Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Binalong Bay ke Cradle Mountain (Tasmania)

[Entry Random, tanpa ikut urutan hari)

Sebenarnya kami tiba di St Helen petang semalam, sebelum tu kami di bermalam di Freycinet National Park. Tapi sebabkan takde mood lagi nak tulis entry Freycinet tu, so aku skip la satu hari. Mood aku kelam, sama seperti gambar-gambar yang diambil di Freycinet di hari semalam..sedih sob sob..

Agenda utama di St Helen pagi ni, adalah nak melawat sendiri Binalong Bay, yang famous dengan batu-batu oren tu, Binalong Bay. Distance dari kawasan kami berehat malam tadi untuk ke sini takde la jauh, lebih kurang 20-30 minit perjalanan je. Memang worth a visit la kalau dah road trip ke belah east coast Tasmania ni.

Kawasan Binalong Bay ni terletak di utara bandar St Helen, takde la exact location yang bagaitau ko dah sampai Binalong Bay atau tidak, tapi nak kenal pastinya mudah sangat, sebab boleh tengok dari batu-batu oren tu, bila dah jumpa batu-batu oren tu,maknanya ko dah sampai di area Binalong Bay. So kitorg masuk lagi sampai ke atas, dan parked motorhome di parkir kenderaan yang telah disediakan.

Ayuhhhh..

Orang paling excited, adalah seperti gambar di atas! First time berani nak ke laut. Dulu masa kecik-kecik meraung dengar bunyi ombak. Syukur Aqilah dah berubah hahaha.


Ajak mummy buat sand castle, masalahnya mummy tak reti, kau buat la sendiri okeh?


Tak tau  nak cakap apa, yang pasti cantik sangat. Cuaca hari ni agak mendung, sesekali nampak langit biru, sekejap lagi mendung pulak.

Tak ramai orang kat sini, pantai sangat bersih, pasir warna putih, halus dan lembut je kaki ni pijak, air tu memangil-mangil sebab jernih dan turquoise colornya memancor-mancor, tapi takut nak mandi, sebab sejuk bebenor airnya ha..

Gigih panjat batu, kengkonon nak tengok view dari atas. Confirmed la cun melecun. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, sapa yang teringin snorkeling, nak trekking, dan yang pandai surfing, silalah!

Close up sikit batu-batuan merah ni. 

Binalong Bay ni sebenarnya terletak dalam Bay of Fires Conservation Area, dan merupakan salah satu kawasan tepi laut yang cantik di Tasmania dan Australia. Dengan kehadiran batu-batu oren ni, lagi la kebabom lawanya. 

Seperti yang dilihat dalam gambar, memasing dengan aktiviti sendiri, ada yang sedang ambil gambar, yang bergambar, main-main pasir, dan Zafran entah hilang kemana..mungkin di celah-celah batu berhadapan makluk berbaju hijau tu..aku? of course la tengah berdiri dari atas batu ni hiks

Di celah-celah batu-batu oren.

Bertapa ke tu? 

Anak gadis aku sorang tu, time orang busy menikmati keindahan tempat ni, time tu la dia nak kencing la apa la, last-last tak tahan sangat, boleh suka hati je terkencing dalam seluar. Uii apa lagi, aku suruh terus dia masuk dalam air tu, dan mandi di celah-celah batu. Gambar mandi tak boleh share, bahaya zaman sekarang nih... 

Dah puas dia mandi, naik semula ke motorhome, nasib baik la ada paip belah luar motorhome tu, pulas je kepala paip, dapat la bersih kan badan dengan air tawar pulak. Malas nak kasi diorg ni basuh kaki dalam bilik air rumah bergerak tu, sebab pagi tadi aku dah sapu bersih-bersih hihihihi.

Ok next, sambung perjalanan nak menuju ke Cradle Mountain. So far ni la perjalanan paling jauh sepanjang ber-road trip di Tasmania ni. Kami mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk sampai ke Cradle mountain.


On the way ke Cradle Mountain. Dari review yang aku baca, Tasmania ni macam baby New Zealand gitu, tapi bila betul-betul compare, memang cun, tapi cun  dia tak setanding NZ langsung hahahaa.

Salah satu pit stop kami, tapi aku tak ingat namanya, nanti aku update semula nama tempat ni. Yang pastinya, pokok-pokok dalam ni, dah hampir pupus. So hutan ni katanya perlu di jaga untuk pastikan ianya terus kekal sampai ke generasi-generasi akan datang. Dalam ni macam ada walking trail yang cuma mengambil masa sekitar 15-20 minit. Disertakan juga dengan signboard dan informasi pasal pokok ni, dan tumbuhan di sini.


