Tuesday, July 10, 2012

Swiss: Lake Brienz & Lucerne

Dari Interlaken OST tadi, sekali lagi kami menaiki Golden Pass Line menuju ke Lucerne. Plan asalnya nak naik ferry dari Interlaken ke Brienz, merentasi Lake Brienz yang emerald tu, tapi masa pulak tidak mengizinkan.

Lake Brienz

Journey dari Interlaken ke Luzern dengan Golden Pass kali ini, akan bawa kami melalui Brunigpass, Lake Brienz (macam dalam gambar-gambar aku ni), kampung-kampung Swiss yang comel, dan beberapa lagi lake yang cantik-cantik yang aku sendiri pun tak pasti nama lake tu apa.


Kalau korang bertuah lagi (tak macam aku, kurang bertuah sangat, asyik nampak wild flowers je) korang akan nampak Eiger, Jungfrau dan Monch yang gagah perkasa di Bernese Oberland ni dari tasik Brienz ni. 

 Lungernsee, kampung di tepi tasik gitu..lawa kan? dengan air tasik yang emerald tu..

Niat dihati tadi masa naik train ni nak tidur, tapi bila dah tengok pemandangan macam ni, terus terbatal hasrat tu.. 

Dapat jugak ambil gambar kepala train ni heheheh

Rasanya tak perlulah aku menceritakan betapa cantiknya view dari Interlaken ke Luzern dengan Golden Pass Line ni, sebab sememangnya cantik sangat..kang aku asyik repeat cantik! cantik! cantik! korang naik muntah pulak kan.. Lagi pun dah memang diiktiraf Golden pass line ni antara train ride yang paling scenic kt Swiss, jadi korang cuba la sendiri ye bila ada peluang nanti.. 


Lucerne


Kami tiba di Lucerne lewat petang, ini semua gara-gara terlalu lama di Lauterbrunnen tengahari tadi hehehe. Setibanya kami di station Lucern, terus kami keluar dari station dan menuju ke hotel kami yang terletak di kawasan itu juga. 

Lucerne (english) atau Luzern (german). Di sini bahasa German lebih banyak digunakan berbanding di Geneva hari itu yang rata-ratanya bercakap bahasa Perancis. Mengikut statistic, Luzern ni mempunyai paling ramai penduduk berbanding bandar-bandar lain di Swiss. Luzern juga adalah historic town di Swiss dan yang paling menawannya, bandar ini terletak di pinggir tasik Luzern yang lawa tu.

Oh ya, jangan pula korang tersalah dan keliru Luzern ni dengan satu lagi bandar yang bernama Lausanne ye. Sebab yang ni pun cantik dan ada tasik juga, tapi yang ni dekat Tasik Geneva, nun belah-belah France sana.

Hotel kami di seberang sungai Reuss ini. Walaupun nampak dekat, tapi jalan nya jenis cobble, jadi lambat la sikit berjalan tu, sebab tarik beg dan tolak stroller, kadang-kadang roda stroller sangkut kat celah-celah batu ish ish..LETIH!

Aku agak terkesima (#drama) sebaik saja melangkah keluar dari station train tadi, sebab pemandangannya sungguh berbeza dari Interlaken dan Lauterbrunnen. Di sini agak sibuk, penuh dengan kenderaan, cakap saja apa, bus, kereta, tram, orang pun ramai! Bukan tu saja, wayar-wayar pun berselirat di celah-celah bangunan dan tiang-tiang electric dan lampu. Rasa macam tak percaya inikah Luzern? Tapi walau apa pun, tetap bersih.

Yang berbasikal pun ramai..

Sambil-sambil tarik beg tu, aku macam kenal je tengok bangunan ni..adakah ini.... Chapel Bridge yang paling famous di Luzern? Wah dekatnya dengan city center, ingatkan jauh (maklum la tak study map Luzern langsung!)


Ok ni lawa sikit, sebab masih ada saki baki cahaya matahari yang hampir tenggelam tu, tadi kami di seberang sana...hehehehe.. 

Disebabkan perut aku dah berkeroncong, bukan aku sorang je, malah semua orang, jadi kami pun jalan la laju-laju KECUALI CAWAN! Ya Allah sumpah aku tension sangat time ni, sebab bila aku toleh belakang je dia takde, toleh lagi takde, aku siap kena patah balik ok dan tunggu kat simpang sebelum masuk lorong-lorong tu! 

