Wednesday, June 6, 2012

Tips Travel Dengan Baby


Kita berehat sekejap dari entry2 Europe ok.. disebabkan ada yang email dan tingalkan komen di blog Chawanna bertanyakan pasal travel tips dengan baby ni, so aku nak share pengalaman aku sikit.

Aku bukan expert, aku pun baru 2 tahun terjebak travel dengan Aqilah, mula-mula dulu pun aku tak pandai sangat, tapi dah lama-lama jadi pandai sendiri la..semuanya dari pengalaman :)

Tips dari Chawanna ni yang belum tentu berkesan 100%, tapi boleh la dicuba mengikut kesesuaian masing-masing okeh!

1. Bawak la pakaian yang bersesuai dengan cuaca negara/tempat yang nak dilawati. Yang ni common sense la. Kalau ni sendiri tak leh pikir, aku sendiri tak leh nak tolong. Kalau tak tau cuaca kat negara/tempat yang 
korang nak lawati tu macam mana, sila tanya abang Google, korang pasti tak kan kecewa. 

Kalau perlu baju sejuk jenis berbulu-bulu, beli la yang berbulu, kalau tak perlu, jangan la gatal-gatal beli, kang jadi sauna plak anak korang huhuhu

2. Makanan, emm yang ni leceh sikit sebenarnya. Tapi korang bertuah jika anak korang jenis yang bedal segala benda tanpa banyak songeh macam Aqilah (cewah puji anak sendiri plak hehehe). Jadi silalah ajar anak-anak korang supaya lebih open untuk menerima pelbagai jenis makanan. (eh tapi jangan ajar makan fastfood atau yang seangkatan dengannya). Kalau yang jenis suka sumbat anak dengan nestum, korang bawak la nestum, jadi kena la gigih nak mengankut tong nestum tu ke sana sini huhuhu.. Kalau dia suka makan biskut, korang bawak la biskut yang bersesuaian. Jangan plak beli chipsmore/oreo bagai, xsihat! Dan yang paling bagus lagi, untuk yang masih baby kecik2 comel tu, sila BREASTFEED! Tak yah nak angkut susu, tong air panas bagai. Tak ke bahagia hidup??? heheheh. 

Aqilah makan nasi sebab dah ada banyak gigi nak kunyah..
Pengalaman Chawanna: Masa Aqilah mula makan solid food  masa umur 7 bulan, Chawanna selalu beli organic food macam jenis nestum tu kat Cold Storage atau di Just Life di MidValley depan Cold Storage, senang, dan baik untuk kesihatan, Aqilah tak makan nestum (Nestle, etc) yang berada di pasaran, sebab tak baik untuk kesihatan, kandungan gula tinggi!!!

3. Kesihatan. Before pegi oversea, eloklah cek ngn doctor kot2 perlu apa-apa vaksin untuk baby ke tak. Dan make sure bawak ubat-ubat demam/batuk/flu/etc untuk budak tu. Supaya kat tempat orang nanti takde la mengagau nak mencari klinik/hospital/doctor kalau sakit demam dan sebagainya.  Kan dah susahkan diri sendiri!! Pengalaman Chawanna: Kami selalu bawak ubat demam dan cool fever patch tu, kot-kot Aqilah demam, sumbat dan tampal je kat dahi dia.

4. Documentation.Ni paling penting. Jangan lupa bawak passport, birth cert, atau apa saja pengenalan diri anak korang. Kot-kot la korang kena tuduh human trafficking..tak ke naya? at least dengan adanya documents tu semua adalah bukti kan? Pengalaman Chawanna: If gambar passport baby di ambil dari umur 3 bulan, muka baby tu mesti dah berubah bila berumur 2-3 tahun kan? So sila pergi ke imigresen dan bawak 2 keping gambar baru untuk update. FOC je. Pernah sekali Chawanna ditanya kat airport pasal gambar anak lain la, apa la..jenuh aku nak menjawab.

