Tuesday, August 23, 2011

Photo Challenge Balik Raya 2011

Haaaaa seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ni, Sekupang team (Chawanna & Biqque) sekali lagi menganjurkan contest PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011! Penat tau, kami bertungkus lumus memikirkan challenge-challenge untuk tahun ni, setiap tahun makin susah pulak..ish ish... Ada yang sampai jatuh kusi, duk gelak memikirkan challenge2 ni..adeh...

So diharapnya tahun ni lebih BANYAK blogger-blogger yang masuk untuk memeriahkan contest ni! Hadiah? Hmm part ni paling best! Jangan risau..pasti ADA!!! Ini bukan contest biasa-biasa yang korang join tu..NI LAIN DARI YANG LAIN!! So of course la hadiahnya pun lebih hebat dari contest-contest yang lain..kan Biqque kannnnnnnn?

Kepada yang nak tau history mana datang nya contest PHOTO CHALLENGE NI, boleh baca di sini

Ok jom layan apa syarat-syarat contest ni... kalau ada yang tak clear/ tak paham, sila tingalkan comment anda, insya Allah akan dijawab :)


------------------------------------------------------
Copy paste dari Biqque

SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA! 

A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.

B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.

Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah la. 


10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN! 




Idea Biqque.
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.

2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat. 

3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus. 

4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye. 

5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat. 

Idea Chawanna. 
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau! 

7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing. 

8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala.Kaki tak leh pijak tanah ok! 

9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha! 

10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup! 



REMINDER!
Ingat! Semua aksi-aksi diatas, mesti ada tiga syarat utama tu (refer kat atas). Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D 



Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011”dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari. 

Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (12 Sept 2011) jam 12.00 tengah hari. 

Segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe! 



HADIAH-HADIAH NYER?

GRAND PRIZE : 
SATU* TIKET/VOUCHER*


1ST RUNNER UP : 
SATU TIKET/VOUCHER*


2ND RUNNER UP : 
SATU TIKET/VOUCHER*
 


*Tiket/voucher could be in various of medium/method/form. Jangan main-mainnnn... 
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur. 
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur. 


APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA!
DAN PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN
SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE? 



Originated by Sekupang Team. 
-----------------------------------------------


Ha amacam? Susah ke? Mana ada susah!!! Ini semua ikut creativity masing-masing. Jangan la pikir straight sangat, belok-belok sikit, janji dapat hasil yang dikehendaki. 
So sesiapa yang nak join, tapi tak reti nak buat cam mana, boleh lihat sini --> Contoh 1 , Contoh 2, and Winner Photo Challenge Balik Raya 2010



Akhir kata, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk memenangi tiket/voucher gempak itu.. Hokayyyyyyyyyyyy... 


25 comments:

Biqque said...

AGREE! makin lama makin susah hahaha! tapi ni bukan contest calang2 nyer :D best tauuuuuu!

Unknown said...

Hahaha..mari kite lihatttttt sapaaaaaaa yang kenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... teng teng tengggggg...

*sedang cari idea cam mana nk buat semua challenge nih hahahaha

Ely Hasrul said...

sumpah mak aku marah kalu buat. lelagik dpn spooky house, memancing.. naik beskal, mkn atas pokok.. korg xtau ke org mengandung byk pantang larang?? hahahhahaha

Unknown said...

Hahahaha..alamakkk terlupe plak ada ibu mengandung!!!! Takpe2..buat je mana boleh..kasi meriahhhhh, mana tau kot2 ada sagu ati ke nanti ha... hehehehe

Harlaney said...

aku rasa challenge kat highway tu agak merbahaya.. kang ada yang mati kene langgor sapa nak jawab haaa~

bdk2 @ John said...

omg!! susah ok....kat kg aku mana ade org bakar lemang! kene singgah highway laaa ni!!

btw, kene ade 10 keping gmbr ke? setiap 1 mewakili 1 challenge? cmtu?

Unknown said...

bdk2: Susah ke? Hahah tak pe..cube dulu...tak kan nk mengalah kot! Ye 10 keping gambar mewakili 10 challenge tu.

Laney: Ye agak merbahaya, aku nk p cari highway yg tak de keta lalu nanti haha *kat mana la agaknye tu?* hehehe

Biqque said...

highway...highway...aku tak cakap atas jalan kan? kan? kan? haaaaaaaaaaa! serius, jgn kata susah, sume ni bleh bikinnnnnnn!

kemang~ said...

kejap2, kat kg saye mane ade highwayyyyyyyyyyyy,, camane ni??

Biqque said...

adus...i tak cakap pun kampunggggg...don't think straight, bengkok2 skitttttt :D

Unknown said...

Aiyoooo tak semestinye semua challenge ni buat kat KAMPUNG KORANG!! Kat mana2 pun boleh, kot2 esok luse lalu kat duke/nkve/nse, bedal je la..Jangan sempitkan pemikiran anda, yg penting camera kene sentiasa ada, ada peluang amik gambar, terus snap..jgn tunggu2 huhuhuhu

Harlaney said...

agak2 selamat ke nak benti kete tepi highway tu?? walaupun tak bergambo tgh jalan.. kalau highway lenggang dah tak sama cam criteria dia nak.. aku sayang nyawa and kereta aku weh!

Biqque said...

zzzzzz...think...think...aku ckp kereta ke kereta2...ish kang aku spill out the beans kannnggggggg! hahahaha! bukan suh pi bunuh diriiiiii...

iedaiar said...

wah nak join laa~

iedaiar said...

alamak cam ssh la plak bila dh tengok contoh XD

Unknown said...

Ieda lar:rileks la..jom la try dulu. Boleh mengasah creativity masing2.. Sekali sekala buat benda2 gini best. Kitorg ni dh ketagih, sebab tu tiap2 tahun buat contest ni. Menang or kalah belakang cerita, yg penting best.. Tahun lepas ktorg sponsor winner pegi Yangon, return ticket lagi, so thn ni Insya Allah mungkin destinasi lain plak :))

Ely Hasrul said...

kalau aku menang aku nk pg langkawi je tau hahahha (sbb aku tau teket domestik lagik mahal hahhahaha)

Unknown said...

Hahahah siut je ko Ely... :p boleh dipertimbangkan ehehehe..

Lily Riani said...

seksa batin aku.... aku orang bando.... nasib baik takda suruh carik reban ayam ke apa ke... umah spooky tuh.. ish...

Biqque said...

benda ni takde beza bando ke kampong...yg penting, CREATIVE THINKING :D

juanita said...

Aduhaiiiiiii........susahh nyerrrr......

juanita said...

Idea Biq yg no .2 tu sah2 da kene potong markah..kekek..x sanggup makkkk.....!!!!

iedaiar said...

heehee.. BlueEwoke.. ieda takde kg.. coz kg kt JB ;D mmg xde la nk rase blik kg. jaoh2.. insyaallah ieda try le sahut cabaran o x..haha XD

wheetea said...

browse around these guys this post check this click here for more look what i found Find Out More

Unknown said...

read Continue see post you could try here anchor wikipedia reference