Sunday, October 14, 2012

Holland: Amsterdam Canals & Museumplein

Dah masuk bulan Oktober dah, tapi cerita Europe aku tak sudah-sudah lagi..apakah? serius memang lembab macam siput b*** ..Takpa la, bak kata orang biar lambat asalkan selamat (walaupun tiada kena mengena)..ok jom sambung cerita kali ni.

Di satu hari yang tak berapa indah di kota Amsterdam, rancangan kami hari itu adalah untuk bersantai secara bermalas-malasan tanpa terkejar-kejar nak pegi sana sini merata Amsterdam. Walaupun dah ada itinerary yang sudah dirancang berbulan-bulan, tapi ada aku kisah? janji aku bahagia, sesekali lari dari rancangan asal apa salahnya kan? Esok-esok boleh mai Amsterdam lagi, insya Allah ;-D

Amsterdam Canals

Tidak sah kalau ke Amsterdam tapi tidak melihat sendiri canal-canal yang ada di sini. Jadinya, kami naik tram dari tempat penginapan kami, sampai ke Amsterdam Central, lepas tu terus berjalan kaki untuk menjejaki canal-canal penting di sekitar Amsterdam. Sebenarnya tak la dekat sangat, memang jauh jugak berjalan kaki, tapi apa nak buat? kami sangat gigih pagi itu hehehehe

Tiga canal utama di Amsterdam dibina sejak abad ke 17 lagi, iaitu HerengrachtPrinsengracht, dan Keizersgracht. Pembinaan canal-canal ini adalah sebahagian dari perancangan bandar mereka yang dibina untuk mengelilingi kota Amsterdam. Dan di kiri dan kanan canal ini pula ialah kawasan perumahan, pejabat dan beberapa bangunan-bangunan bersejarah. Oh ya, jambatan kecil juga banyak di setiap canal-canal diseluruh Amsterdam. Jadi mudahlah penduduk nak menyeberangi canal-canal tu.

Canal-canal di Amsterdam mendapat nama jolokan Venice of the North, mungkin kerana menyerupai canal-canal di Venice. Mungkin sama kerana ada canal. Tapi apa apa pun aku pasti memang tak serupa! salah satunya kerana senibina bangunan di Amsterdam adalah amat berbeza berbanding negara-negara eropah yang pernah aku lawat sebelum ni! Dan  aku paling suka Amsterdam kerana senibina bangunannya yang agak unik dan canal-canal ini yang mempunyai cerita dan sejarahnya tersendiri hehehe! 


Canal Keizersgracht atau dalam bahasa inggeris bermaksud Emperor's canal, adalah yang paling lebar di antara tiga canal utama tadi, terletak di antara Prinsengracht dan Herengracht. Tengok bangunan di dalam gambar ni, memang sah tak boleh jumpa macam ni punya design di Paris ataupunSwiss heheheh..serius lawa sangat tengok bangunan kotak-kotak macam tu!

Church lama..

Tingkap unik yang ada pada setiap bangunan telah menyebabkan lebih umph pada senibina bangunan sekitar Amsterdam.. pada pandangan aku la..cewah

Dutch brick (batu belanda)? Kebanyakkan bangunan kat sini pakai batu macam ni. Dan mostly memgekalkan warna asal batu ni, ada jugak yang dah cat warna lain.Adakah batu ini yang dibawa ke Melaka oleh rombongan Dutch East India Company suatu ketika dulu? (eh memandai je aku, tapi serius dekat Melaka bangunan lama yang menghadap sungai Melaka tu, batu dia sebijik macam nih :-D

Canal canal utama dan yang tak utama digunakan sepenuhnya sebagai salah satu medium pengangkutan penting di sekitar Amsterdam. Bot memang bersepah di sini. Dan penduduk yang ada rumah dekat canal ni pun, nampaknya masing-masing ada bot dan basikal sendiri selain kereta! Boleh dikatakan basikal juga pengangkutan utama sangat di Amsterdam. Bila dengar bunyi loceng "kring kring kring" sila lihat di depan, kiri, kanan, atau belakang korang, sebab PERCAYALAH penunggang basikal dan basikalnya sedang menghampiri korang, kalau korang tak beri laluan, peluang untuk korang kena langgar adalah amat tinggi. Takkkkk.. aku bukan bergurau, sebab aku sendiri dah alami, dan dekat Tripadvisor dan mana-mana orang review pasal Amsterdam mesti akan cakap benda yang sama pasal orang Amsterdam dan basikal mereka ;-p

