Thursday, July 26, 2012

Swiss: Lake Luzern & Mt Rigi

Kami check out hotel dan meninggalkan luggage di bilik yang disediakan, so tak payah la nak usung ke sana ke mari. Pagi ini kami merancang untuk ke Mt Rigi dan menaiki cruise di Lake Luzern. Katanya lawa, so terpaksa la tengok sendiri.

Tanpa bersarapan pagi, kami gigih berjalan menuju ke Bahnhofquai Pier yang terletak betul-betul di hadapan Luzern Bahnhof, iaitu stesen keretapi utama di Luzern.

Old Chapel Bridge pada waktu siang tak beberapa umph! Mungkin kerana ketiadaaan cahaya-cahaya lampu kot, so tak nampak dramatic sangat.



Sementara aku sibuk bergambar berlatarbelakangkan Old Chapel Bridge ni, adik aku didatangi dua orang untuk interview dia, katanya buat research untuk paperwork diorg. Hmmm macam-macam jugak soalan yang diorang tanya, semuanya pasal Swiss, mungkin ambil course tourism kot! Haih perut dah berkeroncong, tengok bekalan biskut dan roti yang ada langsung hilang mood nak makan (ceh demand!), tiba-tiba je waktu tu teringatkan milo panas, roti canai, nasi lemak pun ada terlintas dalam pikiran time tu, sedih betul! ish ish..

Angsa putih ni memang bersepah-sepah di sepanjang sungai Reuss ni, tapi nampak macam garang je! Dan air di sungai ni agak jernih juga, ramai yang melepak di sini ketika kami lalu tu.


Semakin kami menghampiri Old Chapel Bridge, kelihatan banyak gerai-gerai jualan disepanjang jalan di situ, macam pasar pagi/tani. Langsung tidak mengharapkan apa-apa, kami cuma melintasi sambil mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik saja. 

Ada juga gerai-gerai yang menjual makanan, tapi status halalnya tidak dapat dipastikan, kebanyakkan di sini mengunakan bahasa German, jadi agak susah nak main agak-agak je kan. 

Gerai jual cheese pun bersepah, sabit aku tak yakin je apa isi kandungannya, kalau tak, teringin gak rasanya nak cuba, terutamanya yang ada ulat-ulat tu hehehehe (ok acah je yang tu)

Sehinggalah kami berjalan betul-betul di hadapan Old Chapel bridge main entrance, aku terlihat ada gerai Lebanese.. Hmmm tak buang masa, terus aku tanya, muslim food? halal? Auntie tu senyum, dan kata halal. Hmm aku pun senyum gak la, mengenangkan perut dah lapar gile kan, sempat jugak la aku CSI tengok gerai dia semua, kot-kot la kan, tapi katanya semua chicken dan beef je. Jadi aku tawakal saja, dan terus order.. hmm alhamdullilah, sedap sarapan kami pagi tu.. (ye ke sedap..ha nanti aku story part tu plak)

Total brunch kami hari itu ialah CHF 20 untuk 4 orang..masing-masing tamak, nak sorang satu, tak mo share...emmm

Dengan hati yang berbunga-bunga dan gembira sangat sebab dapat jumpa makanan halal untuk bekalan hari itu, kami sambung balik perjalanan kami ke pier yang tak jauh pun dari gerai makanan tadi tu..Lintas jalan besar, jalan kaki 2-3 minit, tadaaaaaaaaa..dah sampai.

Ha kat belakang tu la pier nya, kecik je. Kat sini la port semua kapal steamer diorg.

Ini lah Luzern Bahnhof yang aku cakap awal tadi tu, bertentangan dengan pier ni. Luzern ni agak sibuk jugak, penuh sesak dengan kereta. 

First mountain railway katanya.. terpaksa la cuba, lagi pun free dengan Swiss Pass, so apalah salahnya kan, dah alang-alang dekat tu..

