Note: Entry ni panjang gile..sila sediakan minuman/kudapan hehehehe
Seawal 7 pagi kitorg dah kena ada di jeti Dragon Floating resort ni, sebab hari ni kitorg akan buat island hopping ke Bohey Dulang dan Pulau Maiga. Mengikut plan asal, yang ni tiada dalam pikiran aku pun, tapi dah alang-alang mencari info sana sini pasal day trip yang berbaloi untuk dilakukan, akhirnya terjumpa 2-3 pulau yang berjaya menarik minat aku dan Cawan untuk diterokai.
Seawal 7 pagi kitorg dah kena ada di jeti Dragon Floating resort ni, sebab hari ni kitorg akan buat island hopping ke Bohey Dulang dan Pulau Maiga. Mengikut plan asal, yang ni tiada dalam pikiran aku pun, tapi dah alang-alang mencari info sana sini pasal day trip yang berbaloi untuk dilakukan, akhirnya terjumpa 2-3 pulau yang berjaya menarik minat aku dan Cawan untuk diterokai.
Dan rupanya bukan mudah juga nak mencari bot yang nak bawa kitorg ke sini, dalam banyak-banyak email yang respond semua nak minimum 5-6 orang, tak cukup korum, diorang akan cancel trip. Phew..berpeluh gak aku mengenangkan nasib tak dapat la nak pergi ke Bohey Dulang dan Maiga ni. Tapi berkat kesabaran, dan ketegaran aku menghantar email merata tour agensi yang menawarkan aktiviti ni, akhirnya ada satu yang menepati kriteria yang kitorg nak.
Bot 1: RM200 seorang, untuk trip ke Maiga dan Bohey Dulang, tapi minimum kena ada 5 orang.
Bot 2: RM110 seorang untuk trip ke Maiga ATAU Bohey Dulang, dan kena ada minimum 6 orang.
Bot 3: RM400 untuk satu bot dan boleh pilih mana-mana pulau di sekitar Tun Sakaran Marine Park tu dan cuma perlu ada minimum 2 orang sahaja.
Bot 4: Takde langsung pergi ke dua-dua pulau. Hampeh!
Ting!!! Nampaknya bot ke 3 iaitu dari Sipadan.com menepati kriteria kami. Yang no 1 dan 2 tu bukan mudah nak cari orang yang sama minat nak ke pulau-pulau tu, lagi pun bila dah campur-campur harga untuk 2 orang, sama jugak jadi RM400, tak gitew?
Jadinya, siang malam pagi petang aku berdoa la supaya jangan hujan, mudah-mudahan berbaloi duit yang nak ditabur-taburkan di bumi Malaysia tercinta ni.
Dragon Inn Floating Hotel yang disinari matahari pagi.. ini jam sudah terasa keterikan matahari ni.. sujud syukur cuaca nampak elok..
Office Noble Inworld Resort and Tours Sdn. Bhd yang bernombor R3 di Dragon Inn Floating Hotel. Senang sangat nak ke sini dari dari hotel kami malam tadi, lebih kurang 10 minit jalan kaki je. Sipadan.com ni macam orang tengah untuk budget dan luxury chalet di Pulau Mabul dan Semporna. Di sini jugak menyediakan package-package untuk diving dan snorkeling, island hopping dan accommodation. Berurusan dengan Jade (staff Noble Inworld Resort and Tours Sdn. Bhd) juga amat mudah sekali, semua email aku dibalas dengan pantas dan tepat!
Ni la rupa bentuk Dragon Inn Floating Hotel di Semporna. Atas air uols.. Babai Semporna, kita jumpa petang nanti..
Tak sangka John pun ada share kat bot ni! international sgt ko hahaha
Ok, berenti kejap di jeti Semporna, depan ni ada pasar pagi, budak bot ni nak beli air dan makanan. Peringatan untuk yang ingin buat trip ke Bohey Dulang, sila bawak minuman dan air sendiri, di sana tidak dijual makanan, kedai makan pun takde.. toilet awam, surau awam, tempat tidur segala kemudahan basic untuk orang awam, senang citer memang takde la! So beli makanan siap-siap OK?
Undilah calon Sampan! Rare ni tau! Kat Semenanjung belum tentu ada! hehe
Meh sambung perjalanan.. Dari Semporna nak ke Bohey Dulang ni, ambil masa lebih kurang 1 jam kata budak bot ni. Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan ada kelihatan hujan yang gigih turun membanjiri laut yang sedia ada memang dah penuh air. Nampak nya awan kelabu agak sarat di depan sana nun.. arhhh
Bohey Dulang
Tiba saja di sana, cuaca nampak ok..jom kita masuk ke office dulu untuk register nama.
