Monday, December 2, 2013

Sendirian di Korankei Valley, Asuke Japan

Pagi sebelum Cawan pergi kerja, dia bertanya aku sekali lagi..
Cawan: Betul ke u nak pegi Japan sorang-sorang ni? Tak nak ubah fikiran?
Aku: Iye betul la ni..napa u tanya-tanya ni pulak..i dah siap barang dah..
Cawan: Sapa nak buat air minum i pagi-pagi kalau u takde nanti? (buat muka kura-kura)
Aku: Ala i pegi 2 hari awal dari u je, bukan 2 bulan pun..u minum la air kosong sementara i takde tu.. (aku jawab tergelak-gelak)
Cawan: Sapa nak teman i cakap-cakap nanti? sapa nak gaduh ngan i nanti kalau u takde? Aqilah bukan layan i bergaduh pn..
Aku: Hishh mengada la u ni...pegi la keje cepat.. (wah aku menghalau dia cepat-cepat)
Dah lepas peluk cium bagai, berpesan macam-macam, so Cawan pun pergi keje, aku pulak bersiap-siap nak keluar pukul 11 pagi tu..

Takde niat pun nak pegi trip Japan kali ni solo, aku takde apa nk prove kat sapa-sapa, tapi sabit cuti aku banyak lagi yang tak berusik, aku tekad je la beli, lagipun Cawan dah kasi izin aku pegi sorang, dia mulanya tak dapat join sebab cuti dia tak cukup, sebab dia dah kerja tukar shift ni, tapi entah berapa minggu lepas tu, dia dah kira-kira balik, cuti dia cukup, so selang 5 minggu dia pulak beli tiket ke Japan.

Tiba di Haneda airport lebih kurang 10.35 pm. Aku dah cancel hotel booking untuk malam ni, sebab takut aku tak sempat kejar train dan subway untuk ke hotel yang terletak di area Asakusa. So aku terpaksa la tidur di airport ni. Sekali lagi tiada niat nak prove apa-apa macam orang lain, aku takat nak tido sebab aku takut terlepas train je hehehe.. So aku naik elevator ke level 5, cari port menarik dan tidor la kat situ, sebelum tu cari port untuk solat jugak, nasib baik nursing room tu kat level 5, senang la aku subuh di situ nanti hehehe..

Dan sebenarnya, langsung tak best tidur di ruang terbuka, unless korang ada kawan-kawan yang join sekali macam tu, aku rasa macam orang perati je, walaupun sebenarnya takde orang kisah, mungkin sebab aku ni pemalu kot. Ko gile ke hapa nak tidur di ruang terbuka macam tu, heshh serammm ok..Ada First Cabin hotel kat Haneda airport ni, tapi MALANGNYA, bilik capsule untuk perempuan sangat limited, yang tingal hanyalah capsule untuk lelaki! (tiba-tiba teringat kat anak dan suami diperantauan, apa la jadi kat diorg aku takde malam ni hehehe)

Terpaksa membungkuskan badan sendiri dengan shawl ni sebab takut orang kaco ke apa-apa, pastu cover lagi dengan jaket hahaha..seram ok seram kalau aku diapa-apakan..nasib baik ada polis jaga kat dengan escalator tu. Port dah ok dah nak tidur, lampu pun malap, tapi satu je aku rasa nak marah, sebab escalator tu bercakap tak henti-henti.. *ckp dalam bahasa jepun, diikuti dengan, please mind your step..* dari aku sampai situ, sampai la aku bangun dari tidur, tak henti-henti..ya ampun sangat la..

Dapat la terlelap sekejap, lepas subuh, aku cek balik agenda aku di Tripit. Ikutkan plan asal nak pegi Nagano hari ni, tapi entah kenapa hati ni membuak-buak nak ke Korankei Valley di Nagoya. Hmm, sebabkan takde siapa boleh menghalang, atau menyoal aku kenapa nak tukar plan, so aku pegi je la suka hati hehehe..

