Friday, February 24, 2012

Koleksi: Sunset

Aku pasti ramai yang suka dengan gambar sunset bukan? Aku pun tidak terkecuali :)

Setiap kali ada peluang, mesti nak ambil gambar sunset! Tapi tak mudah nak capture semua tu di KL (ceh alasan, tak reti cakap je la! muahahaha) sebab KL selalu jerebu, kadang-kadang langit putih sangat dan awan tebal (alasan lagi!), so matahari pun terlindung, jadi susah la sikit kan....(emm alasan lagi)  So bila korang nampak aku tiba-tiba macam cacing kepanasan tiba-tiba pegang camera, tongang terbalik time senja-senja tu, jangan ingat aku kena sampuk pulak ok? Yang tu sebab aku excited dapat tengok sunset cantik, dan tak nak lepaskan peluang nak capture moment tu (tolak tepi la gambar aku cantik ke tak..lalalalalaaaa)

Ok koleksi yang ada dalam ni, lokasinya adalah di serata muka bumi yang penah aku jejaki.. Kalau korang pun ada gambar sunset cun-cun, sila la share ok! Boleh aku amik ilham sikit nanti :)

Langkawi: Sunset segan-segan..on the way menuju ke Langkawi International Airport, sekitar May 2011

Lebuhraya MRR2: Sunset MRR2? Bukan mudah nak dapat sunset yang cantik dan oren di area KL ni, hari itu aku bertuah :p

Danau Kota: Sunset oren ditemani awan nano-nano. Dah berat sangat nampak awan nano tu, tak mustahil KL boleh tenggelam..hehehe

Sorrento, Melbourne: Sunset musim bunga. Langit tetap biru, dan sejuk...grrrr

Uluwatu, Bali: Sunset yang sangat dramatic..honeymoon la katakan..ecehcecece

Jimbaran, Bali: Sunset dan silhouette di tepi pantai..terbaekkkkk dari Kuta beach!

Taj Mahal & Yamuna river, Agra: Sunset yang hampir hilang auranya, dek pencemaran udara yang sangat tinggi..

Dunedin, South Island - NZ: Sunset musim spring yang dingin, sesejuk mata memandang..Perfecto!

Danau Kota: Sunset sinaran aku pangil yang ni, sebab dia nampak bersinar-sinar sangat time ni. Ni paling latest aku capture dua minggu lepas..suka dengan color combinationnya..biru + oren! (abaikan construction dalam gambar ni :p)


Kota Kinabalu, Sabah: Di KK Waterfront, salah satu favourite state aku di Malaysia, nak datang 15 juta kali pun tak kisah rasanya.. city by the beach gitu..sukaaa....(gambar ini atas permintaan Cawan, sebab aku tak jumpa hari tu hehehe)


Nota kaki: Teringin nak capture gambar sunset dekat safari, nampak silhouette gajah, girrafe, lepas tu ada pokok baobab sekelilingnya..emm bila tu??


Sunday, February 19, 2012

Sammy's Rainbow Party

Semalam ada birthday party Sammy, bertemakan Rainbow.. Sangat colorful!! I LIKE!! Ok tak perlulah aku nak cakap panjang-panjang, lihat saja betapa colorfulnya party ni okeh!!

Party ni bermula dari jam 2-6 petang, sepatutnye birthday Sammy minggu depan kan? ke minggu satu lagi? tapi sebabkan keadaan mummy Sammy yang dah sarat, takut tak sempat nak celebrate, so majlis sambutan birthday Sammy dicepatkan hehehe...Gigih mereka dan keluarga mereka..

Ni semua hand-made oleh Sammy dan mummynya.. creative!!

Antara hadirin-hadirin party semalam..*emm balik-balik muka deme jugak kan?* hehehe

See i told u! Very colorful. Aku suka.. Cake tu sedap tapi agak manis, tapi tak kisah la, janji masuk gambar cake tu paling meletop sekali. Aku paling suka pulut angka 4 ni. Kenapa 4? Sebab umur Sammy dah masuk 4 tahun yeayyyyyyy (aku plak excited, Sammy rileks je semalam..ala-ala cool gitu). Skin nanti aku nak tiru buat pulut angka 2 untuk Aqilah la nanti, tapi aku nak mintak dia buh rendang banyak sikit. Ish pagi ni aku bangun, terus teringat pulut tu.  Rupanya sangat colorful, dan ada antara hadirin (korang memang DARAT..korang tahu siapa diri korang hahaha) takut nak makan, katanya nampak pelik! Tapi aku ngap je, sebab SUMPAH SEDAP, rasa macam pulut je, bukan rasa macam color pencil ok! 

