Friday, February 26, 2010

Ka Ching!!

Semenjak dapat kunci rumah baru, setiap hari minggu tak lekat kat rumah. Adui penatnye tuhan je la yang tau. Macam-macam benda nak dicari untuk rumah tu. Fulus pun keluar macam air, nyaris la ada house fund yang memang dah disimpan dari tahun lepas. Kalau tak, ternganga je la. Simpan punya la lama, tapi abisnye sekelip mata je. Itu pun kitorg dah abis budget dah (dari kedai ke kedai mencari best price punya pasal). Tapi budget-budget pun, kena la ada kualiti kan. Kipas seketul pun lebih kurang RM 250-300 lebih. So bayangkan la kalau ada 3-4 kipas dalam rumah? :S Hehehe sendiri mau ingat. Belum kira lampu dan yang lain-lain. Tup tap tup tap, beribu-ribu lemon abis huhuhuhu, nasib la rumah kondo je, kalau banglo, mau berpuluh-puluh ribu lemon tak pun, ratus-ratus ribu lemon abisnye..

Setakat hari ni, yang basic dah settle dah. Cuma mid March ni, nak buat kitchen cabinet untuk wet kitchen dulu. Semalam tengok kat Ikea, ada la pilihan kabinet yang sangat sesuai untuk wet kitchen tu, tapi bila kitorg mintak details, brother tu cakap, stock dah abis pulak, sejak minggu lepas. Tapi diorg dah order, so dalam 2-3 minggu baru sampai. Huh musnah harapan!!! Cawan suh aku call tiap-tiap ari untuk tanya status!! Untuk dry kitchen, masih tak mampu nak buat lagi, sebab dah kira cost macam terlalu tinggi. So yang tu kena pending dulu la :( sebab cash tak cukup, kena la topup lagi. Tapi maybe lepas bersalin kot (bulan 7), sebab nak kumpul duit untuk bersalin pulak, bodoh-bodoh pun kena standby 5-6K huhuhuhu (kan ke best kalau ada kilang sendiri buat duit heheheeh, cetak je duit anytime kan???)

Tapi masalahnya sekarang, kat kondo tu macam tak ramai orang pindah lagi, so beranikah aku duduk sorang-sorang waktu malam, kalau Cawan keje malam?? Jeng jeng jeng jeng..

P/s: Diwaktu aku berblog nih, Cawan tengah kroh kroh tak sedar diri, agak nya penat sgt siang tadi cari langsir. Pastu yang paling lawaknya, dia mengigau-ngigau pasal langsir rumah!!! Aku pun layan la ngigau dia tu, dia plak boleh balas huahuahua....dah tidur pun boleh pikir langsir lagi ..aparaaaa :))

Sunday, February 7, 2010

Tomei Jr Di Usia 4 Bulan ++

Semalam buat medical check up kat Pusat Rawatan Naluri. Kali ni doc suh amik air kencing dan amik darah. Sebelum ni doctor cuma cek tekanan darah je dan scan perut je, tapi kali ni cam lebih sikit, maybe nak monitor kandungan gula dalam darah dan yang seangkatan dengannya.

Doctor ada tanya, ada rasa ke baby gerak-gerak kat dalam tu. Aku cakap la tak, sebab memang takde rasa apa pun. Macam cuak la juga kan, sebab doc tanya macam tu, pastu kawan kat office pun tanya benda yang sama, tapi hairan bin ajaibnya, memang aku tak rasa. Tapi doc kata maybe awal lagi kot..hehehe..

Lepas sembang-sembang dengan doctor tu, buat ultrasound scan, time ni cam suspend je rasa. Sebenarnya tiap-tiap kali scan aku memang nervous sikit, sebab cam risau je apa jadi kat dalam tu kan huhuhu.. Dah la dahi doc ni cam berkerut-kerut je, aku plak cam pandang je monitor tu, cuba mencari Tomei Jr nih..alamak mana plak dia ni, adeh... Tak lama pastu, baru nampak. Hahhhh..lega..ada pun dia!! Kali ni dah nampak dah tulang belakang dia..tapi kali ni Tomei jr cam aktif semacam je, siap tendang-tendang, tangan pun duk libas-libas, tak tau la dia buat apa dalam tu..hehehe comei, cam nak gigit je. Otak dia pun dah nampak!! Tapi semua cam kecik bebenor..alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Ni la gambar terbaru Tomei Jr, tapi kali ni dia membelakangkan 'camera'. Sibuk bermain kot dalam tu hahahaha..so dapat gambar belakang je la..... Masa ni Tomei Jr dah berusia 17 minggu (bersamaan 4 bulan ++ ).

Aku pulak sejak akhir-akhir ni, macam kuat sangat buang air kecil, dalam sejam 2 kali gak la pegi toilet. Letih gak kalau berjalan-jalan nih, pastu kalau jalan, cam dah boleh ada rasa something kat bawah perut tu. Emm baru la dapat rasa sikit, kalau tak suka ati aku je nak jalan laju-laju walaupun tau preggy hik hik hik..sekarang cam kena control sikit la, tak leh la gopoh gapah cam dulu..

P/s: Baby, duk baik-baik dalam tu, mummy dan daddy tak sabar nak bertentang mata ngn baby..uweeeeeeeeee

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, February 2, 2010

Platinum Lake Condo (PV12) Dah Siap!!!

