Thursday, January 16, 2014

Yudanaka: Jigokudani Yaen-Koen

Malam sebelum tu aku belek-belek balik itinerary di Tripit, hati berbelah bagi nak pegi ke Hitachi Park di Ibaraki yang famous dengan bunga kochia pada musim luruh, ataupun ke monkey park untuk lihat Japanese Macaque (snow monkey). Setelah ditimbang tara sengsorang, last-last aku tak boleh buat keputusan, sebab dua-dua macam menarik. So aku suruh Cawan yang decide. Aku tayang kat dia dua tempat ni, tanpa buang masa dia terus tunjuk kat snow monkey.

Kenapa u pilih snow monkey? aku tanya dia nak tau apa alasan nak tengok snow monkey tu.
Berapa banyak daun atau scenery autumn u nak tengok? nanti tak bosan ke tengok benda sama, kat Tokyo ni pun dah banyak pokok-pokok tukar warna dah, kita tengok la benda yang lain sikit...peluang nak amik gambar pun lagi best dari amik gambar pokok-pokok dan daun2 je.. Cawan tersenyum bangga dengan hujahnya yang panjang..

Hmm betul jugak kata dia ni..bijak! bijak! 
Aku memang terus terang suspen sikit nak ke sini, maklum la monyet tu belum tentu akan ada kat onsen tu setiap masa, sebab snow monkey ni musim summer dia takde lepak kat sini, diorang hanya akan lepak kat onsen ni pada musim sejuk je. 

Esok paginya, awal-awal dah siap masak breakfast dan masak sekali bekalan untuk lunch, untuk dimakan kat sana nanti.

Cara nak sampai ke Yudanaka naik train dari Tokyo.

Dari Nagano station, kena ambil train limited express ni Yudanaka pulak, yang ni tak covered dalam JR Pass. Harga tiket 1130 Yen (one way). Train ride adalah selama 40minit by limited express ni, kalau naik train biasa, ambil masa lebih kurang 60-65 minit.


Dah sampai ke Yudanaka station kena naik bas pulak (bas seperti gambar di atas) untuk ke bus stop Kanbayashi Onsen iaitu bus stop yang paling dekat dengan Snow monkey park tersebut. Perjalanan dari Yudanaka station untuk ke Kanbayashi onsen adalah lebih kurang 5-7 minit saja.

Aku ke kaunter tiket dan tanya makcik tiket tu, tiket untuk ke Monkey park..Monkeee park (berkerut dahi makcik tu, sambil tekan calculator dan sua kat muka aku.)..hait..hait..kata aku macam hebat sangat speaking Jepun...  210 Yen je..oo begitu..baiklah! Aku korek-korek poket seluar, beg semua, sebab nak abiskan syiling, duit dah nazak ni, mesin ATM tak jumpa lagik..waaa nanges..

Dalam bas. Pekan ni kecik je, yang menariknya, di sini ialah onsen bersepah-sepah, semua macam yang traditional punya style. Aku suggest if korang ada masa nak spend kat sini, rajin-rajin la ke Shibu Onsen, katanya pekan tu lawa jugak. 

Dari bus stop Kanbayashi Onsen kena jalan kaki ke simbol merah Jigokudani Yaen-Koen tu. Perjalanan dengan kaki pendek macam aku ni mengambil masa dalam 45 minit.

Jauh lagi ni nak jalan. Jom ikat tali kasut ketat-ketat dulu hehe..

Haih apalah nasib trip kali ni, semua nak kena jalan daki bukit, dari bus stop tadi pun kena mendaki, ingatkan dah sampai la bila tengok signboard ni, rupanya lagi 1.6KM lagi..uwaaa..macam mana la aku tak kurus macam ni..hiks.

Pasangan pertama yang mendahului kami ketika itu hahaha..masa kat dalam ni aku dan Cawan berangan macam main Amazing race, waktu ni kami di tempat kedua. Lambat sikit dari pasangan mat saleh dua orang ni sebab diaorang takde benti amik gambar, dan alasan keduanya sebab kaki diaorg lagi panjang, so cepat la sikit dari kami hahaha.. Dibelakang kitorg jauh ketinggalan 4 pasangan lagi yang naik sama bas dengan kami hehehe..

Sambil main-main Amazing race, Cawan duk riki camera orang lain dan lens yang diorg pakai.. wah hebat camera dia u..ish malu kita nak amik gambar sesama dekat monkey park tu karang..kata Cawan..macam mana ni? macam mana ni? lepas tu tergelak-gelak..

Peserta di tangga kedua dalam Amazing Race ke Snow monkey park suatu ketika dulu! hehehe

Jalan dan jalan lagi..akhirnya nampak rumah dan asap-asap ni...apakah??

Wow air panas kot..berkembut-kembut asap keluar dari situ, tak kan la gunung berapi pulak dak? Haih memang cun la view asap dengan rumah kayu ni..i loike 100 kali!