  
Jom ke Tokyo station la kita, kat sini aku banyak kerja nak buat, nak exchange JR pass, nak simpan beg kat locker sebab aku malas nak pegi simpan kat hotel, maklum la masa itu emas katanya. Masa naik train ni aku first time nampak mount Fuji, tapi camera tak ready setting lagi, so satu gambar yang aku dapat amik tu overexposed! dah la view yang tu je nampak mt Fuji, lain-lain nampak banguan jek! cisss


Locker simpan beg, jangan hilangkan resit yang ada nombor passcode locker tu, nanti tak leh pulak amik beg korang. Mesin ni ada bahasa english, so takde la susah nak pakainya. Harge mengikut kebesaran locker korang. Aku punye ni 500Yen.

Dah dapat JR pass, terus aku tengok train schedule untuk shinkansen. Wah macam terer je kan! Senang je nak tengok, sebab dia dual language, english dan japanese, dan untuk JR pass, kita boleh naik shinkansen Hikari, tulisan warna merah, Kodama warna Biru, dan Nozomi warna kuning (yang ni tak leh naik, haram hukumnya hehehe), so kalau dia tulis jepun pun, kita dah tau dah tu train mana satu hehehe. Dan yang paling penting tengok train kita nak naik tu di platform berapa. If seat reserved, dia ada gerabak lain, kalau unreserved, gerabak 1-5 untuk train ke Shin-Osaka atau Okayama.

 Aku nak stop kat Nagoya, perjalanan dari Tokyo lebih kurang 1jam 30 minit macam tu.

 View dari shinkansen menuju ke Nagoya station, aku ni tertunggu-tunggu la mana mount Fuji nih, dalam forum mana cakap suh duduk belah seat yang ada 3 seats ni, tapi haram tak nampak! arghh penipu betul la info tu..takpe la..aku pasrah, esok-esok aku tengok lagi..

Dah sampai Nagoya station, aku terus tak buang masa, dan pergi ke Information counter dia, dan tanya dia apa macam mana nak pegi Korankei Valley, just nak make sure direction yang aku dapat ni sama ke tak macam yang information kaunter ni punya. Nampaknya macam sama je, so aku terus amik train dari line Meitetsu line dari station Nagoya terus ke Higashi Okazaki, perjalanan lebih kurang 40 minit, dan dari sini kena amik bus menuju arah Asuke, dan turun di Korankei. Perjalanan dengan bas lebih kurang 50-60 minit, tertakluk pada keadaan trafik. 

Direction nak pegi sini dari Tokyo: 
1h 30 min dari Tokyo --> Nagoya Station by Shinkansen. Nagoya --> Higashi Okazaki by Meitetsu Line, and 50 min dari Higashi Okazaki station to Korankei bus stop.

 Di mesin ni ada masalah sikit, sebab bila aku tekan-tekan apa pun tak jalan, tekan gambar orang kat atas tak jalan, tekan nombor-nombor tu pun tak jalan, padahal aku tau dah nak bayar berapa yen! last-last aku masuk duit dulu, baru tekan button nombor2 tu, haaa baru kuar tiket! haih macam2 pesen la! kalau semua satu jenis mesin je tak leh ke??

 Kat platform ada 2 orang je, aku dan sorang lagi warga jepun yang tidak dikenali hehehe

40 minit kemudian sampai station Higashi Okazaki, nasib baik station bus tak susah nak cari, sebab dalam station tu jugak. Tengok signboard kat bawah ni, aku tak reti baca, so tanya kat kaunter, katanya bus ada jam 12.10pm, sila beratur di platform 4, dan bayar dalam bas. Trip ke Korankei valley dari station ni harga tiketnye 800yen untuk 1 hala.


Sementara menunggu tu, aku jalan-jalan la beli air dan kudapan buat makan dalam bas, tiba-tiba tengok ada kelibat macam orang Malaysia, bila dengar diorg bercakap, sekali Indonesia. Hah apa lagi..aku terus pura-pura tak nampak, dan buat-buat tak reti. Lagi pun diorg budak-budak lelaki, so aku takde la heran sangat nak sengih ke, nak hi hi atau nak beramas mesra, aku ikut cakap Janggel supaya bermuka sombong, jangan cakap melayu dengan orang walaupun muka aku macam melayu dan aku cuma tahu berbahasa melayu dan inggris je..jadi apakah motif nasihat sebegitu? tapi takpelah, aku layan je.. 

