Wednesday, October 3, 2012

Holland: Red Light District Amsterdam

De Wallen, disinilah terletaknya destinasi yang ingin kami lawati berikutnya pada lewat petang itu. Salah satu kawasan yang terkenal dengan aktiviti terlarang (mungkin untuk kebanyakkan negara tapi tidak di Holland!)

Katanya suasana di sana lebih meriah pada waktu senja hingga lewat pagi, sudah tentu kitorg tak nak lepaskan peluang yang ada ni untuk melihat sendiri Red Light District (Daerah Lampu Merah?). Ada ke sesiapa yang tak pernah dengar pasal tempat ni? Ok takpe, tak perlu risau, kalau tak tahu pun tak salah, memang tiada kepentingan pun untuk rakyat marhein hahahaha..

Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, jarak berjalan kaki cuma mengambil masa 10-15 minit sahaja untuk tiba di daerah MERAH ini.

Daerah lampu merah ini juga merupakan salah satu kawasan yang tertua dan antara yang tercantik di Amsterdam, boleh kelihatan dari bangunan-bangunan lama yang masih tersergam indah di sekitar kawasan itu, antaranya Old Church atau nama glamour Dutchnya Oude Kerk, laluan pejalan kaki yang sempit dan masih berbatu-bata (cobbled). Waktu ini masih lagi berada di luar kawasan Merah, jadi tak berapa rasa apa-apa, tapi sebaik saja melangkah masuk ke lorong-lorong kecil di celah-celah bangunan tu, terus kami terkesima (sambil ketap mulut), aku pun tengok Aqilah, nasib baik dia tengah tidur.......


Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam lorong-lorong kecil, yang pasti niatnya mesti untuk menghiburkan hati masing-masing la kot, mungkin ada juga yang nak merasa-rasa??  Dan yang paling tak boleh blah skali, ramai gila Japanese TUA-TUA belaka kat sini, dah la siap pakai name tag dan sticker tour tu.. yuckssssss nak muntah okeh!  

Dan aku pula yang pastinya menyumbang statistik untuk malam itu sebanyak 0.04 percent sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam kat situ..arghhhh punah!!! Dah la sebelum tu susah-susah pegi cari masjid bapak la jauh dari Amsterdam Central ni, kena turun naik tram 2 kali baru sampai!! lepas tu nak pegi buat zina mata pula..astagfirullah, sia-sia belaka pahala pegi mesjid susah-susah tadi!! aishhh

Oh tidak ketinggalan warga India juga agak bersepah di celah-celah lorong ni. Tapi diorg lah yang paling jakun antara makcik dan pakcik Japanese tua-tua tadi, sebab bila masuk sex shop je, mata terbeliak tengok cover CD, mata tak berkelip-kelip duk scan cover CD depan belakang, pastu cuit-cuit bahu member sambil tunjuk-tunjuk kat kotak CD..motif?? hahahah....Belum kira lagi diorg sentuh alat-alat permainan sex yang display kat kedai tu, pastu cakap-cakap sesama sendiri. Geli kot aku tengok diorg ni, terus hilang selera aku nak duduk dalam kedai tu lama-lama kekekeke..

Menyeberangi jambatan kecil ini Oudekersbrug, akan terus mendekatkan korang dengan tingkap-tingkap bercahaya merah dihiasi dengan perempuan separuh bogel sambil beraksi macam-macam rupa dan gaya. Sanggup dengan tak je nak tengok..

Ahh dah tutup langsir, lampu merah pun dah off, mungkin ada customer dah kot kat belakang tirai ni heheheh..cewah memandai je aku speku..

Ni je la gambar yang ada perempuan kat tingkap bercahaya merah yang berjaya diambil Cawan, lepas tu malas dah, sebab macam over je nak amik gambar diorg dengan keadaan macam tu. Lagipun mengambil gambar mereka-mereka ini ditingkap tu adalah dilarang sebenarnya, ni pun gambar dari jauh saja.

Dan lepas tu jugak, kami macam malas dah nak jalan jauh-jauh sepanjang jalan di daerah lampu merah ni, sebab tengok macam benda sama je, ditambah lagi dengan keseganan kami untuk melihat benda-benda yang tak beberapa faedah ni dan cuaca pula semakin sejuk, penat pun iye jugak, ni nampak je macam terang lagi, padahal dah pukul 8 malam lebih dah ni, so kami pun patah balik dan kembali ke Amsterdam Central untuk menamatkan acara pada hari itu.

Gay club pun ada untuk yang suka sesama jenis nih..

Tidak dinafikan, tempat ni memang menjadi tumpuan utama untuk pelancong, tak kisah la apa kategori pelancong sekali pun, dan selain sex shop yang menjual barang-barang berkaitan dengan sex, dan perkhidmatan berbentuk 18SX,  ada juga cafe, restoran dan tempat penginapan murah dan mahal di sekitar Red Light District ni. Berdekatan dengan Red Light District ni juga, terdapat beberapa lagi tempat menarik yang tak sempat kami nak lawat pada malam tu, maklum la dah letih, antaranya Zeedijk, Waterloo Square, Jewish Quarter dan Nieuwmarkt Square. 


