Barri Gotic Quarter
Secara jujurnya, aku tidak pernah tau akan kewujudan tempat ni, sehingga la aku baca buku DK Eyewitness yang dipinjam khas dari Lily Riani The Globetrotter. Barcelona adalah last minute plan, mulanya Barcelona TIADA dalam senarai aku nak menJAJAH Europe, tapi entahkan kenapa, selepas baca buku tu, hati ni terlonjak-lonjak nak sangat pergi. So Berlin out, Barcelona in! Itu pun selepas argue dengan Cawan pasal negara-negara yang nak dilawati! Penat aku mempertahankan pendirian aku. Dan kalau ikutkan hati aku yang SEBENAR-BENARNYA, aku nak ke South Spain untuk lihat peninggalan sejarah Islam di Andalusia yang confirm memerlukan aku bertapa disana lebih kurang 6-7 hari. Disebabkan aku tiada masa sebanyak tu untuk di'allocate' di Andalucia, dan jodoh yang tak berapa kuat dengan Andalucia, jadi aku simpan saja hasrat tu buat kali ini, harapnya satu hari nanti aku akan sampai juga di tanah Andalucia tu (tak tahu la tahun bila huhuhuhu)
Ok cukup la dengan cerita sedih aku tak dapat pergi ke Andalucia tu. Jom kita tengok apa yang ada di Barri Gotic ni. Cewahhh cam buat rancangan travel sendiri plak.. Jalan-jalan bersama Chawanna di Barcelona..emm sedap gak tajuk rancangan ni..
Kenapa Barri Gotic? Hmm susah jugak aku nak jawab. Tiada sebab, cuma aku curious nak tengok kawasan ni, sebabnya kebanyakkan bangunan di sini dah wujud sejak zaman Medieval lagi. Maunya aku tak kagum dan tak mo datang dan tengok sendiri? Dengan lorong-lorong kecil yang masih mengekalkan corak labyrinthine, aku teruja.
Banyak sangat lorong-lorong sempit, sampai aku pun tak tau nak lalu ikut yang mana satu. Kita redah saja la.
Sambil jalan-jalan tu, jumpa satu lorong yang nampak bangunan gothic ni..teruja lagi! Maklum la kat KL takde hehe #jakun sat..
Salah satu district lama Barcelona yang pada pandangan aku WAJIB untuk dilawati, jika korang minat la nak tengok benda-benda macam ni hehehe.. kalau tak suka jangan salahkan aku ok!. Lokasi Barri Gotic ni adalah bersebelahan dengan La Rambla. Aku nak terangkan pun susah, sebab aku bukannya hafal map Barcelona tu, so korang pepandai sendiri la cari yek.
Picasso tingal di kawasan ni, Joan Miro juga lahir dan tingal di sini. Mungkinkah ada bakal ada pengganti Picasso dan Joan Miro pada zaman ini yang juga berasal dari Barri Gotic? Tak mustahil jugak, maklum la banyak sangat tangan kreatif-kreatif lukis graffiti kat dinding di kawasan ni..
Bendera Catalunya di pintu gerbang salah satu bangunan di Barri Gotic.
Chawanna dan para jemaah memang tiada hala tuju ketika di sini, kami cuma berjalan mengikuti lorong-lorong tu, seakan bermain maze, dengan harapan berjumpalah dengan apa-apa yang menarik nanti. Dan kami memang betul. Memang seronok meng'hilang'kan diri di kawasan ni seketika. Cafe-cafe dan souvenir shops memang bersepah di sini. Kami cuma cuci mata saja dulu. Lagi pun awal lagi kan..
Barcelona City Hall, Barri Gotic
Kami berjalan, sehingga terjumpa satu square (dataran) yang di sekelilingnya, ramai muda mudi (macam budak-budak sekolah..buat rombongan kot?) lepak di sini. Apakah bangunan ni? Ohhh rupanya city hall Barcelona. Hmm..di celah-celah ni pun leh ada city hall?