5. Make sure bawak la stroller yang bersesuaian bila travel. Jangan yang berat gedabak, pengsan korang nak bawak turun naik train, tangga etc. Bukan semua metro station/attractions kat oversea baby friendly! Kalau nak yang budget, pegi cari kat Giant, Tesco, memang boleh pakai buang, harga semurah RM99 pun ada. Kalau nak yang elok sikit, beli la brand-brand lain yang ada di pasaran eg McLaren Triumph, Peg Preggo etc. 
Sedap dapat duduk dalam stroller..sambil posing..dia senang..kita mak pak pun senang kan??
Pengalaman Chawanna: Dah banyak travel, dari HK, India, sampai ke Japan, dan baru-baru ni ke Europe, TOLONG LA PERCAYA CAKAP AKU, KORANG JATUH WAJIB kena beli stroller light weight!! Jangan mengharap pada lif/escalator, sebab kadang-kadang memang takde pun!! Jenuh nak mengangkut stroller naik tangga beb, silap-silap naik muscle kat lengan! Melainkan korang ada driver dari pintu ke pintu yang tak memerlukan korang turun naik tangga, boleh la bawak stroller berat dan besar. 

6. Jangan lupa bawak barang/mainan kesukaan anak korang sebarang dua (jangan la byk sangat, nanti tak cukup tangan korang plak nak mengangkut). Bantal busuk ke apa ke, biarlah berpada-pada okeh!  Jangan tak bawak apa-apa, kang meraban pulak budak tu tercari-cari tak tentu arah :) 
Mi Mouse kesukaan Aqilah sejak akhir-akhir ni..terpaksa bawak skali pegi ..ish..

Pengalaman Chawanna: Bantal dan 1 mainan Aqilah PASTI kami bawak, sebab senang nak kasi dia tidur, pernah tertingal bantal Aqilah di apartment masa di Paris satu hari tu, jenuh la dia terjerit-jerit time berjalan nak BUNTAL..nak BUNTAL..nak BUNTALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL...tak ke jenuh kami dibuatnya?? ish ish..

7. Kalau kena naik flight, make sure sampai airport awal, check in dan kasi lepas segala urusan immigration, security seawal yang boleh, maklum lah, bila berjalan dengan budak ni, memang slow sikit la, tapi kite kena pandai adjust supaya tak terkejar-kejar. Pengalaman Chawanna: Selalunya 3 jam sebelum kami dah sampai airport, terus check in bagai. Lepas tu goyang kaki je berjalan ke imigresen dan security, sebab banyak masa, kadang-kadang siap shopping bagai sebelum depart hehehe..#untungla

8. Barang-barang basic macam diapers, wet tissues, pacifier (puting, if dia hisap puting), confirm la 
kena bawak, if diorg masih pakai benda-benda tu semua :) 
Amik feel nak tidur ni..

Pengalaman Chawanna: Benda basic tak pernah tertingal lagi setakat ni, kalau tertingal gak, sila gantung diri sendiri, kerana sikap kurang bijak ni!! Hahahah (acah je, sila beli kt mana-mana yang ada jual benda tu semua)

9. Kalau travel dengan Airasia flight (atau mana-mana flight yang ada ESO), sila beli ESO (Empty Seat Options). Aku dah pernah guna service ni. Sangat sesuai untuk yang ada anak. Sebab korang leh purchase empty seat yang available kat sebelah korang, dengan harga yang sangat murah. So korang ada lah extra space, untuk anak korang nak baring ke, duduk ke, terlentang, terbalik semua boleh. Pengalaman Chawanna: Masa naik AAX pegi Japan, Chawanna purchase ESO untuk return flight, cuma berharga RM76 je, selesa, senang budak nak tidor bagai..cubalah ye.. 

10. Last but not least ikutlah logic akal fikiran korang, letak kan diri kat tempat baby tu, pikir dan renung-
renungkan lah, perlu ke? tak perlu ke?, tapi beragak-agak la ye, jangan terkurang atau terlebih sangat, berpada-pada kekdahnya.

Akhir kata, jangan la takut dan berpikiran negative sangat pasal nak travel dengan baby/budak kecik. Diorg ok, if kita pandai dan tahu nak handle diorg. Percaya la cakap aku, tak susah melainkan kite dah set dalam kepala otak negative, itu yang jadi susah, sekian melaporkan :)

45 comments:

dzuhata said...

