Friday, March 23, 2012

Kyoto: Kiyomizu-dera & Kyoto's Shopping Streets

Kiyomizu-dera (Kiyomizu Temple)

Dalam cuaca dingin aku berpeluh gara-gara mengejar stroller Aqilah tadi,  kami teruskan berjalan kaki dari Sannenzaka slope menuju ke Kiyomizu-dera yang terletak lebih kurang 10-15 minit berjalan. 

Bila nampak pintu entrance, Cawan cakap dia tak nak masuk, sebab tak larat dah nak panjat tangga-tangga tu semua. Dia nak tunggu di bawah temple tu, sambil jaga Aqilah. Hmm ok, takde masalah, aku sorang saja yang naik. Bayaran masuk hanya 300Yen.

Waktu dah hampir senja, masih ramai pelawat yang datang ke sini. Aku juga tidak terkecuali.

Tangga-tangga ini telah melemahkan semangat Cawan hehehe, sebab sebenarnya dia tak larat dah nak angkut stroller Aqilah naik sampai atas.

Comel..

Kiyomizu-dera merupakan antara temple tertua di Kyoto. Temple Buddist ini telah wujud sejak dari zaman Heian iaitu 778 tahun. Kiyomizu-dera adalah salah satu spot paling cantik untuk melihat cherry blossom dan musim luruh di Kyoto!
Kiyomizu-dera ini dibina tanpa sebarang paku. Semua cantum-cantum dengan kayu je. Emm boleh bayangkan tak? Tempat yang ramai-ramai orang berdiri (seperti gambar di atas) adalah dewan utama temple Kiyomizu. Dari situ, boleh nampak pemandangan seluruh Kyoto. Dan akan lebih cantik if time tu ada sunset hehehe.  
Pokok-pokok di kawasan Kiyomizu-dera ini masih togel, kerana baru masuk musim bunga, tetapi dah boleh nampak putik cherry dah mula keluar, sebab tu dihujung-hujung ranting pokok dah nampak warna merah/maroon/pink, mungkin pada ketika entry ini ditulis, mereka dah start blooming agaknya??

View typical Kiyomizu-dera. Kiyomizu-dera ini adalah sebahagian daripada Historic Monuments of Ancient Kyoto dan UNESCO World Heritage site.
Dibawah Kiyomizu-dera ini, terdapat waterfall kecil. Sesiapa yang minum air dari waterfall ini, boleh la berbuat hajat, dan kemungkinan besar akan ditunaikan..erk..sanggup kah?.

Sanjunoto, pagoda 3 tingkat yang terdapat di Kiyomizu-dera. 

Taman dan pond kecil yang ada di dalam kawasan Kiyomizu-dera. 

Niomon gate, ialah nama gate untuk semua buddist temple di seluruh Jepun. Dikatakan gate ini dijaga oleh dua orang pahlawan kayu (wooden warrior) yang bernama Nio.

Suhu di Kyoto nampaknya makin dingin dan hari pun dah makin gelap. Aku keluar dari Kiyomizu-dera secepat yang boleh, agenda kami masih panjang hari ini. On the way turun dari Kiyomizu-dera, kami masih lagi melalui slope-slope kecil untuk terus ke bus stop berdekatan, iaitu Kiyomizu-michi. 

Entah berapa jauh berjalan, kami pun tak perasan, bus stop dah jumpa. Tapi bus pulak asyik penuh je. Maklumlah, hari itu Jumaat, waktu peak sebab orang baru balik kerja. Hmm takpelah, kite tunggu bus berikutnya..

Okeh, hari dah gelap. Aqilah dah mula tak senang duduk di bus stop. Kasi rasuah sikit, dia layan lagu Baby TV ..hmm harammm sekejap je, lepas tu dah mula merengek. Sejuk mungkin! 

Bus yang kedua muncul..arghh penuh lagi.. Aku sendiri dah tak sanggup nak tunggu time sejuk-sejuk ni. Maka terpancul la idea nak naik teksi! Cawan agak skeptical dengan cadangan aku tu, tapi sebabkan aku buat muka kura-kura, ditambah lagi dengan muka Aqilah yang dah macam kura-kura nak mengamuk, Cawan akur untuk naik taxi untuk balik ke hotel.

