Entry kali ni hanya nak berkongsi pasal tempat-tempat membeli belah di sekitar Amsterdam. Teruja? Tak? Ok takpa, kita tengok dulu..
Damrak
Bloemmarkt Amsterdam (Floating Flower Market)
Kalverstraat
Damrak
Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, iaitu stesen keretapi utama di Amsterdam, hanya perlu bejalan lebih kurang 300-400 meter untuk sampai ke sini. Damrak merupakan jalan utama dari Amsterdam Central ke Dam Square, suatu ketika dulu Damrak adalah sebuah canal, tapi kini telah ditimbus dan dijadikan jalan raya dan juga laluan untuk tram.
Damrak dipenuhi dengan hotel budget dan mahal, begitu juga dengan hostel untuk backpacker, memang mudah untuk dijadikan port di Amsterdam, kerana pengangkutan awam juga mudah di sini. Tram bernombor 4, 9, 16, 24 dan 25 melalui Damrak dan masing-masing menuju ke destinasi berasingan. Map tram GVB boleh dilihat di sini --> Map Tram Amsterdam.
Boleh dikatakan Damrak adalah salah satu tempat pelancong yang popular di Amsterdam, bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis hotel yang sesuai untuk semua peringkat dan kategori pelancong, malah Damrak juga dipenuhi dengan pelbagai bar dan restauran yang menyediakan bermacam-macam pilihan kepada pengunjung. Makanan India, Indonesia, Lebanese, Turkish dan yang lain-lain boleh didapati di sini. Jadi soal mendapatkan makanan bukan masalah utama. Dan sebab itu juga lah aku tak turun berat badan dah mudah sangat nak dapat makan kat europe nih heheheh
Pelancong muslim juga tidak susah untuk mendapatkan makanan di Amsterdam, kerana restoran halal memang banyak di sini, dan harga yang ditawarkan agak murah. Jadi tak perlulah mengikat perut untuk menjimatkan wang, sebab memang murah mengikut standard european. Oh ya, saiz makanan yang dihidangkan juga agak besar, sepingan nasi arab atau doner kebab boleh dikongsi dua orang! Baguskan? ;-D
Diantara deretan hotel dan restoran tadi, kedai cenderamata juga ada banyak di sini. Kalau rajin bolehlah masuk ke setiap kedai cenderamata yang ada di sepanjang jalan Damrak ni. T-shirt, fridge magnet, poskad, shot glass, wooden shoes, ceramic Royal Delft Blue, dipendekkan cerita bermacam-macam jenis cenderamata yang dirasakan sesuai untuk dibawa balik boleh dicari di sini.
Bagi yang sukakan kelainan boleh la membeli coklat ganja ni untuk dibawa balik, tapi tak tahu la Halal ke tidak, sendiri tanggung ok? Aku tak cuba, jadi tak tau la rasanya macam mana.
Bermacam-macam jenis gula-gula, coklat dan kudapan yang berasaskan ganja boleh didapati di kedai-kedai cenderamata di Amsterdam. Jika perasaan ingin cuba dan ingin tahu korang terlalu tinggi, boleh la cuba kot, maklumlah kat tempat lain susah kot nak dapat benda-benda ni, rasanya di Amsterdam saja yang berleluasa jual benda-benda macam ni.
Dam Square
Dari Damrak tadi, akhirnya korang akan berjumpa dengan Dam Square. Di sinilah terletaknya Royal Palace Amsterdam, Madame Tussauds dan beberapa shopping complex terkemuka di Amsterdam. Boleh dikatakan tempat ini juga sebagai tempat lepak dan bersantai untuk penduduk tempatan dan pelancong yang kepenatan bershopping sepanjang Damrak tadi. Untuk yang gemarkan aktiviti melihat gelagat orang, di sinilah juga tempatnya, sebab macam-macam jenis orang ada.
Cawan menghabiskan masa dengan mengambil gambar di sekitar Dam Square sementara menunggu aku shopping di H&M di seberang jalan hehehe (ok sabar, aku akan ceritakan pasal H&M di akhir entry ni nanti, khas untuk pengemar H&M)
Tidak jauh dari Dam Square tadi, terdapat satu lagi tempat menarik untuk menghabiskan duit, iaitu Bloemmarkt atau nama inggerisnya Floating Flower market, juga merupakan salah satu tarikan utama di Amsterdam. Market ini bukan sekadar menjual bunga, malah ada juga menjual pelbagai jenis cenderamata, sama seperti di Damrak tadi.
