Aktiviti Bina Badan 1: Rak Thai Restaurant - Mid Valley
Hmm selama aku bercawangan di The Gardens ni, memang tak pernah berhajat nak makan di Rak Thai ni, sebab tengok kedai dia memang macam tak tempting langsung. Tapi satu hari dalam bulan September hari tu, masa tengah browse website myDeal, aku ternampak ada kupon Special Thai BBQ Chicken Set + 1 Iced Lime Mint + 1 Tub Tim Krob @ Rak Thai dengan harga cuma RM10.90 je, harga normal dia RM 27.80, so apa lagi, aku beli la 2 kupon, satu untuk Cawan dan aku.
Jadi Rabu hari tu kitorg pegi la makan kat situ, tu pun nyaris-nyaris nak expired dah, kalau aku lewat sehari, confirm la hangus kupon tu.
Ni dekat *entrance* Rak Thai, kalau kedai lain nak letak nama kedai sebesar-besar alam, tapi Rak Thai, hanya ada banner ni jek..memang *humble* gila hehehehe.. Kalau orang tak biasa datang sini, mesti terlepas pandang kedai ni. (Lokasi sebenar: Restoran ni terletak betul-betul kat sebelah Big Apple, jalan underground yang hubungkan Mid Valley dan The Gardens)
Deco restoran ni biasa-biasa je, adalah ciri-ciri Thai tu sikit. Sementara tunggu makanan sampai, snap la apa yang boleh, buat syarat..
Air Lime Mint, memang best, sambil minum lime, boleh kunyah mint sekali, memang terangkat hehehe..
Inilah BBQ set yang dimaksudkan, ada 2 pilihan menu, sama ada nak pilih BBQ set, atau macam ayam percik serai, kitorg amik ayam percik tu, sebab yang tu makan dengan nasi, yang BBQ tu plak makan dengan pulut, macam tak kena gaya jek. Tapi rasa ayam percik Rak Thai ni sedap jugak, adalah ciri-ciri Thai disitu, portion nasi pun banyak, memang puas la makan, selain tu ada jugak macam acar sayur jeruk gitu, aku tak pasti nama apa..
Mango sticky rice ni, aku order berasingan, sebab ni memang feveret aku, tapi sayang seribu kali sayang, indah kabar dari rupa, tak sesedap yang pernah aku makan kat tempat lain. Selama ni selalu beli mango sticky rice yang dekat food court Ipoh Parade, sebab memang sedap, santan berlemak, mangganya setiap kali aku beli MANIS je, dah la kasi mangga sebijik, kadang-kadang sebijik setengah, harga less than RM5 jek...memang berbaloi-baloi!! (haih ni yang rasa nak balik Ipoh nih!!)
Yang ni dessert yang dah include sekali dalam set BBQ tu, tapi tawar hebeh, rupa memang cun, ingatkan mangga dalam tu, tapi nangka rupanya, dah la santan, ala-ala santan dalam kotak, nak kata manis pun tidak, masam pun tak, pahit pun tidak! Memang taste-less la, melainkan korang makan dan kunyah nangka tu, baru ada rasa. So yang ni memang fail to the max!!
Aktiviti Bina Badan 2: Sweetree Restaurant
Aku teringin sangat nak pegi sini, semenjak tengok JJCM kat TV3 dulu, diorg ada makan kat sini, tengok dalam tv memang macam sedap je. Jadi disebabkan aku ada terjumpa kupon murah dari EVERYDAY.COM, yang cuma berharga RM15.90 untuk 2 orang, so aku rembat je la kan. Jadinya Jumaat malam hari tu, dalam hujan dan jem tahap gaban tak hingat, Chawanna redah jugak, macam la takde hari lain kan? Nak tau sebab apa? Sebab kupon tu expired 2 December hari tu jugak, tu pun nyaris aku cek hahahaha!!
Ha masuk je dalam kedai, memang impressed gila tengok decoration dia, memang lain dari yang lain restoran nih.
Banyak bahan bacaan dalam bahasa Korea. Senang citer kedai ni memang bermotifkan korea la..serba serbi!!
Agak creative jugak la decoration dalam ni, owner Sweetree ni memang Korean, dan sangat baik dan ramah, suka aku kalau orang beramah mesra dan baik-baik ni, sejuk atii...
Mungkin tokeh kedai ni minat collect barang-barang miniature, so kebanyakkan deco dalam ni semua mini-mini je, memang comel..
Kapal terbang pun ada!!!
Agak lama jugak kitorg tunggu makanan sampai, penat jugak la turun naik restoran ni nak ambik gambar. Dan akhirnya penantian kitorg berakhir, makanan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba...
Bibimbap, ni feveret aku! Tengok rupa memang mengancam, tapi bila masuk mulut, memang rasanya tidak sampai ke tahap piawaian aku, macam ada yang kurang je, dan portionnya agak sedikit. Dan aku berani kata, Korean food kat foodcourt the Gardens tu memang the best la setakat ni, yang tu pun owner dia Korean, dia dah kenal sangat muka aku, tiap-tiap minggu duk pekena bibimbap kat dia, tapi memang power la dia punya. Rasa cukup, kalau order bibimbap daging/ayam, memang rasa ayam/daging dia, kuantiti pun banyak, lepas tu dia punya tu freshly made, berkembut-kembut asap keluar time hidang kat customer, sampai nak makan pun kena tunggu kejap, kalau tak memang cedera parah la lidah sebab panas sangat!
Memang confirm aku kena balas dendam makan bibimbap minggu ni plak!
Cawan punya sup kimchi tuna dan nasi putih, yang ni pun fail jugak, sebab oily, memang jauh beza dari foodcourt the Gardens tu. Yang ni kalau korang makan rasa macam eh kimchi sup ke ni? Kalau kat The Gardens tu, sekali ko hirup, mata ko leh roll ke belakang terus!! hahahah.. Tapi kimchi dia dalam bekas putih tu yang tidak dinafikan memang sedap, nasib baik ada kimchi tu, so dia kira penyelamat la hahaha..
Jangan tak tau, kat Sweetree ni jugak ada masakan melayu, sebabkan adik aku Icam tak reti nak makan makanan korea nih, so dia order nasi putih, kangkung goreng belacan dan ayam paprik, dan surprisingly, SANGAT SEDAP!! Rasa macam makan kat kedai mat-mat kelantan masak, perghhhhhh nasib baik ler..
Emm jadi sesiapa yang nak mencuba makan kat dua tempat ni, boleh la try sendiri, sebab aku nya taste mungkin tak sama dengan korang, aku rasa biasa, mungkin korang kata sedap, kalau nak tau, cuba la sendiri..Akhir kata, selamat mencuba dan makan-makan...
P/s: Hari ni makan McD Prosperity plak, haduih..... confirm aku kena naik penimbang ni, nak kasi peringatan untuk diri sendiri huhuhuh