Map untuk cruise yang kitorg akan naik nanti. Super maha luas dan besar lake Luzern ni..

 Ok cek dulu apa yang patut, tambah segala minyak untuk melincirkan pergerakan mesin steamer tu.

So tentang apa yang dikatakan tentang kecantikan kawasan sekitar Lake Luzern memang benar belaka. Cuma airnya tak sebiru lake Brienz yang kami lihat semalam.

Banyak juga kelihatan bangunan dan rumah-rumah dibina mengelilingi tasik ni! Jeles ok! (Oh ya, depan rumah aku pun ada tasik gak, tapi tasik tak bernama, tapi takde la main cruise2 nih, sampan orang pancing ikan ada ler.. #nakjugak )

Palace apakah ini? Yang agak tak best cruise ni, sebab captain dia takde pun berikan apa-apa info atau latarbelakang cerita dulu-dulu atau sejarah pasal lake ni, sunyi sepi tanpa suara! Pepandai la korang cari info ok. So sedikit bosan, cuma mengharapakan scenery yang cun je la, tapi still..rasa cam tak best sangat la cruise senyap-senyap macam ni. Tak macam Lake Wakatipu cruise yang kami naiki di NZ haritu, PENUH dengan cerita dan sejarah okay! Berbaloi-baloi dan SANGAT BEST! (Sila naik cruise tu kalau korang pegi Queenstown okay!!)

Mount Pilatus kelihatan sangat jelas dari sini. Pada mulanya nak ke Pilatus, tapi sebabkan ada antara kami yang dah pernah naik, so macam tak best la nak kena repeat ke situ lagi kan, so kita cuba yang lain, biar semua orang ada experience baru ;) (dan lagipun harga ke Pilatus agak mahal walaupun dengan Swiss Pass)

Untuk ke Mt Rigi, kami ada dua pilihan, sama ada turun di port Weggis dan menaiki cable car ataupun di Vitznau dan kemudian menaiki mountain railway. Dua-dua tempat ni memang cantik, TAPI kami memilih untuk turun di Vitznau, sebab tak sanggup nak menapak jauh dan kena daki bukit pulak tu dari jetty Weggis ke station cable car.

Cable car dah gerak nak ke Rigi


Lebih kurang 15 minit selepas kapal kami berhenti di Weggis tadi, kini kami tiba di Vitznau. Arghhh sebaik keluar dari pier Vitznau, tengok-tengok keretapi dah gerakkkkkkkkkkk meninggalkan kami!! cis! cis! cis! Tak aci tau, baru je turun kapal, tak kan la dah jalan!! Ok aku tipu, kitorg pegi amik-amik gambar dulu kt situ, pastu pegi toilet dulu, pastu jalan lengang kangkung sesuka hati, padan muka kena tingal!

Lepas cek waktu untuk next train, kami ada lebih kurang 40 minit lagi untuk melepak-lepak di kawasan station keretapi tu.

Boleh lagi tu nak amik gambar, orang lain sibuk berkejaran kejar train..huhuhuhuhu

Dengan segala masa yang memihak kepada kami tengahari itu (erk sebenarnya tak cukup masa pun!), kami duduk-duduk dan mula membuka brunch masing-masing, pada mulanya tadi ingat nak makan dalam kapal tu je, tapi port tak best langsung, so takde hati nak makan, walaupun perut dah berkeroncong, so kami makan kat sini penyudahnya. 

Tapi sebelum tu, kami sempat masuk ke kedai cenderahati, nak beli magnet kot-kot ada. Memang ada pun, tapi tak lawa, semuanya yang jenis made in China punya style...hmmmmm hampa betul rasanya. Setelah kecewa melihat magnet yang macam $%^&*&^%^& kami duduk di kerusi berdekatan, buka bekalan yang kami beli tadi. 