TQ TQ TQ dear :DDD touching mak!

Rozita said...

Entry yg bagus Na !! Okeh sambung EU tau ...

MasZuber said...

aku mmg respect ko gigih bawak qilah ke mana2. Sgt beruntung Aqilah jenis yang kurang meragam and adorable!

Unknown said...

dzuhata: No problemo..i kongsi apa yg i tau je..hehehe

Rozita: EU in progress :)

Maszuber: Ha a..gigih la jugak nih..

Hamra said...

Cool aqilah posing dgn sneaker green tu...emmm ade gaye jr traveler ;p

Ann said...

gud info...walaupun kami belum ade baby, tp memang sgt impress tgk chawana travel dgn ank..so, xdela alasan dah ade anak ssh nk berjln, kan??

neway...salam kenal..selalu jd silent reader je:)

Biqque said...

ha bagus, biar mak pak kat luar sana yg ada hati nak travel, tapi takut or leceh pikir pasal anak. nak seribu daya, tanak kalo ko sendri tak dpt travel, dok je kat rumah.

sekian, yg menyokong.

MyKhalish Journey said...

nice entry.. paling best ayat last skali.. hehe.. kami pun suka travel bw anak2.. tp x sejauh u'all lg.. slalu silent reader je..

just.HY said...

sebab aku takde anak lagi, bakal bini aku harus baca ni. #eh nak kawen dah ke aku ni? hahaha

good tips! femesla chawanna lepas nih!

hrp2 kepada ibu2 kat luar sana lepas ni dah takde soklan berkaitan travel with baby ni. penat kan nakjawab benda sama. hahaha

Unknown said...

Hamra: Hahahahah..tak sia2 dia beli kasut ijau tu hehehe..

Ann: Ye tiada alasan nak kata ada anak susah berjalan. Aqilah start travel merata dari umur 4 bulan! Salam kenal juge :)

Biqque: I tau u mesti sokongnye..nanti kalau i malas nk p travel, i pass je Aqilah kat u..u bawak dia p travel okehhhh

MyKhalish: Hehehee..memang tu hakikatnya, kadang2 mentaliti org ni susah, semua kata susah la apa la..padahal anak sendiri, cam mana tah leh kata susah??? Sekali sekala tinggal tu adat la kan, nk gak merasa berdua2..tp cam agak2 ler kalau semua kata susah huhuhuhu

Danny: Eh ko nk kawin dah? jgn lupa pas jemputan kawin!

Sila bawak bakal isteri ko jumpe aku, kalau tak aku gerenti pas ko kawin susah ko nk travel kekekekek..

Biqque said...

hahaha danny kena bawak bakal bini dia utk kita screening. soklan sume dah terkumpul, tau jawab ngan tak je...hahaha!

ye, sok qilah besar dan tak perlukan u, sila pass kat i buat pinjam ye :)

Almiraz said...

Tips berguna sekali...will try to folo esp part stroller tuh....

Ely Hasrul said...

SUKA SUKA SUKA SUKA SUKA GILER DGN ENTRY NIH HAHAHHAHAHAHA.. aku tgh berlatih bukan travel tapi kuar ke shopping mall dgn toddler yg super active and baby yg susah nk tido bila kuar kerna sebok dgn persekitaran hishhhh.. rasa cam dh tua sgt sbb xlarat hahahhahah

Ely Hasrul said...

jatuh wajib part stroller tuh yg xtahan tuh hahaha.. aku pong bermacam cite dgn stroller nih tp tips la utk yg pergi bercuti ye, bukan travel, agak2 hotel yg nk stay tu berbintang2 sila la kol tnya ade tak stroller leh penjam, untung nasib ade sbb aku penah g singapore hotel tuh provide kan hehe

Lily Riani said...

tengah confcall, curi2 baca blog and reply. i agree with chawanna.

my tips kot membantu :
1. bila budak dah besar sikit, mainan kena up, game boy, psp etc... if not, mak bapak baca ler buku cite bebyk and occupy dengan menjadi penglipurlara diarang.