Aku baru perasan yang aku kurang amik gambar, gambar tunggu bas tak amik, gambar bas datang tak amik, kalau ada Cawan mesti dia amik (nanges)

Ok berbalik pada cerita, ingat tadi aku beli bekal air dan roti konon-konon nak makan dalam bas? huh! bas penuh gile dengan orang, sampai aku kena berdiri! Perjalanan satu jam kot nak berdiri..adoi la.. Dah la banyak trafic light, sikit-sikit lampu merah, sikit-sikit lampu merah..aku yang berdiri ni letih tengok, tak tau la apa perasaaan pemandu bas tu..

Dah sampai 5 stop yang terakhir sebelum sampai ke Korankei, kereta dah penuh atas jalan, JEM gile ok! sebab semua pakat nak pegi Korankei valley nak tengok autumn yang antara tercantik di Jepun katanya..wahhh nanges lagi..pukui bapa aku nak sampai nih! 

Lepas 10 minit bas tak bergerak jugak..lepas 20 minit pun masih tak bergerak..di saat 40 minit, aku tengok pemandu bas pun dah give up..dia matikan engin..hmm orang-orang lain macam tak senang duduk dah, aku pun sama tak senang duduk dah ni..hmm sekali ada sorang mamat muka macam Bobby chin yang dlm astro tu, tanya aku.. "do you want to walk to Korankei??" aku tanpa pikir 10 kali, terus cakap, "ok!!" tapi sebelum tu kitorg tanya driver bus, bapa jauh nak jalan ni? 5KM! omgggg..naik bukit ni nak jalan 5KM..tabahkan aku? kekekeke

Ha jom je la jalan..aku cakap kat Bobby Chin tu, ha ko jalan la dulu, aku nak take my own sweet time jalan-jalan kat sini..kaki ko panjang, sure ko jalan laju, kaki aku pendek, sure kena tinggal lah!

So kami berpisah di tengah jalan tu, sb aku sibuk amik gambor..dia entah lepas ke mana, aku toleh belakang tengok semua orang turun bas dan berjalan sama..yeszaaa..beramai2 la kite berjemaah jalan kaki demi Korankei valley...yeahhhhhh

Korankei Valley ni terletak di kawasan Aichi perfecture, Nagoya. Katanya di sini terdapat 4000 pokok maple, so bila tiba musim luruh, tempat ni akan diwarnakan dengan daun-daun maple yang bertukar warna merah dan kuning. Musim terbaik untuk kesini adalah waktu musim luruh, sekitar mid November - akhir November (tertakluk pada keadaan cuaca semasa). Aku teruja nak ke sini, sebab macam tak jumpe lagi kawan-kawan yang pernah ke sini, so nak tengok sendiri la kan kecantikan musim luruh di Korankei ni.

Satu lane ok!! SATUUUU.. abang-abang bawak motor pun kena beratur macam kereta..so tiada gunanya naik moto di waktu ini..untungla mat motor di Malaysia leh cilok-cilok..kekeke


  Cuaca cantik..nak nangis kena jalan kaki pegi sini..dah pukul 2 lebih dah time ni..uwaaa


Rasa cam dah lama gile jalan, akhirnya sampai ke satu simpang, dan ada rumah orang ni, belakang rumah dia ada pokok warna warni meriah macam ni..untungla tuan rumah ni tak payah pegi Korankei valley (aku nanges lagi hehehe)

 Dan simpang bedebah ni la yang buat jem! dah la satu lane, trafik light sikit punya lama..haihhh

Aku sebenarnya tak tau arah mana sebenarnya Korankei valley ni, sebab aku plan naik bas dan berenti di bas stop Korankei, tapi ni kena jalan kaki, map pun takde! so aku follow the crowd je la, dan budget diorg pun mesti nak ke Korankei jugak.. last sekali nampak signboard..mungkin tak lama lagi sampai la tu..

Dan akhirnya, aku tengok ramai sangat orang masuk dalam satu simpang kecik yang langsung takde signboard Korankei, sebab semua orang masuk, aku pun masuk...ha amik ko, masuk je terus nampak view ni..kali ni aku yakin inilah KORANKEI VALLEY yang glamour dan cun di musim luruh!

 Aku jalan melepasi gerai-gerai jual makanan (oh ye aku tak amik gambar sebab nak cepat pegi amik gambar yang lagi penting..kalau cawan ada, sure dah dia cover gerai-gerai dah benda-benda lain hehehe)..dan jalan sampai ke akhir jalan, ada T-junction..hmm nak ke kiri ke kanan.. (gambar atas arah kanan).. aku tengok kedudukan matahari..hmm elok la ke kanan, sebab belah kiri dah malap, matahari dah tak suluh kat situ dah..

