Semalam ada birthday party Sammy, bertemakan Rainbow.. Sangat colorful!! I LIKE!! Ok tak perlulah aku nak cakap panjang-panjang, lihat saja betapa colorfulnya party ni okeh!!
Party ni bermula dari jam 2-6 petang, sepatutnye birthday Sammy minggu depan kan? ke minggu satu lagi? tapi sebabkan keadaan mummy Sammy yang dah sarat, takut tak sempat nak celebrate, so majlis sambutan birthday Sammy dicepatkan hehehe...Gigih mereka dan keluarga mereka..
Ni semua hand-made oleh Sammy dan mummynya.. creative!!
Antara hadirin-hadirin party semalam..*emm balik-balik muka deme jugak kan?* hehehe
See i told u! Very colorful. Aku suka.. Cake tu sedap tapi agak manis, tapi tak kisah la, janji masuk gambar cake tu paling meletop sekali. Aku paling suka pulut angka 4 ni. Kenapa 4? Sebab umur Sammy dah masuk 4 tahun yeayyyyyyy (aku plak excited, Sammy rileks je semalam..ala-ala cool gitu). Skin nanti aku nak tiru buat pulut angka 2 untuk Aqilah la nanti, tapi aku nak mintak dia buh rendang banyak sikit. Ish pagi ni aku bangun, terus teringat pulut tu. Rupanya sangat colorful, dan ada antara hadirin (korang memang DARAT..korang tahu siapa diri korang hahaha) takut nak makan, katanya nampak pelik! Tapi aku ngap je, sebab SUMPAH SEDAP, rasa macam pulut je, bukan rasa macam color pencil ok!
Antara muka-muka excited dan letih ketika majlis berlangsung. Tapi tak boleh blah, sebab birthday boy sedap je tidur, tatkala orang lain riuh rendah kat situ..ish ish, penat kemas rumah ke Sammy oiii?
Ha ini lah Sammy, budak yang celebrate birthday dia tu..hehehe..belum sempat nyanyi lagu, dia dah tiup lilin dah, so terpaksa la cari lighter nak lit candle tu..ish ish..rakus!! hehehe
Potong! Potong! Ramai Q tunggu kek nih..hehehe
Marshmellow dip coklat kegemaran MasZuber! Tak payah la cover line cakap Aqilah nak makan, padahal dia yang ngap! Bukan 1-2 cucuk, bercucuk-cucuk, kalah John makan satey! Tart buahan tu pun sedap :)
Lily oo lily, why so serius meh?? Aqilah pula sibuk tarik aku ajak pegi *candy bar*. Entah berapa banyak dia tibai candy kat situ, aku pun tak tau..nasib baik tak hyper sangat..kus selamat.. Selain candy bar untuk budak-budak, ada jugak Sand Art disediakan hehehe..memang meriah.
Aku tak pasti siapa yang main sand art ni. Aqilah atau MasMZ cikgu tadika nih? Dia pulak excited lebih..hehehe..
Ini pula kanak-kanak riang yang tak sedar diri, suka benar mereka-meraka ini dapat main sand art tu. Maklum la, zaman-zaman dulu benda alah ni mana wujud, main batu seremban ada ler..ye dak geng??
Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Sammy dan keluarga Sammy, sebab sudi menjemput kami sekeluarga dan geng-geng yang lain untuk memeriahkan majlis yang colorful ni, kenyang makan semalam, semua sedap-sedap. Tahun depan jangan lupa jemput lagi okay.. Hehehe.
Dan kepada rakan baru kami yang baru pertama kali bersua muka..ehem ehem..memang kami semua terkejut beruk..sebab langsung tak sangka, dah la tu, ko nampak lain pakai spec, kalau ko tak pakai spec tu, mungkin aku boleh cam dah hehehe..Apa pun aku yakin, minggu-minggu akan datang, kita pasti bersua muka lagi hehehe..
Dan akhir kata, terima kasih jugak, sebab sudi melepak-lepak dirumah aku selepas majlis birthday Sammy di Bukit Antarabangsa semlam, dan menghabiskan air-air dan kacang kat umah aku..dengan ucapan, aku tak kisah..esok lusa datang la lagi..heheheh..
Sekian..