Tak boleh tahan tengok air jernih macam ni..mengigil kaki lutut rasa nak terjun, tapi kena sabar dulu, sebab ada satu lagi aktiviti yang kitorg nak buat before snorkeling di sini. Puncak nun diatas sana yang bakal kami tawan tak lama lagi..ewahhhh
Kawan-kawan sekalian, sila ambil perhatian, sebelum berani jejakkan kaki ke Bohey Dulang dan mana-mana pulau yang terletak di Tun Sakaran Marine Park ni, korang terlebih dahulu kena mintak surat kebenaran dari Sabah Park. Takde surat ni, bukan Bohey Dulang je korang tak leh jejak, semua kawasan perairan dia pun belum tentu korang boleh masuk!
Macam mana nak buat surat?
Mudah je, selalunya tour agensi korang tu yang tolong buatkan hehehe..surat ni FOC je. So before korang nak ke sana, confirmkan saja dengan tour agensi yang korang ambil tu, tanya surat kebenaran dah ready ke belum, kot-kot la diorg terlupa nak buat, tak pasal-pasal duduk atas bot je tengah-tengah laut tu.
Surat kebenaran untuk Chawanna ke Bohey Dulang dan Maiga :)
Dah selesai register nama di office Sabah park di Bohey Dulang, tak pasal-pasal hujan tiba-tiba! Huwargggggg...rasa nak naik angin pun ada macam ni..apakah dosaku ini? Frust kejap. Kemudian datang seorang pakcik, lebih kurang 50an, datang sembang-sembang dengan kitorg. Rupanya dia kerja di situ, sebagai researcher hidupan marine di Tun Sakaran Park ni. Aku tanya dia, sekarang musim hujan ke? Pakcik tu kata "tidak, baru hari ni hujan..tapi selalunya tak lama, sekejap saja dalam 10-15 minit saja.. sementara tu, mari aku tunjukkan kima..kamu pernah lihat kima??"
Dah alang-alang hujan, aku pun ikut la pakcik tu tunjukkan hidupan laut yang katanya dah makin pupus. KIMA. Kata pakcik tu kima ni diorg jaga sampai besar sikit, lepas tu baru lepas ke laut semula. Kima terbesar di Malaysia, ada di Sipadan. So if sapa-sapa nak pegi diving di Sipadan tu, pegi la cari kima terbesar tu yek..
Kima ni nak pegang dia ada cara, kena pegang cengkerang dia, jangan taruk tangan kat tengah2 tu, nanti dia aumm tangan korang.
Hujan pun dah berhenti lepas 10 minit. Memang tepat jangkaan pakcik tadi tu. Oleh itu, kami cepat-cepat suruh officer yang bertugas, panggil ranger yang bawak kitorg naik ke puncak Bohey Dulang. Sampai je renger tu, terus dia tengok kitorg atas bawah... "pakai selipar je? betul ke ni? hujan ni..nanti licin..batu pun besar-besar.." dengan muka confident tahap 8.5/10 aku dan Cawan cakap, emm boleh..boleh takde hal..dekat je kan, 300 meter je kan?
Abang ranger jawab "tinggi 300meter, tapi jalan naik ke atas lebih kurang 600 meter..tapi boleh la nak buat, kita jalan perlahan-lahan..minggu lepas ada makcik dan pakcik gemuk-gemuk naik, dekat 2 jam baru sampai..ok je diorg"
Aku dan Cawan berpandangan.. "ha ok la tu, orang gemuk pun sampai, tak kan kita tak leh sampai..insya Allah boleh.. bang, kalau orang biasa-biasa panjat berapa minit sampai..?" saja gatal tanya, kot-kot nak set benchmark untuk diri sendiri kekeke
Lebih kurang 45 minit - 1 jam..kata ranger tu
Ok jom gerak.. Sepanjang dalam hutan tu, dslr semua kitorg simpan dalam beg, sebab tangan sibuk nak peluk pokok dan tali-tali yang disediakan di kiri dan kanan, so tiada gambar dalam hutan..jangan gatai nak tanya ok!
Untuk 100 meter yang pertama aku dah termengah-mengah dah..steep gile kot! dah la tali pemegang tu cuma ada dalam 30 meter je.. "bang, takde tali nak pegang dah ke?? " tanya aku.. Abang ranger toleh sambil tersenyum manis dan hembus asap rokok.. "takde hehehe" haram jadah! panik kejap..maklum la seumur hidup aku, TAK PERNAH PEGI HIKING tau!
Takpe, kuat kan semangat, jom kita naik gak, tak kan nak turun..tak anak jantan lah! eh.. naik lagi dan lagi..abis semua pokok aku pegang, batu-batu atas tanah aku jadikan alat untuk menampung diri melonjak ke atas hehehe.. Cawan dibelakang aku.. belum sampai 200meter..tiba-tiba Cawan suruh berhenti. Aku berhenti sambil buat muka tak puas hati..arhh mamat ni tak macho betul la..baru 200 meter kot! dalam hati aku mengejek hehehe..