Antara muka-muka excited dan letih ketika majlis berlangsung. Tapi tak boleh blah, sebab birthday boy sedap je tidur, tatkala orang lain riuh rendah kat situ..ish ish, penat kemas rumah ke Sammy oiii?

Ha ini lah Sammy, budak yang celebrate birthday dia tu..hehehe..belum sempat nyanyi lagu, dia dah tiup lilin dah, so terpaksa la cari lighter nak lit candle tu..ish ish..rakus!! hehehe

Potong! Potong! Ramai Q tunggu kek nih..hehehe

Marshmellow dip coklat kegemaran MasZuber! Tak payah la cover line cakap Aqilah nak makan, padahal dia yang ngap! Bukan 1-2 cucuk, bercucuk-cucuk, kalah John makan satey! Tart buahan tu pun sedap :) 

Lily oo lily, why so serius meh?? Aqilah pula sibuk tarik aku ajak pegi *candy bar*. Entah berapa banyak dia tibai candy kat situ, aku pun tak tau..nasib baik tak hyper sangat..kus selamat.. Selain candy bar untuk budak-budak, ada jugak Sand Art disediakan hehehe..memang meriah.

Aku tak pasti siapa yang main sand art ni. Aqilah atau MasMZ cikgu tadika nih? Dia pulak excited lebih..hehehe..


Ini pula kanak-kanak riang yang tak sedar diri, suka benar mereka-meraka ini dapat main sand art tu. Maklum la, zaman-zaman dulu benda alah ni mana wujud, main batu seremban ada ler..ye dak geng??

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Sammy dan keluarga Sammy, sebab sudi menjemput kami sekeluarga dan geng-geng yang lain untuk memeriahkan majlis yang colorful ni, kenyang makan semalam, semua sedap-sedap. Tahun depan jangan lupa jemput lagi okay.. Hehehe.


Dan kepada rakan baru kami yang baru pertama kali bersua muka..ehem ehem..memang kami semua terkejut beruk..sebab langsung tak sangka, dah la tu, ko nampak lain pakai spec, kalau ko tak pakai spec tu, mungkin aku boleh cam dah hehehe..Apa pun aku yakin, minggu-minggu akan datang, kita pasti bersua muka lagi hehehe..

Dan akhir kata, terima kasih jugak, sebab sudi melepak-lepak dirumah aku selepas majlis birthday Sammy di Bukit Antarabangsa semlam, dan menghabiskan air-air dan kacang kat umah aku..dengan ucapan, aku tak kisah..esok lusa datang la lagi..heheheh..

Sekian..


Wednesday, February 15, 2012

Japan Tidbits

Aku percaya tahun ni pasti ramai yang merancang nak ke Jepun, ataupun memang dah confirm nak ke Jepun, jadi aku nak share la segala info/ilmu yang aku cari selama 2-3 bulan ni dengan korang, mudah-mudahan boleh membantu trip kite ke Jepun nanti :)

Sebenar-benarnya, itinerary Jepun aku belum 100% siap lagi, rasa macam malas bebenor nak siapkan. Mood tu ada, rasa nak pegi terkinja-kinja tu pun ada, tapi MALAS telah mengatasi segala-galanya, so aku rilek2 je la dulu. Lagi pun cuti  baru apply tadi, tak tau la approve ke tak..jeng jeng jeng...

Ok lah, jangan buang masa korang membaca cerita aku yang tak berapa memberikan faedah tu, jom tengok apa aku dah jumpa setakat hari ini.