Jigokudani ni bermaksud hell valley, sebabnya kawasan ni ada banyak sangat keluar asap-asap dari bawah tanah, so penduduk tempatan cakap la tempat ni macam neraka jahanam hehehe. Selain tu jugak tempat ni selalu menerima kedatangan salji yang tebal.

Jalan lagi sikit..tengok ada tangga lagiiii...ya ampun...apakah dosa kami??? nanges lagi..huhuhu..pasangan mat saleh tadi dah sampai atas kot, sebab tak nampak diorg dah waktu ni..huhuhuhu

Demi snow monkey, kegigihan kami juga diparas luar biasa..jom panjat tangga??

Ha dah sampai atas..view kolam air panas dari atas pulak..

Nasib akhirnya sampai jugak depan kaunter tiket monkey park ni, kalau kena naik tangga lagi memang betul-betul nanges la jawabnya. Harga tiket untuk masuk ke sini ialah 500 Yen (dewasa). Sementara Cawan beli tiket, aku pergi toilet kejap, sebab sejuk gila kat dalam hutan ni. Dah keluar dari toilet aku tengok hujan turun.

Alaaa kenapa hujan pulak ni..jerit aku dekat Cawan yang dah berjalan menuju monkey onsen tu.
Cawan toleh ke belakang dan pandang aku..cuba u tengok betul-betul..bukan hujan..cer cer cer tengok sikit..katanya lagi..
Oh bukan? 
Salji ke? salji? senow? snow?
Yeay..ada salji..live turun dari atas, tapi tak banyak pun masa ni..wah..2nd time merasa macam ni, dulu kat Mt Cook NZ sekali.

Rupa onsen tempat snow monkey berendam di kala musim sejuk. Tak sangka banyak monkey tengah berendam dalam ni. Tak sia-sia! 

Ayuh jom kita up close and personal dengan Japanese Macaque ni!

 Intai sapa tu? yuhuuuu..

Awat tengok cheq mandi..mai la join sekali..

 eee..tak mau, tak mau! sejuk ni..best peluk begini.. (ada titisan salji di bulu anak monyet ni, i is jeles)

 Bapak monyet tengah mandi bersama geng..


 Awatla sedih sangat muka hang ni..kekasih dirampas monyet lain ke??

 Ni pun muka sedih, mungkin tengah tunggu turn dia untuk dibelai-belai kot..macam yang di bawah ni?

Nikmat betul si tua sorang ni dibelai-belai sambil dicari kutu hahaha


 Eh cak!

Muka pun kena belek yang ni, memang kasta tinggi sangat.

Seriously tempat ni memang best, memang tak menyesal datang ke sini walaupun macam jauh sikit. Monyet-monyet pun banyak, dan yang paling best sekali orang tak ramai. Puas la kami amik gambar monyet ni, pelbagai gaya. Ingatkan nak spend 1 jam je kat sini, ha amik ko, dekat 2 jam duduk kat sini haha. 

Pandai pandang camera..monyet kat sini baik-baik je, takde la pulak mengganas macam dekat Bali tu, memang dasar monyet Jepun sangat, sangat bersopan santun dan menjaga tatasusila hehehe.

 Paling taiko sekali kat sini hehehe..gaya tak boleh blah..hahaha..

Manja sangat la rupanya nih.. 

Tengah rileks dalam onsen. Aku pun tak penah pergi spa rileks macam ni wahai abang monyet oi..sekali lagi aku jeles disini..indah sungguh dunia mu wahai monyet..

Onsen ni dibina khas untuk monyet-monyet (japanase macaque) ni. Ni kira macam tempat diorg berkumpul la. Kat sini diorg ada ketua, dan semua akan patuh dan respek ketua diorg ni. Sepanjang masa kami kat sana, memang boleh nampak la mana yang macam otai, dan mana pengikut, satu aktiviti observation yang sangat best.

Hari dah makin petang, jomlah kita balik..selamat tinggal monyet sekalian..pertemuan kita kali ini sangat bermakna hehehe.. 

Ini bukan monyet, sebab tu dia kena panaskan tangan kat heater ni, sejuk bedi kat sini..

Semasa kami berjalan nak ke bus stop tadi, salji kembali turun dengan kencangnya, siap angin ribut bagai..wahhh..kaget kejap..hehehe

Motif tadah tangan di sini? Tanda kesyukuran sebab salji turun atau sebab nak tadah salji?? hahahaha

 Muka tak tau nak posing time salji turun..ko hade?


Lega dapat naik bas, sebab ada heater jugak.. kena cepat nak kejar train balik ke Tokyo, sebab malam ni ada agenda nak mengadap kota metropolitan Tokyo yang dikatakan meriah tu..tapi yang tu aku citer kat entry lain la..malas nak combine kat sini..



Untuk informasi yang lebih tepat dan sahih, sila layari lawan web JIGOKUDANI YAEN-KOEN.