Dengan bismillah, kami ngap..ngap..ngap.. hmmm semua diam, mungkin sedap menikmati makanan tu.. kecuali seseorang.. emmm macam biasa je..kata perisa kari! isi pun ciput je..ni bukan ayam ni, cam telur je kot...arhhh tipu la makcik tu.... (kedengaran suara-suara sumbang yang tak puas hati dengan makanan tengahari tu hehehe , aku le tu)

Tak lama kemudian, kelihatan keretapi semakin menghampiri station. Terus kami beratur nak duduk depan sekali.. Waktu ni cuma ada beberapa orang je, sebab yang batch tadi dh naik dulu, so takde la ramai sangat. Dah amik port masing-masing, keretapi masih tak jalan lagi..hmm rupanya dia tunggu kapal lain pulak datang!! Nasib baik tunggu dalam 10 minit je, kalau tak jenuh nak tunggu lagi!

Ok fast forward la kan, tak yah la citer cam mana keretapi gerak bagai heheheh... view dari atas ni sumpah lawa gile okay! sangat tidak sia-sia aku rugi 40 minit kat bawah tadi! Dan yang paling best ada rumah-rumah orang kat sini.. Ya Allah aku jeles lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. kenapa? kenapa? kenapa aku tak buat rumah atas bukit!! (hahahaha overst betul!)
Sebenarnya Mt Rigi adalah port paling best untuk melihat sunrise di Luzern ni, dan memang sangat panoramic, tapi kami takde la kejar sunrise tu, tak kuasa la kan, bangun pun dah lewat, jadi sesiapa yang rajin nak bangun sebelum matahari terbit, dan suka sangat tengok sunrise, di sinilah tempatnye okay!

Dan untuk yang gemarkan aktiviti trekking dan hiking, kat sini pun ada juga, jadi aku rasa berbaloi la kalau bersusah panjat dan waktu yang sama korang disajikan dengan scenery yang cun dan maha lawa ni kan. Mungkin hilang segala penat lelah tu..Aku? hmm kim salam la, kalau time single mingle dulu, boleh gak la nak cuba, tapi since ada Aqilah ni, aku malas nak susahkan diri sendiri huhuhuhu..

Perjalanan dari Vitznau ke Mt Rigi ni mengambil masa hampir 1 jam. Nampak macam dekat je,tapi hakikatnya, agak lama juga. Dan Lake Luzern sangat jelas kelihatan dari atas Mt Rigi ni. Tapi sayang, waktu kami diatas tu, cuaca cam tak best sangat, semua pun cam kabur je :(

Aqilah posing atas bench di Mt Rigi, di sekeliling kawasan tu takde pagar ye, dan bench ni betul-betul mengadap cerunan..
Kitorg tak lama pun kat atas ni, sebab nak kejar next train kena tunggu 1 jam lagi, sebab train yang kami naiki ni dah nak turun ke bawah, benti tak sampai 10 minit pun, so siapa yang ada masa, mungkin boleh duduk lama-lama dan cuci mata, tapi untuk kami, memang tiada masa dah, sebab lepas ni nak terus ke Basel pulak.. jadi kami pasrah, dah dapat tengok macam ni pun dah puas dah,lagi pun atas tu takde apa, ada la kot kedai cenderamata, tapi takpe la..

Separuh jalan menaiki mountain train tadi, kami turun di station cable car dan terus turun ke Weggis. Arghh lihat gambar bawah ni..itu adalah kapal yang patut kami naiki!!! TAPIIIIIIII aku yakin sangat, kami pasti tak dapat kejar kapal tuuuuuuuu...uwaaaaaaaaaa..dan tekaan aku tepat sekali!! Haih jenuh la cam ni, asyik kena tingal je hari ni! Dah la nak tunggu kapal berikutnya kena tunggu 40 minit macam tu....oh tidak!!