Hard Rock Cafe Amsterdam

Dari canal-canal tadi, kami ambil tram yang berikutnya (sorry aku tak ingat tram yang nombor berapa, serius hilang ingatan dah) untuk ke Hard Rock Cafe Amsterdam. Adik ipar aku adalah pengumpul tegar tshirt HRC, jadi kami pergi la cuci-cuci mata sekali. 

Sebenar-benarnya kami tak pasti lokasi sebenar untuk ke HRC ni, yang aku tau HRC ni berdekatan dengan Holland casino dan station tram yang sepatutnya diturun nanti ialah Leidseplein. Emm sambil-sambil study map, aku toleh keluar, eh macam nampak Holland casino di seberang jalan, ha apa lagi? terus tekan loceng untuk berhenti! kus semangat, nasib baik ternampak.

Sementara adik ipar aku bershopping sakan di situ, aku macam biasa la menunggu terkebil-kebil di luar kedai dengan Cawan, sambil buat macam-macam gaya posing yang aku rasa tak perlulah dikongsikan pada khalayak umum hehehe. Bukan tak nak masuk, tapi alahaiiiiiiiiiii kecik nak mampus kot, ruang tamu rumah aku lagi besar kot!! So biarkan sajalah orang-orang yang gila nak shopping barang-barang HRC kat dalam tu, ada gak faedahnya..ye tak?

Dah selesai urusan menghabiskan euro mereka, kami teruskan lagi ke RijksMuseum yang cuma hanya sejauh 1 kilometer dari HRC tadi. Ayuhhhhhh

RijksMuseum

Dari luar saja dah nampak kehebatan muzium ini heheheh, orang ramai berpusu-pusu menuju ke Rijksmuseum. Bagi pengemar seni, rasanya muzium ini mungkin tidak asing bagi mereka, kerana disinilah terkumpulnya pelbagai hasil seni Dutch sejak zaman berzaman. Bagi aku pulak, nama muzium ni juga tidak asing, TAPIIIIIIIIIIIIII aku tak minat sangat dengan seni-seni ni, sebab aku tak reti nak hargai dan menilai sebuah seni tu macam mana.

Mari kita lintas jambatan ini dulu..nampak kan ramai orang nak masuk sini?? 

Ha dah sampai pun depan entrance RijksMuseum.

Sejak dari KL aku telah pun pasang niat konon-kononnya nak tengok hasil seni yang ada dalam muzium ni, walaupun tak tau apa benda yang ada, tapi bila dah sampai depan pintu, dan kira-kira balik harga tiket untuk dibayar semata-mata nak tengok seni yang aku sendiri tak pasti apa kebendanya, penyudahnya, kami semua cancel nak masuk heheheh.. maka gembiralah kami semua sebab tak bazir duit nak tengok benda yang tak pasti tu hahahaha. Oh nak tau harga tiket? Tiket dewasa adalah EU 14! Mahai jugak tau!

Oleh itu, marilah kita amik je gambar-gambar di depan pintu masuk museum ni saja udah.