Dah la lorong-lorong nak ke hotel tu banyak, kecil-kecil pulak tu, dan berselok belok, dia pulak takde address hotel tu, so aku yakin la sangat kalau dia tak follow aku rapat, confirm boleh sesat! haihhhhh meter kepanasan aku membuak-buak dah masa tu, cam nak jerit-jerit je nama dia time tu!

Hotel kami terletak di Pfistergasse. Atau lebih tepat lagi, di salah satu kawasan Old Town Luzern. Untuk pengetahuan, Old town Luzern ni pun salah satu attraction di sini, sebab banyak bangunan-bangunan lama masih kekal di kawasan ni. 

Tengok jam ni, dah nak dekat 9 malam, macam mana la aku tak mengamuk, dah la lapar, ada orang tu terhegeh-hegeh plak dah, macam la esok-esok tak boleh amik gambar! eh eh..memang mencabar keimanan aku betul kekekeke


Akhirnya sampai jugak depan hotel. Nama hotel ni Rösli Guest House. Emm macam nama orang Malaysia je kan? hehehehe. Masa check in, kami diberitahu, yang kami diupgrade ke hotel yang lagi best berhadapan Rosli Guest House tu, (hotel sama chain, tapi lebih ke bussiness hotel kot)..emm tak kisah la ko nk upgrade ke apa ke, janji aku tak yah bayar satu sen pun. 

Lepas check in, aku terus ajak diorg semua keluar makan, hari pun dah malam, karang nak tunggu-tunggu lagi, takut kedai plak tutup, tengok dalam website ada beberapa kedai halal yang jual kebab dan indian food, tapi semua berada dalam jarak yang jauh-jauh, nak cari yang walking distance memang takde. So kitorg pun belasah la mana yang ada berdekatan saja. Tak ingat nama kedai tu apa, sebab tak amik gambar. 

Dah menikmati kebab ayam paling mahal dalam sejarah hidup aku, iaitu 9.90 CHF, kitorg tanpa berlengah terus keluar dan menuju ke hotel, maklum la dah lewat malam. Tapi sebelum tu sempat singgah di Chapel Bridge ni, sebab nak sangat amik gambar bridge ni di waktu malam. Cantik sangat berbanding waktu siang. Kali ni cuma aku berdua dengan Cawan je.

Chapel Bridge 

Dalam bahasa German, namanya Kapellbrücke. (err reti tak nak sebut??)

Takde orang dah lewat-lewat macam ni, cuma aku dah Cawan je yang gigih duk atas bridge ni memalam buta....korang nampak tak kepala Cawan kat tengah-tengah tu? ha dia saja sabotaj masuk dalam gambar aku jugak! #dengki betul.

Footbridge yang tertua di Eropah. Jambatan diperbuat sepenuhnya menggunakan kayu. Tapi banyak yang dah musnah ketika perang dulu kala, apa pun jambatan ni masih lagi gah berdiri, kerana dijaga dengan rapi. 

Dekorasi lukisan yang ada di Chapel Bridge. Mengikut sejarahnya, lukisan ini telah wujud sejak dari abad ke 17 lagi. Lukisan di sini dilukis berdasarkan dari peristiwa-peristiwa bersejarah di Luzern suatu ketika dulu.


Wasserturm atau menara air berbentuk octagonal, berdiri setinggi 43 meter di Sungai Reuss ini. Sepanjang wujudnya menara air ini, ianya pernah dijadikan sebagai penjara, bilik penyeksaan, dan sebagai arkib. Tapi sekarang menara itu dah ditutup untuk orang awam. 

Cuaca dingin di Luzern malam itu, memangil-mangil kami untuk pulang ke hotel, lagipun masing-masing dah kepenatan. Esok nak berjalan lagi..kami sudahi malam itu dengan berjalan kaki melalui kedai-kedai lama yang terdapat di sepanjang jalan Pfistergasse.



18 comments:

niL said...

Owh Chawanna..

Ko mmg bertuah! Terharu aku menengok gambar di atas.Perut terus kenyang. Tak pyah breakfast...Tq sbb tlg aku diet!

Biqque said...

kalo u letih cakap sana cantek, i laaaaaaaaaaaaagi letih cakap gambar u cantek! hahaha!

ada skit kelainan di dalam gambar2 ini...seperti ada aura misteri...mungkin kerna warnanya...i loikeee!

ya Allah serius cawan jalan blkg sukati dia slow2 sampai tak jumpa patu kena tunggu ke??? uih baran jugak la kalo camtu hahaha!