Ye tak sia-sia aku ikut arah pantulan cahaya matahari...ya ampun lawa gile.. siap ada reflection daun-daun kuning dan merah dalam air tu..

Aku amik dari arah seberang sungai, aku rasa port ni paling cun waktu ni sebab ada cahaya masuk, sebab port aku berdiri ni dah belakang matahari, so shadow je la.. kalau belah pagi mungkin lawa amik gambar dari seberang sungai tu pulak..senang citer dua-dua belah cun la...hehehe

 Closed up sikit.. haih lawanya..waktu ni kiranya waktu peak autumn di Korankei dah..semua penat jalan kaki sejauh 5KM tadi sangat berbaloi..aku tersengih sengsorang..nasib takde budak-budak indon tu kat sini tadi..hehehe

 Tak tau la nak cakap macam mana, memang lawa la..

 Ok camwhore sendiri dengan iphone..kesian takde orang amik gambar hahaha.. kesian kan tengok muka aku tu??

Kiri iphone, kanan camera, tamak sungguh la, main petik-petik je ikut suka ati..maklum la sengsorang..rugi tak amik banyak-banyak gambar hahaha..(garang sungguh merah daun tu kan?)

Moh turun dekat dengan sungai sikit, nak amik reflection autumn tu..first time tengok autumn secantik macam ni..

Dekat sejam jugak aku kat sini..lepas tu aku cepat-cepat gerak keluar nak cari bus stop untuk balik ke Station Higashi Okazaki tadi, ni mau berebut gak naik bas ni, sebab ramai gile orang. Kalau ikutkan hati aku takde nak kejar check in hotel di Tokyo, aku memang stay sampai malam, sebab belah malam ada illumination kat sini, sure lawa lah..tapi apakan daya, aku suka hati tukar plan last minit..kira ini pun cun dah..

Lepas pegi toilet, aku terus nak cari bus stop..pastu deng!! baru aku sedar yang aku tak tau bus stop kat mana! sebab tadi jalan kaki ke sini, mana aku tau bas stop kat mana..gelabah jap cari kaunter infomation. Tapi takde la pulak, last-last aku tanya je kat pakcik tu, dia suh jalan ke jalan besar, kat situ ada tanda bus stop, so aku pun hait hait arigato dengan dia, terus pegi bus stop. Pergh ramai gile orang, memang nasib menyebelahi aku la time tu, bus tu berenti betui-betui depan aku, aku terus buat-buat tak reti adab, tolak orang kiri kanan, amik tiket dan terus duduk! dah la duduk kat tempat orang kurang upaya/orang tua! aku tak peduli dah, dari pukul 12 tadi aku berdiri kot, ni dah pukul 4 lebih, nak sampai ke station kang mau satu jam lagi..so aku tutup mata, dan tak toleh mana-mana dah, sebab takut kena halau ngn makcik pegang tongkat yang berdiri sebelah aku..

Sebaik sampai ke Higashi Okazaki, tanpa buang masa aku terus beli tiket train nak ke Nagoya. Officer tu suruh naik ke platform 2. Aku buta-buta je naik, sekali salah naik train..aku naik train lain, tapi nasib baik dia stop kat Nagoya jugak..dan yang paling best aku naik train rapid express, so laju la sikit, dalam 30 minit dah sampai Nagoya. Sampai je station Nagoya, aku kasi tau tiket aku untuk stop station lain, dan officer tu dengan baik hati kata suh aku pi adjust tiket kat fare adjustment kaunter..pheewww..

Lepas selesai adjust fare tu, aku terus cepat-cepat ke platform shinkansen untuk balik ke Tokyo...ha lega..lebih kurang 5.30 PM aku selamat naik Hikari untuk balik ke Tokyo, maka sempat la aku nak cek in hotel in time.. :)

Dah sampai bilik, waktu nak tidur, aku preview balik gambar-gambar siang tadi..wow tak sangka hari ni berjalan seperti yang dirancang (walaupun last minit), walaupun ada hickup sana sini..dan rasa tak percaya buat ni semua sorang..wow sangat pada diri sendiri....