Aqilah pun riang gembira sebab tak masuk muzium ni, sebab boleh lah mummynya ada duit extra  untuk shopping apa yang patut untuk dia heheheh

Mungkin orang lain akan rasa rugi tak masuk kot, tapi aku sikit pun tak menyesal, sebab sumpah aku tak minat seni-seni nih, lainlah kalau benda yang display dalam tu betul-betul ada kasi faedah kat aku, cam sejarah ke, sains ke, benda-benda yang boleh meninggalkan kesan pada aku dan keluarga aku..cewah..ini tak..gambar pompuan tuang air susu macam kat bawah ni? apa faedah kat aku? eishhhhh

Ni antara koleksi The Masterpieces yang ada di Rijksmuseum. Ha gambar cam ni nak suh aku hayati? huhuhuhu tak kesior kata orang Perak!  (Gambar ehsan dari Google Image)

Museumplein

Disebabkan kami tak jadi masuk ke Rijksmuseum itu, kami bercadang untuk melepak-lepak dan bersantai pada tengahari yang mula menampakkan sinar cahaya matahari dan langit yang biru di Museumplein atau dalam bahasa melayunya Dataran Muzium.

Kenapa nama Museumplein? Kerana di sinilah letaknya tiga museum utama, iaitu Rijksmuseum, Van Gogh Museum, dan Stedelijk museum. Bukan itu saja, muzium-muzium kecil yang lain pun ada juga di sini. Dan selebihnya adalah kawasan rumput yang luas sesuai untuk sessi bergolek-golek sambil berpicnic.

Di sinilah aku tergedik-gedik bersama Aqilah nak amik gambar berlatarbelakang IAMSTERDAM dan juga Rijkmuseum dibelakang yang macam gah perkasa dan lawa tu. 

Dan sambil aku syok-syok ambil gambar Aqilah, dan nyaris-nyaris nak suruh dia main air kat tepi kolam yang maha besar itu, tiba-tiba datang seekor anjing hitam yang seakan-akan gila, lari laju nak mampus terus meluru masuk dalam kolam tu!!! Aihhhhhhhhh anjing sapa la nih!!! Terus batal niat nak main air! Aqilah pulak, tak sudah-sudah kata "mummy nak MANDIIIIIIII..nak MANDIIIIIIIIIIII..nak MANDIIIIIIIIII" dia memang pantang tengok air, sikit-sikit nak mandi, tak ke jenuh aku explain kata tu bukan untuk mandi! Motif sangat la dia nak mandi sejuk-sejuk tu! eeeee

Gambar terakhir diambil ditepi kolam yang dimasuki anjing hitam tu hahahah, lepas tu terus tak nak duduk situ dah. IAMSTERDAM pun ambik dari jauh je, sebab macam ramai gile kot beratur kat celah-celah huruf tu nak bergambar..eee tak kuasa la aku nak tunggu..

Seterusnya, kami cuba mencari port best untuk rehatkan kaki dan bersantai sambil makan-makan. Sambil tu sempat tengok-tengok orang berdayung sampan pusing-pusing di canal berdekatan.. emm best jugak dapat bersampan pusing-pusing bandar Amsterdam..mungkin lain kali kot?

Muzium diamond dipinggir taman yang luas aku cakap tadi tu..

Cuaca makin cantik kan? Canal ni pun cantik, dan bangunan-bangunan di kiri dan kanan canal ini adalah rumah-rumah dan pejabat orang.

Disebabkan kelihatan terlalu banyak anjing berkeliaran di atas padang yang menghijau tu, jadi kami batalkan niat nak berpiknik ala-ala mat saleh, so kami pegi je duduk di bangku di tepi padang yang memang tak cool langsung! 

Dan ini pula santapan kami untuk lunch hari tu. Kelas weols makan raspberry tau hahahaha.. waktu tu macam lapar la juga, tapi apa nak buat, kena maintain cool setiap masa, at least ada jugak benda nak ditelan, sambil-sambil tu tengok gelagat orang kat situ.. 

Dah kenyang makan raspberry yang tak mengenyangkan tu, dan puas tengok pelbagai aksi yang normal dan abnormal di sekitar taman itu, kami akhirnya bertekad untuk menambah satu lagi aktiviti petang itu, tapi sebelum tu kita ke toilet dulu untuk melepaskan sisa-sisa buangan.

