Kami ada dua pilihan pagi ini, sama ada ke Jungfrau atau Schiltorn. Schiltorn yang kami pilih. Sebab utamanya, dari review yang aku baca, dan atas suggestion pemilik hostel, dari Schiltorn, panoramanya lagi cantik, sebab boleh lihat Jungfrau, Eiger, Titlis, dan kalau bernasib baik boleh nampak Mont Blanc juga. Dan sebab yang lainnya lagi, harganya jauh lebih murah berbanding Jungfrau. Dengan Swiss pass, kami cuma perlu tambah CHF 37 saja untuk ke Schiltorn. Dari hostel kami nak ke sini boleh berjalan kaki, mungkin ambil masa dalam 15-20 minit (tertakluk pada kelajuan masing-masing). Tapi kami memilih menaiki bas saja, seperti yang disyorkan oleh pemilik hostel tersebut.
Tak sampai 5 minit, bas yang ditunggu tiba. Emm tanpa berpikir terus aku mengeluarkan duit untuk bayar tambang bas. CHF 3.20 seorang, untuk perjalanan kurang dari 10 minit! Dangggg.. lepas dah bayar, baru teringat, kenapa tak tunjuk Swiss pass je? Hmm masa tu baru rasa nak hentuk kepala kat cermin bas, sebab lupa nak keluarkan Swiss pass tu! adey..dah rugi CHF 3.20 lalalalalala.. Ok tak pe la.. dah bayar pun..
Inilah rupa pekan Lauterbrunnen. Kecil. Udara di sini sangat segar. Berhadapan dengan stesen keretapi Lauterbrunnen, ialah stesen cable car yang akan membawa kami ke Schiltorn.
Hmm dah naik cable car. Pemandangan aerial kampung-kampung di Lauterbrunnen sangat cantik. Tak pernah lagi ada pengalaman tengok view macam ni, walaupun di New Zealand! Jangan tanya aku berapa harga cable car dan funicular sepanjang kami di sini, sebab semua yang kami naik adalah PERCUMA dengan Swiss pass. Kalau nak tau harga pengangkutan, sila cek di website sendiri. Sekian.
Tak sampai 10 minit menaiki cable car, kami sampai ke station Grutschalp. Dari sini pemandangan alps jelas kelihatan, tapi aku masih tak tau yang mana satu Jungfrau/Eiger dan sebagainya.. perlukah aku tau yang mana satu? enjoy the view sudah hahahaha..maklum la banyak sangat, rapat-rapat pulak tu..hehehe
Dari Grutschalp, kami menaiki train menuju ke Winteregg..
Winteregg menuju ke Murren.. scenery memang sangat cantik di sini..subhannallah.. tak terkata.. narrow gauge railway ni, bila pandang bawah semua cerun je..tapi cantik! Cantik dan ngeri! ish
Murren
Train kami berhenti di Murren. Dari situ kami kena berjalan kaki menuju ke Schiltornbahn. Sambil-sambil berjalan, kami dapat menikmati mountain village Murren, antara yang tercantik di daerah Bernese Oberland ni.
Kepada yang sukakan cabaran, korang boleh cuba hiking dari Grutschalp tadi, sehingga ke Murren mengikut info yang aku dapat, viewnya cantik. Tapi kalau malas macam aku, naik saja train, tak sampai 10 minit dah sampai ;)
Pekan Murren sangat kecil. Populasi penduduk di sini lebih kurang 400 orang saja. Semasa aku berjalan di sekitar pekan ini, susah betul nak lihat kelibat penduduk tempatan di sini. Kebanyakan kedai masih tutup walaupun dah pukul 10 pagi! Macam ghost town pun ada.
Bagi yang poket tebal, boleh la duduk di Murren, sebab ada banyak hotel kat atas ni. Tapi harga memang hanya untuk poket-poket tebal, tapi privacy korang gerenti terjamin! hahahaha..
Bestnya la kalau bukak pintu balcony atau pintu dapur dapat view macam ni... sapa tak nak kan?
Ada restaurant kecil kat celah-celah gunung ni, mungkin khas untuk kaki-kaki ski yang tergolek jatuh heheheh..sementara menunggu pertolongan, boleh la minum-minum di sini.. (cewah pepandai je aku!)
Ok dah dekat..dah dekat..tapi kena turun cable car dulu kt station Birg..dan naik satu lagi cable car untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Schiltorn. teng teng teng.. Ketika ini, kami berada pada ketinggian 2576m.
Ok kena tukar satu lagi cable car dekat Stechelberg..kami semakin hampir dengan Lauterbrunnen ketika ini, dan mula kelihatan kampung-kampung comel dan air terjun!