Taxi memang banyak di Kyoto, tahan je la, pastu cakap je nak pegi mana-mana. System GPS diorg pandai la nak cari nanti. Rate taxi untuk 2 kilometer yang pertama adalah 600Yen, dan tambahan sebanyak 100yen untuk setiap 500meter berikutnya. Tapi kami sedikit malang, sebab driver taxi tak dapat cari hotel Alpha Kyoto tu, walaupun ada GPS!! Silap aku jugak, sebab lupa nak bawak card hotel tu. Mungkin dia tak paham english sangat, dia cuma paham sipi-sipi je kot tadi? Dia calling sana, calling sini, so dia buat pusingan merata-rata. Meter taxi dah meningkat tinggi. Muka driver tu dah cuak (eh dia pulak yang cuak!) Muka aku dan Cawan dah toya. Hmmm 10 minit kemudian, entah berapa kali pusing, plus sangkut dekat jalan jem lagi, memang berkepuk la duit kami kena keluar untuk bayar taxi nanti. 

Hmm akhirnya sampai juga depan pintu hotel. Jarak tak jauh pun sebenarnya dari Kiyomizu tadi tu, tapi jem punya pasal, dan salah jalan lagi, terus jadi 15 minit! Bila time nak bayar, dia cuma mintak 600 Yen saja! Aku ngangga!! Dia langsung tak charge apa-apa. Pastu dia macam cuba explain yang dia yang salah, bukan kitorg, so biar dia tanggung cost tu. Haaa ko mampu? Kat KL buat cam tu? mampuih kite yang kena bayar, walaupun bukan kite yang salah jalan kekekeke.. Dah la naik turun keta, dia bukak pintu, dah aku rasa macam naik limo plak. Stroller Aqilah kat bonet pun dia tolong angkat kan, tak kasi Cawan sentuh sikit pun! Apa sangat la stroller 4-5 KG dengan tangan Cawan yang SASA tu kekekeke. Masa Cawan nak kasi extra duit kat dia, sebab kesian, dia tunduk-tunduk entah berapa kali, cakap tak nak, sambil geleng-geleng pala. Cawan memang berhati mulia, insist gak dia amik duit extra tu, tapi driver taxi tu tak mo juga, muka dia rasa macam bersalah gila, padahal kitorg tak apa-apa pun heheheh..ok la, suka hati dia la, janji aku bayar murah sudah!!

Kyoto's Shopping District

Dari hotel ke Sanjo dori adalah lebih kurang 2 minit berjalan kaki. Since ini malam terakhir kami di Kyoto, jadi kami berhajat nak pergi shopping souvenir sikit untuk diri sendiri dan family. 


Shinkyogoku arcade di Kyoto

Salah satu shopping arcade yang paling lama di Jepun selain Asakusa Nakamise di Tokyo. Mengikut sejarahnya, Shinkyogoku arcade ni pada mulanya fungsinya sebagai tempat entertainment di Kyoto, banyak terdapat pawagam, hall teaters di sini, tapi lama kelamaan, dari tempat entertainment terus jadi tempat membeli belah souvenirs.

Kawasan ni sangat luas, ada banyak lorong, sampai aku pun tak pasti nak pilih yang mana satu, sebab aku tengok semua macam menarik je kekekeke..

Restaurants ada banyak dalam ni, segala jenis makanan ada, KFC dan Starbucks coffee pun ada. Time-time sejuk macam ni, aku tengok display set nasi goreng ni pun boleh terliur. Bila tengok harga macam boleh pengsan hehehe..

Macam yang aku pernah cakap, diorg ni memang perfectionist la kot, semua display set makanan diorg dihiasi dengan cantik sekali. Memang tempting gile. Kalau halal ni, memang aku tak pikir 2-3 kali dah...oh apalah nasib, telan air liur je la..

Kit Kat Limited Edition versi Jepun. Yang ni perasa teh..oh..beli jugak satu pack, nak rasa..

Dalam ni bermacam-macam jenis souvenirs ada, cakap je nak apa..semua adaaaaaa... Sila ambil perhatian, kat Jepun ni takde istilah bargain-bargain ok. Apa harga yang ada ditulis kat situ..itu la harganya..so bargain skill korang tidak diperlukan disini. Take it or leave it kekdahnya..


Kimono dan Yukata bersepah, dari yang murah ke mahal, low quality ke high quality semua ada di sini, sila cek beg duit before buat keputusan nak beli hehehe..



