Friday, June 29, 2012

Swiss: Schiltorn & Lauterbrunnen Valley

Kami ada dua pilihan pagi ini, sama ada ke Jungfrau atau Schiltorn. Schiltorn yang kami pilih. Sebab utamanya, dari review yang aku baca, dan atas suggestion pemilik hostel, dari Schiltorn, panoramanya lagi cantik, sebab boleh lihat Jungfrau, Eiger, Titlis, dan kalau bernasib baik boleh nampak Mont Blanc juga. Dan sebab yang lainnya lagi, harganya jauh lebih murah berbanding Jungfrau. Dengan Swiss pass, kami cuma perlu tambah CHF 37 saja untuk ke Schiltorn. Dari hostel kami nak ke sini boleh berjalan kaki, mungkin ambil masa dalam 15-20 minit (tertakluk pada kelajuan masing-masing). Tapi kami memilih menaiki bas saja, seperti yang disyorkan oleh pemilik hostel tersebut.

Tak sampai 5 minit, bas yang ditunggu tiba. Emm tanpa berpikir terus aku mengeluarkan duit untuk bayar tambang bas. CHF 3.20 seorang, untuk perjalanan kurang dari 10 minit! Dangggg.. lepas dah bayar, baru teringat, kenapa tak tunjuk Swiss pass je? Hmm masa tu baru rasa nak hentuk kepala kat cermin bas, sebab lupa nak keluarkan Swiss pass tu! adey..dah rugi CHF 3.20 lalalalalala.. Ok tak pe la.. dah bayar pun..

Inilah rupa pekan Lauterbrunnen. Kecil. Udara di sini sangat segar. Berhadapan dengan stesen keretapi Lauterbrunnen, ialah stesen cable car yang akan membawa kami ke Schiltorn.

Hmm dah naik cable car. Pemandangan aerial kampung-kampung di Lauterbrunnen sangat cantik. Tak pernah lagi ada pengalaman tengok view macam ni, walaupun di New Zealand! Jangan tanya aku berapa harga cable car dan funicular sepanjang kami di sini, sebab semua yang kami naik adalah PERCUMA dengan Swiss pass. Kalau nak tau harga pengangkutan, sila cek di website sendiri. Sekian.

Tak sampai 10 minit menaiki cable car, kami sampai ke station Grutschalp. Dari sini pemandangan alps jelas kelihatan, tapi aku masih tak tau yang mana satu Jungfrau/Eiger dan sebagainya.. perlukah aku tau yang mana satu? enjoy the view sudah hahahaha..maklum la banyak sangat, rapat-rapat pulak tu..hehehe

Dari Grutschalp, kami menaiki train menuju ke Winteregg..
Winteregg menuju ke Murren.. scenery memang sangat cantik di sini..subhannallah.. tak terkata.. narrow gauge railway ni, bila pandang bawah semua cerun je..tapi cantik! Cantik dan ngeri! ish


Murren

Train kami berhenti di Murren. Dari situ kami kena berjalan kaki menuju ke Schiltornbahn. Sambil-sambil berjalan, kami dapat menikmati mountain village Murren, antara yang tercantik di daerah Bernese Oberland ni.

Kepada yang sukakan cabaran, korang boleh cuba hiking dari Grutschalp tadi, sehingga ke Murren mengikut info yang aku dapat, viewnya cantik. Tapi kalau malas macam aku, naik saja train, tak sampai 10 minit dah sampai ;)

Pekan Murren sangat kecil. Populasi penduduk di sini lebih kurang 400 orang saja. Semasa aku berjalan di sekitar pekan ini, susah betul nak lihat kelibat penduduk tempatan di sini. Kebanyakan kedai masih tutup walaupun dah pukul 10 pagi! Macam ghost town pun ada.