Note: Info dibawah ini lebih banyak refer pada Osaka & Kyoto

Japan Train Route Finder - Ini sangat berguna untuk merancang masa depan korang untuk trip di Jepun nanti, so rajin-rajin la jenguk sini.
  • Hyperdia - Aku gunakan yang ni untuk merancang segala urusan transportation aku dari point A ke point B, informationnya sangat tepat, dan disertakan dengan jadual train, harga tambang train, distance, dan travel time, selain dari tu, korang juga akan diberikan beberapa pilihan lain dari Point A ke Point B bagi memudahkan korang buat pilihan masing-masing berdasarkan budget dan waktu yang korang ada :)
  • Jorudan- Lebih kurang seperti Hyperdia, tetapi tak cukup lengkap (pada pandangan aku ler)
Japan Info - Yang semua orang pun tau nak cari kot kan? Takpe la, aku share jugak hehehe. Forum dia pun membantu jugak, tapi tertakluk pada apa info yang korang nak cari la ye..
  • Japan guide - Segala informasi tentang Japan boleh didapati di sini antaranya transportation, attractions, accomodation, shopping, etc..
Kansai International Airport Info - Ini pun penting juga untuk diambil tahu. Beberapa minggu lepas, aku syok je duk main tekan-tekan kat Hyperdia (train finder kat atas tu), sesuka hati je aku taruk Osaka Airport (sebab ingatkan Kansai Airport dan Osaka Airport tu adalah dua airport yang sama!), so bila aku tekan Osaka Airport menuju ke Kyoto, of course la harga, dan laluan nya berbeza, tapi nasib baik aku tersedar, so aku punya plan dah berubah, kalau tak, mengagau la aku masa nak cari train dari Kansai airport nak menuju ke Kyoto tu nanti lalalalala
Osaka-Kyoto Guide
Transportation in Osaka & Kyoto - Option transport yang ada disekitar Kyoto dan Osaka
  • Kyoto City Bus (Bus Navi) - Option paling murah dan paling senang. Kyoto lebih mudah diterokai dengan berjalan kaki dan naik bas (laluannya lebih dekat dengan semua attractions di sekitar bandar Kyoto),  manakala subway di Kyoto berada jauh dari kawasan attractions, jadi kena berjalan kaki + harga tiket subwaynya mahal.
  • Kyoto Subway & Train Map - Di Kyoto hanya terdapat 2 subway line iaitu Karasuma Line (green) dan Tozai Line (brown). So kena plan betul-betul, tengok berbaloi atau tak nak beli pass subway diorg nih.
  • Kyoto Walks - Map untuk yang nak berjalan kaki pusing keliling Kyoto. Agak-agak kaki tu kuat nak tawaf satu Kyoto, boleh la opt untuk berjalan, memang sihat untuk badan dan minda :)
  • Osaka Subway - Map subway Osaka.
Tourist Pass/Discount card in Osaka-Kyoto/Kansai Region - Ni pun sangat berguna, especially budget traveller macam aku ni, sebab ada discount macam-macam, tapi apa-apa pun kena make sure la mana satu yang paling ngam dengan korang, silap-silap beli single ticket lagi untung dari pass ni semua IF korang tak banyak sangat nak turun naik train, dan jarak perjalanan tak jauh sangat. Ilmu matematik sangat berguna disini hehehe
  • Kyoto Visitor Card - Info untuk segala jenis visitor kad yang ada di Kyoto. Visitor kad ni tak silap aku boleh dibeli di Kyoto Central Station. (aku dah lupa la, nanti aku cek balik)
  • Kansai Thru Pass - Pass untuk subways, private railways dan bas  (excluding JR lines), di sekitar daerah Kansai antaranya Osaka, Kobe and Kyoto, Nara, Wakayama, Koyasan dan boleh digunakan dari Kansai Airport Station pada Nankai Train apabila tiba di Kansai International Airport. Benefit lain dari Kansai Thru Pass ni ialah ada discount kepada 350 tourist attraction yang terdapat di sekitar bandar berkenaan (sila rujuk website untuk mengetahui attractions yang dimaksudkan). Dan sila rujuk Map Kansai Thru Pass untuk lihat train dan bas mana yang accept pass ni dan juga di mana ianya boleh dibeli.
  • JR West Pass - Ada 2 jenis Sanyo Area Pass & Kansai Area Pass. Sila rujuk website untuk tahu info selanjutnya. Tapi pass ni hanya boleh digunakan untuk JR Lines saja. Sanyo Area Pass lebih mahal harganya berbanding Kansai Area Pass, sebab bullet train Sanyo Shinkansen ni route nya lebih jauh dan panjang. Korang boleh beli pass ni dekat Matta fair (hari tu bulan 9 aku pegi, memang ada jual), tak pun pergilah ke mana-mana travel agency, ataupun office Nippon Airways, Japan Airlines. Kalau tak sempat jugak, boleh beli online :)
  • Osaka Unlimited Pass - Penggunaan subway/bus tanpa sebarang limit untuk tempoh 1/2 hari di sekitar Osaka. Benefit lain ialah terdapat free admission pada 27 tempat attraction dengan menggunakan Osaka Unlimited pass ni, dan ada jugak discount untuk restoran dan attraction lain dengan pass ni. Harga pass 1 hari - 2000 Yen. Pass boleh dibeli di Osaka's Visitors Station Center (Shin-Osaka, Namba, Umeda, Tennoji dan Kansai Airport)
  • One-day unlimited Pass “Enjoy Eco Card” - Fungsinya lebih kurang seperti Osaka Unlimited Pass, cuma yang ni lagi murah - 800 Yen (1 hari). Tetapi tak boleh guna pada Hankyu, Kitakyu, Kintetsu private lines yang lain. Pass yang ni boleh dibeli di mesin tiket yang ada di subway/train station atau pejabat penjualan tiket yang berada di station train dan Osaka's Visitors Station Center (Shin-Osaka, Namba, Umeda, Tennoji)
Hmm apa lagi ek nak share? Oh pasal accomodation, aku cuba untuk cari hostel, tapi malangnya harga hostel per/pax average adalah 3000Y, so kalau aku dan Cawan, dah jadi 6000Y, jadi untuk penjimatan yang lebih maximum (maklum la trip kali ni memang budget abis) so aku berjaya mendapatkan hotel di Kyoto dengan harga 5800Yen, dan di Osaka pula 5000Yen, jenis double room, siap dengan bathroom, dan segala room amenities yang lain. Ok la kan?? hehehe (nama hotel aku tak boleh kasi lagi, nanti aku dah selamat balik, aku update nama hotel-hotel yang dimaksudkan tu ok!)