Cawan duduk..sambil menhembus nafas selaju-lajunya.. aku panggil dia buat dek.. aku tanya lagi sekali selepas 5 minit.. 'u ok dah ke? jom la..ada 400 meter je lagi..' Cawan pandang tunjuk tanda ok.
Sampai ke penanda aras yang 400 meter..sekali lagi Cawan mintak berhenti..Hamboi..ni dah lebih ni..sapa yang jantan ni..aku ke dia!?? arghhh kata stamina setaraf komando! puiiii. Kali ni aku tengok dia makin teruk..pernafasan laju gile ibarat berlari cam kena kejar anjing gile 10 ekor. Bercakap pun tak boleh. Peluh dah macam orang mandi! Basah lenjun! Eh ni kenapa pulak ni. Aku cuak. "u kenapa ni?".. dia tak jawab..macam tak leh bercakap..sambil tunduk tangan di kepala lutut.. "daddy..u control nafas..tarik ikut idung, lepas kot mulut..slow-slow..rileks..tgk i buat ni.." dia tak respon lagi.. aku cuak.. eh dia ni kenapa cam ni..tak penah-penah jadi macam ni.. tah macam mana teringat yang kawan aku, suami dia baru umur 33 tahun, tapi dah kena heart attack, walaupun mild heart attack, tapi still heart attack! Aku dah start pikir bukan-bukan, mana tak nya, Cawan siap letak tangan kat dada dia..lepas tu dia kata dada dia macam nak pecah, sambil cakap dada dia sakit sangat, tangan pun kebas-kebas. Ha serius itu jam aku dah takut gila..if betul la dia kena heart attack, cam mana aku nak tolong dia! CPR pun tak reti! nak dukung dia bawak ke bawah macam satu mission impossible je, susah kot! Ya Allah apakah jenis dugaan ni.
Aku tolong kipas-kipaskan dia.. Cawan cakap dia rasa macam kena panic attack. Aku masa ni tak percaya lagi..panic attack apa kejadahnya..selama ni dia sihat je! Mentang-mentang la baru tengok Iron man kena panic attack, dia pun nak panic attack gak! adoi la.. bila nafas dia dah reda dan boleh bercakap, Cawan kata dia tak pernah kena macam ni..dia pun pelik sama. Adalah dalam 3-4 minit dah reda, tiba-tiba Cawan cakap.. "ha dia datang lagi..dia datang lagi.." terus Cawan terduduk, siap request nak kawasan lapang, dan letak tangan kat dadaaaaaaaaaaa!! omgggggggggggg.. aku serius dah takut gile, tapi tak leh nak tunjuk, aku kipas-kipas lagi dia, sambil tengok dia kesakitan, serius aku tak tau nak buat apa, masa tu aku tak berhenti-henti berdoa mintak Allah sihatkan la dia dari sakitnya tu. Bila dia dah ok.. dia cakap..dia yakin ni panic attack.. entah la..aku pun tak tau nak kata sakit apa..aku bukan doctor pun. Aku tanya dia..larat tak nak teruskan? Cawan angguk kepala. Siap mintak aku carikan tongkat untuk dia..ayoyoyomaaaaa..
Slowly aku berjalan sambil pegang lengan dia yang berpeluh tu, dan seriusly sangat geli, sebab aku pun berpeluh sama hahaha.. sambil tu aku sempat lagi berikan kata-kata semangat, cuma 200 meter je lagi nak sampai, jalan pun dah tak berbukit dan berbatu macam kat bawah tadi. Tu pun dia ada mintak berhenti, sebab katanya "benda tu datang lagi" cuma kali ni agak ok sikit, sebab dia leh berjalan dari kena yang mula-mula tadi.
Abang ranger tadi pun beri kata semangat kat Cawan..dia kata dah sampai atas nanti mesti hilang penat..view memang cun..semua ni berbaloi-baloi hehehe..
Dan akhirnya..tiba jugak kitorg ke puncak Bohey Dulang selepas bersusah payah mendaki heheheh..siap ada kena panic attack bagai haiiiii..
Alhamdullilah, sampai jugak weols..huhuhuhu.. masa yang diambil oleh kitorg untuk naik ke atas ni adalah lebih kurang 1 jam 10 minit..maklum la ada yang kena panic attack kekeke.. Cantik kan??
Kalau korang nak tau, ni dulu rumah orang jepun yang mencari hasil mutiara di Sabah secara haram pada sekitar 80an dulu (if aku tak salah dengar la ranger tu ckp tahun bila), tapi sekarang diorg dah takde lagi kat sini, rumah ni pun dah kosong semenjak pulau ni digazetkan under Sabah park.
