Monday, August 27, 2012

Holland: Keukenhof Garden

Photobucket 
Keukenhof (dutch) atau Kitchen Garden terkenal sebagai salah satu taman tercantik di dunia. Chawanna hanya mengetahui tentang kewujudan Keukenhof pada tahun 2009, ketika sedang mencari informasi tentang Europe. Rancangan awalnya nak ke Europe pada 2010, tapi terpaksa ditangguhkan gara-gara hal peribadi yang tidak dapat dielakkan :))

Dah alang-alang sampai ke Amsterdam ni, sudah tentu juga kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat Keukenhof yang hanya dibuka untuk awam cuma selama 3 bulan dalam masa setahun, selebihnya ditutup untuk kerja-kerja dibelakang tabir sebelum dibuka semula pada tahun berikutnya. Untuk pengetahuan, Keukenhof hanya dibuka pada bulan pertengahan bulan Mac sehingga pertengahan bulan May.

Photobucket

Keukenhof terletak di Lisse, iaitu lebih kurang 30 KM dari Kota Amsterdam. Kami ke sini dengan menaiki kereta yang disewa dari airport Schipol, bagi yang tak nak sewa kereta, boleh menaiki bas ataupun keretapi. (Sila refer sendiri dari website keretapi Holland Train ataupun bus mereka).

Kalau di Swiss, New Zealand mahupun di Australia, kiri kanan jalan boleh cuci mata melihat pemandangan yang cantik-cantik, tapi tidak di Holland! Tanahnya memang flat, gunung-gunung tidak wujud di sini. Dipendekkan cerita memang BOSAN lah ketika memandu di Holland, melainkan korang pergi ketika musim bunga, jadi adalah kelihatan ladang-ladang tulips di tepi-tepi jalan, terutamanya di Lisse.

Yuran masuk ke Keukenhof berharga EU 15 untuk dewasa, manakala kanak-kanak (4-11tahun) EU 7.50. Bayaran untuk parkir kereta pula berharga EU 6. Jangan risau pasal parkir kereta, sebab kawasan parkirnya amat maha luas sekali.

Photobucket

Fakta Keukenhof 1: Keluasan taman ini adalah sebanyak 32 hektar.
Fakta Keukenhof 2: Lebih kurang 7 juta jenis bulbs ditanam disini dan melibatkan 1600 pelbagai jenis tulips dan bunga-bunga yang lain.

Mengikut sejarah tulips di Holland, bunga ini diperkenalkan oleh orang Turkey pada abad ke 17, dan hari ini Holland telah menjadi pengeluar tulips yang terbesar di dunia. Ok cukuplah sikit-sikit fakta pasal tulips dan Keukenhof, jom tengok gambar tulips.

Photobucket
 Cuaca yang nyaman dan pemandangan tulis yang berwarna-warni menyambut kedatangan kami ke Keukenhof.. Sungguh menakjubkan melihat kecantikan dan kemeriahan taman ini. Kali terakhir Chawanna melihat tulips adalah di Melbourne ketika festival Tesselar Tulip Silvan.


Photobucket

Photobucket
 Tak tahu bagaimana nak describe betapa cantiknya taman Keukenhof ni, yang pastinya dia memang layak dipanggil taman tercantik di dunia!

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Tak puas rasanya di sini, rasa nak bergolek-golek disebelah tulips ni semua, tapi dilarang memijak rumput plak, so terpaksa la duk jauh-jauh sket..ishhhh

Photobucket
 Tulips merah dikatakan simbolik kepada cinta sejati.

Photobucket
 Kalau yang dwi warna macam ni maksud apa pula ye??

Photobucket
Bagi pengemar bunga, taman ini adalah syurga untuk mereka hehehe, gubahan landscape nya yang cantik, disertai dengan sungai-sungai kecil yang comel, dan rumput karpet yang hijau, terasa seperti di dunia fairy tale pun iye juga ;)

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kawasan taman yang terlalu besar menyebabkan kami agak keletihan berjalan, sampai satu tahap rasa nak berhenti dan cari jalan exit je, tapi bila nampak bunga-bunga yang cantik di setiap pelosok dan penjuru, terus niat itu dibatalkan. Bayangkan lah, sampai tak tahu dah nak ambil gambar yang macam mana lagi, rasanya gambar di Keukenhof ni yang paling banyak sekali.

Photobucket

Photobucket
Kedai cenderamata juga ada terdapat di dalam taman ini, jadi bolehlah membeli sebarang dua cenderamata untuk dibawa balik buat kenangan. Harga agak murah, mengikut european standard. Selain kedai cenderamata, terdapat juga restaurant yang menjual pelbagai jenis makanan, tapi tak usahlah bertanyakan kepada aku, sebab aku langsung tak makan kat situ.

Photobucket
Tori gate pun ada.. mungkinkah nak menunjukkan simbolik kewujudan Sakura di sini? hmmm. Sebenarnya di Amsterdam juga terdapat Cherry Blossom Festival sempena menyambut kedatangan musim bunga seperti yang terdapat di Jepun, jadi tidak hairanlah jika terlihat pokok cherry ni di sini mahupun di Bloesempark dipenuhi bunga-bunga sakura bermula dari bulan Mac setiap tahun.

Photobucket
 Tulips dan sakura, combo yang menarik!

Photobucket

Photobucket
 Petals sakura yang gugur apabila ditiup angin..

Photobucket
Ok yang ni aku tak pasti pokok cherry ataupun adik beradik dia dari jenis yang lain, sebab bunganya berwarna purplish sikit, ada sesiapa boleh clarify jenis pokok ni?

Photobucket
Hari makin lewat, kami punyai satu lagi agenda untuk hari ini, dengan yuran masuk EU15 yang dibayar tadi, kami rasa sangat berbaloi melihat keindahan dan kecantikan taman ini yang berwarna warni. Dan bagi pengemar fotografi pula, aku yakin sangat tempat ini adalah salah satu tempat yang patut dikunjungi untuk menambahkan shutter count korang hehehe.

Jadi anda berminat untuk ke Keukenhof? Sila layari Keukenhof untuk segala informasi berkaitan taman tersebut, dan rancanglah percutian anda semoga dapat ke sini, INGAT! taman ini cuma dibuka dari Mac-May setiap tahun sahaja.


Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wahai kawan-kawan sekalian, baik di alam maya atau realiti, dan sesiapa saja yang membaca blog ini, saya Chawanna sekeluarga, nak wish...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..Minta maaf atas segala kesilapan saya, salah kata dan salah laku, ya ampun sangat ye.. Insya Allah nanti kalau ada open house raya nanti, jemput la datang ke rumah :)


Untuk yang berada di perantauan Aidilfitri ni, selamat beraya juga, walaupun mungkin tak rasa raya sangat, sila bertabah.. akhir kata, SELAMAT HARI RAYA :)