View sepanjang perjalanan ke Cradle Mountain.

Salah satu view di belah country side north Tassy, kat sini agak lawa jugak la, adalah berciri-cirikan NZ.

Salah satu lookout view dalam perjalanan menuju ke Cradle Mountain. Serius lawa. (Sorry tak ingat nama, nanti rajin aku update balik if berjaya bukak camera)


Sampai je di Launceston, kami singgah sekejap di Woolworth, nak beli barang makan, dan solat kejap. Pastu sambung balik perjalanan ke Cradle Mountain. Ya ampun serius jauh betul rasanya..

Selepas bandar Launcheston, kami memasuki semula kawasan-kawasan kampung dan view kat sini lagi lawa dari yang sebelum ni. Di tepi jalan, sudah mula kelihatan signboard menuju Cradle Mountain, dan beberapa lagi scenic drive di sekitar kawasan. Malangnya dengan masa yang sangat terhad, kami tak sempat nak try scenic drive kat kawasan ni, sebab kami terpaksa bergegas kejar ke Cradle mountain jugak.


Matahari dah mula nak terbenam. Kami ada sejam dua lagi nak sampai. Tak boleh nak bawak laju sangat, sebab jalan ke sini dah mula bersimpang siur..so bertabah je la. Nak ambil gambar pun tak dan nak turun, cuma sempat ambil dari dalam kenderaan je.

Cantik gile. Tapi tak boleh lama nak tunggu sunset ke hapa, sebab holiday park yang kitorg dah booked tu, office dia akan tutup by 7PM. Walaupun rasa tak sempat nak sampai on time, tapi kami usaha jugak. 

45 minit perjalanan dari last tempat kitorg benti amik gambar (pic atas), kami mula memasuki kawasan yang tanahnya lapang je, cuma ada rumput-rumput kecil, di atas jalan, mula kelihatan wallaby dan beberapa jenis binatang yang aku sendiri pun tak kenal pasti. Tapi nak cakap satu je, suasana senja di kawasan lapang menuju ke Cradle mountain tu seriusly lawa sangat, walaupun belum gelap sepenuhnya, tapi view dia lawa gile. Malangnya laki aku tak mo berhenti sebab dia kata nak kejar check in kat Cradle Moutain Discovery Park. 

As expected, by 8.30 PM macam tu, kitorg akhirnya sampai kat Discovery Park tu. Gelap! Office dah tutup. Aku turun dari kenderaan, dan pergi tuju depan pintu office. Tinjau-tinjau memang takde orang. Hish macam mana nak cek in ni. Sebab nak masuk tak boleh, sebab ada pagar blocked jalan tu. Lepas tu, ternampak ada satu envelope di tepi tingkap. Ada nama aku! Buka envelope, dan ada instruction macam mana nak bukak pagar dan tapak motorhome kami. Yahooooo! Nasib baik.. 

Info: Accommodation di Cradle mountain ni agak limited, kalau time peak, better la book awal sikit. Cradle mountain discovery park ni antara yang affordable la kalau on tight budget. Tapi kalau ada budget besar, boleh la duduk kat resort lain yang lebih lawa. 

Dah berjaya melepasi pintu pagar tu, kami mula mencari tapak *penginapan* motorhome kami, dalam tu memang takde lampu jalan, takde nampak orang, dan sangat-sangat gelap! Yang kelihatan adalah, motorhome dan khemah orang lain yang menang gelap! Gila awal diorg ni tidur! Segan gak lalu kat tempat diorg dengan bunyi kenderaan besor gedabak macam tu hahahaha. Memang pure tidur dalam hutan, cumanya kami tak duduk dalam khemah je! Teruja jugak la kan..

Sebabkan malam ni nak cut cost, kitorg amik unpowered site. So memang kena jimat letrik dan air lah. Toilet ada berdekatan dengan tapak camping kami, tapi takde sapa nak pegi mandi, sebab sejuk nak mampus, paling kuat amik wuduk jek. Pastu pagi ke common pantry yang betul-betul berdepan dengan tempat kitorg parking tadi. Kosong dan gelap!..Ok fine..bagus la takde orang, leh masak sesuka hati..Pakai stove letrik dapurnya,  goreng fries pun berkurun, 30 minit tak siap-siap, letih betul tunggu dapur letrik ni. Last sekali aku bawak balik masuk kuali tu, on api stove dalam motorhome tu, tak sampai 10minit dah siap goreng fries..ha makan la kenyang-kenyang..Sedar tak sedar, tau-tau dah pukul 11 malam, punya la lama aktiviti memasak dan makan-makan. Agenda aku dan adik aku hari ni nak amik pic milky way, kalau langit cerah..