On the way nak balik dari RLD tadi, kami jumpa Dancing houses yang dibina diatas swamp, dibelakangnya tadi, ialah Red Light District tu la, rumah-rumah ni semua nampak macam nak terbalik sebab senget-senget. Cuba korang perhatikan betul-betul, nampak tak apa yang aku nampak? senget kan? hehehehe. Katanya rumah-rumah ni ada kebarangkalian untuk tenggelam suatu hari nanti.

Adakah Chawanna rekemen tempat ni? emm boleh la pergi untuk cuci mata, dan beli apa patut jika rasa perlu. Tapi takde apa yang mengujakan sangat, melainkan memang korang nak layan benda-benda tu semua ;) 

Ok lah, ini saja aku nak share untuk hari ini, sebabnya gambar kat RLD ni paling sikit, so senang nak pilih, jadi terpaksa la aku tulis entry untuk RLD saja. Maaflah kepada pembaca setia yang menunggu entry penuh, sebab aku malas yakmat nak tulis panjang-panjang, sila bertabah huhuhuhu ...semoga kita bertemu lagi dalam entry berikutnya..


27 comments:

niL said...

Mula2 aku tgk gmbo je...tp aku tak paham...pastu tengok lagi..tengok lagi...pastu br baca...owh..baru aku paham... hahahaaa

rossdowsen said...

hihi...zina mata kata nye. ada gak gambo, kita org penakot nak kluar camera. (sebenarnya tergamam tgk view2 dalam tingkap tu. hihi)

Danny / John said...

ko berdosa! hahaha...

aku suka gmbr yg last skali tu. rumah betol2 tepi air? awesome.

Irfa said...

hehe..
pengalaman tu.tgk gelagat manusia
masuk sex museum tak?

BlueEwoke said...

Nily: Hehehe skrg dah paham? bagus! nah A+ kekekek

Ross: Kitorg pn takut2, tapi aku paksa gak Cawan amik sikit, buat simpanan masa depan gitewww

Danny: Amboi part2 ngata aku berdosa laju je ko ye.. rumah tu memang tepi ngn air la, dlm air pn sbnarnye ia dibina.. awesome kan? bila kite nk duk kt umah tepi canal cam tu? jom amsterdam wot wot..

Irfa: Ha a. pengalaman yg agak mengelikan bila tgk ramai2 mcm tu, Sex museum saya tak minat nak masuk pn, saya pegi museum lain je kt sana ;)

Biqque said...

uih kalo i ni, mmg ngadap jer la dpn tingkap tu hahahahahahahahaha!

aah umah2 tu senget. scary jer tgh tido tetiba tenggelam!

NenetPenne (NP) said...

i rasakan... i tak fikir pun salah kalau u pegi semata2 untuk mengambil sedikit info untuk memaklumkan kepada pembaca blog u at least we know ooo itu rupanya yang dimaksudkan sebagai 'red light district'


i rasa..rasa lagi..makcik2 yang pegi tu kesemuanya terkesima sebab mungkin kat tempat mereka tak ada..

even kat malaysia pun tak ada..kat singapore ada, cuma i nampak satu dua je kedai jual sex toy nih...

i think this is truly a good info from my perspective of knowledge..thank you...

Janggel / Rain said...

Astagfirullahalazim.....

Ops lawanya.

Anash said...

good info
idak la dok tercanggak-canggak tak paham
hehe
(buat2 paham aje la)

ok
pening pala sebab ekon opis kuat gile

Leez M. Saaid said...

Bestkan tempat ni hahahaha.
Dulu masa i gi....mmg tak bawak camera...takut kena rampas.
Dorang mmg tak bagi snap pic kat sini.

Perasan tak....bau ganja kuat sgt kat area ni...errkkk takutttt.

Miss Ayu said...

haha aku pegi jugak masa kat amsterdam hari tu walaupun ko tak masukkan entry ni lagi
aku jalan2 sorang2 lagi..hahaha tapi mengikut pelancong2 pompuan yg lain la hehe

An said...

tringat masa ter dtg sini..kita pegang kuat tangan kwn sbb scary tgk keadaan sekeliling..& busuk bau ganja..uweekkkss

Almiraz said...

Tak pernah gi Amsterdam....eh amik gambar tak kt dick yang besar tu (soklan tak relevan)...try tak magic muffin ke apa nama dia?...hehhe (soklan yg ntah pape la i ni)...

zila said...

Selalunya patung depan kedai nak display baju2...ni kat sini display body ek..dasyat2

Naramas Aman said...