Pemandangan di sini sangat menakjubkan, lama juga kami spend masa di sini. Kat Malaysia takde macam ni.. #poyo
Bus stop yang tiada bumbung, kalau hujan macam mana la agaknya kan?? Rasa tak puas duduk sekejap di sini, kalau boleh nak lama lagi! Tapi apakan daya???
Kebanyakkan rumah di kampung Murren masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Rumah kayu yang memang classic habis. Diorg pun ada ukiran-ukiran jugak, macam rumah-rumah kampung di Malaysia hehehe
Untuk yang gigih nak berbasikal atau berjalan kaki, sila cek waktu yang bakal korang kena tempuhi untuk ke destinasi impian! Bukan diukur dalam jarak KM, tapi dalam waktu..heheheh
Jangan tertipu dengan kabus-kabus tebal dan salji yang menutupi gunung-gunung tu..cuaca ketika ini tak sejuk seperti yang disangkakan (nasib baik aku tak pakai baju 3-4 lapis!). Angin takde sangat, so takde la sejuk, kalau angin kencang, mungkin kot mengigil :)
Ada kedai souvenir di sini, sales personnya ramah, Cawan cuba mintak discount, tapi tak dilayan! Harga fix, 1 magnet CHF 6-7 hmmm..bertabah je la.. bukan selalu pun nak ke sini..
Schilthorn
Penat berjalan dari Murren nak ke Schiltornbahn. Nampak je kecik pekan Murren tu, tapi jenuh jugak la menapak. Kalau yang takde Swiss pass, harga tiket dari Stechelberg – Schilthorn - CHF 94.80 (return). Ataupun kalau nak murah, perg la awal pagi, atau lewat petang, harga murah sikit la tapi yang ni tak applicable untuk yang ada Swiss pass.
Kenapa ada 007 tu? Schiltorn ni dulu penah jadi lokasi pengambaran filem James Bond - On Her Majesty's Secret Service. Aku pun hanya tau pasal ni bila dah sampai sini :0
Dalam cable car menuju ke Birg. Seperti yang sedia maklum, kalau pergi tempat-tempat macam ni, memang hanya mengharapkan luck saja. Sebab keadaan cuaca tidak menentu, bila-bila masa saja cuaca boleh berubah. Bak kata pepatah, harapkan cerah hingga ke petang, tapi ujan pulak kat tengah-tengah (eh betul ke pepatah aku ni?..emm lebih kurang la kan). Kami juga mengalami situasi yang sama, tadi kat bawah nampak cerah terang benderang je..tapi bila dah half way naik cable car nak ke Birg (iaitu satu lagi station sebelum sampai ke Schiltorn), kabus tebal mula datang..haish..memang potong stim!!
Ok dah dekat..dah dekat..tapi kena turun cable car dulu kt station Birg..dan naik satu lagi cable car untuk sampai ke destinasi akhir iaitu Schiltorn. teng teng teng.. Ketika ini, kami berada pada ketinggian 2576m.
Cable car terakhir akan bawa kami terus ke Schiltorn. Cuaca kembali cerah, langit biru kelihatan, begitu jugak dengan peak ini. Tapi sayang aku tak tau yang ni gunung apa.. tak kisah la kan?? Dan akhirnya, kami tiba juga di Schiltorn. Dengan ketinggian 2970m, merupakan puncak tertinggi di Bernese Alps.
Dekat atas ni ada viewing deck, yang boleh nampak semua mountain yang aku sebut tadi, Eiger, Jungfrau dan macam-macam la..tapi nak identify satu-satu bukan mudah, aku memang tak amik port la kan, janji aku tengok sudah.. lagi pun kabus tebal masa tu, susah la nak tengok. Walaupun dah ada gambarajah yang pinpoint mana satu peak yang berkenaan, tapi aku memang fail la bab-bab ni ;p
Dah puas terpinga-pinga duduk kat viewing deck sambil tengok kabus tebal yang sekali sekala lalu, kami masuk ke dalam restoran Piz Gloria. Satu-satunya restoran kat atas ni. Sama je macam restoran kat atas KL Tower tu, pusing 360 darjah, amik masa 55 minit nak cukupkan satu pusing. So apa kami buat? Kita makan cake dulu, dan minum coklat panas..lalalalaaa
Nota: Pastikan korang cek dulu keadaan cuaca sebelum naik atas ni, kalau bernasib baik memang clear je, time aku pegi tak berapa best sangat cuaca, sebab kejap kabus tebal, kejap kang clear.. tapi better la dari kabus tebal memanjang kan..