So kami dua beradik pun keluar la bawak camera, yang lain-lain sibuk makan dan kemas-kemas dapur. Setting tripod la, apa segala..cuba dan cuba dapat la sekeping dua. Tu pun langit kejap berawan, kejap ok. Dengan mata kasar, memang boleh nampak milky way, tapi sebabkan ni first time, gambar pun tak berapa cun sangat. Dah la sambil-sambil setting tu, ada pulak bunyi binatang duk mengendap sambil buat bunyi mendengus-dengus. Uih suspen jugak..entah apa la bendanya.. Last-last Adib keluar, pegi cari apa benda bunyi tu, rupa-rupanya Tasmanian devil berdekatan dengan pokok tepi kitorg tu..paling tak guna sekali, Adib cabut lari dulu masuk motorhomes, siap ajak kitorg berdua masuk jugak, katanya tasmanian devil tu gigit orang kalau kacau tempat dia!

Yihhh stress aku dan Muni duk amik gambar time tu. Aqilah pulak, sedap main torchlight, suluh sana sini atas pokok, pastu duk "mummy look..there's something on the tree!!..." pastu kang "mummy look overthere.." ish seram okeh! Suka hati je nak look sana sini, petua orang tua dulu jangan main suluh2 atas pokok! kau sedap je suluh sana sini.. hiks..

Laki aku pun sama, langsung tak beri sokongan, katanya penat drive, so dia suh la aku ambil gambar berhati-hati..penyudahnya, tinggallah kaum-kaum hawa saja, berdepan dengan cuaca sejuk, dan tasmanian devil yang berdengus tak berhenti-henti, dan Aqilah yang bermain torchlight suluh sana sini.. dan hasilnya adalah seperti berikut.... sobs...


Hasil suluhan Aqilah..tak tau la dia nak suluh apa..Tak lama lepas tu, langit kembali berawan, dan pastu hujannnnnnnnnnnnnnnnnnn..


So tamat la aktiviti nak ambil gambar milky way nya! Malam tu tido kesejukan dalam blanket tebal..uii sedap...

Wednesday, April 20, 2016

Tasmania: Roadtrip to Eastern Tasmania (Part 1)

Bulan Mac lepas kami ke Hobart, melalui Melbourne. Tiket murah-murah je, sebab fefeling nak road trip, maklum la dah ada extra baggage ni, turun naik train tu memang ehem sikit, kalau berdua je takpelah hihihi.

Kami menaiki Jetstar dari Melbourne ke Hobart, harga tiket return setiap orang lebih kurang RM300+ seorang, agak murah la jugak. Tiba di Hobart Airport dah senja. Campervan yang kami sewa ialah dari company Apollo, tapi business hour diorg dari 8AM-4.30PM saja, so next day baru kami ambil campervan. Untuk malam ni, kami sewa kereta kecik je dulu, dan duduk semalam di Hobart CBD. Jarak Hobart Airport ke Hobart CBD ialah lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki kereta. Lepas check in hotel, kami keluar semula, untuk beli groceries di Coles nak stock up dalam motorhome kami nanti. 

Suka betul budak berdua ni lepak dalam ni. Aqilah suruh daddy beli "kereta" macam ni kt KL nanti hahaha.


Esok harinya, seawal 8 pagi, kitorg kembali semula ke Hobart Airport untuk pickup motorhome kami. Kitorg pilih EURO Deluxe, 6 berth, dengar harga AUD 1684.10 (harga termasuk insuran, yang berharga AUD 44 sehari), kalau tak ambil insurance, memang boleh murah lagi, tapi kami tak mahu ambil risiko, jika terjadi apa-apa, so tabahkan je la hati nak bayar insurance tu. Kami pilih insurance yang bondnya hanya perlu bayar AUD 250 saja if apa-apa jadi.


Sebelum mula trip kami, Apollo staff yang bertugas, telah bagi sedikit briefing tentang nak guna motorhome ni, cara nak isi air di tank, buang grey & waste water, charge power plug, dan tips-tips lain yang penting untuk operate motorhome ni. 