Kenapa rumah2 tu senget?

Lily Riani said...

kesian aqilah diseret ke sini.... hihihihii

BlueEwoke said...

Biq: U tu memang, pantang ada peluang hahahaha

NenetPenne: Ye mungkin benar jugak kata u, semua org terkesima, sebab kt negara sendiri takde tempat mcm ni heheheh..

Janggel: Amboi siap istigfar hahahaha..ko jgn pegi sini esok2!! hahahah

Kak Anash: So adakah akak akan ke RLD ni? huhuhuh

BlueEwoke said...

Leez: Tu la, rasa takut tu memang ada, rasa segan pn ada, mcm serba tk kena la masa kt sini, tp suka tgk tempat ni, sb narrow cobbled street dia tu. Saya tak pasti bau ganja tu mcm mana, tp memang ada bau yg tak berapa sedap la kt sini hahaha

Ayu: Gigih ko jalan sorang2..takpe la, pas ni leh ckp *Been there, done that!*

An: Hahaha lawak, siap pegang tangan kawan, mcm tgk citer antu plak dah

Almiraz: U tak penah pergi? tapi u tau ada dick besar? muahahahah..i tak jumpe pun, sb i tak jalan kt semua lorong, sikit je i masuk tempat ni utk cukup syarat ke Amsterdam hahahah

Zila: Lain dari yg lain tempat ni ;p

Lily: Itu lah, dia insan yang tidak bersalah sama sekali utk melihat benda2 ini semua, nasib baik tgh tidur..adehh

BlueEwoke said...

Naramas Aman: Rumah2 tu senget sebab rumah tu dibina di atas swamp, mungkin tanah senang mendap, sebab tu senget2, tapi katanya masih selamat utk didiami sehingga hari ini :p

Cik-Anne @ Arjuna said...

hehehe...btw...nice photos...
guna lense ape ni beb...

BlueEwoke said...

Cik Anne: Terima kasih, pakai 18-200mm dan 50mm saje :)

Fatt said...

gitewww...insap aku dibuatnya sebab terbaca perenggan pegi masjid dulu sblm ke sini...potong markah. aku rasa la kan, teori aku...org2 lelaki asia yg pegi situ yg terinzal tgk cover cd & pompuan2 dlm cermin tu sbnrnya nafsu lagi gajah dari omputih...eeee..rasa nak lempang 40x je kalau yg over tu tua bangka!

AzaleaAyu said...

akak pergi 6 tahun yg lalu...puas kitaorang mencari kat amsterdam tu...dah la berjalan main redahjer tanpa ada map ker apa...nak pegi jugak sebab org asyik sebut2 RLD...nak tgk camna kekdahnyer...pergi waktu pagi kul 10...bila jumpa...alahai camni ker ghupanya...geli pun ada...kesian pun ada...sbb tgk ramai jugak perempuan tua baya2 mak ngan nenek dlm akuarium tu...terus kitaorang jalan cepat2 keluar...masa tu nak ambik gambar mmg tak berani langsung...tgk ramai jer muka gengster kat situ...

R.a.W | Ramble and Wander said...

Macamana boleh terlepas pandang entry yang amat menarik ni minggu lepas, heheh! Oh... mungkin sebab sibuk sikit dan tak ada internet waktu tu.

Apa2pun, pertama kali (dan sekali tu je lah, okay, haha! *buat muka innocent*) pergi RLD ni waktu masih kat sekolah. Waktu tu ikut rombongan sekolah, dan yg bawak kitorang pergi RLD adalah cikgu kitorg sendiri, haha! Semua budak happy & tersengih2 je... Bagus punya cikgu, kan? Heheh!

BlueEwoke said...

Fatt: Hahaha banyak la ko, aku pun baru sedar diri nk insap pas dh masuk RLD tu, cam eeeee sia2 sungguh..Org tua inzal? yuckssssssssss

Azalea: Ooo siang2 awal pagi pn dah bukak bisnes ke, idak la saya tau selama ni hahahaah.. nenek dlm aquarium? hahahah lawak..ok but seriusly, yg duk dlm aquarium tu muka stok takde la lawa2 sgt kan?? hahahah

R.A.W: Mana pegi internet? pindah umah ke bang?? Wah pegi time sekolah! Sekolah apa? cikgu nama apa? hahahah, sah2 la semua budak sengih je, dan cikgu sempoi gile.. aiiii kelas cikgu uoulssss... (dulu2 rombongan sekolah kitorg pegi zoo negara je kottttttttttt)

Hazman Aziz said...

budak age 7 tahun bole masuk area tu tak?? per limitation nye sebab nak bwk mak dia gi anak kena la ikut sklai

BlueEwoke said...

Hazman: Tiada age limitation utk masuk dan jalan2 kt kawasan tu, tp tanggung sendiri la kalau budak2 bawah umor tgk benda2 18sx hehehe