Agak-agak semput dan rasa sendat jantung korang nak bernafas bila tengok harga barang-barang dalam currency Yen tu, korang tak perlu risau, mereka ada AED (automated external defibrillator). Fungsinya untuk menghidupkan jantung-jantung yang tiba-tiba terkena cardiac arrest time-time tengah berjalan shopping tu hehehe.. Bagus dak??

Tshirt pelbagai rupa, bentuk dan warna boleh didapati di sepanjang dalam shopping arcade ni. Harga lebih kurang 1000 Yen la average, kalau bernasib baik jumpa kedai aku beli tshirt tu,boleh la dapat Tshirt Jepun dalam harga 890 Yen! Ada tshirt yang murah dari 1000 Yen, tapi bukanlah yang macam I Love Kyoto, mahupun ada bendera Jepun, tshirt macam tu lebih kepada tulisan dan lukisan yang bukan-bukan!

Berdekatan dengan Shinkyogoku, ada Teramachi-Dori. Di sini pun ada jual pelbagai souvenirs. Dua-dua tempat ni seolah bersambung. Aku pun tak tahu kewujudan tempat ni, sebab aku main redah je. 

Mesin buat pancake Jepun..


Inilah hasil dari mesin tadi..boleh dibawa balik if halal nih..

Kedai jual takoyaki pun bersepah..harga tertakluk pada jenis takoyaki, dan jumlah dalam setiap pack..


Drug store macam Guardian dan Watson memang banyak di setiap lorong-lorong arcade ni. Harga setiap kedai berbeza, ada yang murah ada yang mahal, if korang ada nak beli benda-benda macam ni, sila compare. Setakat nak beli brand Kose, Shiseido tu, memang bersepah la dalam ni. Macam kite tengok brand Loreal kat Guardian tu kekekeke

Kawaramachi & Shijo Street

Dua streets ni adalah di kawasan downtown Kyoto. Paling happening la kat Kyoto tu. Di kiri kanan jalan, ada banyak shopping malls dan pachinko  arcade.




Sebelum jejak kaki di Kyoto, aku cuma dapat bayangkan Kyoto ni macam kawasan kampung-kampung je. Tapi takde la kampung sangat, lagi hidup dari Queenstown dan Christchurch di New Zealand! heheheh

Malam minggu, semua orang nak berjimba, jalan agak sesak dengan kenderaan awam dan persendirian. Budak-budak remaja pun ramai keluar malam-malam minggu ni.

Pachinko Arcades


Sepanjang jalan di Kawaramachi ni, ada banyak pachinko arcade. Sebenarnya aku tak tau pun pasal ni. Cawan yang beria-ia nak tengok tempat ni. Katanya pachinko ni originated dari Jepun. Pachinko ni memang similar dengan pinball tu. Bezanya dia takde flippers macam pin ball machine tu. 
Pachinko slots ni memang tempat orang-orang Jepun berjudi. Tak kisah la tua atau muda, tapi memang ramai yang dah addicted. Kata Cawan lagi (sebab dia dah baca pasal pachinko ni) kebanyakkan yang datang main, akan duduk di slot machine yang sama, sebab diorg dah tau nak control segala punat-punat yang ada disitu. Kalau diorg tukar slot machine yang lain, nanti macam hilang ong diorg nak menang! heheheh

Lagi banyak bola besi ni korang beli dan campak dalam slot pachinko tu, lagi tinggi chances korang nak menang prize besar-besar! Eh ada sapa-sapa yang berminat ke?? 

Bila dah menang, player boleh teruskan bermain atau pun pegi redeem hadiah yang disediakan. Macam biasa, bola-bola besi tu akan dikira oleh staff arcade tu, dan dari situ baru boleh ditentukan apa jenis hadiah yang akan pemenangnya dapat. Tapi ada jugak sesetengah tu, yang exchange bola besi dengan cash, tapi ikut pintu belakang la, sebab tak semua arcade boleh buat macam tu. Selalunya pihak ke tiga la yang akan beli bola besi tu dari pemenang dengan rate harga yang ditetapkan. (Cewah aku citer cam aku main je)