Duit tak tukar lagi, semalam tengok kat berita Yen dah turun sikit, dalam 5-10sen (tak beri impact besar langsung!), tapi apa-apa pun tetap mahal juga, apa nak buat, nak tak nak, kena gak beli nanti, kalau tak nak pakai apa plak kat sana kan!

Pasal makanan, usah tanya aku, sebab kitorg macam biasa akan bawak stok serunding atau maggi dua-tiga cup sorang, sebab malas nak pikir sangat. Untuk Aqilah, aku akan cari bubur nasi segara, tak pun beli je nasi kat sana, dan makan dengan serunding/apa-apa yang bersesuaian. Mungkin nak cuba jugak apa-apa makanan Jepun yang sesuai dan halal untuk dimakan kat sana nanti :)

Ok enough for now, kalau korang ada info/pendapat lain-lain yang boleh dikongsikan, especially yang dah khatam Japan ataupun sapa-sapa lah yang ada pengalaman, sila drop komen di bawah ok, aku nak tau juga, kot-kot boleh cedok heheheh..


Sekian bersiaran untuk kali ini...
Peace!

Monday, February 13, 2012

Misi Singapura: Travelholics Berhaluan Kiri & Kanan

Ni sambungan entry Misi Singapura: Universal Studio Bersama Travelholics

Ok untuk cerita USS yang panjang lebar berjela-jela, sila refer ke blog kawan-kawan, cek blogroll aku yang ada tajuk berkaitan USS ok!! (tengok! nk kasi link pun aku malas, apekehaiiinya tahhh), aku memang malas nak cerita sangat, sebab kisahnya sama cam orang lain turun naik rides, queue panjang berjela-jela, dan ramai gilos orang, so sendiri bayangkan aje lah ok?? Nak ditambahkan keseksaan masa di USS tu, bila kaki aku yang budget nak comel sangat, menderita kesakitan sebab kasut Vincci tu memang tak sedap!! Menyesal aku tak pakai Crocs aku aje! Penyudahnya, terpaksa beli selipar dalam USS tu..adeh