ESPANYA..Kesukaan Cawan! Mengambil gambar-gambar penutup lubang sewer di jalanan! Dia mulakan aktiviti ni dari kat Jepun hari tu, sekarang di Barcelona pula hehehehe
Placa atau dalam englishnya, plaza. Memang banyak plaza-plaza kat kawasan ni, di antara-antara lorong tadi, nanti tiba-tiba jumpa placa..pastu nanti jalan sikit lagi..jumpa lagi..dan lagi..dan lagi..aku pun tak ingat dah placa apa penyudahnya..
Spanish balcony..Tiba-tiba aku teringat Don Juan, cewah feeling budget aku kat balcony tu, pastu dia kat bawah duk nyanyi-nyanyi nak gorat aku..kekeke (korang penah tengok citer Don Juan De Marco yang Johnny Deep berlakon tu tak? haaaa aku berangan Johnny Deep la nyanyi kat aku kekkkekek)
Ok tersesat lagi..entah kat mana la sekarang ni..jom tengok buku sat..
Barcelona Cathedral (Catedral de la Santa Creu i Santa Eulàlia)
Masih lagi di Barri Gotic, selepas mencari kedudukan sebenar kami, akhirnya ternampak kelibat satu bangunan yang sama macam dalam buku DK tu hahahaha..oh Barcelona Cathedral. Mari jemaah sekalian! Kite bergambar saja sudah, jangan lelebih..huhuhuhu
Cathedral ni memang sangat gothic, tapi sayang, time kitorg nak amik gambar, adalah pulak lori besar bawak equipment macam nak set up pentas! ishhh kenapa la time ni.. So angle gambar terpaksa jadi macam ni hahahaha..
Bumbung cathedral ni pun nampak menarik. Ada patung-patung haiwan dan juga haiwan mistikal yang hanya wujud dalam imiginasi hehehe. Tempat ni dibina dari tahun 13 centuries hingga ke 15 centuries.
Barcelona Museum of History
Tak lama kami di cathedral tadi, sebab sekadar nak amik gambar cathedral gotic saja, kami terus berjalan lagi, sehingga berjumpa dengan Museum of History Barcelona pulak. Ok yang memang sumpah aku tak nampak macam museum. Semua batu bata tinggi melangit dari atas tanah sampai ke bumbung! Pintu masuk pun aku tak tau kat mana (walaupun aku sebenarnya tak nak masuk, tapi teringin gak nak tau kat celah mana kan hehehe)
Amik gambar kat luar je la..
Ok aku agak menyesal sebab aku tak teringin langsung nak masuk museum ni pada hari dan ketika berada di situ!!! Tapi bila cek itinerary aku, memang tak listed pun! Isi kandungan dalam museum ni sebenarnya agak menarik. Dangggg..ish kene ripit ke? hahahaha.. So sapa yang akan ke Barcelona dan minat museum bagai, sila datang sini..nanti story kat aku ye..
Inilah buku DK yang dimaksudkan. Penuh dengan illustrasi dan info. Tq Lily :)
Boleh sewa basikal di sini kalau tak gigih nak berjalan kaki macam Chawanna huhuhuhu
Passeig De Gracia
Hmm bila lihat map dengan mata kasar, semuanya nampak dekat. Pernah tak korang mengalami macam tu? Ye, aku setiap masa pun mengalami benda yang sama. So kami dengan gigih pun sambung jalan kaki ke Passeig De Gracia, sebab kat situ ada Hard Rock Cafe, adik aku memang collect benda-benda HRC ni, so aku slot in la satu time untuk ke sana. Maka berjalan kaki la kami menuju ke destinasi.
Macam mafia..tapi aku di Spain, bukan di Italy..so mungkin mafia bukan istilah yang sesuai hehehehe
Tadi kan aku cakap ada banyak kedai souvenir, jadi aku beli la poskad nak kirim kat diri sendiri. Tapi malang sekali stamp tak dijual di kedai jual poskad. Stamps dijual di kedai tobacco kekdahnya. Jadi dah satu keje pulak nak mencari kedai tobacco!