Sebaik melangkah keluar dari station cable car, kami terus menuju ke pier Weggis, jauh sangat nak berjalan dari station cable car tadi ke pier tu! Nasib baik kami tak datang ikut sini tadi, kalau tak confirm kurus kaki mendaki bukit sambil tolak stroller..sapa yang untung? Aqilah jugak!

Selepas menyumpah-yumpah dalam hati, sebab jauh sangat berjalan tak sampai-sampai ke pier tu, dah la tertingal kapal pulak kan, so kami pun menarik nafas dan cuba menikmati keindahan di sekeliling pier Weggis tu. Sementara Maliki pergi bertanya Information Counter berdekatan untuk mengetahui option pengangkutan lain yang boleh membawa kami pulang ke Luzern, aku dan Cawan ronda-ronda dulu. Aku sangat impress dengan diorang ni, lawa kot bandar kecik ni.
Ni bersebelahan pier Weggis tu, pelbagai jenis bunga ada kat sini, berwarna warni plak tu.. hilang kejap stress
Kebanyakkan di sini warga-warga tua je, seronok tengok diorg sedap melepak menghadap Lake Luzern dan di kelilingi dengan bunga-bunga yang cantik, mungkin jangka hayat diorg akan lebih panjang kot, sebab tengok scenery cun cam ni tiap-tiap ari (assumption aku je ni)

Selepas mendapat info yang kami nantikan, kami akhirnya menaiki bas yang akan membawa kami ke station train berdekatan. Hmm lega sangat, sebab tak yah nak buang masa tunggu 40-50 minit lagi. Kononya naik train lagi laju la kan (kononnya), tapi tetap mengambil masa hampir 40 minit untuk tiba di station Luzern Bahnhof!! argg aku pasrah je la, janji tak perlu tunggu lama-lama di Weggis tadi.

Setibanya kami di Luzern Bahnhof, aku dan adik aku beserta Aqilah dan Mika shopping dulu kat dalam tu, Cawan dan Maliki pergi collect luggage di hotel. Kami adik beradik cam orang gila beli coklat, , nak tunggu bila lagi nak shopping kan, esok dah nak fly ke tempat lain pulak.. Oh ya, kalau nak beli coklat kt Swiss ni, tak perlu beli yang super mahal, sebab coklat brand supermarket diorg pun sangat sedap ok, pelbagai perisa lagi. So setakat Lindt tu memang leh tapau 2-3 tiang la, kalau nak kasi kat orang pun takde la malu sangat. Range harga coklat cikai tu dari 0.69 CHF ke 2.50 CHF (lebih kurang la).

Setelah semuanya selesai, kami berjaya menaiki train jam 5.30 PM menuju ke Basel. Sebenarnya Basel ni hanya persinggahan kami untuk bermalam je, sebab esok seawal pagi jam 4.20 AM kami dah kena ada kat Euro Airport, sebab flight jam 5.20 AM. (nak tiket murah punya pasal heheheh) 

Jam 7.30 PM, kami tiba di station Basel. Besar, macam-macam ada jual di sini, kedai jam pun bersepah hehehehe..ko ada duit ngan tak je nak beli..

Station Basel agak sibuk, mungkin masing-masing sibuk nak pulang ke rumah selepas bekerja. Kami pula masih tercari-cari di mana nak ambil tram untuk ke apartment kami tu. Setelah berpusing-pusing mencari information counter yang akhirnya tutup! aku kembali naik ke atas tanya kat kaunter tiket, nasib baik.

Mahu ke France? Basel ni bersebelahan dengan France dan German. Dalam masa 1 jam perjalanan menaiki train dari sini korang boleh sampai ke Strasbruorg France atau Freiburg Germany.

Ni la rupa depan Basel SBB ni, mendung, hujan dan nak malam dah pun. Paling sentap sekali, bila tengok tempat tunggu tram takde bumbung...weh agak-agak la pun kan, cam mana la diorg punya pemikiran nih, kalis air ke deme nih?? Sama la cam kat Lauterbrunnen, bus stop ada tiang sebatang je, kalau ujan memang confirm lenjun..ish ish..takde akai laaaa

Eh eh, panjang pulak cerita aku kali nih hehehe..sikit lagi je nak abis ni..bertabah la yek..

