Plannya nak balik Khamis ni, lepas waktu bekerja, aku baru apply cuti pagi nih utk Jumaat nanti, sorang approver dah approved, kene tunggu lagi 3 org, sigh!! kalo tak dpt, aku MC jek.
Seperti tahun-tahun sebelum ni, menu rasmi kami setiap kali balik ke Ipoh time puasa adalah McDonald kat MRR2, senang , drive thru jek, tak payah turun keta, pastu terus gerak ke Ipoh, sampai je waktu berbuka, terus kami ngap. Tak de special sangat MCD tu, tapi feeling time nak berbuka puasa tu yang buatkan rase best, dlm keta pulak tu nak menuju ke kampung halaman, memang best la rase time tu..
Balik Ipoh ni confirm la makan tak ingat dunia, aku nak request pecal, gulai tempoyak, nasi ayam, dan paling penting sekali, nak suruh mak buat rendang daging untuk makan dengan nasi impit ataupun lemang..mesti buat nih, nanti raya aku tak dapat makanan nih, so kena buat awal2 hehehe, kalo tak gerenti kempunan..lemang tu confirm la aku beli siap2 kat dari KL!! tak pedulik!!!
Nak main bunga api dengan si Hagemaru.. Tak tau la kali ni Cawan dapat cari bunga api ke tak, tapi kena main jugak walaupun belum raya lagi time nih.. Bebeh, ni tugas you untuk hari Rabu nih, pastikan dapat bunga api!!!
Emm lagi apa ye?? ..oh, mesti bawak Icam Hagemaru pergi shopping baju raya dia sehelai dua , dan jugak seketul kereta Hotwheels, di mana??? Mesti la di Jusco Kinta City, tempat lepak si Icam Hagemaru dan Cawan setiap kali balik Ipoh, sampai aku pun macam nak muntah darah, setiap kali diorg ajak ke situ!!!
Emm banyak dah agenda aku nih, tak sabor-sabor dah rasanya, malam ni nak kemas barang untuk balik ke Ipoh..
Balik kampung....ooo ooo oooo balik kampung.....hati giranggggggg!!!!!!
7 comments:
bestnyer :(
tak pe biq, Raya ni u balik raya awal, malam jumaat tu terus balik tepen, sempat la berpose dan raya sakan kt kampung!! Lagiiiiiiiii best!! 2 in 1..
kat pasar ramadhan tu ada dh bunga api.. smlm dh ada org jual aku tgk
wah best kan cuti aku pun ni baru balik dari cuti he he hehee......dah strat kerja ni yg tak best ni dah tak leh buka posa kat umah....
tu la tak best kalo cuti lama2 pas tu kene kerja plak..eeii tension...
Cuti aku jumaat ni dah approved!!! yihaaaaa..
perghhh....beraya awal nampaknya. maklumla nnt nk beraya di perantauan. baru leh nyanyi lagu dendang perantau.
biq, jom join konvoi balik kg nak? ptg khamis kiteorg bertolak :p
laney, bunga api tu ciput n mahal.. skip.. nanti survey lg..
3plepl8910, tahun ni blik berpuasa di ipoh, n pas perantauan trip tu, balik kg lg skali utk beraya di sana.. thn ni calender pahang xwujud..
Post a Comment