Tapi yang pastinya, kata abang ranger tu, perkampungan orang sulu masih ada lagi kat belakang pulau ni, even diorg sendiri malam-malam takut duduk kat sini, semenjak peristiwa Lahad Datu tu. Banyak jugak cerita best yang kami dengar dari abang ranger tu, tapi tak larat la aku nak taip semua..nanti kita jumpa la disiaran yang lain ok? hehehe
Muka orang kena panic attack. Sampai je kat atas ni, terus sihat. Lepas tu sempat lagi pesan kat aku, suh google simptom heart attack dan panic attack heheheh..motif sangat kan!
Jetty Bohey Dulang. Waktu kitorg kat Bohey Dulang ni, takde orang lain pun yang datang, kecuali kontractor dalam bot dalam gambar diatas ni, sebab office Sabah park kat belah kiri tu, tiang dia senget, so diorg pangil contractor nak suh baiki. Haih memang honeymoon sungguh la..terpaksa aku beranggapan pulau ni kami yang punya hehehe
Inzal weh tengok air cam ni rupa.. ini baru kat dunia, esok kat syurga tak tau la aku nak kata cantik macam mana lagi.. Subhanallah..
Subhanallah..memang cantik sangat..tak sangka ada macam ni kat Malaysia..serius aku bangga! Tak tau la nak describe perasaan tengok view cantik macam ni. Tak sia-sia la I HEART SABAH heheheh. Sebenarnya, waktu yang paling lawa untuk ke sini adalah waktu pagi, sebab matahari datang dari arah belakang, sebab tu nampak laut tu warna macam tu, if korang datang dah petang, matahari dah kat depan korang, so mungkin susah sikit la kot, lagi satu kata ranger tu, belah tengahari dan petang, awan dan tebal, amik gambar pun tak cantik sangat nanti. Jadi jika korang ingin ke sini, datang la waktu pagi okeh!
Dekat 40 minit gak kitorg kat atas tu..lepas tu turun balik, nasib baik time turun takde sapa yang kena heart attack ke, panic attack ke..alhamdullilah hehehe.. sampai je bawah, kitorg tak buang masa, terus pakai alat snorkeling..terjun depan jeti tu...ha hilang segala kemelekitan dibadan akibat peluh tadi..bau usah cakap la kan..cam kerang busuk pun ada tadi hehehe..
Sebelum kitorg terjun pegi snorkeling tadi, pakcik Sakar yang bawak kitorg tengok kima tu pun nak join terjun gak..katanya nak pegi amik equipment..ha sekali dia datang bawak alat scuba! Ini bukan snorkeling dah pakcik heheheh..so sama-sama la kami snorkeling dan scuba..dia tunjuk la kima-kima yang diorg pelihara bawah tu. Sebenarnya snorkeling kat Bohey Dulang ni, tak berapa inzal berbanding di Mabul atau Sipadan kata pakcik Sakar ni..sini batu karang banyak la..ikan tu ada, tapi tak sebanyak di Mabul/Sipadan.
Pakcik Sakar tanya kitorg, takde lesen Scuba ke, kami geleng kepala, teringin nak ada, tapi fulus selalu takde..asyik abis ke lain je. Kitorg ada cakap kat dia nak try DSD (Discover Scuba Diving), pakcik Sakar tanya berapa harga kalau nak buat DSD tu? Aku jawab.. RM200.. dia geleng dan senyum.. lepas tu dia cakap.."nah, aku kasi kau berdua cuba aku punya ni..senang saja.." mula-mula kitorg segan gak..lepas tu dia berkeras nak ajar pakai dan guna..so apa lagi..aku serahkan Cawan pada pakcik Sakar..heheheh
Testing testing hehehehe.. Cawan tak cukup berat, sebab takde weighting belt..so pakcik Sakar kena tolong tenggelam kan dia hehehe..ni takde la dalam sangat..5-6 meter adalah kot..tapi kalau kata nak merasa scuba dive tu, kira secara teknikalnya..dah merasa la.. aku pun ada cuba jugak..tapi cukup la gambar Cawan je, maklum la, penutupan aurat tidak beberapa sempurna hehehehe
(Video rakaman dalam laut ada banyak, tapi malas la aku nak edit buh dalam ni..korang gunakan imiginasi masing-masing la ek)
Pakcik Sakar..jasamu akan kami kenang sampai bila-bila..
Pulau Maiga
Jam 1 petang, kami berangat meninggalkan Bohey Dulang untuk ke Pulau Maiga. Sebenarnya ada banyak pulau yang cantik di sekitar ni, antaranya Pulau Sibuan, pasir putih melepak, air biru, tapi dah ramai orang pegi, so aku pilih pulau Maiga, sebab sama jugak macam pulau Sibuan, cumanya di sini ada perkampungan bajau laut.
