Thursday, July 26, 2012

Swiss: Lake Luzern & Mt Rigi

Kami check out hotel dan meninggalkan luggage di bilik yang disediakan, so tak payah la nak usung ke sana ke mari. Pagi ini kami merancang untuk ke Mt Rigi dan menaiki cruise di Lake Luzern. Katanya lawa, so terpaksa la tengok sendiri.

Tanpa bersarapan pagi, kami gigih berjalan menuju ke Bahnhofquai Pier yang terletak betul-betul di hadapan Luzern Bahnhof, iaitu stesen keretapi utama di Luzern.

Old Chapel Bridge pada waktu siang tak beberapa umph! Mungkin kerana ketiadaaan cahaya-cahaya lampu kot, so tak nampak dramatic sangat.



Sementara aku sibuk bergambar berlatarbelakangkan Old Chapel Bridge ni, adik aku didatangi dua orang untuk interview dia, katanya buat research untuk paperwork diorg. Hmmm macam-macam jugak soalan yang diorang tanya, semuanya pasal Swiss, mungkin ambil course tourism kot! Haih perut dah berkeroncong, tengok bekalan biskut dan roti yang ada langsung hilang mood nak makan (ceh demand!), tiba-tiba je waktu tu teringatkan milo panas, roti canai, nasi lemak pun ada terlintas dalam pikiran time tu, sedih betul! ish ish..

Angsa putih ni memang bersepah-sepah di sepanjang sungai Reuss ni, tapi nampak macam garang je! Dan air di sungai ni agak jernih juga, ramai yang melepak di sini ketika kami lalu tu.


Semakin kami menghampiri Old Chapel Bridge, kelihatan banyak gerai-gerai jualan disepanjang jalan di situ, macam pasar pagi/tani. Langsung tidak mengharapkan apa-apa, kami cuma melintasi sambil mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik saja. 

Ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, tapi status halalnya tidak dapat dipastikan, kebanyakkan di sini mengunakan bahasa German, jadi agak susah nak main agak-agak je kan. 

Gerai jual cheese pun bersepah, sabit aku tak yakin je apa isi kandungannya, kalau tak, teringin gak rasanya nak cuba, terutamanya yang ada ulat-ulat tu hehehehe (ok acah je yang tu)

Sehinggalah kami berjalan betul-betul di hadapan Old Chapel bridge main entrance, aku terlihat ada gerai Lebanese.. Hmmm tak buang masa, terus aku tanya, muslim food? halal? Auntie tu senyum, dan kata halal. Hmm aku pun senyum gak la, mengenangkan perut dah lapar gile kan, sempat jugak la aku CSI tengok gerai dia semua, kot-kot la kan, tapi katanya semua chicken dan beef je. Jadi aku tawakal saja, dan terus order.. hmm alhamdullilah, sedap sarapan kami pagi tu.. (ye ke sedap..ha nanti aku story part tu plak)

Total brunch kami hari itu ialah CHF 20 untuk 4 orang..masing-masing tamak, nak sorang satu, tak mo share...emmm

Dengan hati yang berbunga-bunga dan gembira sangat sebab dapat jumpa makanan halal untuk bekalan hari itu, kami sambung balik perjalanan kami ke pier yang tak jauh pun dari gerai makanan tadi tu..Lintas jalan besar, jalan kaki 2-3 minit, tadaaaaaaaaa..dah sampai.

Ha kat belakang tu la pier nya, kecik je. Kat sini la port semua kapal steamer diorg.

Ini lah Luzern Bahnhof yang aku cakap awal tadi tu, bertentangan dengan pier ni. Luzern ni agak sibuk jugak, penuh sesak dengan kereta. 

First mountain railway katanya.. terpaksa la cuba, lagi pun free dengan Swiss Pass, so apalah salahnya kan, dah alang-alang dekat tu..

Map untuk cruise yang kitorg akan naik nanti. Super maha luas dan besar lake Luzern ni..

 Ok cek dulu apa yang patut, tambah segala minyak untuk melincirkan pergerakan mesin steamer tu.

So tentang apa yang dikatakan tentang kecantikan kawasan sekitar Lake Luzern memang benar belaka. Cuma airnya tak sebiru lake Brienz yang kami lihat semalam.