Sebenarnya dalam arcade ni tak boleh ambik gambar, semua ni curi-curi tangkap, lebih kurang 10minit gak la Cawan ronda-ronda dalam arcade tu melihat-lihat orang bermain, aku tunggu kat luar dengan Aqilah. Tapi lepas tu ada orang report kat owner arcade ni yang Cawan amik gambar, so ada la kuar penjaga arcade tu menuju ke Cawan, sebab memang no photography, Cawan pun apa lagi, terus cabut, tapi maintain cool gitu.. keluar je dari pintu..ha jommmmmmmmmmmmm kite..hehehhehe

Teringat kat Hong Kong plak bila tengok gambar ni..hehehe

On the way dari Shijo street menuju ke hotel. Jauh seh, dalam map nampak cam dekat..mau dekat 1KM gak nih..

Dah dapat FM, tshirt dan beberapa souvenirs yang lain, kami menuju balik ke hotel..kaki pun dah terketar-ketar mintak diurut, seharian berjalan..adeh..

Perhentian terakhir kami malam tu ialah 7Eleven disebelah hotel Alpha Kyoto yang kami menginap. Tujuannya nak beli dinner untuk malam tu. Gila lapar nak mampus, rembat air kopi satu, dan nasi beserta shrimp..emm nikmat betul. Kalau makanan sejuk, boleh tolong pekerja 7E tu panaskan dengan microwave ok! FOC jek

Lazat..

18 comments:

Biqque said...

ramainyer gadis berkimono!!! jeles!!!

oren plak kaler kat kiyomizu ek? ya Allah cantiknyer! tak sia2 masuk dlm iti kitorang :D

gambar2 temple sungguh artistic!!!

huiyo naik teksi kat japan! omgggg abih duit! nasib baik dia baik! expect the unexpected :D

cawan yg SASA? hahahahaha terbaek!

harga nasik bleh buat tambang tren metro...hahaha!

owh ada teh jepun, bleh beli kat mama (semedang beli kopi/teh kat depa bila gi oversi hmmm...)

u try ke dak bargain jugak? adakah dibenarkan pun utk membargai?

nyesal beli cap siap2...sana banyak! tapiiii...mungkin jugak tak menyesal sbb sana mahal :D hehehe!

kena beli tshirt satu!

haaaaaaaaaa takoyaki! shahrul nak sgt niiiiii! nanti nak try! amik yg 100yen udah!

ha if brand jepun sepah2 murah mcm dlm guardian tu, harus beli buat stock ni!!

hahahaha tukar mesin terus kalah! kalo camtu, manager tempat tu kena ubah malam2 la kasi takde ong kan?

cawan cabut kena kejar security??? terbaekkkkkkkkkkkkk! skill amik gambar curi tuuuuuuu! hahaha!

nasik berserta udang tu brapa? layak tak i nak beli? hahaha!

PaE said...

Sangat tertarik ngan mesin buat kuih tu.. dah macam kilang kot. Mantap.. aku siap membincangkan pasal gambar mesin tu ngan dak2 opes. Satu jer kekeliruan.. dia bakar trus kar surpace tu jer??? hehehehe

Anyway cantek gilos picture. Suke.. Nampak pic caffe latte tu mengimbau kenangan korea.. ahaks..

niL said...

Naa...nasik itu nampak sangat sedap. Teringat nasik kat seven11 korea!

Pancake tu tak halal ke?? sedap gak nampak tu! Tetiba aku duk kisah kan gambar makanan je kali nih! :-)

Ren said...

Sedap ke kitkat the hahahha. Menarikssss sangat kuil atas bukit tu! Teringin plak nak try jual kimono. Keekkekeke

Ely Hasrul said...

kalu aku kan spjg masa sure asik lapo aje patu cam hangin terliur dgn sume benda hahahha..

kalu aku jadik cawan dh xbleh buat muka mancho dh seram aje nk kena kejo sbb amik gambo curik ko plak tunggu luar cm jaga pintu hahaha

okek geli kalu aku jumpak org pakai baju yg gambo beraksi gitu haha

3plepl8 said...

main pachinko pakai ball bearing ke? kalu bwk ball bering dr msia kasi tukar duit yen untung jgk nih.

hah tako murah...cantekk. comelnya nasi jepun, beras kecik2 hmmmm....

just.HY said...

sume soklan biq dah tanyakan...aku tggu jawapan ko jira.