Jarak dari Dam Square ke Bloemmarkt hanya 1 kilometer saja. Kalau berjalan kaki lebih kurang 15-20 minit saja. Floating market ini terletak di Singel, iaitu salah satu canal penting di Amsterdam
Fridge magnet juga banyak di jual di sini, harga lebih kurang sama macam di Damrak tadi. Untuk para collector magnet, pastinya korang akan rasa nak beli semua magnet berbentuk rumah-rumah canal Amsterdam ni, sebab memang lawa sangat..aku pun tidak terkecuali, ingat nak beli untuk kawan-kawan sekali, tapi last-last semua untuk aku hehehe (sorry geng, sila pergi beli sendiri kekdahnya huhuhuhu)
Bermacam jenis tulips ada dijual di sini, dan benih-benih bunga tersebut akan dipek siap oleh pengusaha kedai demi memudahkan pembeli membawa balik benih-benih tersebut. Waktu operasi market ini adalah dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin-Sabtu), manakala 11.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Ahad.
Albert Cuyp Market
Kami hanya tahu tentang Albert Cuyp Market hanya ketika berada di Amsterdam, jadi terpaksalah pergi jugak, sebab Cawan memang suka pergi street market macam ni. Katanya best nak tengok gelagat orang dan ambil gambar..hmmm
Pasar ini ala-ala macam pasar tani + pasar malam. Katanya, pasar ini adalah pasar siang terbesar di seluruh Europe (Wikipedia).
Bermacam jenis product ada dijual di sini, product tempatan Holland dan juga product luar negara seperti gambar di atas ni. Korang kenal tak buah apa dalam gambar ni? Ya..itu buah rambutan. Aku pun tak sangka boleh ada buah rambutan di Amsterdam, memang dunia tanpa sempadan sungguh hehehe.
Wafer coklat yang baru saja di masak, nampak sedap sungguh, tapi tak pasti status halalnya. Jadi cuci mata saja cukup.
Baju-baju juga ada dijual di sini.
Di sekitar kawasan pasar ini juga terdapat banyak sangat kedai makanan Indonesia, Turkish dan Moroccan. Jadi sambil-sambil shopping tu, boleh la isi perut sekaligus hehehe.
Kalverstraat
Satu lagi tempat membeli-belah yang paling best di Amsterdam. Sebab apa aku kata best? Sebab di sinilah aku menghabiskan berpuluh-puluh euro membeli baju Aqilah di H&M. Sebab murah sangat walaupun dah convert ke RM..yabedabedeuuuuuuuu.
H&M memang bersepah-sepah di sepanjang Kalverstraat, memang sangat la tempting untuk masuk dan membeli. Selain H&M, brand-brand lain pun ada, macam ZARA, Mango dan yang seangkatan dengannya. Tapi yang paling murah adalah H&M, dan boleh gila duduk kat dalam tu memilih baju untuk Aqilah. Harga baju baby & toddler adalah semurah EU 3 sehelai. Dress yang cantik-cantik bermula dari harga EU 4.95, mau tak pengsan kalau tak beli? kekekekeke.. oh ya, kasut untuk budak-budak pun murah sangat, semuanya kurang dari EU 10!!
H&M memang bersepah-sepah di sepanjang Kalverstraat, memang sangat la tempting untuk masuk dan membeli. Selain H&M, brand-brand lain pun ada, macam ZARA, Mango dan yang seangkatan dengannya. Tapi yang paling murah adalah H&M, dan boleh gila duduk kat dalam tu memilih baju untuk Aqilah. Harga baju baby & toddler adalah semurah EU 3 sehelai. Dress yang cantik-cantik bermula dari harga EU 4.95, mau tak pengsan kalau tak beli? kekekekeke.. oh ya, kasut untuk budak-budak pun murah sangat, semuanya kurang dari EU 10!!
(Maaf tiada gambar pun diambil di sini, kerana sibuk shopping dan satu lagi sebab hari hujan ketika kami di Kalverstraat, jadi simpan je la camera)
Bagaimana nak cari tempat ni? hmm mudah saja, refer saja pada map Amsterdam dan cari nama jalan Kalverstraat, di situlah tempatnya, memang berdekatan sangat dengan Dam Square tadi.
Puas hati dapat shopping macam orang *kaya*, walaupun sebenarnya tak hehehe.. dan rasanya ni first time Chawanna shopping kat oversea macam nak rak kekekeke..