Puas makan cake dan minum coklat panas, kami sempat mencuci mata tengok souvenir dulu, mana tau ada yang berkenan. Tapi harga mahal sangat, nasib baik kat bawah tadi murah. Disebabkan kami ada kekangan waktu, selepas menghabiskan masa hampir 2 jam di atas peak Schiltorn, kami turun semula ke bawah.
Kali ini melalui jalan lain pula. Saja-saja nak tengok view yang berbeza. Dari Schiltorn ke Brig menaiki cable car dan seterusnya kami turun melalui Gimmelweld.
Ok memang tak sia-sia lalu ikut jalan lain, sebab viewnya lawa jugak!
Ok kena tukar satu lagi cable car dekat Stechelberg..kami semakin hampir dengan Lauterbrunnen ketika ini, dan mula kelihatan kampung-kampung comel dan air terjun!
Cable car siap lalu sebelah air terjun tuh!!! mau tak meroyan!
Sungai kecik, dan bunga-bunga liar yang kekuningan jelas kelihatan..time ni aku rasa cam nak meroyan dah..memang cantik sangat! tak leh nak kata apa dah..korang imagine je la yek! (aku tak penah tengok view macam ni! so abaikan kalau aku melebih-lebih kalau bercerita tu okeh)
Murrenbach Falls
Sebaik melangkah keluar dari station cable car yang terakhir tadi. Tanpa buang masa, kami terus berjalan menuju ke Murrenbach yang cuma hanya beberapa langkah dari station tadi. Sebenarnya Murrenbach falls (air terjun) tiada dalam agenda kami, dan aku sendiri tak pernah terjumpa pun nama Murrenbach ni semasa buat research pasal tempat ni dulu. Tapi dah alang-alang depan mata tu, kami singgah je la.
Kedudukan Murrenbach yang jauh di dalam Lauterbrunnen valley, menjadikan ianya kurang mendapat perhatian, kebanyakkan pelancong hanya tahu Trummelbach, iaitu satu lagi air terjun yang terkenal di Lauterbrunnen.
Air terjun Murrenbach ini adalah air terjun tertinggi untuk category singular vertical waterfall di Lauterbrunnen Valley dan di seluruh Swiss.
Wild flowers yang kekuningan berhadapan station cable car tadi! Memang gempak kan!
Aqilah tengak syok tengok bunga kuning-kuning ni.. sambil tengok orang main payung terjun
Sungai kecil yang membawa air terjun tadi.. aku bersyukur sangat dapat tengok view macam ni. Hari tu masa di NZ, aku teringin sangat jalan dekat Hooker Valley tu, sebab viewnya cantik macam ni jugak, tapi alhamdullilah, tak dapat di NZ, dapat tengok di Swiss pula :)
Walking trail berdekatan Murrenbach falls tadi, kalau ada masa boleh la cuba jalan sampai ke penghujungnya, mungkin ada kejutan yang menanti korang..
Aqilah mana tangan????
Sebenarnya ada banyak lagi air terjun di Lauterbrunnen valley ni, yang terkenal sekali Trummelbach falls, yang dekat dengan hostel kami duduk tu Staubbach falls, Agertanbach falls, dan macam-macam la. Jadi pilih je la mana yang korang berkenan okeh.
Di bawah cable car station tadi, ada station bus yang akan bawa korang terus sampai ke pekan Lauterbrunnen (tempat yang naik cable car mula-mula tadi). Selepas abis picnic (makan meggi goreng tadi depan waterfalls tu heheheh), kami naik bas untuk balik semula ke hostel, sebab nak check out.
Ini pula pemandangan dari bus stop berhadapan hostel kami duduki, Schutzenbach Backpackers & Camping. Best duduk sini sebab bersih, dan owner hostel ni pun friendly. Harga pun murah, tu yang paling penting sekali. Untuk yang berkeluarga boleh ambik private room macam aku :)
Bus stop yang tiada bumbung, kalau hujan macam mana la agaknya kan?? Rasa tak puas duduk sekejap di sini, kalau boleh nak lama lagi! Tapi apakan daya???
Sebaik tiba di pekan Lauterbrunnen, kami singgah di supermarket Coop (macam Giant) untuk membeli bekalan makanan yang boleh dimakan. Maklum la, nak tunggu beli di destinasi berikutnya, takut kami tiba lewat, tak pasal-pasal kedai tutup awal pula kan..so baik la beli sekarang dan alang-alang ada depan mata tu.
Seberat-berat kaki nak melangkah pergi meninggalkan Lauterbrunnen, kami tetap tidak kesal dengan kesingkatan waktu yang ada, sebab yakin dengan destinasi yang berikutnya yang pasti menjanjikan keseronokkan. Itu aku pasti! Babai Lauterbrunnen, sehingga bertemu lagi.. cewahhhhh