AjlaA said...

nice lah kyoto!

pakcik teksi tu pun nice jugak~

sy pun tggu jwpn persoalan2 di atas :)

Unknown said...

Biq: Ya Allah banyaknye soklan!! memang tamak haloba!!
Kat Kiyomizu tu memang tak sangka pun ada oren2 tu..tunggu masa nk kembang semangkuk je kot ceri2 tu gamaknye..

Kata travel ke jepun, MESTI LA KAYA, tu yg naik cab tu.. (sila baca dengan nada RIAK hahaha)

Tak try pun bargain,sb kawan i dh pesan awal2 memang tiada maknanye bargain di sana!

Beli je cap kat sini, kat sana takde pening nk cari2 dah.

Harga nasi + shrimp tu YEN 390 = RM 15 (-+)

Tak semestinya tukar mesin terus kalah kat pachinko tu, cume diorg lebih yakin bermain dgn mesin yg biasa diorg gune jek. Ibarat kite tulis blog pakai lappy org lain, kan tak feel gituuuu..cam tu la maknanya..pengsan tokeh pachinko nak ubah mesin slot tiap2 malam..kekeke

Iza: Ye pancake tu diorg bakar atas tu, kejap je masaknya.. Aku kena pegi Korea la cam ni sambil minum caffe latte tu, boleh aku terkenang citer aku kat Jepun kekkekeke..

Nily: Ha a, sedap, sebab dah tak de lauk lain dah hahaha..
Pancake tu tak tau la halal ke tak..aku tak beli pn..

Unknown said...

Janggel: Kit Kat tu memang bukan taste aku, next miting aku bawak untuk korang, lenjan sampai licin okeh!! Next trip ke Jepun beli kimono byk2, ko jual kat budak opis ko..hahaha

Skin: Mau nya tak teringin. Aku lalu dpn kfc dorg pun teringin, sejuk2 memang cepat lapo, tp sebabkan nk berjalan, buat2 tak paham je le..
Ko mcm xkenal Cawan, dia kan muka selamba takde perasaan, aku marah dia pun dia buat muka sardin, inikan security guard tu.. "apalah sangattttttttttttttt" (kata Cawan)

3plepl: Idak ketahuan la ball bearing ke hapa..nanti korang cube ler. Ko try la beli 20-30 bijik pastu tukar kat sana, untung nasib, dpt la tukar, untung batu, berat la beg ko balik bawak ball bearing tu kekekeke.. Nasi dia gemuk2 dan pendek macam aku..memang comey hahahah

John: Sapa Jira? ZEERA okeh! Sebab aku dh jawab soklan Biqque, ko baca je la jawapan nya diatas okeh..sekian melaporkan.

Unknown said...

AjlaA: Aku dapat email notification ko ada drop komen kat entry ni, tapi aku hairan napa komen ko tak kuar kat sini.
Aku dah jawab segala soklan yg ditanya hahaha. Kyoto memang sangat best, pakcik teksi tu pun memang best!! 10 markah utk Kyoto dan driver taxi tu hahahah..

Moja said...

1st time komen ^^
baik sungguh pacik taxi tu ya. bangga aku dgn org2 jepung ni.
lg bangga kalau org msia pun mcm tu

Rozita said...

Cantik gambar kat temple tu. Seharian menahan lapar ke? Sure bawak banyak stok biskut nih sebelum bedal nasik shrimp tu..

Unknown said...

Moja: Aku pun bangga kalau org Msia pn cam tu hehehe

Rozita: Tghari dh lunch dah, makan nasi shrimp tu jugak! saja nk drama lelebih hahaha..kata perantau kekekek

thatsofarah said...

peh terus rasa nak pergi jepun!! Cantik siot gambar2 tu.

masMZ KaKiJaLaN said...

haiii tacin betul bila jupe orang2 baik nihhh.... memang seb baik dreba taxi tu bagi rega tu, kalao tak, leh mendatangkan tangisan tanpa air mata.

beras nasik dia montel2 giteww... cam makan cokolat laks rupanya.

Unknown said...

he said z5w96t4i30 louis vuitton fake replica bags ru more s6o83v1n63 bags replica gucci replica bags sydney replica bags seoul hermes replica g1t91w4g98 replica bags turkey

theatay said...

x8u97k4c84 s2q41y1h54 s8y71w0d54 c7z83z3k02 b7q10o3d95 z5m80i0n01