(Info: Agak susah sebenarnya nak cari public toilet kat Amsterdam ni, sama ada kena masuk restoran atau shopping mall, dan semuanya berbayar okay! sekali masuk Euro 0.50! sama harga masuk premium toilet kat KLCC tau! DANNNNNNNNNN..dengar ni baik-baik untuk para-para ibu dan bapa sekalian, Baby Room adalah amat sukar untuk dicari, JADI, sila gunakan segala kreativiti anda untuk memastikan keselesaan dalam seluar anak anda di tahap maxima ! )

Motif aku amik gambar sendiri time kat dalam toilet? hahaha..ok aku sebenarnya amat la jakun bila tengok toilet yang pintunya transparent macam ni! Bukan saja transparent tapi yang ni laki pompuan belasah masuk sesuka hati. Dah la transparent, depan pintu ada cermin besar pulak, gambar ni adalah reflection yang aku amik dari dalam toilet! ngeh ngeh ngeh..

Ok jangan cuak, pintu ni akan automatik hilang transparencynya bila kita lock pintu toilet ni, so takde sapa akan nampak apa yang korang buat dalam tu! TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII itu adalah tipu sikit sebenarnya.  Sebab masih boleh nampak, masa aku keluar dari toilet tu, aku ternampak adegan orang tengah nak duduk kat toilet seat tu dalam samar-samar! eee mesti orang tu pun masa lalu depan toilet aku masuk tadi nampak aku pun buat benda yang sama! Ba** sangat!!!

Lepas frust sebab mungkin ada orang nampak apa yang aku buat dalam toilet tadi..kami tengok map, dan mengira-gira untuk pergi ke Albert Cupy  market yang lebih kurang 2 kilometer dari Museumplein ni. Sebabkan kami malas nak berjalan kaki, kitorg naik saja tram, sebab tiket tram tu boleh dipakai untuk 24 jam, so gunakan je la sebaik mungkin, tak usah nak tunjuk terer sangat berjalan kaki satu Amsterdam ya dak?

Turun saja dari tram, kami terus nampak kedai ni...ha apa lagi, dan dan ni jugak semua orang kata lapar, aku sorang je tak, aku kata aku nak minum kopi panas, konon-konon sejuk la kan, so nak la air panas.. 

Sari Citra Restoran Amsterdam

Restoran Indonesia! Wow wee...cuba teka siapa yang paling happy sekali? Tidak lain tidak bukannnn Encik Cawan!! 

Tengok menu dari luar tingkap dulu...wahhhhhhhhhh ada pisang goreng! kuih lapis pun ada, roti kukus pun ada tau!! mau tak tergugat iman?? Semua dah tak sabar-sabar dah ni nak menjamu selera! hahahaha

Dan sekali lagi kami terpaksa kata wowwwwwwwwwwwww bila tengok macam-macam lauk yang kami kenal sangat rupa bentuknya..aisehhhhhh... tapi aku tetap maintain cool, sebab order air jek! orang lain pun sama, kecuali Cawan, dia order nasi putih + sambal udang + sayur goreng apa tah.. so aku tumpang la sikit-sikit je. Kan aku kata nak order air kopi panas je kan???

Kopi panas la sangat kan!!! Bila tengok menu, nampak ada cendol! Ha tak pengsan korang?? Terus cancel kopi panas, dan order cendol. Bila sampai kat meja, aku ternganga kejap..mana ais banyak-banyak yang menimbun macam kat Malaysia tu??? Aku nak cendul ais yang ada ais macam salji tuuuu bukan dalam gelas macam nihhhhhhhhhhhhhh..eiiii macam nak menyumpah dan dan tu jugak! tapi tak boleh, sebab makcik tu cakap melayu ngan kitorg, mestilah dia paham apa aku maki kan? so terpaksa la aku redho dan tahan sumpah seranah aku sampai ke luar dari restoran ni! heeee dugaan sungguh. Tapi nasib baik rasa cendul dia sama cam kat Malaysia, kalau tak memang aku nak nangis dah kat situ hahaha..