Passeig De Gracia ni dah masuk kawasan bandar. Ni merupakan salah satu avenue yang famous di Barcelona, macam La Rambla juga, cumanya di sini lebih kelas lagi. Kebanyakkan kedai di sini jual barang-barang branded, macam Chanel, Gucci, LV dan yang seangkatan dengannya. Chawanna tak beli apa-apa, ktiorg cuci mata je. Yang aku perasan, kat sini banyak sangat bangunan yang nampak macam rumah, tapi aku tengok orang pakai smart-smart, macam office pun iye! Bukan seorang dua, tapi jumpa ramai macam pakai baju pergi kerja tu, kat kawasan ni, dan diorg semua masuk kat dalam bangunan yang macam rumah ni!!
Bestnya la kalau office aku rupa bentuk macam ni!
Orang-orang Barcelona memang creative, tengok saja bangunan ni.. dari jauh lagi dah nampak bola-bola bulat tu, aku ingat sarang ulat ke, apa ke tadi..cisss..
Percaya atau pun tidak, baru kami sedar yang kitorg dah berjam-jam dekat sini, dari Barri Gotic sampai ke Passeig De Gracia, dekat 5 jam! Sepatutnye kami ke Casa Battlo yang terletak berhampiran di Passeig De Gracia, tapi aku dan adik aku gedik plak nak pergi usha kedai-kedai yang mengikut kemampuan kami di situ, so cancel casa battlo, kite cuci mata kejap, beli belum tentu hahahaha..ye aku pasti Cawan dan adik ipar aku berbulu-bulu dengan kami berdua kekekeke..
Mengenangkan jam ketika itu dah pukul 3 petang, nak beratur di Casa Battlo beli tiket memang idak la kan, tak kuasa aku, so kitorg decide balik rumah untuk makan-makan dan solat dan berehat dulu hehehe.
Bestnya la kalau dapat naik vespa pusing-pusing Barcelona..tak ke romantic?? ye ke?
FC Barcelona Stadium
Disebabkan Casa Battlo hanya sesuai pergi di waktu pagi, ketika tak ramai orang, jadi aku ubah agenda petang tu, untuk ke FC Barcelona stadium. Walaupun aku bukan peminat Barcelona, tapi aku pergi je la, dah alang-alang sampai, leh gak beli cenderamata untuk Icam tu (eh tapi dia suka Man Utd! aaargg belasah la)
Muka dah refresh balik, lepas pekena nasi sepinggan, mekap pun dah kena touch up hahaha..lihat lipstick yang tak berapa nak fushia tu?? ok aku salahkan kedudukan matahari petang tu, sebab tak menyuluh lipstick aku sebaik mungkin..ish merepek plak dah.. Di mana Don Juan??
Jauh sebenarnya nak ke sini dari station Drassanes di apartment kami tadi..tapi gigih punya pasal kami redah. Dan kali ni aku kena pastikan ada something yang aku boleh bawak balik, kalau tak memang sia-sia hahaha..
Aqilah baru bangun tidur..bangun-bangun je nak posing dalam store FC Barcelona nih..ishh
Untuk die hard fan Barcelona, memang mesti terkinja-kinja, untuk aku yang tak berapa nak layan, aku tengok-tengok je.
Ada orang kata beli baju jersey kat oversi lagi murah, tapi bila aku tengok harga yang ni, emm kirim salam la..baik aku pegi shopping benda lain hahaha. Tapi magnet-magnet nya cantik..so aku rembat la untuk diri sendiri, walaupun tidak memberikan sebarang makna, ada aku kisah?? 2 euro je pun!!
Walaupun aku tak layan liga spanish sangat, tapi aku tau Messi tu sapa.. hahahaha.. kiranya aku amik tau la kan? kan?
Tak pasti yang ni apa, plat-plat nama team yang pernah main di stadium Barcelona mungkin??
Sagrada Familia
Disebabkan siang di Barcelona agak panjang ketika kami di sana, aku tambah aktiviti lewat petang itu untuk ke Sagrada Familia. Church lagi!!
On the way nak menuju ke Sagrada Familia, ni di station metro mereka. Kalau di Japan banyak dengan vending machinenya di setiap pelusuk dan menjual pelbagai jenis barang, di Barcelona juga ada, tapi tak banyak. Walaupun tak banyak tapi BESAR! Jual orang pun boleh. Yatoo Supermercado Rapido namanya hehehe.. lain dari yang lain, so terpaksa masuk jugak dalam blog aku hehehe..