Comelkan rumah-rumah kayu ni di lereng-lereng cerun bukit.. sejuk mata memandang.. #untungla

Bagi yang poket tebal, boleh la duduk di Murren, sebab ada banyak hotel kat atas ni. Tapi harga memang hanya untuk poket-poket tebal, tapi privacy korang gerenti terjamin! hahahaha..
Bestnya la kalau bukak pintu balcony atau pintu dapur dapat view macam ni... sapa tak nak kan?

Kebanyakkan rumah di kampung Murren masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Rumah kayu yang memang classic habis. Diorg pun ada ukiran-ukiran jugak, macam rumah-rumah kampung di Malaysia hehehe

Untuk yang gigih nak berbasikal atau berjalan kaki, sila cek waktu yang bakal korang kena tempuhi untuk ke destinasi impian! Bukan diukur dalam jarak KM, tapi dalam waktu..heheheh

Jangan tertipu dengan kabus-kabus tebal dan salji yang menutupi gunung-gunung tu..cuaca ketika ini tak sejuk seperti yang disangkakan (nasib baik aku tak pakai baju 3-4 lapis!). Angin takde sangat, so takde la sejuk, kalau angin kencang, mungkin kot mengigil :)

Ada kedai souvenir di sini, sales personnya ramah, Cawan cuba mintak discount, tapi tak dilayan! Harga fix, 1 magnet CHF 6-7 hmmm..bertabah je la.. bukan selalu pun nak ke sini..

Schilthorn
Penat berjalan dari Murren nak ke Schiltornbahn. Nampak je kecik pekan Murren tu, tapi jenuh jugak la menapak. Kalau yang takde Swiss pass, harga tiket dari Stechelberg – Schilthorn - CHF 94.80 (return). Ataupun kalau nak murah, perg la awal pagi, atau lewat petang, harga murah sikit la tapi yang ni tak applicable untuk yang ada Swiss pass.

Kenapa ada 007 tu? Schiltorn ni dulu penah jadi lokasi pengambaran filem James Bond - On Her Majesty's Secret Service. Aku pun hanya tau pasal ni bila dah sampai sini :0

Dalam cable car menuju ke Birg. Seperti yang sedia maklum, kalau pergi tempat-tempat macam ni, memang hanya mengharapkan luck saja. Sebab keadaan cuaca tidak menentu, bila-bila masa saja cuaca boleh berubah. Bak kata pepatah, harapkan cerah hingga ke petang, tapi ujan pulak kat tengah-tengah (eh betul ke pepatah aku ni?..emm lebih kurang la kan). Kami juga mengalami situasi yang sama, tadi kat bawah nampak cerah terang benderang je..tapi bila dah half way naik cable car nak ke Birg (iaitu satu lagi station sebelum sampai ke Schiltorn), kabus tebal mula datang..haish..memang potong stim!!

Ada restaurant kecil kat celah-celah gunung ni, mungkin khas untuk kaki-kaki ski yang tergolek jatuh heheheh..sementara menunggu pertolongan, boleh la minum-minum di sini.. (cewah pepandai je aku!)
Ok dah dekat..dah dekat..tapi kena turun cable car dulu kt station Birg..dan naik satu lagi cable car untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Schiltorn. teng teng teng.. Ketika ini, kami berada pada ketinggian 2576m.

Cable car terakhir akan bawa kami terus ke Schiltorn. Cuaca kembali cerah, langit biru kelihatan, begitu jugak dengan peak ini. Tapi sayang aku tak tau yang ni gunung apa.. tak kisah la kan?? Dan akhirnya, kami tiba juga di Schiltorn. Dengan ketinggian 2970m, merupakan puncak tertinggi di Bernese Alps.