Secara keseluruhannya, aku boleh cakap pengalaman ke USS ni memang best (if pegi ramai-ramai la). Dan antara rides/attraction yang jatuh hukum WAJIB untuk dinaiki adalah TRANSFORMERS - THE ULTIMATE 3D BATTLE (yang ni pun queue memang panjang gila, tapi ada tacticnya, kitorg amik single rides, kalau amik option ni cepat sikit, sebab korang akan dipisahkan dari group korang, dan korang akan naik mana-mana tempat yang kosong yang available, lebih cepat dan keseronokkan tetap sama macam naik sama dengan group korang), THE MUMMY - REVENGE OF THE MUMMY (ini pun tahap gaban punya best, menjerit sampai nak keluar anak tekak, imagine korang naik keta laju-laju dalam gelap, ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, tapi tak nampak apa2! huhuhu seram gak rasanya, bila tengok gambar kat luar, muka sekor-sekor cam haram jadah hahahah, sungguh memalukan! , RAPIDS ADVENTURE (yang ni aku tak naik, sebab aku tak sanggup nak queue sampai 2 jam!).
Yang nak pegi tu, PASTIkan korang naik yang ni semua tau!!

WATERWORLD (show ni pun best, kalau sapa suka nak basah, tak yah mandi lepas main kat USS, boleh duduk dekat seat color biru, korang akan diMANDIkan secara percuma oleh stuntman/pelakon Waterworld tu, sapa yang rasa nak kering-kering, sila duk bench yang warna coklat, dan yang belah atas-atas. Show ni best jugak, sebab ada banyak effect, meletop kebabom sana sini, kapal terbang jatuh masuk air, stunt man dia pun semua best-best, dan pandai la amik hati penonton hehehe) dan BATTLESTAR GALLACTICA (ni pun aku tak naik, padahal queue pendek je, sebab apa aku tak naik? Sebab Cawan kasi alasan takde tempat nak tingal beg!, ke takut??? hahahaha). Yang lain-lain tu macam biasa je. Shrek 4D tu kitorg tak masuk tengok, sebab sama macam show dekat Movie World Gold Coast.

Disebabkan aku dan Cawan dah berpisah dengan geng, kitorg berdua pegi beli souvenir di USS, lepas tu Cawan ajak ke Vivo City, nak cari Toy R' Us kat situ, tak sah kalau tak pegi katanya. Aku ikut je la, tapi time ni memang dah letih nak mampus, muka pun dah macam apam balik basi je, tunggu masa nak landing je hahaha

Lepas makan di Vivo city, kitorg terus gerak ke BetelBox yang terletak di Geylang Serai. Naik MRT turun di Paya Lebar, tapi tuhan je la yang tahu betapa jauhnya kitorg menapak huhuhuh, tapi mengenangkan slogan *anak jutawan memilih jalan susah*, kami semua pasrah je la hahahha..

Sampai je hostel, aku dan Cawan (aku percaya orang lain pun sama) dah tak de ati nak amik gambar, semua tunggu turn nak mandi dalam almari bilik air yang kecik comei tu, bila semua dah refresh, sempat la borak-borak dari katil masing-masing, tau-tau lepas tu sorang-sorang kecundang, maka tingallah aku , Cawan, John, Byya, Masmz dan MasZuber. Tak tau la kenapa, tapi kitorg tak boleh tidor lagi time tu, so kitorg pun melepak la dekat pantry, sambil bersembang dan bertukar knowledge tentang photography, dan mereview gambar dari camera masing-masing.

DAN rupa-rupanya, bukan aku dan Cawan je yang merasa tekanan pasal takut gambar tak cantik, tapi John, Byya, dan dua-dua Mas pun sama!! Gila tak! Tu la akibatnya bila travel ramai-ramai, dan masing-masing ada camera canggih-canggih, semua nak yang cantik-cantik je hahaha.. takpe la, kite belajar lagi ok! (tapi lepas review gambar ramai2 baru ni, takde la buruk sgt pun gambar semua orang, ok je aku tengok hehehe..)

Travelholics Berhaluan Kiri & Kanan

Next morning, lepas solat Subuh, aku sambung balik tidur, sampai la pukul 9 pagi, yang lain masih terbungkang, so aku mandi la dulu. Slowly sorang-sorang bangun dan take turn untuk mandi. Breakfast ada disediakan di hostel ni. Bila semua dah ready, kami turun ke bawah untuk breakfast.

 Dekat reception..