Dari FC Barcelona stadium tadi, agak jauh nak ke Sagrada Familia ni. Kena tukar train dua kali, lepas tu kena jalan nak tukar train ke platform lain satu hal lagi. Jauh ok!! Jam ketika itu dah 8.30 malam. Aku sebenarnya tak berapa pasti sama ada , diorg akan pasang lampu ke tak kat Sagrada Familia tu, tapi kalau google Sagrada Familia at night, memang akan kuar gambar waktu malam. Cantik la jugak. So aku dengan pasrah dan yakin (tak yakin sangat, 50-50) paksa gak diorg semua ikut aku pegi sini waktu malam!
Teng teng teng......
Keluar je dari lif metro station tu, aku pandang belakang, aku nampak bayang Sagrada Familia, tapi gelap gulita!! Mana lampu tu semua???????????? Uwaaaaa rasa nak nangis! Memang sia-sia okeh!! Dah la jauh nak pegi, jauh menapak kat station tu lagi!!!! Mati la aku kena bunuh dengan para jemaah! Rugi tiket train lagi!!!
Datang dekat sikit, kot-kot la kena ada orang baru lampu tu terbukak ke kan!! Haram!!! Aku tengok jam, dah 9 malam, memang tak cukup gelap lagi, nampak lagi langit masih biru, tapi apakah??? Nak suh aku tunggu pukul berapa pulakkkkkkkkkkkk??
Akhirnya aku pasrah..amik je la apa yang ada..esok kite pegi lagi..kata aku (tapi dalam hati je la..mau kena maki ngn para jemaah kalau aku ajak repeat lagi esok kekekeke).
Dah dekat 10 minit di situ, masih lagi tiada tanda-tanda lampu akan di pasang, kami akhirnya setuju untuk berangkat pulang saja. So balik la kami.. Tak sampai 10 langkah, tiba-tiba semua jadi terang di situ..eh lampu dah pasang! lampu dah pasang! aku jerit cam orang jumpa duit atas jalan! Hmmm nasib baik tak turun lif nak ke metro lagi, kalau tak confirm melepas..huhhhh legaaaa...
Cerah sikit biji mata aku nak tengok!
Satu part lagi yang aku tak puas hati ialah pasal angle bangunan ni, sebabnya berdiri di sebelah kiri atau kanan, angle nya tetap nampak sama!! Kalau nak angle lain, jawabnya kena amik dari helicopter pulak. So kami redho je la dengan yang ini je.
Salah satu binaan agung Gaudi yang telah pun menjadi UNESCO site. Dah berkurun church ni dalam pembinaan, tapi langsung tiada tanda-tanda akan siap. Pembinaan ni terbengkalai sejak kematian Gaudi sekitar 1920an (if aku tak salah la)
Construction Sagrada Familia telah bermula sejak dari tahun 1882, bayangkan dah seratus tahun lebih pun tak siap-siap lagi! Hehehe.. Tapi bila lihat betul-betul church ni, memang nampak haunted. Sebab mungkin senibinanya yang berbentuk begitu kot.. agak scary juga.
Pintu masuk ke Sagrada Familia. Sapa yang teringin nak masuk tu, sila cari sendiri info di website yang berkenaan, sebab aku tak masuk. Katanya rugi duit masuk church, masuk masjid pun free hehehe.. tak gitu??
Penat dah tadah muka depan camera, kita posing cara lain pulak ye cik Qilah...ha pandang atas! pandang atas! hehehe
Lepas dah amik gambar, tak buang masa, terus ke metro dan balik ke apartment..huuhuuhuh sejuk-sejuk cam ni dapat makanan panas-panas memang layannnnn..jom kita balik...
Sekian..akan bersambung lagi minggu hadapan... :))
24 comments:
Wow cantik sangat gegambo!
Bangunan tu sangat creepy okay! Agak2 nampak Van Helsing tak kat atas bumbung tu?