Dah jumpa tram stop yang kami kena naiki, tibalah masa nak tunggu tram datang pula. Datang yang pertama, aku terus naik dan sua Swiss pass, aku tanya valid ke tak, dia kata tak valid, dan tak pernah tengok!!! ok takpe, aku tunggu tram yang kedua, punnnnnnnnnn cakap benda yang sama..eh diorg ni nak sabotaj ke?? ok takpe..aku gigih tunggu tram yang ke tiga, pun cakap kata tak valid kat tram diorg nih, haihhh fineeeeeeeeeee....aku beli tiket kat mesin, tet tet tet, sorang CHF 3.20 je..tapi still, aku rasa membazir la kan sebab dah ada swiss pass tapi tak leh guna plak..eiiii &*(&^%&*

Satu masalah selesai, datang lagi satu masalah! Bila tiba je depan pintu apartment yang kami sewa, ada notis suruh aku pegi ke street lain! Aku macam nak mengamuk dah masa tu, kenapa tingal note macam tu je? aku nak contact kat mana (mencarut lagi masa ni), pastu kebetulan pulak wife si owner ni ada kat situ, dia kata dia tak tau apa-apa, sebab husband dia yang buat semua ni. So aku paksa dia call laki dia, dan explain cakap kat aku, sebab aku tak tau mana nak cari street yang di maksudkan, dia cuma suruh pegi 14, Blaisaring..eiiii..laki dia tak mo cakap, sebab ada meeting katanya! So bini dia explain cakap laki dia dah tingal kunci dalam postal box tu dekat street yang dikatakan tadi. Dia pun kasi direction, so kami pun redah la, agak jauh ok, dalam 10-15 minit. Dah dapat kunci, kami kena cari pulak rumah yang mana, dah la tak kasi tau tingkat berapa..memang haram jadahhhhhhhhhhhhh sangatttttt, lif plak tu odd number, so kena la turun naik tangga in between odd number punya level kan, aku plak leh termiss tengok note kat pintu yang ada nama aku, terus membabi buta nak marah, nasib la Cawan akhirnya rajin naik menapak dari satu level ke satu level, dan terus terjumpa pintu yang ada note nama aku.. (katanya buat kerja macam ni kena sabar..baru ada pedoman..mmmmmm ye le tuuu)

Masuk je dalam apartment, terus cari bahan makanan dalam beg yang boleh masak untuk dinner malam tu, lapar gile ok, kebab lebanese tadi tu dah habis dihadam kot.. tong tang tong tang kat kitchen, akhirnya tersedia makanan, so semua orang happy dan takde nak mencarut-carut lagi, tidur dalam senyuman gitu..esok pagi nak cabut awal ke Euro Airport plak..


Thursday, July 12, 2012

PANAS: #Travelholicawesome Bertukar Menjadi Starfish


Oh la la..starfish banyaknya..
Ke mana pula #travelholicawesome nak terjah?
Buat Blackout day macam la gempak sangat..
Argggghhh..pedulilah!! ada kami kisah???
Ahahahha <-- repeat 3 kali dengan mode evil laugh


Tuesday, July 10, 2012

Swiss: Lake Brienz & Lucerne

Dari Interlaken OST tadi, sekali lagi kami menaiki Golden Pass Line menuju ke Lucerne. Plan asalnya nak naik ferry dari Interlaken ke Brienz, merentasi Lake Brienz yang emerald tu, tapi masa pulak tidak mengizinkan.