Jarak dari Bohey Dulang ke Maiga lebih kurang 20-30 minit menaiki bot.
Approaching Pulau Maiga..banyaknya pokok kelapa..
Rumah-rumah baju laut makin kelihatan jelas..tapi tak nampak orangnya pun..alahai..diorg takde ke??
Nampak macam sepi je nih..cam mana nak amik gambar diorg heheheh
Ok kami dah mendarat..tak tau la kenapa..tapi aku punya hati rasa macam was-was je..takut pun iye..segan pun iye..ibarat macam pegi rumah orang tak bagitau awal-awal kan huhuhuhu.
Belum sempat nak jalan jauh-jauh, dah kelihatan 2-3 orang bajau laut duk usha kami atas bawah.. nampak macam tak friendly sangat.. ok..sebenarnya aku tak tau apa agenda di sini, sebab memang takde apa..so nak tak nak..aku terpaksa la buat-buat macam ada agenda..kang kena marah ngn Cawan kang..sapa nak jawab..huhuhuhu.. aku memandai-mandai ajak Cawan jalan masuk kampung tu..jom kita jom!
Dari pemerhatian aku, kawasan ni cantik, cuma dicemari dengan sampah sarap macam botol kosong dan plastik makanan yang dibuang orang-orang bajau laut ni. Tapi takde la bau busuk ke apa..air laut masih terjamin kecantikannya, biru dan tenang je..oh ya..kat sini langsung takde ombak macam kat pulau Redang tau!
Portrait budak bajau laut pertama yang aku berjaya amik..huhuhu nasib dia tak marah..saja test water..
Rumpai laut purple..katanya yang ni lagi mahal dari yang biasa.. 1 kg berharga RM20. Pandai jugak si bajau laut cari duit.
Ni rumah atas bot/sampan. Kat situ la masak, situ la tidur, situ la lepak..situ la segala-galanya..kreatif kan? cer kasi kat aku suh duk dalam tu..agak-agak berapa lama leh tahan? teng teng teng..
Tengah syok-syok kitorg amik gambar di dalam panas terik hanya Allah saja yang tahu betapa panasnya waktu tu, datang la budak bajau laut, pandai speaking Melayu bah!! Dia tanya..tak mau air kelapa ke.. so Cawan pun layan la kan..berapa harga? tanya Cawan.. budak tu jawab lima ringgit bang.. hoh! mahal nya lima ringgit.. ok ok..untuk abang saya kasi dua ringgit..sambil buat muka tak bersalah.. harga cam kt KL bai!
Cawan suruh panjat pokok kelapa kat depan kitorg tu je..tapi budak ni kata tak boleh, sebab ni orang lain punya, nanti dia kena marah..ha pulakkkkkkkkk..so dia suh ikut dia kebelakang sana nun.. sambil tunjuk ke arah hutan yang lalang tinggi dan pokok kelapa..hmm ni leh percaya ke budak ni.. tawakal je la kami ikut dia dari belakang..
Berjalan menuju ke destinasi pokok kelapa milik beliau heheheh..katanya siap ada show free cam mana diorg panjat pokok kelapa, tak guna tali dalam harga RM2 tu..hahahah serius lawak..kitorg control je.. elok-elok dah halfway..tiba-tiba dia kata dia kena patah balik! sebab dia nak amik PARANG! haaaaaaaaaaaa..kami nganga..ha sudah..budak ni betui ke tak ni..kang ada yang jadi kanibal ni..kot-kot la parang nak cincang kita ke? huhuhuhu..ish ke situ plak aku pikir.. tawakal je la air kelapa punya pasal heheheh
Ha ni la free shownya..kitorg buat-buat kagum la.. kesian diorg nak cari duit..maklum la bukan ada kerakyatan pun kan ? (tak silap aku la)..sebelum panjat, budak baju merah tu ketuk-ketuk dulu pokok tu..agaknya nak tengok kot kelapa tu ada air ke tak..pastu baru dia panjat..wah kagum lagi sekali hehehe
Dah elok turunkan 2 bijik kelapa muda, datang la budak tadi tu..tapi parang nya mana??? Katanya parang tu orang tu tak kasi bawak jauh-jauh..kena bukak kat depan tadi tu..lepas tu parang tu kena bayar..sebab bukan dia nya punya.. PULAKKKKKKKKKKKKK..amboi pandai kau bisnes! belajar dari Tony Fernandez ke? hehehe.. so kitorg pun buat-buat la macam tak nak la..pastu dia mengalah dan cakap, yang dia akan tanggung kos SEWA PARANG tu..hahahahha ini memang lawak der..