Janggel said...

Aku nak komen ulasan aku seperti di atas je la.

f i d a j a c o b said...

Ya Allah,

Betul2 nak pergi Swiss ni.. Sangat2 nak pergi.. sob sob... menangis ok tgk gambar ni..

Tapi ni nak kena pergi dgn someone yang kita sayang. Hehehe.. =)

shah_rule said...

bile dah puas duduk tmpat gunung ganang tasik sungai ttbe masuk area bnadar besar mesti rase dah tak best.. hehe kelab pencinta alam wajar ke switzerland, cantik sangat!!!! haha

Danny / John said...

inilah tempat yang saya akan singgah bersama isteri tersayang duk berhoneymoon. or maybe menetap terus tatkala di hari tua.

BlueEwoke said...

Nily: Ko kenyang ke? pasti? hahahahah

Biq: I letih gak nk dengar u kata cam tu.. Ha a..aura misteri sgt, sebab ari nk malam, langit mendung, so kasi tune sikit kasi misteri nusantara hahahah.. Malas nk komen pasal Cawan tu! memang cam siput slownye!

Janggel: Komen anda di terima!

Fida: Jangan la sampai menangis..sila pegi bersama teman tersayang..pegi ngn John pn tak pe..dia nk pegi jugak! hahahha

Shah_rule: Ha a betul la..first time tgk Luzern pas kuar station ketapi, aku kaget jap tgk org ramai,serabutsana sini..eiiii..ye anda wajar ke swiss utk menikmati pemandangan cantik ini..

Danny: Ameen.jgn lupe bawak #travelholicawesome utk gambar yg awesome okeh!! we lap u

muhamad nizam semail said...

nk tnye sepanjang visit euro ne bpe budget ye agak2? nk start simpan duit da terpikat ngan swiss...

MasZuber said...

hmmmm nk nages tgk gambor yg firstttt

aku banyak tertinggal entry europe ko nie. nanti aku study satu2 lepas nihhh

BlueEwoke said...

Muhamad Nizam: Budget trip euro agak sukar saya nk ckp, sebab byk faktor yg mempengaruhi budget tu.

Maszuber: Takpe la..tak yah study..santai2 je baca okeh

rossdowsen said...

Wowwee santek nye gambo. Aku tak p luzern sebab nak p zermatt. Masa tak cukop ambik swiss pass 4 hari je. huhu

Yang bab jalan lambat tu macam aku, laki aku plak jalan laju. Tapi aku jalan lambat bukan sebab ambik gambo, tapi sebab banyak kali benti rehat. Hehehe

Hamra said...

I wish ade option LIKE kt blog ko cm kt FB...sbb ble tgk pic2 ni da khilangn kata2 nk komen..hehe
Pkampgn swiss tepi tasik tu mmg xramai pduduk ke?dorg xde bt homesty ke..kot2 pencen awal leh la bw diri kt sini ;p

Orga said...
This comment has been removed by the author.
Orga said...

tiap kalu aku baca post ko letak ni,mesti kuar air mata.t'haru tengok sebab gambar CANTIK SANGATT!!

BlueEwoke said...

Rose: Hahahhaa napa ko jalan lambat? ko benti buat apa kt blkg tu?kekekekkee..

Hamra: Button like tak implement lagi..kampung swiss tu ada org, tp tak ramai, memang besar tu je kampungnye..homestay ada kot

Orga: Hahaha keluar ayaq mata la sgt ko nih.. #drama! hahahha

rossdowsen said...

benti jap keluarkan briani. pastu jalan skit benti lagi keluarkan epal pulak.jalan lagi...eh ada coop laaa. hehe

azah said...

Luzern best!! Lawa.. Kalu tido kat campsite lagi marveles tau.. Ngadap tasik + gunung ok!!
Huaaaaaa.. Nak pergi lagi..

Wan Fahmi said...

Pernah ke sini 3 malam di Luzern thn 2007..takde gambar menunjukkan yg swiss ni penuh dengan JAM? pernah naik Titlis dan memang sangat sejuk..tak sempat ke Interlaken sebab time nak naik bukit bukau jalan dia licin..takdapat nak pergi..InsyaAllah teringin datang kembali dengan kamera canggih..time aritu xde camera canggih..huhu