Monday, August 27, 2012

Holland: Keukenhof Garden

Photobucket 
Keukenhof (dutch) atau Kitchen Garden terkenal sebagai salah satu taman tercantik di dunia. Chawanna hanya mengetahui tentang kewujudan Keukenhof pada tahun 2009, ketika sedang mencari informasi tentang Europe. Rancangan awalnya nak ke Europe pada 2010, tapi terpaksa ditangguhkan gara-gara hal peribadi yang tidak dapat dielakkan :))

Dah alang-alang sampai ke Amsterdam ni, sudah tentu juga kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Keukenhof yang hanya dibuka untuk awam cuma selama 3 bulan dalam masa setahun, selebihnya ditutup untuk kerja-kerja dibelakang tabir sebelum dibuka semula pada tahun berikutnya. Untuk pengetahuan, Keukenhof hanya dibuka pada bulan pertengahan bulan Mac sehingga pertengahan bulan May.

Photobucket

Keukenhof terletak di Lisse, iaitu lebih kurang 30 KM dari Kota Amsterdam. Kami ke sini dengan menaiki kereta yang disewa dari airport Schipol, bagi yang tak nak sewa kereta, boleh menaiki bas ataupun keretapi. (Sila refer sendiri dari website keretapi Holland Train ataupun bus mereka).

Kalau di Swiss, New Zealand mahupun di Australia, kiri kanan jalan boleh cuci mata melihat pemandangan yang cantik-cantik, tapi tidak di Holland! Tanahnya memang flat, gunung-gunung tidak wujud di sini. Dipendekkan cerita memang BOSAN lah ketika memandu di Holland, melainkan korang pergi ketika musim bunga, jadi adalah kelihatan ladang-ladang tulips di tepi-tepi jalan, terutamanya di Lisse.

Yuran masuk ke Keukenhof berharga EU 15 untuk dewasa, manakala kanak-kanak (4-11tahun) EU 7.50. Bayaran untuk parkir kereta pula berharga EU 6. Jangan risau pasal parkir kereta, sebab kawasan parkirnya amat maha luas sekali.

Photobucket

Fakta Keukenhof 1: Keluasan taman ini adalah sebanyak 32 hektar.
Fakta Keukenhof 2: Lebih kurang 7 juta jenis bulbs ditanam disini dan melibatkan 1600 pelbagai jenis tulips dan bunga-bunga yang lain.

Mengikut sejarah tulips di Holland, bunga ini diperkenalkan oleh orang Turkey pada abad ke 17, dan hari ini Holland telah menjadi pengeluar tulips yang terbesar di dunia. Ok cukuplah sikit-sikit fakta pasal tulips dan Keukenhof, jom tengok gambar tulips.

Photobucket
 Cuaca yang nyaman dan pemandangan tulis yang berwarna-warni menyambut kedatangan kami ke Keukenhof.. Sungguh menakjubkan melihat kecantikan dan kemeriahan taman ini. Kali terakhir Chawanna melihat tulips adalah di Melbourne ketika festival Tesselar Tulip Silvan.


Photobucket

Photobucket
 Tak tahu bagaimana nak describe betapa cantiknya taman Keukenhof ni, yang pastinya dia memang layak dipanggil taman tercantik di dunia!

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Tak puas rasanya di sini, rasa nak bergolek-golek disebelah tulips ni semua, tapi dilarang memijak rumput plak, so terpaksa la duk jauh-jauh sket..ishhhh

Photobucket
 Tulips merah dikatakan simbolik kepada cinta sejati.

Photobucket
 Kalau yang dwi warna macam ni maksud apa pula ye??

Photobucket
Bagi pengemar bunga, taman ini adalah syurga untuk mereka hehehe, gubahan landscape nya yang cantik, disertai dengan sungai-sungai kecil yang comel, dan rumput karpet yang hijau, terasa seperti di dunia fairy tale pun iye juga ;)

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kawasan taman yang terlalu besar menyebabkan kami agak keletihan berjalan, sampai satu tahap rasa nak berhenti dan cari jalan exit je, tapi bila nampak bunga-bunga yang cantik di setiap pelosok dan penjuru, terus niat itu dibatalkan. Bayangkan lah, sampai tak tahu dah nak ambil gambar yang macam mana lagi, rasanya gambar di Keukenhof ni yang paling banyak sekali.

Photobucket

Photobucket
Kedai cenderamata juga ada terdapat di dalam taman ini, jadi bolehlah membeli sebarang dua cenderamata untuk dibawa balik buat kenangan. Harga agak murah, mengikut european standard. Selain kedai cenderamata, terdapat juga restaurant yang menjual pelbagai jenis makanan, tapi tak usahlah bertanyakan kepada aku, sebab aku langsung tak makan kat situ.

Photobucket
Tori gate pun ada.. mungkinkah nak menunjukkan simbolik kewujudan Sakura di sini? hmmm. Sebenarnya di Amsterdam juga terdapat Cherry Blossom Festival sempena menyambut kedatangan musim bunga seperti yang terdapat di Jepun, jadi tidak hairanlah jika terlihat pokok cherry ni di sini mahupun di Bloesempark dipenuhi bunga-bunga sakura bermula dari bulan Mac setiap tahun.