Plan hari ni, dari Hobart kami akan melalui Swansea, Spiky Bridge dan akhir sekali kami akan stop di Freycinet National Park, dan bermalam di sana. Bismilah..ayuhlah kita ber"roadtrip" huhuhu.. Berdebar jugak rasanya bila duduk dalam ni, semua passenger kena duduk di ruang meja makan, sebab hanya kat situ je ada seatbelt. Tapi paham-paham je la ada budak ni, kadang diorg nak berjalan la, nak baring la sebab dah tau ada katil. So ada la jugak diorg lepak-lepak kat belakang tu. Tapi harus diingat, memang tidak selamat kalau jadi apa-apa jika duduk dekat belakang ni, sebab melantun-lantun masa dalam perjalanan. Bunyi alatan memasak dalam cabinet usah cakapla, memang bising tong tang ting tong sana sini hahaha. Mula-mula tak biasa jugak, tapi bila dah lama-lama rasa immune dengan bunyi tu semua, dan kami pun lepas tu pandai dah nak susun supaya boleh kurangkan bunyi bising tu. 


Harus di ingat, walaupun ada toilet dan shower dalam tu, tidak bermakna korang boleh buang air kecil dan besar mahupun mandi sesuka hati ketika kenderaan bergerak! kena berhenti dulu okay! kalau tak, memang nahas la duduk dalam tu hahaha.


Salah satu beach di kawasan Swansea. Kami main stop je mana-mana yang kami rasa nak stop, sebab tak ikut sangat itinerary yang kami dah buat hihihi. Cuaca tidak menyebelahi kami pada hari ini, sekejap cerah, sekejap lagi mendung, kadang-kadang langit biru tanpa matahari, kadang-kadang kelabu asap! Hui tension jugak, memang boleh spoil mood huhuhu.


Posing depan motorhome! Yang besar ni, boleh muat 6 orang! Siap dengan dapur, shower & toilet. Perkakas masak semua pun ada. Memang ibarat rumah bergerak. Syukur tercapai juga cita-cita nak naik benda alah ni. Dulu masa ke NZ tahun 2011, aku penah cakap dengan Cawan, pasal nak merasa road trip dengan benda ni huhuhu. Trip kali ni aku pergi sekali dengan adik aku dan husband dia. Meriah betul rombongan kali ni kikiki.




Muka budak tak mandi pagi..acah-acah handsome gitu. ;p




Berdekatan dengan beach tadi, ada Spiky bridge, dikatakan bridge ini dibina oleh prisoner di sini. Agak famous jugak tempat ni dikalangan pelancong. Bagi aku biasa je la, sebab dah tepi jalan kan, so pegi je la tengok. 



Spiky bridge dari bawah 

Destinasi berikutnya Freycinet National Park. Ini memang salah satu destinasi idaman jika ke Tasmania. Dua minggu sebelum ke sini, aku telah call dan email Freycinet National park bertanyakan tentang campground untuk motorhome kami. Katanya tempat ni selalu fullybooked, sebab tengah peak season. So masa call tu, aku mintak dia reserve untuk motorhome kami. Saiz kenderaan perlu diberi sebab bukan semua kawasan di campground tu boleh muat dengan camparvan/motorhome kita.

Pada mulanya, kami berhasrat nak FREE Camping je dimana-mana di kawasan tu, tapi mengenangkan, air adalah sumber paling penting dalam hidup ni, so kami tekad nak amik campground yang siap sekali dengan power, air dan dump point! Tak payah pening nak pikir nak topup air dan buang najis kat mana nanti hihihi.

Storage air tank dalam motorhome tu, seingat aku 100liter, hanya mampu tahan 1-2 hari ikut penggunaan, jika dah guna untuk masak, membasuh pingan, mandi, dan guna toilet, sehari pun boleh lesap air dalam tu. Kebanyakkan free camping ground yang aku survey takde sediakan air, toilet je ada, ko rasa? Eee memang tak la hihihi. Toilet tu kira baik la dia nak sediakan, sebab setengah tempat tu, memang kawasan tandus/bush je hahaha. 
  • INFO: Untuk reserve campground untuk camping (tent), atau campervan/motorhome di seluruh Tasmania, sila refer pada link ini --> Tasmania National Park: Camping and Cabin Fee Info. Segala info berkaitan dengan camping ground yang terletak di DALAM KAWASAN NATIONAL PARK TASMANIA, boleh didapati di sini.
  • Dan jangan lupa untuk paham dan hadam Terms & Conditions untuk setiap tempat yang korang nak camping tu. Diorang memang strict bab-bab ni semua hihihi.
  • Dan satu lagi yang paling penting, kebanyakkan National Park di Tasmania memerlukan Pass untuk kita masuk. Kalau tak sure apa jenis pass yang korang perlukan, boleh refer di sini --> Type of Pass Needed dan Tasmanian National Parks Entry Fees. 