Dekat atas ni ada viewing deck, yang boleh nampak semua mountain yang aku sebut tadi, Eiger, Jungfrau dan macam-macam la..tapi nak identify satu-satu bukan mudah, aku memang tak amik port la kan, janji aku tengok sudah.. lagi pun kabus tebal masa tu, susah la nak tengok. Walaupun dah ada gambarajah yang pinpoint mana satu peak yang berkenaan, tapi aku memang fail la bab-bab ni ;p

Dah puas terpinga-pinga duduk kat viewing deck sambil tengok kabus tebal yang sekali sekala lalu, kami masuk ke dalam restoran Piz Gloria. Satu-satunya restoran kat atas ni. Sama je macam restoran kat atas KL Tower tu, pusing 360 darjah, amik masa 55 minit nak cukupkan satu pusing. So apa kami buat? Kita makan cake dulu, dan minum coklat panas..lalalalaaa

Nota: Pastikan korang cek dulu keadaan cuaca sebelum naik atas ni, kalau bernasib baik memang clear je, time aku pegi tak berapa best sangat cuaca, sebab kejap kabus tebal, kejap kang clear.. tapi better la dari kabus tebal memanjang kan..

Puas makan cake dan minum coklat panas, kami sempat mencuci mata tengok souvenir dulu, mana tau ada yang berkenan. Tapi harga mahal sangat, nasib baik kat bawah tadi murah. Disebabkan kami ada kekangan waktu, selepas menghabiskan masa hampir 2 jam di atas peak Schiltorn, kami turun semula ke bawah.

Kali ini melalui jalan lain pula. Saja-saja nak tengok view yang berbeza. Dari Schiltorn ke Brig menaiki cable car dan seterusnya kami turun melalui Gimmelweld.

Ok memang tak sia-sia lalu ikut jalan lain, sebab viewnya lawa jugak!

Ok kena tukar satu lagi cable car dekat Stechelberg..kami semakin hampir dengan Lauterbrunnen ketika ini, dan mula kelihatan kampung-kampung comel dan air terjun!

Cable car siap lalu sebelah air terjun tuh!!! mau tak meroyan!

Sungai kecik, dan bunga-bunga liar yang kekuningan jelas kelihatan..time ni aku rasa cam nak meroyan dah..memang cantik sangat! tak leh nak kata apa dah..korang imagine je la yek! (aku tak penah tengok view macam ni! so abaikan kalau aku melebih-lebih kalau bercerita tu okeh)

Murrenbach Falls

Sebaik melangkah keluar dari station cable car yang terakhir tadi. Tanpa buang masa, kami terus berjalan menuju ke Murrenbach yang cuma hanya beberapa langkah dari station tadi. Sebenarnya Murrenbach falls (air terjun) tiada dalam agenda kami, dan aku sendiri tak pernah terjumpa pun nama Murrenbach ni semasa buat research pasal tempat ni dulu. Tapi dah alang-alang depan mata tu, kami singgah je la.

Kedudukan Murrenbach yang jauh di dalam Lauterbrunnen valley, menjadikan ianya kurang mendapat perhatian, kebanyakkan pelancong hanya tahu Trummelbach, iaitu satu lagi air terjun yang terkenal di Lauterbrunnen.

Air terjun Murrenbach ini adalah air terjun tertinggi untuk category singular vertical waterfall di Lauterbrunnen Valley dan di seluruh Swiss.

Pemandangan di sini sangat menakjubkan, lama juga kami spend masa di sini. Kat Malaysia takde macam ni.. #poyo

Wild flowers yang kekuningan berhadapan station cable car tadi! Memang gempak kan! 

Aqilah tengak syok tengok bunga kuning-kuning ni.. sambil tengok orang main payung terjun


Sungai kecil yang membawa air terjun tadi.. aku bersyukur sangat dapat tengok view macam ni. Hari tu masa di NZ, aku teringin sangat jalan dekat Hooker Valley tu, sebab viewnya cantik macam ni jugak, tapi alhamdullilah, tak dapat di NZ, dapat tengok di Swiss pula :)

Walking trail berdekatan Murrenbach falls tadi, kalau ada masa boleh la cuba jalan sampai ke penghujungnya, mungkin ada kejutan yang menanti korang..

