Dah setahun lebih pindah ke rumah baru, akhirnya berjaya juga Chawanna mendapatkan kitchen cabinet yang diidam-idamkan tu....pffff.. Gembira memang tak terkata... tapiiii demi mendapatkan kitchen cabinet idaman kami ni, bermacam-macam perangai dan pe'el manusia kami kena lalui... (yang tu aku akan story dilain hari/entry pulak ye..entry ni saja nak reveal gambar kitchen saja)
Apa konsep kitchen kami? Hmmm...idok le teman tau..kitorg main belasah je, cari gambar banyak-banyak..lepas tu pilih la mana yang berkenan (terima kasih daun keladi encik GOOGLE... dan of course budget pun kena la bersesuai dengan citarasa/kemampuan Chawanna..kalau tidak....teruskan la bermimpi hokey??
Semua handles cabinet kami, dibeli dan dipilih sendiri oleh Chawanna di Ikea, sebab tak minat dengan built in handles yang diberi percuma oleh SCI :)
Lampu cabinet..diimport khas dari Ikea juga..dan dipasang sendiri oleh encik Cawan saya..berpeluh jugak la ketiak dia pasang lampu-lampu ni...hehehe..
Island dari belah belakang, ada drawer dan shelves. Nak buat drawer banyak-banyak, mahal sikit costnya, so buat sebelah je la. Jimat! Janji ada, buat syarat kan? kan?
Wall cabinet tahi cicak.. Chawanna masih lagi mengekalkan warna dinding fushia itu. Emm peti ais tu macam togel sikit..mungkin dah tiba masanya kita keluarkan magnet-magnet yang telah diperap hampir setahun lebih semenjak kita berpindah dahulu encik Cawan?? Err kat mana ek kotak magnets tu?? emmm..
Pull out aluminium basket (soft closing) yang diberi percuma oleh SCI Kabinet, sebab ada extra space yang ngam-ngam untuk basket tu. Satu lagi, kami dapat multi purpose basket yang boleh letak pinggan mangkuk siap dengan soft closing juga, yang ni Cawan paksa jugak budak tu kasi free sebab tak boleh terima akal diorg nak kasi spoon tray PLASTIK!! (ada ke patut spend beribu-ribu dapat spoon tray yang berharga RM 10 cam tu? Kat Ikea RM 5 leh dapat tau huh!)
Artificial flowers yang didatangkan khas dari Ikea. Murah-murah saja..hehehe... Daun lalang yang blur kat belakang tu plak dari SSF, hampir setahun duduk kat boot kereta, hampir nak kena buang, last-last berguna juga..ihiks.. (tak baik membazir...)
Yang bulat-bulat atas island warna purple itu, ialah alas pinggan. Solid surface kan tak leh kena panas-panas, so beli la benda alah tu untuk alas pingan/mangkuk time makan. Alas periuk pun ada beli, nun kat belakang sebelah daun lalang tu...
Island cum dining table. Al maklum la rumah kondo, besor mana sangat la kan, so untuk menjimatkan ruang, kami applykan la concept 2 in 1. Bar stool yang dua tu, juga didatangkan khas dari Ikea. Tapi hanya kami berdua je la makan kat sini.. Kalau ada rombongan cik Kiah dari kampung datang?? Hmm diorg bersila makan kat bawah je la yek... lagi meriahhhhhhh huhuhuh
Ha kat mana dapurnya?Masak kat mana? Emm nampak tak tingkap dan pintu dalam gambar tu? Ye Chawanna masak kat situ. Jadi kitchen cabinet kami yang ini, sekadar untuk lihat-lihat saja hahaha.. Kat belakang tu segala peralatan memasak ada, rice cooker, induction cooker, kettle, washer machine, microwave, oven pun ada!! Wall cabinet pun ada dua. Tapi yang dapur belakang tu, kendian hari cerita, sebab masih tunggang langgang tak kemas habis lagi, mungkin tahun depan, ada rezeki lebih, nak modify yang itu pula. :)
Haaah lega dah siap bab kitchen..sekarang masih lagi dalam proses mengemas-gemas. Lepas ni ada entry untuk master bedroom pulak. Tapi disebabkan project DIY kami tak siap lagi dek kesibukan Chawanna, mungkin akan ambil masa seminggu dua lagi nak siap..until then... Selamat menyambut ramadhan.. (first time ni puasa ada kitchen cabinet baru!!! huhuhu)
P/S: Secara overall, kualiti workmanship, material memang boleh tahan kemas, walaupun pada mulanya ada sikit senget-senget kat drawer tu, ada calar-calar, tapi lepas dibaiki/ditukar, semuanya nampak perfect. Ye aku boleh rekemen SCI, TAPIIIIIIIIIIIIIIIII (warning nih tau) korang sendiri kene banyak-banyak beristigfar/bersabor dengan customer service diorg yang haprak tu. Silap-silap boleh sakit jantung.. Sekian!