Lake Brienz

Journey dari Interlaken ke Luzern dengan Golden Pass kali ini, akan bawa kami melalui Brunigpass, Lake Brienz (macam dalam gambar-gambar aku ni), kampung-kampung Swiss yang comel, dan beberapa lagi lake yang cantik-cantik yang aku sendiri pun tak pasti nama lake tu apa.


Kalau korang bertuah lagi (tak macam aku, kurang bertuah sangat, asyik nampak wild flowers je) korang akan nampak Eiger, Jungfrau dan Monch yang gagah perkasa di Bernese Oberland ni dari tasik Brienz ni. 

 Lungernsee, kampung di tepi tasik gitu..lawa kan? dengan air tasik yang emerald tu..

Niat dihati tadi masa naik train ni nak tidur, tapi bila dah tengok pemandangan macam ni, terus terbatal hasrat tu.. 

Dapat jugak ambil gambar kepala train ni heheheh

Rasanya tak perlulah aku menceritakan betapa cantiknya view dari Interlaken ke Luzern dengan Golden Pass Line ni, sebab sememangnya cantik sangat..kang aku asyik repeat cantik! cantik! cantik! korang naik muntah pulak kan.. Lagi pun dah memang diiktiraf Golden pass line ni antara train ride yang paling scenic kt Swiss, jadi korang cuba la sendiri ye bila ada peluang nanti.. 


Lucerne


Kami tiba di Lucerne lewat petang, ini semua gara-gara terlalu lama di Lauterbrunnen tengahari tadi hehehe. Setibanya kami di station Lucern, terus kami keluar dari station dan menuju ke hotel kami yang terletak di kawasan itu juga. 

Lucerne (english) atau Luzern (german). Di sini bahasa German lebih banyak digunakan berbanding di Geneva hari itu yang rata-ratanya bercakap bahasa Perancis. Mengikut statistic, Luzern ni mempunyai paling ramai penduduk berbanding bandar-bandar lain di Swiss. Luzern juga adalah historic town di Swiss dan yang paling menawannya, bandar ini terletak di pinggir tasik Luzern yang lawa tu.

Oh ya, jangan pula korang tersalah dan keliru Luzern ni dengan satu lagi bandar yang bernama Lausanne ye. Sebab yang ni pun cantik dan ada tasik juga, tapi yang ni dekat Tasik Geneva, nun belah-belah France sana.

Hotel kami di seberang sungai Reuss ini. Walaupun nampak dekat, tapi jalan nya jenis cobble, jadi lambat la sikit berjalan tu, sebab tarik beg dan tolak stroller, kadang-kadang roda stroller sangkut kat celah-celah batu ish ish..LETIH!

Aku agak terkesima (#drama) sebaik saja melangkah keluar dari station train tadi, sebab pemandangannya sungguh berbeza dari Interlaken dan Lauterbrunnen. Di sini agak sibuk, penuh dengan kenderaan, cakap saja apa, bus, kereta, tram, orang pun ramai! Bukan tu saja, wayar-wayar pun berselirat di celah-celah bangunan dan tiang-tiang electric dan lampu. Rasa macam tak percaya inikah Luzern? Tapi walau apa pun, tetap bersih.

Yang berbasikal pun ramai..

Sambil-sambil tarik beg tu, aku macam kenal je tengok bangunan ni..adakah ini.... Chapel Bridge yang paling famous di Luzern? Wah dekatnya dengan city center, ingatkan jauh (maklum la tak study map Luzern langsung!)


Ok ni lawa sikit, sebab masih ada saki baki cahaya matahari yang hampir tenggelam tu, tadi kami di seberang sana...hehehehe.. 

Disebabkan perut aku dah berkeroncong, bukan aku sorang je, malah semua orang, jadi kami pun jalan la laju-laju KECUALI CAWAN! Ya Allah sumpah aku tension sangat time ni, sebab bila aku toleh belakang je dia takde, toleh lagi takde, aku siap kena patah balik ok dan tunggu kat simpang sebelum masuk lorong-lorong tu! 