Thursday, November 14, 2013

Seoul: Myeong-dong & Namdaemun

Ikutkan plan hari ni nak ke Nami Island, tapi adik aku pulak tak sabar-sabar nak pegi Myeong-dong, so terpaksa tukar plan. So lepas breakfast, kitorg terus keluar, on the way berjalan ke station subway, ada sorang auntie dah tua dalam lingkungan 50an, terus tegur Aqilah, sambil cakap kwi yo un..kwi yo un..lepas tu cium-cium tangan Aqilah..yang Aqilah terjegil je bijik mata dia, mesti heran pasai apa orang ni cium-cium tangan aku nih hehehe.


 
Muka orang yang tak tau nak lalu lorong kiri dulu ke? kanan ke? macam banyak je benda nak tengok ni kekekeke.. Jom la kita..

Theatrical powder? apakah itu?? tak penah ku dengar selama ini..bedak utk pakai masa pertunjukan opera kah?

Face salad katanya..ni aku pulun beli banyak sebab tak tahan tengok packaging dia yang warna warni tu..kalau tak cantik kulit muka aku lepas ni, memang saja la kan..


Antara aktiviti yang best nak buat dekat area Myeong-dong ni, selain dari membeli belah, adalah people watching, macam-macam gelagat orang. Nanti dalam ramai-ramai tu adalah la 2-3 orang perempuan yang super lawa, hidung mancung halus, kulit halus mulus, macam wow sangat.. lepas tu kitorg sure gelak-gelak, kitorg speku mesti dia buat plastik surgery hahaha (bersangka tidak baik) ..maklum la kat Korea ni kan famous dengan plastik surgery, yang rendah nak jadi tinggi boleh, yang tinggi nak jadi rendah boleh, yang gemuk leh kurus, yang kulit kusam boleh jadi kulit halus mulus.. u name it! gitewww..

Amboi glamour ko PSY, tak yah susah-susah nak buat muka nak glamour cam boyband KPOP yang lain kan? huhuhuh


Puas berjalan serata Myeong-dong tu, macam-macam kedai kosmetik yang kitorg masuk, dan macam-macam jenis kosmetik jugak yang kitorg jumpe, antara yang menarik perhatian, snake venom face mask ni..adik aku terus kata jangan beli, takut memudaratkan muka, nanti jatuh haram hahahaha


Ni satu lagi..snail face mask, bukan tu saja, ada cream muka bagai..yucks...tak mampu nak bayangkan snail atau dalam bahasa melayunya Siput Babi (binatang peliharaan kesayangan Tansree Coco dan spongebob) dilunyai-lunyaikan atas nama kecantikan..oh Gary!!!

 Suasana di Myeong-dong waktu pagi



Kebanyakkan yang dijual kat sini mostly barang kosmetik, dan pakaian. Uniqlo, H&M, Zara, dan local brand macam SPAO pun ada di sini. 

Tourist guide yang ada di area Myeong-dong. Kalau sesat jalan, atau tak tau nak cari tempat, boleh la tanya kat diorg ni.

Menarik pulak tengok benda ni..kitorg tanya kat auntie yang jual tu, apa isi dalam, dia cakap "cookies..cookies".. ooo cookies yek..ok la..so kitorg pun amik la satu, yang perisa coklat tu, nampak sangat menyelerakan.. Tapi sebelum tu cek dulu kat kedai dia, kot-kot ada jual jenis makanan yang lain yang ada sumber-sumber tak halal..hmm nasib baik takde.. lepas bayar, ingatkan boleh la makan..tapi dia duk sua tukul suh ketuk "cookies" tu dulu..hmm confused jap aku dan adik aku..

Dah dia suh ketuk, adik aku apa lagi, terus la ketuk sekuat hati "dushh..dush" heheheh.. first time nak makan cookies kena ketuk berkecai dulu hehehe..

Tadaaa...inilah rupa "cookies" yang diketuk tu, rasanya boleh tahan la, ibarat macam makan tepung goreng yang ranggup disaluti coklat..jadilah buat alas perut untuk tengahari tu sebelum makan lunch kat guesthouse karang.

On the way balik ke guesthouse, kitorg ternampak macam ada temple dekat area tu jugak, so Cawan pegi la dulu amik-amik gambar, aku dan Aqilah duduk tepi jalan sambil minum air.