Banyak juga kelihatan bangunan dan rumah-rumah dibina mengelilingi tasik ni! Jeles ok! (Oh ya, depan rumah aku pun ada tasik gak, tapi tasik tak bernama, tapi takde la main cruise2 nih, sampan orang pancing ikan ada ler.. #nakjugak )

Palace apakah ini? Yang agak tak best cruise ni, sebab captain dia takde pun berikan apa-apa info atau latarbelakang cerita dulu-dulu atau sejarah pasal lake ni, sunyi sepi tanpa suara! Pepandai la korang cari info ok. So sedikit bosan, cuma mengharapakan scenery yang cun je la, tapi still..rasa cam tak best sangat la cruise senyap-senyap macam ni. Tak macam Lake Wakatipu cruise yang kami naiki di NZ haritu, PENUH dengan cerita dan sejarah okay! Berbaloi-baloi dan SANGAT BEST! (Sila naik cruise tu kalau korang pegi Queenstown okay!!)

Mount Pilatus kelihatan sangat jelas dari sini. Pada mulanya nak ke Pilatus, tapi sebabkan ada antara kami yang dah pernah naik, so macam tak best la nak kena repeat ke situ lagi kan, so kita cuba yang lain, biar semua orang ada experience baru ;) (dan lagipun harga ke Pilatus agak mahal walaupun dengan Swiss Pass)

Untuk ke Mt Rigi, kami ada dua pilihan, sama ada turun di port Weggis dan menaiki cable car ataupun di Vitznau dan kemudian menaiki mountain railway. Dua-dua tempat ni memang cantik, TAPI kami memilih untuk turun di Vitznau, sebab tak sanggup nak menapak jauh dan kena daki bukit pulak tu dari jetty Weggis ke station cable car.

Cable car dah gerak nak ke Rigi


Lebih kurang 15 minit selepas kapal kami berhenti di Weggis tadi, kini kami tiba di Vitznau. Arghhh sebaik keluar dari pier Vitznau, tengok-tengok keretapi dah gerakkkkkkkkkkk meninggalkan kami!! cis! cis! cis! Tak aci tau, baru je turun kapal, tak kan la dah jalan!! Ok aku tipu, kitorg pegi amik-amik gambar dulu kt situ, pastu pegi toilet dulu, pastu jalan lengang kangkung sesuka hati, padan muka kena tingal!

Lepas cek waktu untuk next train, kami ada lebih kurang 40 minit lagi untuk melepak-lepak di kawasan station keretapi tu.

Boleh lagi tu nak amik gambar, orang lain sibuk berkejaran kejar train..huhuhuhuhu

Dengan segala masa yang memihak kepada kami tengahari itu (erk sebenarnya tak cukup masa pun!), kami duduk-duduk dan mula membuka brunch masing-masing, pada mulanya tadi ingat nak makan dalam kapal tu je, tapi port tak best langsung, so takde hati nak makan, walaupun perut dah berkeroncong, so kami makan kat sini penyudahnya. 

Tapi sebelum tu, kami sempat masuk ke kedai cenderahati, nak beli magnet kot-kot ada. Memang ada pun, tapi tak lawa, semuanya yang jenis made in China punya style...hmmmmm hampa betul rasanya. Setelah kecewa melihat magnet yang macam $%^&*&^%^& kami duduk di kerusi berdekatan, buka bekalan yang kami beli tadi. 

Dengan bismillah, kami ngap..ngap..ngap.. hmmm semua diam, mungkin sedap menikmati makanan tu.. kecuali seseorang.. emmm macam biasa je..kata perisa kari! isi pun ciput je..ni bukan ayam ni, cam telur je kot...arhhh tipu la makcik tu.... (kedengaran suara-suara sumbang yang tak puas hati dengan makanan tengahari tu hehehe , aku le tu)

Tak lama kemudian, kelihatan keretapi semakin menghampiri station. Terus kami beratur nak duduk depan sekali.. Waktu ni cuma ada beberapa orang je, sebab yang batch tadi dh naik dulu, so takde la ramai sangat. Dah amik port masing-masing, keretapi masih tak jalan lagi..hmm rupanya dia tunggu kapal lain pulak datang!! Nasib baik tunggu dalam 10 minit je, kalau tak jenuh nak tunggu lagi!