2. sebelum bebudak start day-journey. strike a deal, tak leh mintak yg tidak2, tak leh ngangis kat public, suh mkn kene mkn etc etc... trust me, they respect rules if upfront you lay it on the table. barter trade on incent them.

3. petroleum jelly cream, sila bawak sbb dry skin nnt rashes and peeling. baik bibir or kulit... ngangis bebudak kang

4. i agree with chawanna, ajar budak mkn semua bende tolak kayu, batu, besi etc ler... paling senang, roti, potato & pasta. hampir semua negara dlm dunia leh cari nye lah

5. kasut yg comfy, else meraung budak tuh sbb mak bapak nak lawa tuk tangkap gambo but tak practical. kesian wor.

6. stroller, bukan jek light weight. must be yg leh lipat2 jadi cam umbrella tuh. senang angkut. sumpah!

7. base on experience as babysitter kat obersi (min 4-10 kids 1-3 weeks travel), trip tuh kene balance, jgn smua adult nye tempat, ada lar park, themepark, ada zoo etc etc... so, dia tak bosan else dia ckp, asyik tpt daddy & mummy jek. jenuh pujuk.

itu jek leh ingat so far, dah lama tak jadi traveling babysitter. ehheheh....

ekiddoscloset said...

stroller yg lebih 6kg bukan stroller lightweight!! say yes to combi #ehiklan

breastfeeding rules!! bawak t*t*k jek muahahahha

Harlaney said...

eh salah id daa~

Unknown said...

Biq: Screening tu standard procedure #travelholicawesome kan! sebab nak make sure nanti semua sekepala..kalau x susah la Danny nanti heheheh..
Ha a..amikla Aqilah tu buat pinjam..

Almiraz: Folo folo

Skin: AMBOI!! SUKANYA KO!!! Tapi sebenarnya aku pun rasa penat gak..mudah sangat! mungkin dah tak segagah dulu kot ecehhhh..
Hmm menarik gak info ko nih, so sesapa duk hotel mewah tu, cer try tanye2 kot ada stroller pinjam :)

Lily: Ha tu diaaaa...bekas babysitter dah kuar komen! Tak syak lagi, segala tips u tokok tambah tu tepat sekali. So far Aqilah tak penah complen lagi kasut dia tak sedap ke apa, kalau tak mesti dia baling kat muka i dah huhuhu..
no 7 pun betul. Kena selit attraction yang sesuai utk budak gak, if budak tu dah reti la..mungkin sikit lagi applicable utk Chawanna tuh heheheh

Laney: Ye betui tu. Jadi sila bawak penimbang bila nk beli stroller heheh (acah je)..

alifah@along said...

best jadi AQILAH...

abbazsmakl@gmail.com said...

SALAM!

@chawanna - wah. bgs gile entry nih. entry utk ibu mengandung xde ke? MIAHAHAHA...btw nk tanya pasal ESO tu. cmne nak beli seat tu? online or over the counter? cmne plak kalo xde empty seat sblh seat kita?

@lily - nk g westeren country, kenelah ajar anak mkn western kan? pasta tu! hahaha..bgs2. ajar mkn syr pun ok je. abes jd vege nnti bile g sana. hahaha

Ely Hasrul said...

tingat aku bende lucu ntah ape2. nk pg langkawi je pon aku lupe bwk sami nye ic. seb beik ade kt meja opis aku ade copy surat beranak, mintak opismate fax/email ke AA tp slps aku take off okeh. sukati aje AA tuh lepas kan aku, kalu budak tu aku kidnap cemana? tp aku pasti sbb muka sami kan xtumpah cam kitorg hahahhaha

Unknown said...

Alifah: Ha a..Aqilah memang best, tapi yang parahnye mummy dan daddy, turun naik tangga kt mana2 kena angkut stroller!! sengsara tau..

Abbaz: Hamboi!!! Dah kasi betis, nak peha! hahahaha..ko tunggu esok2 aku datang ilham nak tulispasal ibu mengandung plak. Sebenarnya aku time mengandung tak travel ke mana..emm mungkin pas ni aku leh cube kot..kite tungguuuuu..