Oh sebelum aku terlupa, lokasi restoran ini terletak di Ferdinand Bolstraat. Pegi cek kat google map sendiri, tak reti la aku nak explain macam mana, tapi yang pastinya sangat berdekatan dengan Albert Cuyp Market tu. Dah bayar semua bil makan, kami sambung jalan-jalan kami petang itu menyusuri Albert Cuyp Market yang famous di Europe katanya, sehingga lewat petang. (tiada siaran ulangan untuk entry Albert Cuyp Market ni, kerana aku dah tulis pasal dia di entry Membeli belah di Amsterdam)




Lepas Albert Cuyp Market buat apa? buat apa lagi, balik hotel dan berehat la pulak..ingat aku robot apa nak jalan 24 jam tak henti-henti.. haish korang ni..




21 comments:

Anonymous said...

kalau aku nak terkencing sangat tak pikir dah orang luar nampak blur2 ke tak. Lepas dah kencing baru nyesal.

sama le ngan aku...takde jiwa seni sangat.hihi

Ramble and Wander said...

Saya tak faham. Apakah aksi2 abnormal selain drp aksi normal yg dpt diperhatikan? Boleh jelaskan sikit? Hahaha!

Tgk senarai menu & harga tu, not bad lah utk Amsterdam. Rasa mcm restoran Indonesia dkt Dubai lagi mahal pulak.

Ain Mardhiah said...

wow, rindu amsterdam! -walaupun menyampah dgn keterlampauan open dia kat situ.

tandas tu mmg kiatorg tak pergi langsung, semua tahan smpai balik campsite. serius tak snggup. time jalan2 pun, masuk kedai cenderahati smeua tunduk pandangan time part2 yg open terlebih, terjumpa museum 18sx semua lari. adoi la amsterdam. haru...

hehe... bertuahnya akak jumpa restaurant indonesia. kitaorg time tu tak berani nak singgah2 kedai sangat, takut terambik coffee ber-dadah,situ kan orait je semua. huhu...



btw, qilah sangat photogenic. comel~ ^^,

Ren said...

Canteknya!!!!!!!!!!!!!
Agak2 agak2 diorang kalau nak terberak diorang pi mana tah kan?

Unknown said...

Ross: Aku pun tak pikir dah, lagipun tak tau masa tu pintu toilet tu mcm tu, so aku pasrah je la tanpa kerelaan hahahaha, kang tak pasai terkencing dlm suar plak, sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka jugak ;-D

R.A.W: Adik, aksi2 abnormal itu hanya boleh diterangkan kepada budak atas umur je, yg bawak umur mcm adik ni tak boleh tau, nanti adik takutttttttttttttttttttt hahahahah.. Harga makanan agak murah jugak kt amsterdam ni, kira takda la berkira sgt nk makan.

Ainul: Ye betul kata Ainul dulu, mereka sangat la open. Saya pun tak masuk museum 18sx tu, sebab tak minat la nk tau sangat. Actually ktorg jumpa agak byk gak restorant indon kt amsterdam nih, mcm jalan2 sikit ada je jumpe, esp kt Damrak dan kawasan Albert Cuyp market tu.

Janggel: Ala orang dorg tak kisah pun toilet pintu mcm tu, bercampur2 pn tak de hal, kite2 yg tak biasa ni je rasa kaget sikit. So masalah berak pada diorg adahal sebesar kuman kt badan ko je..hahhahaha

just.HY said...

bencinya tengok gmbr ko! adakah ni hasil dr tembakan ko atau cawan? hahaha speku cepat! kekeke.

ko makan cendul je? apekejadahnya nih! hahaha...

Unknown said...

Danny: Ko benci tgk sebab apa? ko nk kata cantik ke buruk sebenarnya? sila nyatakan dengan jelas. Tembakan saya adalah bernombor berikut 1 5 7 8 12 16 17 20 21 22 26. Selainnya hak milik cawan.
Aku mkn cendol sebab lepas tu aku nk tibai kebab pak arab kt depan Amsterdam Central tu, sedap dowh..apa kelas makanan indon kt amsterdam muahahahaha

Almiraz said...

Hi Na...

Suka gambar basikal and Aqilah pegang kasut (motip? - jgn digigit sudah)...oh ya, n gambar reflection u kt toilet....

Eee..kalau i pun dh nk terkench terpaksa la jugak kot...tapi lps tu mesti rasa malu (tp buat taktau je).....

