiap masa? Aku sah-sah la tak gigih sangat dalam cuaca panas Singapore tu kan..ya ampun sangat!

Sebabkan daddy Aqilah gigih sangat, maka terjadilah jugak pergi Singapore. So lepas Zohor, baru kitorg gerak ke Singapore, tingal kereta kat stesen bas Larkin, dan terus naik bas kuning Causeway tu. So far so good, Aqilah excited je, siap HELLO HELLO lagi kat orang dalam bas..ihiks.. nasib baik masa turun naik bas nak cop passport pun berjalan lancar je, tiada adegan dukung mendukung..kus selamat..

Sampai Kranji station di Singapore dalam jam 4 petang , kitorg pun tak tau nak pergi mana, so kitorg main tikam je la, jom lah ke Orchard Road, padahal bukan bawak duit nak shopping pun..belasah je la..hehehe..

Ha apa lagi aktiviti kat sini, melainkan amik gambar je lah setakat yang mampu..Cawan gigih melayan Aqilah terloncat sana sini, riang sungguh, nasib baik petang tu cuaca mendung sikit, so takde la panas terik yang melekit-lekit badan tu.

Masuk kedai cenderamata untuk cuci mata je, tak tau nak beli apa pun.

Ni lah rupa Orchard Road hari minggu lepas, ramai gila pinoy bertenggek tepi-tepi jalan, dah macam kat negara diorg je, ingatkan kat Malaysia je jadi macam ni, rupanya Singapore pun sama. Paling geli bila tengok mamat-mamat bangla duk mengorat minah-minah pinoy ni, siap pegang-pegang tangan, dan bertukar no phone, haih memang tak boleh blah la tengok muka mat-mat bangla tu..seram beb hahahah

Ambik gambar depan butik mewah uols...aku pun tak sempat nak bergambar macam ni, dah penuh dengan diorg je hahaha

Untunglah ada yang gigih nak mendukung..

 
Bukan main suka Aqilah dapat berjalan..

Nak tengok air pancut plak dah..nasib dia tak mintak nak mandi..phewwww..


Butik mewah yang tak layak untuk orang-orang macam aku nih hehehehe

Bertabahlah, gambar Aqilah memang banyak dalam entry ni, watak utama katanya hahaha




Tourist dan penduduk tempatan penuh sepanjang Orchard Road ni..

Ikon terkenal kota Singa

Kitorg berjalan sampai station Somerset, lepas tu amik train lain untuk ke Esplanade, tujuannya nak amik gambar Aqilah dekat 2 landmark terkenal di Singapore! 

Meriah sungguh kat station Esplanade ni, rupanya ada exhibition untuk kanak-kanak bulan Oktober akan datang ni, iaitu Octoburst, Children's Day Festival.

Aqilah leka la tengok lukisan ni semua, cantik katanya hihihi..

Advertisement kat tepi-tepi jalan tu pun Aqilah nak tengok, sebab colorful sangat, dia ingat sama macam lukisan yang tadi kot hehehe..penat kena dukung, sebab dia kata tak sampai nak tengok!! nasib baiklah daddy gagah perkasa huhuhu..


Benda alah ni banyak di sepanjang laluan pejalan kaki di stesen Esplanade. 




Ni bukan Aqilah yang bergambar, tapi mummynya, payah betul kalau nak suruh dia posing betul-betul. Sikit-sikit marah jangan ambik gambar dia!

Tengah berlakon masak-masak kat depan Marina Bay Sands.. "nak order apa??", lepas main masak-masak, dia bantai nyanyi plak kat sini..korang leh dengar kat video bawah ni, memang tak bleh blah, dah la lagu Wau Bulan! heee

Video dari handphone

Orang memang ramai la time ni, maklum la cuti hari minggu, orang tempatan dan rombongan bas berduyun-duyun masa ni, semua pakat nak tengok light show la tu, padahal bukan best kot, kitorg lepak kat situ dalam 15 minit je kot, sebab nak balik semula ke Johor naik bas, kang takde bas kang, naya je hehehe

Tripod tak bawak, bertabah je la amik gambar malam-malam macam ni.. lepas ni kitorg nak ke Arab Street, pekena sup merah, tapi aku risau lambat nanti, maklum la naik public transport, so aku suh Cawan tapau je sup merah tu, makan kat hotel nanti.

Maka balik la kitorg ke Johor dengan seplastik besar sup merah, Cawan beli untuk 4 orang makan! Padahal yang makannya aku dengan dia je, adik aku tengok sup merah menyala tu, terus takde niat nak makan, hahahaha, Aqilah pulak, on the way balik, masih segar bugar lagi, sibuk duk "Hi Hi" kat orang belakang seat dia, bila mamat tu tak respond, dia cakap "eh mummy, orang belakang ni dah tidur la tu", bila bas berenti lama-lama kat traffic light, Aqilah cakap "ee cepat la bas ni, orang nak balik ni, tak nak balik ke ha??" kekekeke.. nasib baik dia tak nyanyi wau bulan lagi dalam bas tu, sampai ke stesen Larkin, masuk kereta, tak sampai 5 minit, baru Aqilah tidur..penat sangat la tu hehehe..


11 comments:

Janggel / Rain said...

Wow bestnya, Singapore! negara kedua aku hehehehe (terus mengaku)

Jom buat roadtrip pegi Krabi Jom! Hahahahahahahhaa.

R.a.W | Ramble and Wander said...

Haish! Aqilah ni makin comel la pulak, heheh!

Yg light & sound show tu mmg bosan je kan? Tak tau la apa yg bestnya. Rasa mcm fountain show kat KLCC lagi best, haha!

Biqque said...

ya Allahhhhhhh sup tulang merahhhhhhh! tension nyer iiiiiiiiiii! nakkkkkkkkkk!

ok...i terkesima tgk minah2 pinoy berlonggok kat ochard road...dulu i pi pemandangan takde la sampai camtu! dah mcm jalan tar ok! hahaha!

wow ada light show! bestnyer! next time bawak qilah pi night safari ok?

yayanrahman said...

alahai comelnye la aqilah ni..

DzuHata said...

hahaha best giler video aqilah nyanyi wau bulan... sama ja peel mcm anak i, kalau dtg mood menyanyi tu memang kene bertabah jer lah kekeke

Biqque said...

ok dah tgk video aqilah...HAHAHAHAHAHAHAHA! promosi msia di singapore betul aqilah ni! kuat plak tu! hahahahaha lawakkkkkkkkkkk!

Supermeng Malaya said...

* tumpang gelak sebelah Biqque.

apsal dlm byk2 lagu dia nyanyi lagu ewa bule..

kakakakkakaka

klate sungguh mung mek aqilah

Anash said...

hehehee...
aqira..aqiraaa....

lawak comel ok?

zaraab said...

Ya Allah! Comel gile Aqilah. Ini dah boleh jadi Ambassador Visit Malaysia Year 2014 nampaknya. Bersungguh lar dgn Ewa bule dia tue.

Mmg ramai Pinoy mcm tue ke kat Orchard Road? I remembered last time pergi, tak perasan plak ramai gini.

shazalyza mohammad said...

Nak tanya sikit, kalo naik bas dr jb to spore, masa kat imigresen tu, kena jalan jauh tak? sesuai ke bawak warga emas yg sakit lutut naik bas tu?

Chawanna Na said...

Kak Shaz: saya suggest akak p naik keta atau flight.. Naik bas ni xde la jln jauh sgt, tp sb nak turun naik tangga/escalator, pastu nk beratur dan tunggu bas, kurang sesuai la utk warga emas yg ade sakit lutut..