Pasal ESo tu buat online je, sila masuk website ni, dan isikan apa yang perlu https://www.optiontown.com/p.do?p=/01AirAsiaESo2/ . Kalau empty seat xde, diorg akan refund balik duit ko yg diorg dh charge dalam masa 7-8 ari kot.

Lily otai bab2 ni, kena caya cakap dia hahahah

Skin: Ko ni sengal la! Nasib langkawi je, kalau buatnye ko ckp tertingal visa nk pegi japan ke apa ke..memang haru la jawabnya, confirm ko kena fire ngn ultraman sami! muahahahah

rose said...

u memang tabah. huhu. i baru next year nak bawak 2 hero ni travel. baru ni p europe honeymoon 2 org je. derang kat umah bengkek je kena tinggal.

Anash said...

rasa cam aqilah leh jadi duta muda dalam arena perlancongan (wah..guna perkataan 'arena'!!-akak kagum dgn diri sendiri).

tips membantu pada mereka yg ada anak kecil

good entry

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - mestilah nk lebey2. hahah..peha sedap ok. erk! haha. ok. xsb plak nk tunggu tips ibu mengandung! yeay! qilah dah nk dpt adik. hahahahahahahahaa....

owh kat optiontown. dah penah gune web ni dulu. beli upgrade seat jd flat bed seat tu. belikan utk boss. pagi2 nk fly tu br dier hntr ckp application berjaya. hahaha.. nebes ok. dah cek dier ckp not available for this flight.

Fantastic 4 said...

Very good entry...suka sangat baca blog u...saya pun suka travel dan mmg akan bwk kids..

masa sorang senang lagi..stroller boleh angkat sorang sebelah masa turun tangga...n bila jalan sorang tolak stroler n sorang bawak beg...

bila dah 2 anak ni mencabar skit...sbb kena tolak stroler sorang satu...turun tangga paling parah...

tapi guna stroler mmg terbaik ..atleast bila kids letih dia boleh tdo atas tu...org kalau nk mkn pun boleh mkn atas tu...xyah kita buang masa lepak tepi2 jalan meriba anak...

n...suka sgt dgn ur family..walau gi sana sini...bwk je anak2...good advice for mumy n daddy out there yang rasa susah travel with kids n bila bercuti je tinggal anak kat kampung...sian anak

anyway...keep on posting..dpt banyak tips from ur blog

thanks

Anonymous said...

Aqilah comey,
puting tu memang mummy nya takleh lupa. Penyeri tu.


zany

Ren said...

Aku suka pat akulah mintak BUNTAALLLLLLLLLLLL tu.

SUhaz said...

hi,,,
w/pun x de anak lg tp i plan kalu ada anak sekali pun mesti bawak depa travel gak bila dok baca blog u yg mmg inspiring nih,,,,, pelik bila org cakap( my colleague la tu) "payah la nak jln,,, sue x pa la x dak anak lg" i suruh die org bukak blog u,, baca,,, tgk betapa travel ngan baby is not a big problem,,, aqilah dr kecik2 dah dbawa ke HK bagai,,,, mmg -ve minded ,,,,,

((( luahan perasaan cket,,, sori heheh)))

Unknown said...

Abbaz: Hahaha kena tunggu aku preggy lagi la 2-3 thn lagi baru aku leh tulis entry pasal org preggy p travel kekekeke.. Pasal option town tu, bukan ko je yg neves, aku pun neves tau, nasib la sampai counter check in dorg kata ada empty seat!

Fantastic 4: Wow u lagi hebat dari i la, sb travel bawak 2 stroller! I memang tabik spring.. nanti turn i plak travel bawak 2 stroller kalau Aqilah ada adik dah hehehe, tapi i nk suh Aqilah yg tolak, sebab dia p travel FOC je selama ni kakakakakka

I ada gak tingal anak 1 malam cam tu kat mak i masa pegi USS, tapi kejap je la, sebab nk berjimba punya pasal, tapi yg trip lama2 tak penah tingal lagi.. tak sanggup rasanya, walaupun Aqilah tu kadang2 ada nakal dia..aku relaaaaa je

Zany: Hahahaa penyeri la sangat..aku tgk pikir ni cam mana nk suh dia benti isap puting dah ni..