Awesome pictures!...Like sangat...

Ramble and Wander said...

Ohh macam tu ke, Kak Chawanna? Tak apalah kalau macam tu, saya guna imaginasi sendiri je lah, heheh!

Naramas Aman said...

WOW sekali lagi saya kata tempat ni cantik dan gambar2 yg awak ambil cantik2.

Kesian Aqilah nak mandi tak dpt...apale anjing tu kan Aqilah.

Cerita dlm toilet transparent tu macam sama je kat China ni. China lg open.

Basikalpun banyak macam kat Beijing ni...

Unknown said...

Almiraz: Hi orang di sanaaaaaa..sihat ke? hehehe.. Aqilah tu kadang2 ikut dan je, tetibe nk main kasut, pastu toleh skali lagi kadang2 digigit2nye kasut tu, geram sgt! Memang i buat tak reti je la kt toilet tu, tak dpt menahan lagi dah hahaha

R.A.W: Hahahah takde la, adegan abnormal tu biasa2 cam tgk kt tv tu, eleh buat2 tak paham plak!! cuma bila dh dpn mata tu kite plak jadi kaget kejap, mata cam nk tgk, tp ada suara2 kata tak usah, tp cam nk tgk, aish susah la cam tu..

Kak Naramas: China lagi open? oh tidakkkkkkk.. saya penah sampai Shenzhen je, tapi memang tak suka toilet yg mencangkung tu, eeee geli yakmats..

Biqque said...

alaaaaaaaaaaa ingatkan ada gambar anjing itam tu terjun kolam! penat mak tunggu baca satu line demi satu hahaha!

ok, apekejadahnya berak dan kencing sambil tengok cermin??? hahahaha!

Supermeng Malaya said...

motip ambik gambar dlm toilet?

* nak tanya jugak

tapi serious lawa.. kalau siput b*b* pun slow terkesima sebab lawa

Unknown said...

Biq: takde la..tak sempat nk amik, terkejut tgk dia berlari tuju arah kitorg, terus mengelak cepat2 kt tepi kolam tu.. dah lock pintu tak nampak la..fitnah mak esah ni!!

Meng: Motif nk tunjuk kt abg meng la, sb abg meng tak penah amik gambar dlm toilet lagi kan??????????? hahahaha

Harlaney said...

shot glass la shot glass!

MasZuber said...

1. aku geram nie tengok qilah..post2 comel la plakkkkk

2. serius, gambor i amsterdam yang berlatarkan bangunan belakang tue memang terbaek la..memang gah bangunan belakang tue!! ishhhhhh nak pegiiiiiiiiiiiiiiiii sana!!!

3. aktiviti abnormal? well, nama amsterdem..ade aksi abnormal keterlaluan tak?

zila@akulovetravel said...

beranikanya lauk pauk..memang terbaekk lah awk nyer trip ni..i like!!

Basil Hibiscus said...

teringin nak pergi amsterdam jugakkk waaaaaa

first time melawat blog ni. salam perkenalan :)


jemput baca blog kami juga: www.basil-hibiscus.blogspot.com :)

Unknown said...

Maszuber: Ajak Dan Arif pegi nanti..kome leh buat aksi terlampau kt depan I AMSTERDAM tu muahahahah

Zila: Dah nama perut melayu hahahah

Basil H: Terima kasih kerana dtg sini juga, jemput2 la dtg lagi, blog awak pun best!!

Laila Hana (lailahana[at]karnadya.com.my) said...

Salam, saya wakil dari KarnaDya, sebuah syarikat penerbitan buku. Kami sedang kumpulkan penulis yang boleh sumbangkan artikel dalam kolum travel untuk majalah interaktif kami. Saya check tak ada e-mail saudara/saudari, jadi saya komen di sini. Boleh saya dapatkan e-mail add? TQVM!

Anonymous said...

off white jordan
bapesta shoes
kevin durant shoes
GGDB
travis scott jordan
off white shoes
yeezy 700
kyrie 6
off white
kyrie irving shoes