So kedepan la kitorg mengikut budak ni..urusan pinjam parang dah selesai..dapat la kami minum air kelapa fresh depan laut yang lawa ni. Kemudian datang makcik tua, siap bertoncet dan berkemban, umur dalam 70an, tak puas hati tengok kitorg minum air kelapa depan rumah dia, sambil jerit-jerit bahasa dia! heheheh.. sekali abang bot tu speaking bajau dengan makcik tua tu..dia cakap, kitorg dah bayar kat budak baju merah tadi tu la...ha baru diam makcik tu.. gilalah diorg pun ada kawasan jajahan kat sini heheheh..
Cute gile rumah atas air ni..
Dah abis air kelapa kitorg minum, kitorg nak amik gambar budak-budak bajau laut ni pulak, tapi diorg ni pemalu, ubatnya senang je, ko cakap kasi duit..terus tak malu! ha pose! pose! pose!
Budak ni dapat biskut coklat dari aku..aku terus suruh dia berdiri dalam air berlatarbelakangkan rumah sampan tu tu hehehe..
Ni pun sama..siap dengan kain batik lagi ha..paling cantik la kat kampung tu rasanya heheheh
Yang ni pun pemalu..tapi posing dah macam Tyra Banks pun ada, siap lentok-lentok ko..
Yang ni dua orang yang paling nakal, mintak duit tak abis-abis..seringit je diorg tau sebut..yang lain tu aku tak tau diorg cakap apa..yang pastinya bukan cakap sabah bah.. budak pompuan (kanan) bogel, umur dalam 7 tahun kot..sampai Cawan pun naik segan nak amik gambar dia hahahaha. Dah la aktif terkinja kinja lompat sana sini..aku tengok yang letih..
Sebabkan Cawan kata dia segan nak amik gambar ada budak bogel tu, Cawan suh dia duk belakang kawan dia..kasi cover sikit..haishhh lawak betui..nasib paham bahasa..abang bot kitorg tolong translate kekekeke
Ha ni lepas dah abis photoshot, diorg berebut amik duit upah memasing..Cawan baik ati sungguh, sebab dari tadi sampai la waktu ni, tak abis-abis duk pikir cam mana diorg ni cari duit nk makan..kesian katanya.. Oh ya, kat sini kalau korang tak bawak makanan pun tak pa, sebab ada kedai runcit jual cekedis heheheh
Aktiviti kira duit pendapatan masing-masing..paling touching, bila dapat duit, diorg terus terjerit-jerit tunjuk kat mak diorg. Budak-budak yang aku kasi roti potato tu, diorg tak makan pun roti tu, tapi berlari bawak balik rumah, kongsi makan sama-sama kat rumah kot..isk isk..
Sampai je di hotel, terus mandi manda bersihatkan diri, dan aku pula pegi google simptom heart attack dan panic attack tadi tu..phewww nampak gayanya memang panic attack la..takde ubat pun, melainkan amik ubat penenang je.. sebelum tidur malam tu, sempat lagi aku bersoal jawab dengan Cawan..apa yang dia rasa dan nampak bila dia cakap "dia datang dah..dia datang dah.."? Rupanya Cawan cakap, dia rasa hutan tu tiba-tiba rasa macam rapat sangat dengan dia..dia sampai tak nampak jalan..dan rasa sesak. Lepas tu dia rasa takut tak tentu pasal. Tu lah yang dirasa..dan masa baring sama-sama atas katil malam tu pun dia masih lagi ada rasa takut-takut tu..hmm kena sampuk ke hapa tah!
Dalam hampir-hampir aku nak terlelap dah tu, sempat lagi Cawan lentuk kepala kat bahu aku, "i tak kisah kalau u nak tambah scuba diving dalam list hobi kita..sebab i suka, tapi i nak mintak tolong sangat-sangat jangan masuk kan hiking dalam list..boleh??" aku hanya mampu tergelak besar je la bila dengar dia cakap cam tu kekekek.. So nampaknya tiadalah sambut tahun baru di atas kinabalu kan?? kroh kroh krohhhh..kedengaran bunyi dengkur dia jek..hehehe..
42 comments:
wow..tak terkata cantiknya tempat ni..Subhanallah
omg!!! cantek giler keadaan kat sana wehhhh! nak pegi sekarang jugakkk! jom check tiket! kekeke. calling2 sape yg nak ikut~
panic attack?? drama sgt laki ko nih wehh!
#untungla bakal diver terkenal~
cantik..
ramai gila model ko
Subhanallah cantiknya tempat tu!gigih kome memanjat sampai atas tu tapi babaloi!
Wah cawan kena oanik atak? Hahaha cuak.
Ok part pulau kedua aku sambung baca esok. Panjang sangat.
dah agak dah
entry yg tak mengeciwekan akak mcm biasa...
cantik tatau nak cakap camneh
...
dan
dah tau nama sebenar mangsa panik attack ...hahahah
bukan low blood eh? kompom?