Photobucket
 Tulips dan sakura, combo yang menarik!

Photobucket

Photobucket
 Petals sakura yang gugur apabila ditiup angin..

Photobucket
Ok yang ni aku tak pasti pokok cherry ataupun adik beradik dia dari jenis yang lain, sebab bunganya berwarna purplish sikit, ada sesiapa boleh clarify jenis pokok ni?

Photobucket
Hari makin lewat, kami punyai satu lagi agenda untuk hari ini, dengan yuran masuk EU15 yang dibayar tadi, kami rasa sangat berbaloi melihat keindahan dan kecantikan taman ini yang berwarna warni. Dan bagi pengemar fotografi pula, aku yakin sangat tempat ini adalah salah satu tempat yang patut dikunjungi untuk menambahkan shutter count korang hehehe.

Jadi anda berminat untuk ke Keukenhof? Sila layari Keukenhof untuk segala informasi berkaitan taman tersebut, dan rancanglah percutian anda semoga dapat ke sini, INGAT! taman ini cuma dibuka dari Mac-May setiap tahun sahaja.


32 comments:

Naramas Aman said...

WOW memang cantik taman ini dgn tulips yg pelbagai warna. Gambar yg Chawanna tangkap tu semuanya cantik2 belaka. Pandainya awak ambil gambar. Saya pun minah bunga, teringin nak ke sini, tapi tak berpeluang lagi.

Barangkali tulips yg ada dwi warna tu, agaknya bermaksud cinta berbelah bagi kot...

Danny / John said...

haiiii tak tau aku nak cakap ape lagi. mmg taman ni adalah super super super cantikkkk!!! subhanaALLAH... gmbr2 pn superrr cun!!!

kalo x salah aku, bunga kaler campur2 tu dipanggil bunga hybrid.

ish ish ish...xtau dah nk komen ape lg. mmg cantikk lah!!!

nk dtg sini!!!

niL said...

Wooot wooottt!

Nak bunga purple putih!!

Dan Arif said...

tak cantik! tak cantik! bunga semua tak cantik! *ayat org jeles* .. cuma aqilah jer maintain cantik.. hehe..

BlueEwoke said...

Naramas: Hahahah cinta berbelah bagi? tak terpikir pn masa tulis tadi ahahhaha lawak!

Danny: Cantik kan? Sila datang sini thn depan..ko kata nk p europ kn thn dpn?

Nil: Boleh2, ambik la

Dan Arif: Ooo tak cantik ye, ko tu tgh berdarah manis (eh tetibe), entah2 esok tau2 ko dh kebas tiket ke Amsterdam nk honeymoon sambil tgk tulips ahahahahah

Azra said...

Gambo2 yg bleh buat aku nangiss.. lawa X 1000 .... nak ikut john pegi sane gak ^_^

f i d a j a c o b said...

Chawanna,

Bunga tu semua mmg sangat cantik. Rasa macam ada kat taman apa je. Pndang kanan bunga, kiri pun bunga. Rasa nak baring kat pandang rumput ittew which mmg dah buat hahaha walopon takde la baring tapi duduk sebab best sgt...

Sejuk light2 makan mushroom soup memang sgt sgt best.. hihihi... bunge kaler hitam adalah bunga cinta matiii kah? hahahaha..

Leez M. Saaid said...


what i can say rite now is wowww!! such a beautiful place to visit.

pic pun cantik and superb!!!

Lily Riani said...

after awhile, mati kutu tak nak tangkap fashion apa, angle apa, pose gana etc etc... sbb bab bunga2 nih, i fail with flying colours.

BlueEwoke said...

Azra: Oh ko kenal John yek, elok la plan sesama nk ke europe tu hehehe..

Fida: Kalau ko makan mushroom soup, aku plak makan tomato soup masa nk balik tu, layan gak la time2 sejuk tu ahahahah

Leez: Saya pun tak tau nk kata mcm mana dah, wow jugak lah :)

Lily: Actually kitorg pun mati kutu dah nk amik gambar angle cam mana, nk pose pn memang tak tau dah, bayangkan la taman tu super besar, mula2 je excited nk amik gambar, bila dh lama2 jd lemau, sb abis idea dah ahahahah

Lily Riani said...

kan kan kan... after awhile, balik balik bunga tuh jek, unless ada prop ok ler kot. i guess sbb tuh i tak byk gambo kat park sbb mati kutu.

i nak cadangkan, orang byk kutu baik gi park jek, tak yah beli shampoo mahai mahai kan. AHHAHAHHAH....

Janggel / Rain said...

Ya ALlah canteknya!
Hal peribadi yang tak dapat dielakkan tu ada kene mengena ngan cik kilah ke? kekekek

rossdowsen said...

adoiii.....tiba-tiba hatiku dibawa ke kuekenhof.

masMZ said...

sesungguhnya aku tak terkata apa-apa.....

taman ni memang super mabeles cantik, ko ambil gambar pun super mabeles cantik.... mencikkkkkkk sebab ko tak amek gambo aku kat situ........ huuuuuuuuuuuuuuu

BlueEwoke said...