Aqilah mana tangan????

Sebenarnya ada banyak lagi air terjun di Lauterbrunnen valley ni, yang terkenal sekali Trummelbach falls, yang dekat dengan hostel kami duduk tu Staubbach falls, Agertanbach falls, dan macam-macam la. Jadi pilih je la mana yang korang berkenan okeh.

Di bawah cable car station tadi, ada station bus yang akan bawa korang terus sampai ke pekan Lauterbrunnen (tempat yang naik cable car mula-mula tadi). Selepas abis picnic (makan meggi goreng tadi depan waterfalls tu heheheh), kami naik bas untuk balik semula ke hostel, sebab nak check out.

Ini pula pemandangan dari bus stop berhadapan hostel kami duduki, Schutzenbach Backpackers & Camping. Best duduk sini sebab bersih, dan owner hostel ni pun friendly. Harga pun murah, tu yang paling penting sekali. Untuk yang berkeluarga boleh ambik private room macam aku :)

Bus stop yang tiada bumbung, kalau hujan macam mana la agaknya kan?? Rasa tak puas duduk sekejap di sini, kalau boleh nak lama lagi! Tapi apakan daya???


Sebaik tiba di pekan Lauterbrunnen, kami singgah di supermarket Coop (macam Giant) untuk membeli bekalan makanan yang boleh dimakan. Maklum la, nak tunggu beli di destinasi berikutnya, takut kami tiba lewat, tak pasal-pasal kedai tutup awal pula kan..so baik la beli sekarang dan alang-alang ada depan mata tu.

Seberat-berat kaki nak melangkah pergi meninggalkan Lauterbrunnen, kami tetap tidak kesal dengan kesingkatan waktu yang ada, sebab yakin dengan destinasi yang berikutnya yang pasti menjanjikan keseronokkan. Itu aku pasti! Babai Lauterbrunnen, sehingga bertemu lagi.. cewahhhhh 

52 comments:

PaE said...

Gambar ko menceritakan segalanye... sumpah cantek. semangat nk gemukkan tabung ayam...

zila@akulovetravel said...

great view and awesome photography.. nak kena jual smua harta yang ada untuk ke sana..hehe. Geran kete..geran moto..gelang mas..hmm.. agak2 leh kut dapat RM20k. Rasa2 awk cukup tak?? hehehe

Unknown said...

Iza: Aku suka semangat mengemukkan tabung ayam tu! sebab aku pun dlm process mengemukkan tabung tembikai aku hahahahah

Zila: Alaaa tak yah la sampai nk jual semua harta benda.. tak sampai 20k pn nk ke sini..percaya lah ckp aku! heheheh

Ren said...

SANTEKNYA!!!!!!!

AQILAH SOMEL!!!!

SANGAT SAGUM SENGAN SEINDAHAN SAMBAR2 SITU SEMUA!!!!

SALING SUKA SAMBAR SESTAURAN SAT SELAH0-SELAH SUKIT SU.

SESUAI SAK?

SAYA SELES.

niL said...

Aduhh..lawanya gambar ko Na...
Ko taknak jual ke iterinery ko? Nnt kalo untung boleh datang balik tgk air terjun tu...

Aduh lawa...lawa..lawa..lawa...
Untungnya jadi anak Chawanna!!

MyKhalish Journey said...

pas baca entry ni rasa semakin membuak2 menanam impian nk tour europe gak.. hehe..

puan bunga tulip said...

subhanALLAH...cantiknya bumi Allah... rasa mcm nak pegi..

Kucing Gatal said...

Salam.

Saya peminat setia blog awak. Terpanggil untuk komen kat sini sebab dah tak tahan nak meluahkan rasa kagum dengan gamba2 di atas.

Syahbas! teruskan mengambil gambar yg cantik dan berkongsi pengalaman anda ye.

