OK ENTRY NI DAH TUTUP. LENS DAH DIJUAL KE ABANG LEMAN YUSOF!! YABEDA BEDUUU. I LOVE U ABANG LEMAN YUSUF!!!! kiss2 sikit :p (aku nak pergi wrapping sekarang jugak hehehe)
Kepada: John @Leman Yusof/ pengemar fotografi/ atau sesiapa saja diluar sana yang saja-saja nak beli lens untuk dijadikan mainan/koleksi/lens basahan (eh ada ke?)/ lens utk apa2 je la, dan mahukan lens secondhand tapi berquality untuk merakamkan moment-moment indah anda, sila baca entry ini sehingga ke penghujungnya, kerana anda mungkin berminat hehehehe..
Aku nak jual lens ni (jika ada buyer la :p), Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 VR lens, aku dah pakai since August 2010, so far aku rasa ok je lens ni, takde sebarang masalah yang luar biasa, yang biasa-biasa pun tak ada lagi.
Sedikit info pasal lens kitorg ni, dia ni pun kaki travel gak, HK, Macau, China, India, NZ, dan merata-rata dia dah jalan, jadi nak let go dia ni bukan senang, sebab ada sentimental value jugak, dah beberapa kali kitorg ada terpikir nak jual, tapi macam sayang, tapi sebabkan tadi macam ada dengar gosip yang dibawa angin sepoi-sepoi kata seseorang tu tengah meroyan mencari lens, so kitorg nak cuba nasib la, kot-kot orang tu berminat hehehe.. Kalau ada rezeki kitorg kali ni, boleh la merasa pakai yang lain pulak :)
Ok meh review sikit pasal lens Nikkor 18-105mm ni. Ni sebenarnya dia berada dalam kategori standard zoom, ada VR (Vibration Reduction) yang ni untuk avoid motion movement pada camera (contohnya tangan korang terketar2 masa nak amik gambar), focal length nya pula 18-105mm, dia juga compatible pada body Nikon yang jenis DX macam D3000/D5000/D90/D7000 dan yang seangkataan dengannya (sila cek website Nikon). Pada pandangan aku, performance lens ni memang tidak menghampakan dan aku amat berpuas hati dengan gambar-gambar yang dah diambil dengan lens ni (mungkin sebab aku amateur, bukan pro, so aku mebi tak pasan detail-detail yang lain) - dan contoh gambar ada pada entry NZ, India, HK, Macau, dan semua entry selepas August 2010 hehehe
Ok jom kita lihat rupa bentuknya pula..
Rupa lens ketika zoom in. Aku kasi dengan lens hood sekali ni tau..
Lens 18-105mm dalam keadaan tidor..kitorg jaga dia seperti macam anak sendiri, tiada cacat cela lagi setakat nih..
Ini pun inclusive dalam harga jualan, satu UV filter, dan satu lagi CPL filter brand Hoya, slim frame. CPL filter tu aku baru je beli sebulan before pergi New Zealand hari tu, memang masih baru. Tak tahu pakai CPL filter? jangan risau, Cawan akan demo nanti masa hantar barang kat korang hehehhe..
Dah kasi lens, mesti la ada pouch untuk simpan lens kan? Ini pun aku sertakan sekali, so jangan risau nak simpan lens korang dimana nanti ok? Brand Nikon, memang ada sekali dalam kotak camera aku beli haritu.
Amacam? berminat? tak minat? Takpe, apa-apa soalan tentang lens, dan harga, atau apa-apa saja berkaitan ini, sila email blue_oct@yahoo.com/cawanz@yahoo.com.sg, atau tingalkan komen korang di entry ni, insya Allah akan dibalas..
p/s: sorry la, aku memang tak reti nak jual-jual barang ni, sebab tu aku tak buat sales, kena mintak ilmu dari cik Maimon nih hahahah...