(nape la akak terbayang kita sume di sana????)
aku pun sanggup kena panic attack kalau hasilnya dapat tengok view macam ni, hehe...nampak sangat kurang bersenam tu, tapi aku pun lebih kurang jer, ahaha...yang penting, semua gambar cun giler...
Lawo! Lawo! Lawo!!
Panic Attack?? OMG..Iron man mencipta sejarah penyakit baru!
Subhanallah! siyes Cantek giler view nie..
cantiknyeeee!!SubhanaAllah..
ok, punya la baca satu line, satu line, dan scroll pelan2 sbb sayang nak abiskan entry ni! hahaha! teruja gile ok! maklum la, patut nya kitorang pun ada disituuuuuuuuuu...
dragon inn tu cun ek! tapi bohey dulang tu aerial view korang sumpah cantik nak mamps! cantik gile! sampai i plak yg panic bila u kata hujan! haha! ya Allah cantik sungguh air hijau biru dgn gambar boat nyer...bleh print buat wallpaper kot!
tapi takut gak cawan kena camtu ek? ye la, hutan, tinggi plak tu. if jadi apa2, ya Allah tak tau la nak buat camne.
kima tu mcm oyster kah? dpt gak la korang berscuba-duba ek.
bajau laut tu tak nampak ke family mak pak sume? sume budak2 je yg ada? tapi mmg lawak la kasi singgit terus pose tyra banks! pandai korang.
kira abg boat tu akan ikut la time yg diberi ek? if kata 2jam lepak, 2jam la dia tunggu korang?
ok cawan, memandangkan i takut pacat, i join la scuba, no hiking pls. hahaha!
nest post plsssssssss...
wuuii cantiknya.. agak2 lepas tak hiking sambil carry mika kat sini? hahahaha
Baru tgk my friend post something about Bohey Dulang a few days ago. Sekali dapat baca full entry kat sini. Amazing! Nganga jap tgk kejernihan air dia.
*Me and hubby always wanted to do Gunung Kinabalu for anniversary. Tapi entah bile la plan tue nak commence. :D
Sebagai rakyat Sabah yang kekunun sejati; serius malu & jeles giler baca entry ni. Sebab aku pun xtau wujud pulau ni. Yang aku tau Mabul, Sipadan & Mataking.
Pasal panic attack tu, nenek aku pernah cakap dulu kalau masuk hutan belah2 sana kena bagi salam. Apa jadi kat Chawan macam dia cakap hutan rasa dekat etc, rasanye 'penduduk asal' kat sana nak berkenalan & ramasmesra. Tapi silap frekuensi. Hihi. Pape pun syukur korang selamat.
Zila: So skrg bangga jadi Rakyat malaysia? heheheh
Henry: Omg, baru ko tau memang tempat ni cantik? huhuhuhu.. well laki aku berhak dpt oscar kan?!
Meng: Model berbayar tuh
Janggel: Tak sia2 aku tak ikut korang pegi overland China kan? teng teng teng
Kak Anash: Saya pn tak tau nk ckp cam mana cantik tah..berbaloi la wlau org tu kena panic attack.. nk berkenalana ngn mangsa ke? comfom bukan low blood..sb mangsa berasa sangat takut ketika dalam tu heheheh..
(akak terbayang, sb saja nk suh saya ripit ke sini..jommmmmmmmm)
Orga: berbaloi2 kan kena panic attack dpt view cam ni? heheheh..
Nil: Ha apa lagi..sila la pergi..
Ieda: :)
Ann: :)
Biq: Cuba bayangkan u pn di situ.. u ni byk sgt tanya la..nanti la i jumpe u i citer balik, siap ngn gaya skali..ok? jom scuba pulak? heheheh
Laney: Bawak la kalau berani..kalau mika kena tegur ko kena baca yassin dlm utan tu kekekekek
Zara: Pegi la nanti ke sini..anda pasti tak menyesal :)
Bibierr: Ha apa lah org sabah nih! Aku pun ada rasa yg dia kena sampuk ngn org dlm utan tu..sb tu lain macam je dia takut..haih..alhamdullilah semua ok pastu..
hahaha.. lawak tul ajoy nie.. boleh pulak kena panic attack.. nasib baik takder pe².. kena banyakkan exercise utk stamina..
Naaa.
Cantiknya pemandangan!...pandai gile u amik gambar...i rasa macam nak pegi je situ...taktau langsung kewujudan pulau2 tu...
Sian Chawan kena panic attack...kena hati2 tau Na...my friend dah arwah sorang sebab kena panic attack masa naik gunung tahan...masuk tv paper bagai...
Other than that, entry ni mmg best and I nak tunjuk kat adik ipar i yg kt KK now...diorang suka activities mcm ni...