Grrrrr~!
Kucing Gatal

Diana Diane Teo said...

What can I said more about your photo? Kalau pergi ikut pertandingan, guarantee menang dapat nombor satu lagi tue.

Tinguk post kau nie membuatkan saya rindu sangat indah bersama kawan saya di Lauterbrunnen.

rose said...

Adoiiii...gambo2 ko ni menambahkan blues hari jumaat aku yg dah memang malas nak buat keje.

Korang memang GIGIH yang amat berjalan kaki. Aku larat takat murren je. tu pon laki aku tinggal kan aku sebatu kot sebab lambat sangat aku jalan. Dah le hari tu tak berapa sihat...rugi nyeee...huaaaaaa (meroyan + nyesal tak seret kaki aritu bila tgk gambo ko santek2)

Unknown said...

Janggel: Aku sening saca sayat somment so ni.. macam nak tampar2 jek!!!! Sahun sedan ko segi le.. dengarnya bonus berbulan2 tertunggak tu haa...kekekek

Nil: Aku tak berniat lagi nk jual itinerary tu, sebab aku susah payah buat dr scratch..jadi aku simpan buat pekasam dulu hehehhe..

MyKhalish: Insya Allah ada rezeki nanti sampai le ke sini tu..

Puan Bunga Tulip: Insya Allah satu hari nanti mungkin turn u plak..

Kucing Gatal: Wow nama u memang paling gempak skali antara semua pengomen kt sini!! Mana yg boleh dikongsi tu akan dikongsikan ;p cheers!!

Unknown said...

Diana: So apa tunggu lagi? nanti beli tiket lagi laaaaa..boleh tawan Swiss skali lagi ;p

Rose: Ko ni lawak laaaaaaaaa... Aku gigih la jalan kaki, ko ingat senang aku nk sampai Swiss ni?? hahahahah apa nak buat..aku rasa ada sebab napa ko tak sihat ari tu..mebi nk suh ko repeat skali lagi..

Masuk kali ni aku dh kata kt ko akan repeat 3-4 kali dah..tak mustahil satu hari nanti ko dtg sini balik hahahah..sila bertabah!!

rose said...

hahaha.....3-4 kali dah kan ko cakap kan. Amin. Satu hari nanti insya allah repeat balik.

Biqque said...

I NAK HANTUK KEPALA KAT DINDING JAP!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!

WHYYYYYYYYY WHYYYYYYYY WHYYYYYYYYYYY!

cun gile ok...CUN SGT2! cable car tu pegi balik jalan lain2 ke or one way jer?

i rasa mcm nak gigit kunyah je salji2 kat gunung2 tu! sumpah nampak sedap!

nampak tak orang main ski? kalo ada yg tergolek siap minum kat resto tu menarik tu hahaha!

tepi air terjun??? MELAMPAU! kalah NZ bertiang2! takat boat jer kan, ni cable car laaaaaaaa hahaha!

bunga kuning tu cantik...sob sob...

walking trail tu u kata mungkin ada kejuta, tetiba aqilah tade tangan! hahahahaha! lawak!

SUME GAMBAR CAM WALLPAPER LA! EIIIII BENCIIIIIIII! I PUJI NI, PUJI TAU! PUJI SGT!

ARGHHHHHHHHHH!

abbazsmakl@gmail.com said...

salam

@chawanna - seyes. berdarah dah mata aku. hahaha..cntiknya. cmne ni, bile tgk ko g barca rs mcm nk extend barca, tgk swiss nak pulak extend swiss. adus 3 minggu cukup x nk ikut route ko ni? hahaha...

subhanallah cntik gile swiss ni!

qilah sperti biase comel. kem salam. hahahahaha

Unknown said...