Ok fast forward la kan, tak yah la citer cam mana keretapi gerak bagai heheheh... view dari atas ni sumpah lawa gile okay! sangat tidak sia-sia aku rugi 40 minit kat bawah tadi! Dan yang paling best ada rumah-rumah orang kat sini.. Ya Allah aku jeles lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. kenapa? kenapa? kenapa aku tak buat rumah atas bukit!! (hahahaha overst betul!)
Sebenarnya Mt Rigi adalah port paling best untuk melihat sunrise di Luzern ni, dan memang sangat panoramic, tapi kami takde la kejar sunrise tu, tak kuasa la kan, bangun pun dah lewat, jadi sesiapa yang rajin nak bangun sebelum matahari terbit, dan suka sangat tengok sunrise, di sinilah tempatnye okay!

Dan untuk yang gemarkan aktiviti trekking dan hiking, kat sini pun ada juga, jadi aku rasa berbaloi la kalau bersusah panjat dan waktu yang sama korang disajikan dengan scenery yang cun dan maha lawa ni kan. Mungkin hilang segala penat lelah tu..Aku? hmm kim salam la, kalau time single mingle dulu, boleh gak la nak cuba, tapi since ada Aqilah ni, aku malas nak susahkan diri sendiri huhuhuhu..

Perjalanan dari Vitznau ke Mt Rigi ni mengambil masa hampir 1 jam. Nampak macam dekat je,tapi hakikatnya, agak lama juga. Dan Lake Luzern sangat jelas kelihatan dari atas Mt Rigi ni. Tapi sayang, waktu kami diatas tu, cuaca cam tak best sangat, semua pun cam kabur je :(

Aqilah posing atas bench di Mt Rigi, di sekeliling kawasan tu takde pagar ye, dan bench ni betul-betul mengadap cerunan..
Kitorg tak lama pun kat atas ni, sebab nak kejar next train kena tunggu 1 jam lagi, sebab train yang kami naiki ni dah nak turun ke bawah, benti tak sampai 10 minit pun, so siapa yang ada masa, mungkin boleh duduk lama-lama dan cuci mata, tapi untuk kami, memang tiada masa dah, sebab lepas ni nak terus ke Basel pulak.. jadi kami pasrah, dah dapat tengok macam ni pun dah puas dah,lagi pun atas tu takde apa, ada la kot kedai cenderamata, tapi takpe la..

Separuh jalan menaiki mountain train tadi, kami turun di station cable car dan terus turun ke Weggis. Arghh lihat gambar bawah ni..itu adalah kapal yang patut kami naiki!!! TAPIIIIIIII aku yakin sangat, kami pasti tak dapat kejar kapal tuuuuuuuu...uwaaaaaaaaaa..dan tekaan aku tepat sekali!! Haih jenuh la cam ni, asyik kena tingal je hari ni! Dah la nak tunggu kapal berikutnya kena tunggu 40 minit macam tu....oh tidak!!

Sebaik melangkah keluar dari station cable car, kami terus menuju ke pier Weggis, jauh sangat nak berjalan dari station cable car tadi ke pier tu! Nasib baik kami tak datang ikut sini tadi, kalau tak confirm kurus kaki mendaki bukit sambil tolak stroller..sapa yang untung? Aqilah jugak!

Selepas menyumpah-yumpah dalam hati, sebab jauh sangat berjalan tak sampai-sampai ke pier tu, dah la tertingal kapal pulak kan, so kami pun menarik nafas dan cuba menikmati keindahan di sekeliling pier Weggis tu. Sementara Maliki pergi bertanya Information Counter berdekatan untuk mengetahui option pengangkutan lain yang boleh membawa kami pulang ke Luzern, aku dan Cawan ronda-ronda dulu. Aku sangat impress dengan diorang ni, lawa kot bandar kecik ni.
Ni bersebelahan pier Weggis tu, pelbagai jenis bunga ada kat sini, berwarna warni plak tu.. hilang kejap stress
Kebanyakkan di sini warga-warga tua je, seronok tengok diorg sedap melepak menghadap Lake Luzern dan di kelilingi dengan bunga-bunga yang cantik, mungkin jangka hayat diorg akan lebih panjang kot, sebab tengok scenery cun cam ni tiap-tiap ari (assumption aku je ni)

Selepas mendapat info yang kami nantikan, kami akhirnya menaiki bas yang akan membawa kami ke station train berdekatan. Hmm lega sangat, sebab tak yah nak buang masa tunggu 40-50 minit lagi. Kononya naik train lagi laju la kan (kononnya), tapi tetap mengambil masa hampir 40 minit untuk tiba di station Luzern Bahnhof!! argg aku pasrah je la, janji tak perlu tunggu lama-lama di Weggis tadi.