Secara general, ok la Betelbox ni, agak bersih jugak, tapi location very the jauh from MRT, tapi kalau ada yang tak kisah, ok je kot..


Menu-menu yang disediakan, tapi kitorg punya dah inclusive dengan harga bila, dan pilihannya limited pada 5 jenis je, kalau nak tambah lagi, sila bayar sendiri!
 Antara wall decoration dalam dining area Betelbox, cantik dan comel hehe


Suka aku tengok  mesin kira-kira nih..comel betul..

Muka Icam tensi sebab breakfast dia sampai lambat!! Lapo tau katanya hahaha..

  Haih berkurun aku tunggu makanan aku. Padahal simple je, tak tau la napa lama benor nak siap!!



Makanan Cawan, pancakes konon! nasib baik dia tak mintak nasi lemak hahaha..

Joo Chiat Rd. Kat kawasan ni, kebanyakkan bangunan masih lagi style lama-lama macam kat pekan Ipoh. Kalau la kat Ipoh diorg maintain bangunan lama-lama ni cun-cun macam kat Singapore ni, konfirm aku balik Ipoh tiap-tiap minggu!

Belum sempat aku menghabiskan sarapan pagi aku, mereka-mereka di dalam GAMBAR bawah ni, telah memilih untuk membawa diri mereka ke haluan hitam kiri. Katanya nak ke Chinatown. Disebabkan ke DARATAN aku yang sangat maximum tentang Singapore, jadi tidaklah aku berketahuan sesungguhnya Chinatown itu lagi cantik dan cun meletop-letop. Jadi aku merelakan saja la..jangan tak jumpa jalan pulang sudah!! (eh macam la aku reti nak cari jalan pulang hahahaha)

Haih, nak jugak bergambar dulu sebelum berpisah!!

Nak amik gambar bangunan, tapi ada pulak mamat retis buat-buat tersesat masuk frame!!

Maka berpisahlah kami dengan geng-geng berhaluan kiri. Kami yang dalam GAMBAR BAWAH telah memilih haluan kanan, untuk ke Mustafa Centre. Motifnya? Sebab aku kan DARAT, tak pernah sampai lagi ke situ, so agak logic la kalau aku nak pegi Mustafa Centre. Dan lagi pun untuk trip kali ni, satu sen pun aku tak study apa-apa, sebab out of 15 orang yang pergi, cuma Chawanna dan Icam je yang tak pegi lagi, so kitorg yakin sangat yang kami akan selamat ditangan-tangan mereka ini ihikkksss..

Muka-muka girang untuk menuju ke Mustafa Centre. Misi untuk ke sana?? Takde misi pun, saja-saja nak jalan, bukan nak shopping pun..ye ke? ye ke? ye ke?

Singah dulu kedai-kedai di tepi jalan berhadapan Mustafa Centre nak check harga Fridge Magnet. Yang bestnya fridge magnet kat Singapore ni memang colorful semuanya. Kan ke bagus semua tempat lawo-lawo macam kat sini hehehe.. SGD 10 - 5 magnets!! Wowww sangat bagus nih..

Oh inilah rupanya Mustafa Centre, kata otai-otai yang dah banyak kali pegi Singapore, tempat ni ala-ala Mydin!! Ish apa kejadahnya aku nak pegi Mydin Singapore pulak kan!! Kat Malaysia cam tak hingin je nak pegi.. Takpe la..tutup mata masuk terus, tapi tingal beg dulu kat kaunter beg, demi memudahkan aktiviti berwindow shopping..

Ok tidak dinafikan, dalam ni memang besar, macam-macam ada. So Chawanna dan Kak Coco serbu ke tempat souvenir dulu, kot-kot ada yang berkenan. Harganya ok la, takde la mahal sangat (jangan convert). Dari keychain, magnet, poskad, segala-gala jenis la ada kat sini. Aku belanja Icam beli keychain (tapi tercicir plak, tak tau kat mana, sampai hari ni tak jumpa-jumpa, nasib John jadi penyelamat!! tq John).

