Saturday, April 23, 2011

April

April ini, aku....




1. Sibuk dengan kerja yang makin menimbun di pejabat sejak balik dari India hari tu. Tak suang-suang..adehhh..








2. Sibuk dengan BENDA PALING DIBENCI DI DALAM DUNIA PEKERJAAN, iaitu Performance review, appraisal, objectives setting dan yang seangkatan dengannya. Tak buat = diri sendiri rugi, nak buat = ambil banyak masa pulak nanti. 






Tapi saat PALING MANIS, bila dapat bonus nanti..huhuhuhuh










3. Kena siapkan semua online courses yang diWAJIBkan untuk aku dan semua courses yang aku sendiri GATAL enrolled pada suatu masa dulu. Haaaaa buat last minit memang pengsan la kan. Walaupun berjaya siapkan semua courses tu, tapi ada satu course yang aku terpaksa TIRU, iaitu SIX SIGMA. Mangsa tersebut adalah rakan sepejabat yang berstatus on-the-bench. 

Arahannya mudah saja.. " tolong print screen kan saja semua soklan dan jawapan, lepas tu send kat aku, nanti aku belanja ko KFC k?"  heheheh






4. Asyik buat retail therapy je. Semuanya berpunca dari no 1 - 3 diatas. Mau lepaskan tension la kononnya. Akhirnya duit pun terlepas jua.. Salahkah aku bila pejabat dekat sebelah shopping mall?? Aku ke???? Satu petang kena sound dengan Cawan "hai..tiap-tiap hari bawak balik beg plastik".. sampai satu tahap, aku juga terpaksa tipu cakap dah beli lama dah, tapi duk dalam keta je.. tipu sunat...ish ish..






5. Berangan dengan misi Europe. Tak patut betul. Disebabkan tidak sedar diri ditahap gaban, jadi misi itu terhenti ditengah jalan (sebab baru sedar diri, duit tak cukup lagi kuang kuang kuang). 
Cuma sempat tukar duit je sikit, kebetulan murah time tu..




6. Misi kitchen cabinet dan wardrobe (booking je masa Perfect Livin' hari tu, untuk lock harga). Duitnya, sudah 70% ready. Hopefully by end of May ni, dapat la 100% ready. Insya Allah...AMIN




7. Telah mengabaikan misi NZ, kerana no 5. Sungguh tidak sedarkan diri. Dasar manusia tamak hik hik hik!!!






8. Telah berangan-angan untuk menambah 1-2 gajet baru untuk misi NZ. Tapi tertakluk kepada kewangan selepas siap misi no 6 di atas. 






9. Telah berangan-angan (angan-angan lagi?) untuk mengambil PADI Open Water Dive course, gara-gara setelah melihat rakan office berjaya mendapatkan lesen PADI baru-baru ini. Niat murni ini dah lama duduk di dalam stor kepala aku sejak 1-2 tahun lepas, tapi terpaksa diabaikan gara-gara kewangan yang asyik tak mencukupi je (eleh travel ke lain boleh plak? alasannnn!!!)




10. Asyik layan Usop Wilcha jek..Hahahah terbaek la dia.. Penangan Hantu Kak Limah la nih.... Bintang paling popular 2011 agaknya?? 





Nota: Asyik berangan je kan aku nih?? 

Credit Gambar: Google Image

5 comments:

Biqque said...

i ni lagi la...otak kadang2 terlalu banyak benda, kadang2 terlalu kosong...

nak gi jalannnnnnnnnnnnnnnnn!

Unknown said...

ye betul..saya juga dambakan vacation ke pantai2 yang membiru..Jom jom hari buruh semakin hampir minggu dpn....

Cawan said...

sebernarnye panjang lagi kan list ni? tak trmasuk list2 barang kehendak yg di angan2 tu haaa.. ish ish ishhh..

Aqilaaaahhh, jgn masuk campur.. he hee..

Bonus tu mai sini sket 20% yekkk..

Biqque said...

hari buruh wa pindah lumah ma...jgn laaaa! membiru kat tepi longkang bleh la :(

tunggu i settlekan hal rumah k? k?

Unknown said...

OK pegi lah berpindah dulu di hari buruh itu.. membiru di tepi longkang pun ok sekali sekala hikhikhik