Biqque: Astagaaaaaaa... jgn hentuk kang pecah kang..hahahahah

Cable car tu ada 2 choice dr Schiltorn tu, tp kt area lauterbrunnen tu sendiri memang byk cable car, cuma pening nk pilih nk yg mana satu jek!! Takde org main ski, sb dah nk masuk summer byk salji dh cair la..
Ha a, cable car yg on the way balik tu lalu sblah air terjun! memang lain dr yg lain la part tu..
Bunga kuning tu memang bersepah kt seluruh swiss waktu i pegi tu..kecik molek je, katenye tu wild flower..
Aqilah tu i tak berniat pun nk jadikan dia kejutan, sehingga la u sendiri yg kata!! Ok puji la.. i tak tau nk kata macam mana utk membalas pujian tuh hahahaha..jom teh tarik??

Abbaz: Hahaha jgn la sampai mata berdarah beb..cam mana ko nk tgk kang!! Jgn riso, aku ada less than 3wks kt eu, tp sempat terjah 4 negara! insya Allah ko pun boleh! Nanti kang aku kim salam kt budak tu..

Muna said...

grrr...geram tgk gambar yg cantek2 tu...tgk gunung2 tu sumer ngan hamparan wild flower tuh rase cam nak golek golek golek golek golek je cam dlm cite industan..

p/s : abis la camni, tgk gmbar chawana gi NZ dlu, rasa cam nak gi NZ jugak.. skg tgk g europe rase nk g europe pulak.. abisla poket yg x tebal ni...haish haha

p/s 2 : aqilah comel!

Anash said...

(mana plak akak letak geran rumah murrenbach nih? aritu ada simpan kat laci no 2 bilik no 4? ilang?)

aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii
bernanah mata nengok gambo tuh
................
.........
dgn blog biq, akak menganga...
dgn blog sini, akak sambung menganga..
bila ntah nak katup molot-moncong-mkn-deroyan-mlm-tadi ...
hehe

part signboard tu unik..guna masa instead km..cute...

gambar...superb...
kalau kat donia pun dah cantik
bayangkan syurga.....tak terbayang kot...

Unknown said...

Muna: NZ dan Swiss dua2 cantik..susah nk pilih, so kena pegi dua2 dan rasai sendiri kecantikan bumi di sana.. heheheh

p/s: Emm tetiba je rasa nk layan gambar nz plak hehehe

Anash: Amboi kak, setiap kali akak komen mesti kebabom punye ayat!! Betul la kata akak, kt sin pn dh cantik tak terkata2..imagine la yg kt SANA nanti.. lagi diluar jangkaan akal pikiran manusia kan..hmmm Allahuakhbar!

Ely Hasrul said...

okek ini aku jeles. aku sukaaaa..

Lily Riani said...

tgh confcall, sat gi comment balik. kbai.

Almiraz said...

Na,

Gambar cantik2!....sejuk mata memandang.....kenapalah I tak gi tempat2 camni masa gi dulu...I jalan area2 bandar je.....

Keep on blogging...I love your pics!

masMZ KaKiJaLaN said...

sebenarnya sepanjang aku baca entri ni banyak sungguh soalan dan wow dalam ati.. dah habis baru dapat kelip mata...

Walla... gambar memang no komen dah memang lawo.
Tempat ni memang lawo dan superb.
Siap berpelangi kat air terjun.. ces...
N bandar/ pekan berlatarbelakangkan air terjun???? Untungnya diorang....

#ayat aku dalam ati masa perenggan2 dan gambar awal, "Owhhh aku nak wat Malaysia cam ni jugak lar" -> udara segar (hurmmmm bestnya kalau bolehkan?!)

Mijoe said...

salam

kalau Swiss pun dah cantik giler, macamana la agaknya kat syurga nanti...Subhanallah.

semoga kita semua akan ke syurga. Amin. :)

camni NZ dah turun jadi ranking nombor 2 la kan ? he he

Lily Riani said...

baru abis baca.... nampak gaya kene revisit nih. sbb dulu gi titlis jek... n in dec so PUUUUUTIIIIH jek view dia. dah confuse, scandi ke? south eu ke? cis... kureng asem!