Hehehe memang tebaik barcelona...(berangan la nak pegi lepasni) jeng jeng jeng
ha puas baca! banyak part!
eu ni satu jer, kita kena cherish binaan bangunan dia kan? harapkan orang, tak best pun.
part masuk lorong2 tu seb beik tetiba takde lembu spain kuar tanduk2 orang hahaha! kalo tak, jenuh lari!
messi tanak! tak jumpa ke baju rafa??? benciii!
kitorang nyer gambar manhole kat jepun pun banyak!! cantik2 kan???
i minat tgk cathedral since i darjah 6. masa tu i nak sgt pegi Edinburgh, tatau nape (gile ko, darjah 6 dah ada rasa nak gi EU ok..) so bila tgk gothic church ni, rasa cam nak tikam diri sendri. seb beik waras lagi hahaha!
mafia ada gak sana, tapi mostly Don family la (originally from spain tapi italy pun guna)...uish, kalo hensem, apa salahnyeeee :D
mcm best jer lepak2 sambil isap cigar kat sana ek? nak try la nanti! hahaha!
i ada tgk satu cite ni, dia naik vespa keliling barcelona! teringin la!
ewah, comel sungguh gambar kat balcony tu. ha sape ckp tak reti pose smlm??? ha??? ha???
vending machine jual orang? yg nari2 kat tingkap ada tak? nak tgk! hahahaha!
I SUKA TGK SAGRADA TU! RASA MACAM NAK TERBANG MACAM MAGICIAN!
ok titik.
Janggel: Aku berharap jumpe Van Helsing, sb dia hensem dan body cun kekeke..(apa kene mengena tah!)
Jom berangan secara berjemaah!
Biqque: U puas baca? i mcm nk pengsan nk tulis pepanjang cam ni! Lembu kuar kat lorong2 tu bulan 7 tak silap i, yg festival bull run & tomato tu..lain kali kena pegi bulan 7 la plak kalau nk try kena kejar lembu hehehe
Baju raffa tak jumpe la..ha a cantik penutup2 tu semua..kt KL ada ke cam tu??
Ha a mafia tu ada la jgk kat spain, cuma rasa cam napa diorg takde nama sendiri dlm spain je, senang sikit nk pangil..ni russian & american pun nk guna mafia gak..kan dh jadi general ha..nasib baik kite ada mat rempit..hahahaha
I rasa u kena amik unpaid leave la pusing edin, dan seluruh europ.. Tgk Sagrada rasa nk terbang?hmm senang la Sharul kawin lain nanti, u jgn marah plak..:))
Biar laa lisptick Fushia tak berapa nak nampak, tapi aku nampak itu kasut vogue kaler merah okeh!!
Hi Na,
Tadi danny cakap, chawanna nanti kejap lagi dia nak update 2nd part. Hehe. Anyway, ni kawan danny. Kolig senang cerite.
Date kita pergi tu lebih kurang sama.. I pergi 26 April sampai 14 May. Sob sob.. I miss Europe but I miss UK lagi.. hehe..
Spain tak masuk dlm list hari tu entah kenapa. haha. kekdahnya mungkin sbb tak bace buku DK pemberian lily kot? Erk.. My trip haritu 3 org kaum hawa huhu and my first backpack.. cuak tapi semuanya alhamdulillah je nasib baik.. mungkin org2 yg kitorng jumpe tu baik2 semuanya..
Ok nnt I komen lagi..
bestnyer terjah barcelona tuu.. uhhuu
Wow...bestnya....ooo masuk sagrada kena bayar ek...hmm...nk tgk apa kt dalam ek? sure mcm ala-ala tak siap jugak...rugi duit jer....
alah comeynya aqilah kt Club tu....semua pictures nice lah!
...waiting for your next post on park guelle...situ pun org kata cantik...
ok dah abes baca... bestnya kan kalo duk sana. haha... tp yg gmbr mlm tu mmg nmpk mcm haunted sungguh sagrada tu.
tp gmbr last mmg cntik moment tu. aku boleh bayangkan aqilah ckp "mummy, tgk kat atas tu"
Nily: Hahahaha nampak gak ko kat kasut tu. Kasut tu la yg buat kaki aku sakit masa kat USS, tapi kat europe ok dah..kus selamat..