19 comments:

Nanatron said...

ala duduk dendiam monyet tuh suma dalam onsen..mmg terdidik kalian semua..kalau macam gini, bole la pegi melawat...tak seriau sgt.

masMZ KaKiJaLaN said...

umaiiiiii onsen!!!!!!!!

Trip japang kali ni berbaloi soploh doploh kali ganda tuhhhhhhhhh.......

weiiiiiii cantik giler gambor monyet2 yang sedang nikmat ber'onsen' tuh....

Terpaksa pergi nanti... Kikiki

abbazeef-wanderlust said...

jelesssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

btw SEJUK BEDI tu mende? hahaha

Unknown said...

Nana: Hahaha terdidik sangat kan..

Masmz: Kalau pergi ajak aku, nk tumpang camera 10k kekekeke

Abbaz: Sejuk bedi tu ko tak tau? warga planet zuhal ke ko nih? hahaha sejuk bedi tu mcm sejuk sgt la..ishh

mrs said...

onsen berjemaah monyet2 nie, baik pulak perilaku memasing hihihi

tapi part paling best bila baca semua caption kat bawah gambar tu terkekeh kekeh kiter gelak tauu!!

Unknown said...

Punyalah khusyuk aku menikmati gambar2 monyet tu sume sambil meratah kek, tetiba baca caption ko kat gambar Chawan...mau tersembur. Pedajal husband sendiri ye.

dzuchan said...

chantek gambar, dah macam tengok Animal Planet dah
monyet tu muka merah & ala2 pakai eye shadow kalerful pulak

lawak la caption dekat gambar chawan tu, sabar je lah hahaha

Naramas Aman said...

Ya Allah bestnya...menariknya...
Bertuah dapat tengok monyet berspa. Pengalaman yang unik. Saya tak pernah merasa lagi macam ni.

Rumah-rumah dari atas bukit pun cantik.

Ren said...

Berkembut kembut tu apa? Hhahahahaha

Anash said...

merah muka monyet tu...
tapi sume tunjuk macam2 ekpresi memek muka yang kelakar...

suka
awsome gambo...walaupun kisah monyet...


korang..ke sini jom?

huhu

Unknown said...

Mrs Smile: Terima kasih kerana anda terhibur dgn caption tersebut hahaha

Bibie: Hahahaha..wah bestnye makan kek!

Dzuchan: Hmm org ketiga ckp caption tu lawak hahaha..

Kak N.Aman: Bertuah? memang bernasib baik sgt la sb dpt tgk monyet ramai2 ni

Ren: Berkembut-kembut tu macam mak esah tgh asapkan org yg nak dibomohkan tu..kan kuar asap byk2?! hish ko nih hahaha

Kak Anash: Sekali sekala kite bercerita kisah monyet memang best. Jom!

Biqque said...

ready dgn komen mak esah??

GIGIH OK U JALAN KAKI! kalo i pun demi monyet onsen tu mmg i sanggup aje uih bestnyerrrrrrrr!

aah blh nampak ada expresi di muka monyet2 itu...#untungla ada org tlg buatkan kolam patu jadi bahan pameran haha...tu kira mandi pagi ke tghari ke petang?

i masih kembang kempis idung tgk gambar monyet u ni...SUMPAH CANTIK! SILA JUAL!

part ini bukan monyet dgn salji turun tu tak blh blah hahahaha muka masing2 mcm tetap nak pose tapi tatau nak buat ape...weh teringat NZ weh...bila lagiiiii?

deqna said...

oh my....selama ni jd silent reader je..but this entry mmg sgt ohsem...berbaloi g jepun n pg tempat2 yg mmg rare org pg....

best 1000x

thumb up!!

Unknown said...

Biq: Terpaksa gigih, kalau tak rugi duit p Japan hahaha..
Ha a diorg mandi la bila2 masa yg disukai, pagi petang ke malam ke subuh ke hehehe.. Nak jual gambar kat pasar malam Puncak Jalil, harap mak esah beli buat gantung kt dinding dining hall..tq

Deqna: Terima kasih kerana akhirnya bersuara dan tak silent dah..hehehe..

Unknown said...

alolo comelnyer aksi monyet2 tu.. heheh... anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

Lily Riani said...

PenTIPU, takda gambar ngan kasut pun, tuh kaki minah jepun kan kan kan....

AHHAHHAHAHHAH

PS: sempat lagi tangkap gambar monyet tengah high, korang skodeng yeeeeeeeeek?!?!?

umie said...

uishh..serious gambar monyet yg superb cantik!!..ini dah taraf national geographic dah ni..masuk bertanding mau boleh menang..serius ckp :)

Unknown said...

Lily: Mana ada tipu..betui la tu hehehe

Umie: Hehehe.. ;p

retna said...

Bestnya tempat ni chawanna...! Tp musim panas monyet xde eh? Huhu