Setibanya kami di Luzern Bahnhof, aku dan adik aku beserta Aqilah dan Mika shopping dulu kat dalam tu, Cawan dan Maliki pergi collect luggage di hotel. Kami adik beradik cam orang gila beli coklat, , nak tunggu bila lagi nak shopping kan, esok dah nak fly ke tempat lain pulak.. Oh ya, kalau nak beli coklat kt Swiss ni, tak perlu beli yang super mahal, sebab coklat brand supermarket diorg pun sangat sedap ok, pelbagai perisa lagi. So setakat Lindt tu memang leh tapau 2-3 tiang la, kalau nak kasi kat orang pun takde la malu sangat. Range harga coklat cikai tu dari 0.69 CHF ke 2.50 CHF (lebih kurang la).

Setelah semuanya selesai, kami berjaya menaiki train jam 5.30 PM menuju ke Basel. Sebenarnya Basel ni hanya persinggahan kami untuk bermalam je, sebab esok seawal pagi jam 4.20 AM kami dah kena ada kat Euro Airport, sebab flight jam 5.20 AM. (nak tiket murah punya pasal heheheh) 

Jam 7.30 PM, kami tiba di station Basel. Besar, macam-macam ada jual di sini, kedai jam pun bersepah hehehehe..ko ada duit ngan tak je nak beli..

Station Basel agak sibuk, mungkin masing-masing sibuk nak pulang ke rumah selepas bekerja. Kami pula masih tercari-cari di mana nak ambil tram untuk ke apartment kami tu. Setelah berpusing-pusing mencari information counter yang akhirnya tutup! aku kembali naik ke atas tanya kat kaunter tiket, nasib baik.

Mahu ke France? Basel ni bersebelahan dengan France dan German. Dalam masa 1 jam perjalanan menaiki train dari sini korang boleh sampai ke Strasbruorg France atau Freiburg Germany.

Ni la rupa depan Basel SBB ni, mendung, hujan dan nak malam dah pun. Paling sentap sekali, bila tengok tempat tunggu tram takde bumbung...weh agak-agak la pun kan, cam mana la diorg punya pemikiran nih, kalis air ke deme nih?? Sama la cam kat Lauterbrunnen, bus stop ada tiang sebatang je, kalau ujan memang confirm lenjun..ish ish..takde akai laaaa

Eh eh, panjang pulak cerita aku kali nih hehehe..sikit lagi je nak abis ni..bertabah la yek..

Dah jumpa tram stop yang kami kena naiki, tibalah masa nak tunggu tram datang pula. Datang yang pertama, aku terus naik dan sua Swiss pass, aku tanya valid ke tak, dia kata tak valid, dan tak pernah tengok!!! ok takpe, aku tunggu tram yang kedua, punnnnnnnnnn cakap benda yang sama..eh diorg ni nak sabotaj ke?? ok takpe..aku gigih tunggu tram yang ke tiga, pun cakap kata tak valid kat tram diorg nih, haihhh fineeeeeeeeeee....aku beli tiket kat mesin, tet tet tet, sorang CHF 3.20 je..tapi still, aku rasa membazir la kan sebab dah ada swiss pass tapi tak leh guna plak..eiiii &*(&^%&*

Satu masalah selesai, datang lagi satu masalah! Bila tiba je depan pintu apartment yang kami sewa, ada notis suruh aku pegi ke street lain! Aku macam nak mengamuk dah masa tu, kenapa tingal note macam tu je? aku nak contact kat mana (mencarut lagi masa ni), pastu kebetulan pulak wife si owner ni ada kat situ, dia kata dia tak tau apa-apa, sebab husband dia yang buat semua ni. So aku paksa dia call laki dia, dan explain cakap kat aku, sebab aku tak tau mana nak cari street yang di maksudkan, dia cuma suruh pegi 14, Blaisaring..eiiii..laki dia tak mo cakap, sebab ada meeting katanya! So bini dia explain cakap laki dia dah tingal kunci dalam postal box tu dekat street yang dikatakan tadi. Dia pun kasi direction, so kami pun redah la, agak jauh ok, dalam 10-15 minit. Dah dapat kunci, kami kena cari pulak rumah yang mana, dah la tak kasi tau tingkat berapa..memang haram jadahhhhhhhhhhhhh sangatttttt, lif plak tu odd number, so kena la turun naik tangga in between odd number punya level kan, aku plak leh termiss tengok note kat pintu yang ada nama aku, terus membabi buta nak marah, nasib la Cawan akhirnya rajin naik menapak dari satu level ke satu level, dan terus terjumpa pintu yang ada note nama aku.. (katanya buat kerja macam ni kena sabar..baru ada pedoman..mmmmmm ye le tuuu)