Dalam tak nak shopping tu (kononnya la) last-last terbeli jugak sebotol perfume yang aku nak sangat, dah recce dari tahun lepas, tahun ni baru dapat! Aku beli sebotol je, Biqque beli berbotol-botol, nak mandi air minyak wangi gamaknya..ish ish..Tidak dinafikan harganya murah dari Malaysia, so Cawan pun belanja la si isterinya yang serba serbi kedekut nak beli barang untuk diri sendiri pun tak mau!..terima kasih daun keladi, esok-esok belanja la lagiiiiiii..

Lembu Road! Lain dari yang lain hehehe..

Disebabkan kekangan masa yang tidak  mengizinkan Chawanna dan geng untuk berjimba dengan lebih lama lagi di Kota Singa ini, selepas aktiviti bershopping di Mustafa Centre, kami masing-masing membawa diri untuk kembali ke tanahair..ewahhh. Kali ni aku memang tak tau jalan mana nak lalu, cuma mengharapkan sepupu Lin untuk guide kami ke station bas yang bakal kitorg tuju untuk ke membawa kitorg ke Larkin.
On the way menuju ke station bus, banyak lagi bangunan lama-lama macam ni yang dijumpai. Memang menarik!

Bangunan lama dengan motif bunga sebagai dekorasi..old skool sungguh!

Sangat colorful. Bukan saja di Chinatown ada bangunan macam ni, kat sekitar Little India pun ada, cuma tak banyak sangat la kot kan? kan? kan??? (mode dengki dan nak sedapkan ati!!)


Aku tak pasti berapa lama kitorg berjalan, mungkin dekat 15-20 minit jugak kot nak sampai ke station bus tu. Sampai je situ, tengok bas dah ada. Kitorg naik bas Causeway Link warna kuning tu. Kali ni tak payah nak turun naik MRT dah, bas ni terus bawak sampai ke Larkin..kus selamat. Bayaran dewasa cuma SGD 2.40, kanak-kanak SGD 1.20.. murah la jugak.

Masuk je dalam bas, aku terus terlena sekejap, tau-tau je dah sampai CIQ, dan bermulalah process-process cop passport dan aktiviti turun naik dan kejar-kejar bas, tapi kali ni takde orang, so bolehlah lenggang kangkung, tak macam hari mula-mula sampai hari tu.

Setiba saja di station bas Larkin, kitorg makan tengahari dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kitorg babai dulu Biqque dan Kak Coco, sebab kitorg kena pecut balik KL dengan kadar super segara, sebab Cawan kerja malam tu. Dan waktu ketika itu dah pukul 3.30 petang! Cawan drive sampai Pagoh, lepas tu aku pulak sambung, kasi chance dia tidur, kitorg sampai Puncak Jalil, tepat-tepat 7.30 malam.

Maka TAMAT la sudah misi Singapura aku....

Nota kaki kecik: Nampak gayanya macam kena repeat la SG nih, banyak lagi tak cover..sapa nak ikut angkat kaki!!



Thursday, February 9, 2012

Misi Singapura: Universal Studio bersama Travelholics

Seperti yang telah diwar-warkan, sebab budget famous macam retis, Chawanna dan geng travelholics yang lain telah berkonvoi ramai-ramai lewat malam 5 Feb lalu untuk misi USS kami. Ok aku tak mo cerita panjang-panjang, sebab aku yakin cerita aku lebih kurang macam geng-geng yang lain, so biarlah gambar-gambar dibawah ini menjadi ceritanya..

Oh ya, sebelum tu, aku juga ada ucapan untuk semua yang terlibat hehehe, walaupun ada beberapa geng yang belum pernah kenal/jumpa, tapi semuanya sempoi belaka, yang dah pernah jumpa almost tiap-tiap minggu tu apatah lagi la kan? So alhamdullilah, walaupun banyak kepala, tapi boleh dikira satu kepala jugak! Itu yang penting sekali :) Tapi kalau ada sesiapa yang terasa hati/sakit hati/tak suka dengan kami, ya ampunnnnnn aku mintak ok!!


Dari R&R Senawang menuju ke R&R Air Keroh. Misi pendeknya, adalah pick up Kak Coco/Anash di rumahnya. Tanggungjawab John di situ, manakala 3 bijik keta lagi, tunggu di R&R Air Keroh.


Sementara menunggu tu, makan cup cake seketul, ehsan dari Lily. Terima kasih daun keladi, sebab kek tu memang sedap dan cantik, nak makan pun sayang..tik tok tik tok masa berlalu, Chawanna masih menunggu dalam kereta dengan harapan cepat-cepatlah abang John tiba di R&R Air Keroh tu.