Minggu lepas dah dapat surat dari Platinum Victory! Wah excited tak ingat punya. Rupa-rupanye rumah tu dah 100% siap. Tapi ada payment yang harus dibayar dulu before leh dapat kunci. 3 bulan lepas, kitorg ada tanya kot ada apa-apa payment akhir nak kena bayar before leh masuk rumah, diorg suruh sediakan RM 1500 untuk sinking fund. Kitorg dah standby pun, so dapat je surat tu, terus pegi bayar keesokkan harinya, tapi jumlahnya tak sampai pun RM 1500, cuma RM780 cam tu jek, ni termasuk la duit maintenance selama 3 bulan, insurance kebakaran, dan beberapa benda-benda kecil yang lain. Arrr lega..

Tapi mengikut kata officer kat situ, kunci rumah masih tak boleh diberikan lagi, sebab Ambank belum release duit payment akhir sebanyak RM30,000 ++ kat developer, kata diorg dalam minggu ni baru dapat. Jadinya, minggu ni, kerja kitorg adalah call PV, untuk tanya status, Ambank dah release duit ataupun belum, kalau dah, terus boleh buat appointment, dapat kunci dan tengok rumah..yeayyyyyyyyyyyy!!! Kiranya, time dapat kunci tu nanti, kitorg kena tengok kalau ada defect apa-apa. Orang maintenance yang akan iringi kitorg tengok rumah tu nanti, akan sediakan satu handbook, dan tulis apa-apa komplen/defect yang kitorg tak puas ati.

Untuk renovation nak buat kitchen cabinet tu, kitorg kena bayar kat developer RM 1200, macam deposit la, takut kitorg ada buat apa-apa kerosakan kat rumah tu. Tapi duit tu akan dipulangkan balik, kalau keadaan rumah seperti sedia ada sebelum ni.

Yang paling penting sekarang, grill pintu depan kena buat dulu. Lampu dan kipas wajib jugak dibeli dulu, kalau tak bergelap la kami anak beranak dah pindah situ. Kalau mengikut cadangan Cawan, dia nk buat plaster siling dulu, baru kitchen cabinet. Tapi aku nak buat kitchen dulu, baru plaster siling hehehehehe..Emm tengok la budget berapa, kalau dua-dua ni dalam budget yang kitorg ada sekarang ni, Insya Allah boleh buat kedua-duanya sekali.

Perabut? Yang ni tak berapa penting sangat. Perlahan-lahan beli pun ok, takde apa nak kejar. Yang pastinya, aku suka concept minimalist, lapang sikit pikiran, tak perlu banyak perabut cam rumah makcik-makcik. Nanti senang la baby nak golek-golek bersama mummy dan daddynya hik hik hik..

Benda-benda kecil macam curtain dan seangkatan dengannya pun harus la disediakan, tapi apa-apa hal kena ukur dulu la, pastu baru leh cari kain untuk buat curtain. Mungkin hujung minggu ni boleh jalan-jalan kat Kamdar tengok kain bebeh?

Kitorg merancang untuk pindah ke kondo tu by end of February ni, harap-harapnya semua berjalan lancar la. Lagipun rumah sewa kitorg tak banyak barang pun, cuma barang-barang kat dapur, macam fridge, washer machine, blender, dan alat-alat elektonik lain, rasanya collection toys Cawan lagi banyak kot. So takde la susah-susah aku nak packing apa-apa sangat, biar dia je uruskan. Mak mertua aku pesan, aku tak leh buat keje berat-berat..emmm memang betul pun hehehe. Rasanya sewa satu lori pun dah cukup hehehehe..upah je diorg angkat barang.

Haih seronoknya rasa hati ni, tahun ni macam menang loteri pulak, rumah baru, baby baru (Insya Allah)..yihaaaaaaaaa. Alhamdullilah, semuanya pinjaman sementara dari Allah s.w.t. Kalau ditanya apa lagi wish yang aku nak? Rasanya takda dah kot, cukup lah dengan apa yang ada, aku cuma mampu bersyukur je..Ini pun dah terlebih cukup baik sangat nih....

Aktiviti kitorg untuk Sabtu akan datang nih;

* Pregnancy check up kat Pusat Rawatan Naluri, harap-harap Tomei Jr ok segalanya. AMIN
* Ke PV 12 (kalau dah dapat kunci), dan check apa-apa defect kat rumah..
* Melawat show house PV 12, sebab ada contoh kitchen cabinet, so leh mintak quotation..
* KLCC, nak shopping barang baby, sebab dah 3 kali shopping asyik pegi Jusco dan Sogo jek, so nak cari kelainan plak, mana la tau ada yang comei2 lagi ke kat sana?? Tak tahan betul la tengok baju baby comei2 nih...uwaaaa macam nak beli semuaaaaaaaaaaaaa....
* Pegi Maju Junction, nak potong rambut Cawan yang panjang, mengalahkan rambut aku!!
* Pegi Kamdar kat Jalan TAR sebab nak tengok kain langsir (tertakluk kepada point no 2 di atas). Ni atas recommendation dari mak Cawan, sebab dia kata Kamdar kat situ banyak choice..hehehe..

Adios..

Pesanan Khas kepada adik-adikku;

Ada request dari Tomei Jr, dia dah bisik suruh tolong belikan stroller dan baby cot untuk dia, baju-baju tak payah beli dah, sebab dah ada banyak. So korang belikan la yang dua tu yek, tapi tertakluk kepada approval dari Tomei Jr, sebab dia dah pilih dah, tapi jangan risau, setiap barang-barang tu berharga bawah dari RM 350 jek.. Tomei Jr amat memahami keadaan ekonomi sekarang.. gegegege