Cantik betullah....first time dgr nama tempat ni. Ingatkan kat filipina ..kat msia rupanya. Memang cantik aaa. Kagum akak camner korang tau tempat nih !
subhanallah cantik giler gambar-gambar, tak sangka gambar-gambar nie semuanya kat Malaysia, agensi pelancongan kita patut kerja keras untuk promote tempat-tempat cantik macam nie
oh maiii.. canteknyer.. Panic attack mmg suspen bace. dah macam dalam movie... kikiki...
Along: tu la rasanye pn sb dia dh lama x sena,, bila ajak je, ade je alasan, esok dh sakit baru tau..
Almiraz: tempat tu memang lawa dh, sapa2 amik gmbar pun cun hehehe .. I memang risau pasal dia kena mcm tu, harap2 pas ni xde dh la..
Rozita: saya pun kebetulan jumpe masa goggle2 tu..dh alang2 dlm malaysia, pegi je la hihihi
Mrs smile: memang x sangka jugak hahahaha..
Iza: drama sgt kekdah ny hehehe
Hi, Boleh mintak tolong emailkan saya contact person untuk package nih tak? Kami nak buat day trip macam nih jgak in November. Best sangat tengok gambar korang. my Email are_tone@yahoo.com
Hi...if anyone interested to have day trips or islands hoping in Semporna please contact me.
I have a budget tours, basically its a family owned business. I am Semporna's local but working in Kota Kinabalu, Sabah now, and the tours is run by my brothers at this moment. Basically we provide the transportation only i.e. boats and automobile to pick you guys up from any point i.e. Tawau airport, hotels etc.
Our boats are clean, fast, and operated by experienced and kind local men (powered by yamahas 200hp, 115hp, 40hp and 15hp each). So you can choose any type of boat you want. The price is negotiable depends on number of people, kids, number of visited islands etc.I am quite sure, you can't find any other better 'budget' transportation than us in terms of price, cleanliness, safety and variation of choice.
We can also help you to find the hotels or place to stay based on your budgets i.e. hotels, backpackers, 'inap desa' etc. Basically, we recommend Seafest hotel (Affordable, convenient, and clean) in this case.
We will provide some useful photos if needed.
some ideas of the price is for example (depends on the type of boat you want, and excluding hotels) is RM700-RM1500 to Mabul and Kapalai) with maximum passengers to 10 pax only.
Interested? Please email me for further information or advice on iman7175@yahoo.com.my OR ALTERNATIVELY give me a call/text message on 0178237707.
Hope to see you there soon. Iman.
Correction on the above advertisement by me on my email address:
Interested? Please email me for further information or advice on iman7175@yahoo.com OR ALTERNATIVELY give me a call/text message on 0178237707.
Hope to see you there soon. Iman.
hi salam~
bole tak nak mintak contact the agent yg handle ur trip to bohey?
i am surveying for a trip there tp mostly require min 5 pax plk (-.-")
here's my email: kiwilutz@gmail.com
thank u!~ =D
Suraya: boleh pegi dekat Sipadan.com dan inquire kat situ..
Assalammualaikum tuan blog.. Tenkiu best entry ni dengan gambo2 yang menarik. Tadi kawan ada post pasal Pulau ni then Google terus tu yang sampai sini. Hehee. Memang menarik... Nak tanda boleh? Ni amek gambo DSLR model apa ye? Edit kat lightroom ke? Semoga ada jawapan... Tenkiu puan... :-)
Wailaikumsalam encik morris, gambar pakai nikon d90, software pakai photoscape je hehe ;)
Bismillah...
best betul baca entri ni.
jom free-free singgah blog saya:
www.carehappytips.blogspot.com
Lawa gila! Bulan june ni nak pegi bohey maiga n sibuan Harap dpt gmbr cantik macam ni
Jom exchange travel blog. Ni blognya
www.thetravelling3o.com
Should try mantanani island di kota belud jg...last week sya dgn kwn stay dkt sna...villagers dia sgt friendly :)
Cantik,tapi sampah ada sikit menhampakan...
Cantiknya! Nak tanya, gambar2 ni guna lens apa ye?
Cantiknya! Nak tanya, gambar2 ni guna lens apa ye?
Sewa bot rm 400 .. Ada tak no hp abg bot tu?
Thank you for the very great pictures! I hope, that I can visit some of the islands from Semporna next January...
Contact page ni..
https://m.facebook.com/cuticutimabul
salam... camana nak letak gambar saiz besar mcm ni dlm blog ya? hehe..
Terima Kasih....
HaHaHa...
Seronok baca post ni,LAWAK pon tahap ultraman Taro,
Alhamduli-Llah...Jauh perjalanan,Luas pemandangan & Banyak perbelanjaan..
Subaha'llah...Cantik pemandangan-Nya..
additional hints the original source read here look these up you can look here Hermes Dolabuy
Post a Comment