Dah la lorong-lorong nak ke hotel tu banyak, kecil-kecil pulak tu, dan berselok belok, dia pulak takde address hotel tu, so aku yakin la sangat kalau dia tak follow aku rapat, confirm boleh sesat! haihhhhh meter kepanasan aku membuak-buak dah masa tu, cam nak jerit-jerit je nama dia time tu!

Hotel kami terletak di Pfistergasse. Atau lebih tepat lagi, di salah satu kawasan Old Town Luzern. Untuk pengetahuan, Old town Luzern ni pun salah satu attraction di sini, sebab banyak bangunan-bangunan lama masih kekal di kawasan ni. 

Tengok jam ni, dah nak dekat 9 malam, macam mana la aku tak mengamuk, dah la lapar, ada orang tu terhegeh-hegeh plak dah, macam la esok-esok tak boleh amik gambar! eh eh..memang mencabar keimanan aku betul kekekeke


Akhirnya sampai jugak depan hotel. Nama hotel ni Rösli Guest House. Emm macam nama orang Malaysia je kan? hehehehe. Masa check in, kami diberitahu, yang kami diupgrade ke hotel yang lagi best berhadapan Rosli Guest House tu, (hotel sama chain, tapi lebih ke bussiness hotel kot)..emm tak kisah la ko nk upgrade ke apa ke, janji aku tak yah bayar satu sen pun. 

Lepas check in, aku terus ajak diorg semua keluar makan, hari pun dah malam, karang nak tunggu-tunggu lagi, takut kedai plak tutup, tengok dalam website ada beberapa kedai halal yang jual kebab dan indian food, tapi semua berada dalam jarak yang jauh-jauh, nak cari yang walking distance memang takde. So kitorg pun belasah la mana yang ada berdekatan saja. Tak ingat nama kedai tu apa, sebab tak amik gambar. 

Dah menikmati kebab ayam paling mahal dalam sejarah hidup aku, iaitu 9.90 CHF, kitorg tanpa berlengah terus keluar dan menuju ke hotel, maklum la dah lewat malam. Tapi sebelum tu sempat singgah di Chapel Bridge ni, sebab nak sangat amik gambar bridge ni di waktu malam. Cantik sangat berbanding waktu siang. Kali ni cuma aku berdua dengan Cawan je.

Chapel Bridge 

Dalam bahasa German, namanya Kapellbrücke. (err reti tak nak sebut??)

Takde orang dah lewat-lewat macam ni, cuma aku dah Cawan je yang gigih duk atas bridge ni memalam buta....korang nampak tak kepala Cawan kat tengah-tengah tu? ha dia saja sabotaj masuk dalam gambar aku jugak! #dengki betul.

Footbridge yang tertua di Eropah. Jambatan diperbuat sepenuhnya menggunakan kayu. Tapi banyak yang dah musnah ketika perang dulu kala, apa pun jambatan ni masih lagi gah berdiri, kerana dijaga dengan rapi. 

Dekorasi lukisan yang ada di Chapel Bridge. Mengikut sejarahnya, lukisan ini telah wujud sejak dari abad ke 17 lagi. Lukisan di sini dilukis berdasarkan dari peristiwa-peristiwa bersejarah di Luzern suatu ketika dulu.


Wasserturm atau menara air berbentuk octagonal, berdiri setinggi 43 meter di Sungai Reuss ini. Sepanjang wujudnya menara air ini, ianya pernah dijadikan sebagai penjara, bilik penyeksaan, dan sebagai arkib. Tapi sekarang menara itu dah ditutup untuk orang awam. 

Cuaca dingin di Luzern malam itu, memangil-mangil kami untuk pulang ke hotel, lagipun masing-masing dah kepenatan. Esok nak berjalan lagi..kami sudahi malam itu dengan berjalan kaki melalui kedai-kedai lama yang terdapat di sepanjang jalan Pfistergasse.