Rozita said...

Na... Ish ish ish...masa tengok korang kat kyoto, berangan nak ke sana, ni..tengok korang kat europe, berangan europe pulak... Waaaaa, yg mana satu idaman kalbu..?
Gambar memang superb la na. Salam syg kat cik aqilah tuu..

rose said...

best nye jadi aqilah. kecik2 dah berjalan merata. comel nye dia dgn jacket tu. anak aku cakap cute nye baby ni. abang nak adik pompuan macam ni. huhuhu.

SUhaz said...

SUPERB, SUBHANALLAH,,!!!!

Unknown said...

Skin: Suka je? ko kan nk pegi Europe gak..nati terjah la Swiss

Almiraz: Yg Swiss ni i memang purposely pegi kampung2..bandar cm Zurich/Geneva i tak pegi pn..

masMZ: Swiss memang lawo.. Aku harap ko dpt la menjalankan tugas ko sebaik mungkin demi Malaysia tercinta, aku doakan misi ko berjaya!!

Mijoe: Emmm marah org NZ kalau ranking jatuh no 2 nih hahahah.. apa2 pun kena experience sendiri baru tau kot.. bagi aku NZ dan Swiss dua2 best dan cantik, org NZ lagi frenly ;p

Unknown said...

Lily: Ok le u dpt p titlis..i tak pegi aritu.. Scandi la..xde ramai org p lagi..nanti leh i TIRU u hahahaha

Rozita: Hahahah takpe..berangan tak salah..lama2 jadi kenyataan la..

Rose: Hahahaha ko ni ada2 je..jaket tu beli kt Malaysia jek.. ko kena keje keras la kasi adik pompuan plak kt anak ko hehehehe

Sue: :)

Hamra said...

Sgt setuju dgn komen diatas..hehe..Experience yg mmg priceless ble dpt nikmati ciptaan Allah yg indah..best
Anywy las wik nmpk uol 1 family kt jj wgsa mj...nk tegur tp tgh mkn time tu~rugi plk xdpt jmpe aqilah yg sgt come l ;)

Unknown said...

Hamra: Laaa dah nampak napa tak tegur jekkkk..kitorg tak makan orang pun!! lain kali kalau terserempak, tegur2 la hahahahahah

Hamra said...

Mmg nk tegur..tapi time tu betul2 tgh mlantak kt kfc ;p..tibe2 t'nmpk aqilah bjln tepi bodyshop. .dlm ati.. pk cm biase nmpk je..hehe
Xpela insyaAllah ade rezki sy nk snap gamba lg ngn retis2 chawana...hahaha

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - haha..tp ingt nk extend skit ke matterhorn lah...mcm dasat je mountain tu. tgk kat amazing race mcm best kot.

fu..cntik2~

An said...

Waaahhhhh...Subhanallah cantik nyer Swiss!!!

tq sis..u mmg wat i lg semanagt nk menabung utk travel nie..hihi ;)

Amer said...

wah...inspirednyer! gambar korang memang cun melecun..Switzerland tempat idaman aku....

Unknown said...

Hamra: retis sangat la konon hahahah.. aku tak seglamer org lain.. under the radar kekdahnye hahaha

Abbaz: Aku sokong! Matterhorn pn cantik..aku tak berkesempatan hari tu..jgn lupe naik Glacier express ke situ..cantik katanya

An: Chaiyok!

Amer: Terima kasih! Ala ko tu duk kt London, dekat sgt nk ke Swiss..anytime kekdahnya..hehehhe

oyamusz said...

Hi ... all this while ni, just a silent reader je. Tapi kali ni nak nyampok gak . Santeeeknye sweetzelan nih!!! Ya Allah ... murahkan la rezeki aku so that boleh sampai kat cni... Anyway, x puas tengok gambo2 ni ... tambah tambah lagik la ... All the pics are .... OSEM!!