Masuk je dalam apartment, terus cari bahan makanan dalam beg yang boleh masak untuk dinner malam tu, lapar gile ok, kebab lebanese tadi tu dah habis dihadam kot.. tong tang tong tang kat kitchen, akhirnya tersedia makanan, so semua orang happy dan takde nak mencarut-carut lagi, tidur dalam senyuman gitu..esok pagi nak cabut awal ke Euro Airport plak..


28 comments:

Farah Deeb said...

wahh bestnya jalan-jalannnn! Tapi yg paling takleh tahan nengok cheese tu! Ahaks!
My latest Entry :)
JJCM: Day 5 Ramadhan 1433

just.HY said...

ko ni mmg kene byr beriftifar byk2. jgn duk marah2 kang boleh spoil mood gitu. kekeke.

mmg kat sana mendung ek? kalo ade langit biru, confirm lg cntikkk!!! tp yg gmbr ade gunung ganang hijau as a background tu mmg lawa la mcm lukisan!

bertabah jela... ;)

masMZ KaKiJaLaN said...

wwweeeeeeeeee..... aku pun nak umah atas bukit ngadap tasik... kalau boleh tetiber ada kandang kuda dan lembu yang besarrrr #tambahan.

eeeeeee naper aku nampak gambo makanan tetengah hari nih???? ciskek sangat tawwwwwwwww...

Biqque said...

napas ku kekadang sesak dgn tulisan mu namun kekadang tenang dgn gambar mu. ewahhhh!

babique cantik!

part tempat tunggu takde bumbung tu mmg tah pape. tah2 nak buat duit jual payung mahai mcm kat jepang hahaha!

aqilah sungguh pandai pose! bagus la. nak manager?

kes tukar rumah tu i pun baran! kalo aku, abih dah terbakar dah apartment tu kot hahahaha!

Maya Dhira said...

rase nk pengsan sebb CANTIKNYE TEMPAT ITU!!....

Unknown said...

Farah: Ni mesti sebab suka makan cheese ek?

Danny: Apa? Danny nk suh aku beristifar? bukan ko yg selalu ilang sabor dulu heheheh (acah je), emm agak mendung la hari yg aku pegi sini, hari2 sblum ni ok je semua..hmm

MasNona: Yeayy harap2nya, impian ko ada rumah + ladang kuda dan lembu tu jadi kenyataan la, leh aku ngn Aqilah datang naik kuda free...kan? kan? kan?
Byk la ko nye ciskek! pose buat cara pose okeh.

Biq: Ye penulisan seperti bahasa tamil + mandarin + melayu, hasilnya begini lah..
Pasal jual payung tu, mungkin ada betulnye, cumanye kitorg tak beli jek hahahah,kalau tak pasni travel buat koleksi payung plak dh dr setiap negara! Ada gak rasa nk bakar rumah tu time masak tu, tp takut tak lepas balik KL plak patu..

Sumayyah: Ok jgn pengsan lagi :) more to come lepas entry ni...cewahhh

abbazsmakl@gmail.com said...

salam

@chawanna - entry anda semakin membakar jiwa raga sy ye! sbr2. puasa ni. cntik la hai swiss nih. tp nape eh xblh pkai swiss pass tu masa naik tram tu? syg wo..beli mahal2 tp xblh gune..

Unknown said...

abbaz: aku rase mebi tram tu bukan under SBB kot, sb tu xleh gune kt tram ijau tu, sebab selama aku kt sane, semua jenis tram/bus/train leh je gune swiss pass tu..

Harlaney said...

tempat bersejarah buat mika ni.. jatuh cium lantai simen tuk kali pertama.. sampai benjol berdarah eh# nasib hero!

Ren said...

Nengok gambo cheese pon aku dah teliur! wah lawanya old chapel bridge tu.. hmmmmmm.....