Lily: Ye tidak dinafikan agak kurang props di Keukenhof ni, i pun posing cam kayu tau, sb tu i segan nk letak gambar i dlm entry ni kekekekke

Janggel: Iye, hal peribadi itu apabila aku terpregnantkan Aqilah, dia pn tak mo ketinggalan nk ke europe tau..

Ross: Fuhhh fuhhhhhhh fuhhhhhh pergiiiiiiii

MasMZ: Berkat 50mm aku itu maka terhasil la masterpiece diatas..cewah masterpiece la konon (muntah darah). Lain kali aku amik gambo ko plak, tp aku bila ramai2 jd tak pandai amik gambo, kena aku sorang je, baru tibe2 jadi pandai..ha cam mana tu??

Anonymous said...

lawanya bunga tu..mcm nak makan jeee..he he

Biqque said...

tanak ckp pape.

tanak!

TANAKKKK!!!

*lari nangis jauh2 sambil seret selimut*

Anash said...

...nak ikut biqque gak....
.
.
.
.
"seret kepala katil"...ok?

misznina said...

Salam, baru terjumpa blog anda!
Wah.. ada geng travel..
Cantik sangat Holland.
Haritu ada singgah Araluen, Australia..
Tempat ni pun lebih kurang sama macam dekat Keukenhof..

Best baca ur post!
http://misznina17.blogspot.com/

BlueEwoke said...

Biq: Nangis laa...kami sekeluarga tidak boleh berbuat apa2 lagi..heheheh

Kak Coco: Oh mai, drama sungguh nk seret kepala katil!!

Misznina: :)

Ely Hasrul said...

aku cam woaaahh ngapa 3bulan aje cam lama sungguh keje belakang tabir tuh! tapi dikire2 mmg la gitu sbb dorg ade season haha.. sure cam al-bengkek time hujan ke salji ke haha..

seret kepala katil kahkahkahkahkah!

Danny / John said...

nape tak keluar gambar??? arghhh!!! bila ko nak sambung nih??? cepattttt2!!!!

Rozita said...

Cantik betul semua gambar ni, rasa cam nak nangis tengok tulips yg cantik cam bunga plastik jer tu. Masa sy gi korea bulan mei, pun byk gak tulips tapi xsbyk ni lah.

Muna said...

Ok,aritu dah save gambar Chawana kat Swiss wat wallpaper kat desktop, jab g nak print gambar bunga tulip tu wat lekat kat dinding ofis pulak. Boleh camtu?? haha sumpah cantik. Pengsan.

BlueEwoke said...

SKin: Heheheh nasib badan la, tp takpe, kt tempat lain ada tulips gak, xdpt tgk kt holland leh tgk kt lain je..

Danny: Ada je gambar nih..ewahhhhh

Rozita: Hehehe drama sungguh sampai nk nangis2 nih ahahahah

Muna: Ya Allah, saya terharu sgt neh, first time ada org nk gune gambar saya letak kt wallpaper desktop! Saya pun tak penah letak gambar yg kitorg amik kt mana2 pc/laptop kitorg..emmm terpaksa buat la gini kekekek..

Hamra said...

Superb wow..cantek ♡♥ mmg rezki aqilah la ni nk g europe..
Blh ambik 1 pic nk wt wallpaper hp plk ;p hehe
Slamat ari raya Chawanna family

gme said...

Wah. Cantik. Masuk pavilion dia, tup-tup jumpa tulip "Malaysia".

Supermeng Malaya said...

indah.

zila said...

tak boleh jijak rumput then cmner nak snap tulip tu dekat2..entrance fee pun tak mahal sangat..awk beli online ke apa??

BlueEwoke said...

Zila: Kalau ko bernasib baik boleh la pijak rumput, tapi bunga2 tu dekat je ngn laluan pejalan kaki. Entrance fee beli kt kaunter je, EUR 16 je

nana tron said...

Hi. Sorry if dah ada org tanye soklan ni or u ada tulis kt entry europe u sbb i tak khatam abes la..u pegi amsterdam specifically bila dan bulan brapa? coz sgt cantik dan tepat waktunya...saat bunga bunga tgh berkembang gitu. and also, cuaca time tu ok tak? sejuk ke coz nmpk u pakai jaket bagai...ok dats all! u inspired me to go amsterdam :)

Chawanna Na said...

Nana: I pegi Amsterdam awal May, cuaca masa tu i rasa sejuk jugak, dlm 11-18 C, i memang tak tahan sejuk, sb tu memang sentiasa pakai jacket ;p
Keukenhof ni bukak dari Mid March - Mid May, if you nk pegi garden nih, make sure u pegi dlm antara bln tu la, tp i suggest jgn pegi awal sgt, sb awal2 tu selalu musim ujan di sana..so end of April or early May just nice la :) (but again, siapalah kita nak tentukan cuacakan, tuhan sajalah yang tahu hehehe)