Bee said...

Dear u!

agak2 bole share ke kos all in europe travel u ni? tgk gambo uolls rase nak bunuh diri....gagagaga

Nurul Ashikin said...

Cantikkan Lauterbrunnen!! Kitorang (group Kelana Convoy) pon stay kat Schutzenbach Backpackers & Camping tu pd 26-28Jun. Masa org2 lain naik Jungfrau, saya&kwn2 g naik Murren gak. Kitorg jln kaki sampai pekan Lauterbrunnen, pastu beli tiket kat stesen cable car. Total cost utk round trip (Lauterbrunnen-Grutschalp-Winteregg-Schiltornbahn-Stechelberg-Lauterbrunnen) dlm CHF 32 (individual)/CHF24 (per person in group of 10 ppl)

Jumpa Honesty Shop tak masa jln kat perumahan kat gunung2 tu? kalau kat malaysia, mmg kosong lah kedai tu jwbnya haha

-Nurul-

Harlaney said...

rindu swissssssssssssssssssssss!! jom repeat~! k.bye

Anonymous said...

Nadirah!!

I'm back from swiss... mmg cantiks sgtss lauterbrunnen ni... xnyesal saya cancel flite hahahahha.. Thx alot for the info ya!

Dina

Unknown said...

Oyamusz: Terima kasih..esok lusa insya Allah u pn dpt pegi jugak :)

Bulat: Kos europe tu boleh nk share, tp tak applicable kt semua org, sb preference setiap org berbeza, dan ikut season gak,berapa lama nk spend, mode of transportation, etc so harga boleh berubah sebabkan faktor2 tu semua..

Nurul Ashikin: Aaaa owner hostel kitorg duk tu pn ckp Kelana Convoy selalu duk kt situ! Best kan minah swiss tu, sgt frenly..
Honesty shop tak pasan yg mana satu?

Laney: Repeat thn bila? 2020?

Dina: So takde la i rasa bersalah sebab u dh cancel tiket lain kan, sebab u pn kata lauterbrunnen cantik! yeayyy..

Lyza said...

Superb!!!

Harlaney said...

ngeh ngeh ngeh.. kumpul duit balik.. kot2 bonus en suami cuns leh la sebat duit bonus dia jek! kene tunggu mika leh jalan baru leh posing maut!

Suzana said...

awak guna route sama ngan saya pergi schilthorn n lucerne. memang sangat2 cantik ..sampai sekarang me n hubby selalu compare ngan tempat2 yang kami dah lawati..masih tak sama ngan swiss.

iza said...

salam. saya akan ke swiss next month..

nak tanya, rate untuk private room kat schutzenbach ni berapa ye? and kat mana nak booking? sbb tak boleh nak access website dia..thanks :)

Unknown said...

Iza: Rate kt private room tak mahal, per person 25CHF je, saya booking dari website Booking.com

Anonymous said...

Nice.Lauterbrunnen, happy valley, I was there.Sedikit pembetulan, Birg, bukan Brig. Brig ialah sebuah bandar lain yang terletak di Swiss juga.

Anonymous said...

assalamualaikum,
awak mmg seorg penulis yang bijak dan gambar pon mantap..
saya akan ke interlaken dan lucerne dalam bulan June.
Kalau ada satu je pilihan antara schilitorn dgn mount titlis nak pilih yang mana ye..

Yaya :) said...

Assalamualaikum :) tumpang tanya, sepanjang kat switzerland ni nak solat susah tak...

k.oya said...

Aku jumpa bloq ko ni lps baca bloq Rossdowsen...ada link.
Gempak bloq ko deq,dh lama hakaq cari bloq2 travel yg best mcm nih..cite best, gambo cantik..tulisan bole tahan..tkde belit2..pahamm je aku baca..hiii..mekasihh...nnt aku sambung baca lg travel loq ko yg dr 2012 tuh yek...