Dari jam 12 lebih, hingga 2.27 pagi, kami masih lagi di di R&R Air Keroh! Lamakan? Nak tau buat apa? Ada sessi beramah mesra dan makan-makan di food court. Cawan pula tidur dalam kereta, nak kumpul tenaga katanya..


Ha ni benti lagi lepas R&R Air Keroh, sebab semua orang nak kencing hahahhaa, sambil-sambil tu sempat juga ada sessi beramah mesra untuk yang kesekian kalinya..


Akhirnya, kami tiba di tol Johor. Separuh jalan berjaya kami rentasi, tanpa sebarang masalah. Alhamdullilah. Lepak kat surau di station bas Larkin untuk solat Subuh dan aktiviti mengemas dan mencantikkan diri masing-masing hehehe..


.....
........
.............
..................




Ok stop di sini, aku tak mahu bercerita lagi! Untuk gambar seterusnya tentang Journey Travelholics ke Universal Studio Singapura sila layan slideshow dibawah ni sebab aku tak larat nak citer panjang-panjang, dan ada banyak gambar nak kongsi dengan korang, so.....Layannnnn..


Diharap korang suka la tengok slideshow tu okay? Ada banyak lagi gambar, tapi nanti la aku upload kat FB Cawan, sekian wasalam..

Akhir kata..I lap u all..eceheheheh


Sunday, February 5, 2012

Blackout Day!



Thursday, February 2, 2012

Biasa-biasa je semua..

Hmm diam tak diam dah masuk bulan February! Cepat betul masa berlalu kan? Apa aktiviti aku sejak akhir-akhir ni? Takde apa yang hebat, biasa-biasa je, tapi aku pasti travelholics yang lain, mesti masing-masing sedang menyiapkan diri untuk trip-trip korang yang akan datang kan?

Dengarnya ada yang nak ke Jepun (eh aku le tu, dan beberapa hamba Allah yang lain.), dengarnya juga ada yang nak ke India, China, Singapore, Australia pun ada..hmm memang meriah la nanti dengan update cerita masing-masing hehehe.. Dan ada jugak dengarnya baru saja balik bercuti dari HK/China..wow!!

Emm bercakap pasal preparation, aku sendiri sedikit SIBUK (buat2 sibuk je hehehe) dengan trip hujung bulan February ni, dan satu lagi trip Mega (yang masih belum tahu status) bulan May ni. So sekarang tengah buat plan B, if plan A tak menjadi atau ada apa-apa masalah lain la..hmm pening pala, bila nafsu mengatasi segala-galanya.. DAN aku noticed semua orang dah tukar header di blog masing-masing, aku je masih mengekalkan yang lama, hmm bukan tak nak tukar, tapi takde idea lagi nak buat cam mana isk isk, jadi korang terpaksa la tengok header yang sedia ada ni ye buat sementara waktu ni ok!! :p

Yang ni cerita yang memalukan tapi aku nak citer gak, sebenarnya aku dah tersangkut dengan citer Gemersik Kalbu kat TV3 kul 7 tu (aku tak berapa nak layan citer Melayu, melainkan ada ADI PUTRA belakon ok!), adeh tak bleh blah ok, paling best sebab ada lagu gigit-gigit cuping telinga, sangat sweet ok, alangkah bestnya kalau Cawan nyanyi lagu tu utk aku time ngorat-ngorat aku dulu hehehe.. tapi semalam dia try gigit cuping telinga aku, konon nak test, tapi dia kata susah ler pulak, so lagu tu tipu sangat..bleh??

(Gambar tiada motif, sebab dlm lappy opis takde koleksi gambar hehehehe, nampak gayanya kena amik gambar Chawanna sempena 2012 plak, 2011 dah outdated!!)

Ok aku dah takde idea nak tulis apa ni, aku tunggu masa nak balik je nih, tapi ..balik kang aku nak singgah beli dumbbells, saja nak main angkat-angkat berat pulak hahahaha.. Adios..

Ish memang entry kali ni tah apa-apa, maafkan daku ok!! Malam ni nk pegi pack barang, sebab Icam dah siap packing katanya semalam!!! Korang dah??