Wednesday, April 7, 2010

Tiada Tajuk

Rentetan kejadian/aktiviti sepanjang 2 minggu lalu..
  • Berjaya membalikkan diri ke kampung halaman kat Ipoh. Huih best betul rasanya. Tengok jalan raya pun aku rasa happy sangat. Keta tak banyak, tak payah rebut-rebut. Ipoh sungguh comel!!! Suka tengok bangunan yang antik-antik macam nak roboh tu, teringat zaman kanak-kanak dan sekolah dulu. Rasa macam Ipoh la paling happening. Takde tempat lain dah....uweee...
  • Appointment dengar doctor kat Naluri sepatutnya minggu lepas, tapi aku tak pegi. Sebab apa? Sebab balik Ipoh la. So tengok la minggu ni macam mana kan. Aku pun tak tau la apa jadi kat baby dalam nih, dia pun tak tau apa jadi kat aku hehehe. Sejak seminggu dua ni, agak kurang bersembang dengan dia, kerja kat office pun cam menimbun-nimbun, menyebabkan aku rasa sangat penat bila balik rumah, kebetulan pulak Cawan kerja shift malam, lagi la bosan aku sorang-sorang, penyudahnya, aku diam, baby pun diam. Kalau ada Cawan riuh sikit dia bergerak-gerak, sebab Cawan suka terpekik terlolong nyanyi untuk baby. Takpa la baby, minggu depan ni, daddynya kerja shift malam, bersiap sedia la dengan earplug tu ok??
  • Grill rumah dah tempah 2 minggu sudah, tapi cina contractor tu masih tak datang pasang lagi. Termasuk la tingkap kat yard tu!! Tak boleh jadi nih, esok kena suh Cawan pegi bising kat dia. Terhegeh-hegeh macam penagih buat kerja tu..Tau la ada banyak rumah diorg kena buat, tapi cepattttttttttttttttttt la sikit!!!!
  • Orang-orang kat Ipoh pun ada bising cakap aku tak macam 6 bulan pregnant. Kawan-kawan kat opis pun ada yang tak tau aku pregnant. Huh penat le nak citer dan convinced kan diorg, yang aku memang pregnant. Last2 aku cuma cakap, sebab baby pertama kot, sebab tu tak nampak. Baru diorg macam 'oooooooooooooooooooooooooo'. End of story.
  • Buah cempedak yang diidam-idamkan masih belum dapat sejak 2-3 minggu sudah. Rupa-rupanya bukan musim cempedak. Cina yang jual buah kat Ipoh tu cakap, tunggu lagi 2 bulan!! Kena letak kat reminder nih!!!
  • Bulan ni dah berulang alik ke Ikea sebanyak 2 kali, sebab nak kejar kitchen cabinet stand alone tu. Letih betul. Masa call call center diorg, cakap benda dah ada, tup tap bila aku sampai, boleh pulak diorg ckp masih kat dalam warehouse, tak kuar kat self shelf lagi!! Bodoh ke hapa!!! Eiiii..So sempat la tibai kabinet bawah je dulu. Cawan pasang sendiri kabinet tu. Dah siap pun, tapi mak aiii..jenuh betul nak angkat, berat sangat. Pasang senang jek. Ahad baru ni, singgah ke Ikea dari Ipoh, dapat la jugak akhirnya wall cabinet 2 ketul utk letak kat yard tu. Huh, sempurna sudah wet kitchen kami, tapi tang nak pasang tu yang tak tahannya, sebab kena drill dinding, pastu dah le berat, abis segala tenaga ibu mengandung ni tolong pasang jugak heheheh...So lepas ni utk dry kitchen, kite upah je la orang terus yek bebeh? Tak sanggup den nak pasang sendiri dan main drill2 nih..pengsan..

Ok la, tu je nak citer, nak balik dah nih, kerja macam tak berapa siap, aku aim nak balik awal hari ni..tata.................

3 comments:

Biqque said...

hmmm...gomen ni satu je la, gaji...patu nak cuti setengah mampos (dah tgk camne kakak2 i nak jalan, dlm negara leh ar...)

cabinet? nak tgk!!! amik gambar!!!

BlueEwoke said...

ok Biq, nanti i amik kan gambo. Tapi tu le, nak tunggu tenet masuk umah macam berkurun. Nak transfer gambar plak, computer kat umah tu tak pasang2 lagi..huihhhhhhhhhhh malas nak angkut laptop opis ni balik umah. Nanti i suh la cawan buat kerja2 yg berkaitan fotograpi nih..

Lily Riani said...

bile gambo umah nak keuar