Tak tahu la temple apa, sebab takde dalam list aku pun tempat ni, tapi yang pastinya ia berwarna warni..ceria sangat ihiks.


 Mahabodhi Temple di Jong-No


Sempat berehat dan makan tengahari di guesthouse. Petang ni agenda nye nak ke Namdaemun pula. Tak pasti nak beli apa, sebab fridge magnet Korea dah bersepah kat rumah tu, maklum la semua kawan-kawan dah pegi Korea, jadinya aku macam 50-50 nak ke sini. Jadi dari pergi ke market tu, aku suggest kitorg pegi ke gate Namdaemun untuk amik gambar, if rajin nak pegi market tu, kite jalan je la, lagi pun dekat je pun. So pukul 4.30 petang kami keluar semula.

Cawan cakap tak yah bawak stroller la, sebab sekejap je nak keluar, nak pegi satu tempat je. Tapi aku skeptikal sikit, larat ke nak bawak Aqilah dengan carrier je..Cawan cakap..ok boleh punye..boleh..ha kita tengok nanti ye..boleh ke tak.. anak you berat bukan 5kg, tapi dah 14kg!

Seronok Aqilah kena carry macam ni..tak nak turun langsung!

 Just in time before sunset, waktu ni baru pukul 5.30 petang, langit dah mula gelap. Aku dah start sakit pingang dah, dah la dalam subway tadi takde tempat duduk, orang-orang kat Korea ni tak sama macam kat Japan, kalau kat Japan dulu, tengok aku bawak Aqilah je, yang tua dan muda, dan-dan kasi laluan untuk aku duduk..isk..I heart Japan..always..ngeee.. 
 
Time ni yang syok Cawan dan Muni la, duk amik gambar sana sini..aku ni sengsara hai mencari tempat nak duduk hahaha... lambat betui la nak jumpe kusi ni..

Dari depan pulak dah..ya ampun takde ke tempat aku boleh duduk ni.. tak leh nak pikir bergambar dah, sebab tak larat berdiri dah carry budak Aqilah ni.. 

Aqilah oh Aqilah, dia pulak lebih-lebih cakap letih nak berjalan, sebab tu mummy kena dukung. Dah la request mummy ok..tak nak kat daddy..motif sangat la budak ni..uwaaaa..
 Akhirnya..phewww..dapat jugak duduk sekejap..

Dalam kata tak nak jalan Kat Namdaemun market tu, last-last Cawan ajak jugak jalan, dia kata dah alang-alang dah sampai jom la..heh! tak mengerti langsung yang aku ni tak larat dah nak berjalan?? Akibat dipaksa dan majoriti vote untuk masuk berjalan kat sini, aku terpaksa mengalah..so berjalan la jua akhirnya..sambil muka terpinga-pinga tak tau nak shopping apa, aku cuma tau nak balik baring terlentang je time ni.. Tak lama lepas tu Aqilah request cakap nak turun, sebab letih duduk kat belakang aku tu..boleh? LETIH DIA KATA?? LETIHHHHHHHH? ya ampun diva sangat ko nih Aqilah oiiii.. tak nak tanya mummy letih ke tak? ha? ha? ha?

Rupanya ada agenda dia nak turun dari carrier, sebab dia nampak benda menarik yang boleh dia boleh beli..eh correction, yang mummy/daddy boleh belikan untuk dia..teng..teng..teng..dia mintak getah rambut yang berharga KRW 2000 iaitu bersamaan RM6! mak oii mahai nya Aqilah oi..terpaksa jugak beli, sebab kalau tak dia tak nak gerak dari situ..So daddy kuar duit bayar, tapi dengan syarat, Aqilah kena jalan sendiri sampai balik rumah..deal? Aqilah angguk tanda setuju sambil tersengih.. phewww..lega..

Dah puas berjalan, dah dapat jumpa kedai kebab halal kat tepi jalan tu, kitorg terus balik ke guesthouse..dan surprisingly Aqilah berjaya mengotakan janji dia nak berjalan sampai balik rumah ngeh ngeh ngeh..


Pecah rekod malam tu, lepas makan kebab tu, semua terbungkang tidor, padahal baru pukul 9 malam huhuhuh..