Unknown said...

Janggel: Hahaha buntal..kekadnag malam2 buta bantal dia jatuh katil, mengagau2 dia cari..buntal...buntal..buntal....mula2 dulu aku tak tau gak apa jadah la buntal malam2 buta nih..

Sue: Ha a..memang -ve minded la org2 yg ckp cam tu..bukan u je bengang, i dengar pun bengang gak..alasan je tu kalau org2 yg ckp cam tu, padahal diri sendiri yg tak nak jalan, tp anak dijadikan alasan, pastu nk dengki2 kat kita..apa barang kan??? hahahha

thatsofarah said...

Baru nak suruh buat guest post dah ada entry pasal travel dengan baby.

Kalau nak suruh buat guest post lagi pasal ni boleh tak? Question oriented? And in English?

Unknown said...

Farah: Hahaha nk suh buat guest post? hahaha memalukan betul..siapalah saya ini.. Ok question oriented yg macam mana? in english? insya Allah buleh :))

shah_rule said...

betol ckaap john, ni kene print kasik kat bakal isteri..mana yang mampu ok set date terus.. haha

rindu sama aqila!!

3plepl8 said...

qilah, kasut kt sama....kaler je beza hehe....

Farra Da Smiley said...

setuju2
sy ada anak 4 & love to travel...jalan je just follow the flow & get ready everything..
cuma mencabarnya masa gi perth last wk yg no 3&4 tu rapat & kecik lg so jenuh berdokong yg sorang tu sbb stroller ada 1 jer
yg pasal last tip tu baru tahu..tq chawana

Anonymous said...

Great weblog here! Additionally your site a
lot up very fast! What web host are you using? Can I get
your affiliate hyperlink in your host? I desire my web site
loaded up as fast as yours lol
My web-site - rent car rhodes

Batrisyiamommy said...

Bab breastfeed tu mmg i laike..saya angkut 2 beradik masa p europe dulu rasa sangat syukur sebab masih bf.. N yang penting kalau boleh ajar anak suka kan roti lagi ok...coz kekadang bila travel kita kekadang rushing..ni saya Tgh study blog awak ni..for next trip..hehehe

Fiza Sharif said...

salam..

saya plan nak amik trip conquest of europe.. bawak 1 yr baby n 4 yr toddler.. chawanna penah ikut dgn kc kan? sesuai tak bawak baby n bfeeding? Hope chawanna sudi share.. ktorg plan amik trip september ni n masuk fall kot..

tima kasih..

jemput ke blog saya
http://www.thesuperstarmommy.com/

Fiza Sharif said...

lagi 1.. ESO mmg ada option ker kalo kita beli ticket online?

sebab saya xpernah perasan option tu.. huhu ker kena beli kat counter?

terima kasih

Unknown said...

Fiza: Saya tak pernah amik trip dengan KC, semua trip buat sendiri, termasuk la pegi Europe haritu, jadi saya pun tak tau nk ckp cam mana hehehe..

Yang ESO tu, nanti akan dpt email dr 3rd party kasi u option2 tu, tapi selalunya utk flight Airasia X je, kalau flight dekat2 ni diorg tak kasi pun. Tak boleh beli kat kaunter:)

Anonymous said...

macam mane nak purchase empty seat option air asia x tu ye? sebab melalui online macam tak ade. kena call air asia ke?

adam said...

Wife saya pregnant 5 minggu. Sblm pregnant dia beli tiket travel by flight domestik. Semasa dalam kandungan 4x jugak dia akan travel next yr with me dan her family. Next year tiket flight harap2 Wife blh naik flight dgn kandungannya. Inshaallah baby lahir bulan 5/2016, bulan 9/2016 ada satu lg travel by flight domestik jugak. Masa tu baby umur 4 bulan. Dengan tips yang ada harap2 baby boleh travel bersama kami dan family. Wife tak jangka pun masa beli tiket flight dia dah pregnant nasib baik la xde ticket flight yg dia beli bulan due dia...

Anonymous said...

nak tanya kalau beli empty seat tu kita tak boleh check in online eh?

Kak hana said...

Thanks tau share

Www.organichana.com