Ely Hasrul said...

xdek paga? terus cerun ermmm serammnyeeee.. kalu aku terjerit2 dh (saja nk tunjuk over hahaha)

Anonymous said...

tukar rumah? kena jalan 10-15 minit. aku pon hangin tambah plak perot bersenandong malam. best perkataan "baru ada pedoman" tu. hihihi

Anonymous said...

tukar rumah? kena jalan 10-15 minit. aku pon hangin tambah plak perot bersenandong malam. best perkataan "baru ada pedoman" tu. hihihi

Lily Riani said...

cis... kene gi balik... cis cis cis... habis satu dunia kene repeat.

apa nama anak richard branson? lum kahwin kan. amiiin.... ada can lagik.

Unknown said...

Laney: Heheheh Mika-man kan kuat, jatuh dari Rigi pun steady kekekeke

Janggel: Gitewwwwww

Ely: Ko kan drama queen, haruslah over..

Rose: sampai 2 kali ko komen hahahaha, ha sb perut aku lapor la aku rasa nk ngamuk tu, kalau kenyang mungkin aku rileks2 lagi kot heheheh

Lily: Repeat je jika termampu heheheh (batu api).. hmm anak Richard Branson? Tak silap i dia ada anak laki & pompuan, emm u nk yg mana satu? hehehehe

MasZuber said...

aku kalo tengah hangin pon akan susah untuk jumpa mende yang di carik Na..huhuhu

sumpah, lawanya di sana...

hmm mulala nk berangan honeymoon sane. hatuiii!

#asyikberanganjesehariduaneh

SUhaz said...

huhu,,,
bila la i nak dpt jejak cni,,,, aqilah yg muda belia tu pon dah jejak,,,, tercabar nih,,,,,, till that day i wont stop dreaming,,,,, huhuh...

Anash said...

gambar cabelcar yang lalu atas rumah
gileee awsomee
dah terbayang akak lari guling2 jatuh di situ
TERBAYANG aje...
qillah comeiiiii...(untunglaaa)
saya tidak pernah jejak kaki di sana.
tapi ....nantila kalau duit cukup pas jual serai, akan cuba...ke sana..

Unknown said...

Maszuber: Cawan kata org pompuan memang cepat ilang sabar dan kurang sabar, sebab tu jadi mcm tu heheheh...
Ko nk hanimoon ngn sapa tu?? ehemmmmmmm

Sue: Dont stop dreaming! satu hari nanti insya Allah..

kak Coco: Nanti akak buat la cable car lalu atas umah kt melaka tu yek, kan ada swimming pool hehehehe.. nk beli serai 3 ikat plis!

Ramble and Wander said...

So did you go cuckoo in Lucerne? :-)

Unknown said...

RAW: Hahahaha of course laaa, with all the dramas..ish ish pengsan ;p

Naramas Aman said...

Luzern tetap cantik. Switzerland memang indah. Keindahannya dari dulu sampai sekarang masih dikekalkan. Saya dah naik Mt Pilatus tu 27 tahun dulu. Tengok gambar pada masa ni pun ia masih indah. Seronok tengok gambar2 awak tangkap :)

Almiraz said...

Hi Naa..

Baru dapat baca entry ni....lawa-lawanya la gambar2 u ni (spt biasa)...and u look cute in that red top....Aqilah, need I say more?....heheheh

Jap, tak paham apsal dia just tinggal notis suh pi street lain?...

Susah jugak eh ada poblem2 macam ni...n dahla lapar, lagilah potensi utk jadik monster tu sangat besar...heheheh....

Unknown said...

Naramas: memang tidak dpt di sangkal lagi, Swiss memang cantik :)

Almiraz: Hahahah lawak, cute tang mana tah.. (terpaksa i p tgk cermin sat) huhuhu

Dia tingal notis suh pegi ke alamat lain, sb apartment tu bukan kt situ, padahal dlm booking tu, kata apartment yg kitorg pegi tu bleh?! ee merah tau.. memang i jadi monster pn time tu..sabor2 tak main dah hahahaha

Anonymous said...

salam kak....boleh sy dapat email akak? kami cadang nk pi swiss june ni....tp itinerary tunggang terbalik lg....ingt nk mintak tlg dari akak la...tq )

Unknown said...

Nazirahmatali@gmail.com

Unknown said...

Tertarik tengok trip akak ke sana ..=) saya cadang nak ke sana awal disember nanti.. boleh tak nak minta akak emailkan pada saya itinerari sepanjang akak kat sana..
ni emel saya: amirahizati@gmail.com

Terima kasih =)

Unknown said...

salam, mcm mane ye nak dpt swiss pass yg buy 1 free 1. plan ke swiss bulan 4 thn depan.

tq :)