Fida: Oh kawan danny yg glamer tu rupenye.. selamat datang ke Chawanna :)
Hahahaha lain kali u pegi la plak spain. I leh pegi Italy plak :)
Nily: Hahahaha nampak gak ko kat kasut tu. Kasut tu la yg buat kaki aku sakit masa kat USS, tapi kat europe ok dah..kus selamat..
Fida: Oh kawan danny yg glamer tu rupenye.. selamat datang ke Chawanna :)
Hahahaha lain kali u pegi la plak spain. I leh pegi Italy plak :)
hajiMete: Heheheh :)
Almiraz: Ha a kena bayar. tapi tak tau la malam bukak ke tak. Park Guell pun cantik, ada kat entry berikutnye okeh..
Danny: Itu la, aku tgk pun nampak mcm haunted. Bukan Aqilah yg suh aku tgk atas, aku yg suh dia tgk atas..nasib baik dengar kata hehehe
tu aaa..
baca ...and baca...kata ...apa punya gigh berjalan...siap nampak urat kaki timbul kat kasut-iye-pakai-ke-uss-tempohari itu.
tapi best ,kan
jenjalan tempat org
nengok bangunan...
nengok orang ...
aqila mcm biasa..bangun tido pun comel
hehe
ok
mak dia pun comel jugak
..opss
bapaknyer kena dipuji jugak ker???
.
.
.
lagi?
Cantiknya semua gambar tu. Korang memang gigih berjalan so tak heran sampai 5 jam kat situ !!
Comel gambar qilah dan mummy pandang kat atas tu...
perghh bestnyeee style je bangunan2 die..mmg suke!
salam sejahtera...marilah kita sama2 buat hashtag #ElySuhaili
Kak Anash: Nampak urat kaki? hahahah..cerah bijik mata akak! 10 markah saya kasi!
Nasib baik kata saya comel! Kalau tak nk pukul dah Aqilah tu hhehehe.. bapak dia tak yah puji, nanti kembang cam sponge!
Rozita: Gigih masa mula2 je..sb jakun, dah lama2 rasa letih hahahaha..
Sumayyah: Best kan bangunan gothic tu semua...
Danny: Sila main jauh2! huhuhuhu
salam.. like sgt your blog ni.. sorry kalau off topic.. but ada tak any post regarding travelling tips with kids? what should and shouldnt be packed? what about kids food? etc. thanks in advace.
dzuhata: Terima kasih like blog Chawanna :) Dah post dah entry yg berkaitan u request tu :))
owh....dzuhata yg request ya...hehhehee...btw, good job chawana!!
SALAM
@chawanna - akhirnya SAGRADA FAMILIA!!! tmpt yg nk sgt2 sy lawat. hahaha... gotik gile. best2!
btw kali nih mcm byk xikut itinerary eh. nape? smpi sana lain ke dgn yg di study?
Alifah: Oh kenal yek heheheh..
Abbaz: Ha a..akhirnya sampai jugak kitorg nk tgk benda tu. Memang gotic habis. Nanti ko plak pegi yek..
Sebenarnya itinerary ada, cuma dah sampai sana, kitorg main ubah2 mengikut kesedapan sendiri, benda patut buat hari 1st, ktorang tukar hari ke 3, faktor cuaca pun salah satu sebab kitorg main lompat sana sini. Kali ni trip lebih flexible kekdahnya :)
@chawanna - yg tu mmg wajib gile kot dtg n tgk. nape x masuk dlm? agak2 ape ade dlm tu? hehe. owh ok. ingt nnti nk g 3 minggu. tp tgh susun itinerary. korng ni kene pkai gothic kot. ikot tema tmpt yg dilawat. hahaha
nk tanya pasal ESO tu. cmne nk dpt kan eh?
Abbaz: Ko takde blog ke? leh aku terjah hahahah..bila nk pegi nih? cer kabor..
ESo tu cam mana nk dpt? aku dh reply kt komen ko kt entry atas tu..
@chawanna - nak blog ke? alah, malulah. berhabuk skit. lama dah xhapdet. hahaha
http://abbazeef-wanderlust.blogspot.com/
malu2. hahaha... i'allah europe nih 2013 =D
Post a Comment