Ini contoh pass kami, valid up to 8 weeks dari date kami beli, dan per vehicle (up to 8 person), termasuk semua National park, including Cradle. Total harga adalah AUD 60. Memang berbaloi. Di situ nanti, diorg akan tulis nama dan no registration kenderaan korang, dan lepas tu, letak dekat depan dashboard. Pass ni boleh dibeli online, ataupun di National Park Visitor Center.


Dah selesai beli pass, kami terus ke Cape Tourville, berdekatan dengan campground kami. Ini adalah salah satu short walk yang disuggest dalam website tourism Tasmania. 
Boleh refer sini untuk senarai penuh 60 Great Short Walks yang ada di Tasmania :), jangan cakap akak tak payunggggg hihihih 

View dari atas..kalau ada matahari ni, mungkin boleh nampak kebiruan air laut tu..tapi apa nak buat, bab-bab cuaca ni diluar bidang kuasa kita..ye tak?

Gigih nak berjalan sendiri hehehe



Circuit sepanjang 600meter ni, cuma mengambil masa selama 20 minit saja, tahap kesusahan, adalah TIDAK SUSAH, kalau Zafran boleh, tak kan korang tak boleh? tak gitu? hihihihi..

Sebahagian daripada pemandangan yang ada di Freycinet National Park ni. Sebenarnya dalam ni ada banyak lagi walks yang menarik, cuma larat dengan tak je nak hadap.

Coastal view yang cantik, boleh nampak batu-batuan merah ala-ala di Binalong bay di sana tu..nama lain Granite (Pink Feldspar), sebab batu-batu tu nampak macam warna pink, ada macam tint oren & cream. Opposite dari tempat ni, ada the Nugget, tapi aku takde pulak amik gambar benda tu, nanti la aku korek kat camera laki aku..maklumla lens ni tak leh zoom jauh kikiki

Kalau bernasib baik, dari atas ni boleh nampak dolphins, tapi masa kat sini, hanya nampak burung-burung je dekat the Nuggets depan sana nun. (Ye tiada gambar the nugget! eee yapedaaa aku nih!)

Lighthouse. 

Ni satu lagi short walk yang kitorg pergi lepas Cape Tourville tu, Sleepy Bay walk, tapi yang ni agak susah sikit sebab jalan tak rata, dan banyak naik bukit. Tapi lawa sebab warna air sangat jernih dan biru turqoise, ditambah lagi dengan batu-batu granite yang merah/pink/orange menyala tu. Kalau ada matahari ni aku gerenti lawa nak mampus hehehe. Tapi takde, so layan je lah..
Hasil dari erosion process dari air dan angin, selama beratus juta tahun, telah menghasilkan batu-batu yang cantik macam ni! Subhanallah, memang terkesima dibuatnya bila tengok macam ni.

Sebabkan aku tak berapa gigih berjalan turun sampai ke beach bawah tu, aku stop sampai sini je. Memang tak mampu nak dukung Zafran turun ke bawah, dengan jalan yang tak berapa rata dan berbatu, mengigil kepala lutut rasanya. Laki aku entah kat mana, Aqilah pulak paham-paham je la, dah pandai jalan sendiri, tau-tau dia kedepan dulu, dah satu hal plak nak jerit-jerit kat dia suruh tunggu kita hahaha. So kite stop sini je la, jom balik campground, nak masak,lapar kot huhuhu..Esok kita sambung jalan lagi, nak tengok wineglass bay..hmm..


Sunday, October 4, 2009

Day 6: Red Sydney...

Terjaga dari tidur, tengok jam, oooo baru pukul 5.30 pagi..tidur lagi laa, takde apa dah nak kejar hari ni.. Dari tingkap nampak langit macam oren. Emm sunrise la tu..

Setengah jam kemudian, jam 6 pagi, tersedar lagi. Tengok ke tingkap, hari masih macam 'sunrise'..eh tak kan la dah pukul 6 pagi pun nak sunrise lagi, semalam cam dah terang benderang je..Lampu jalan kot.. Menuju ke tingkap, bukak tirai, cam terdiam jap..Apa yang berlaku sebenarnya ni??? Tak penah lagi rasenya tengok macam ni. Mimpi ke aku?? Tak pe la,, kita amik gambar dulu..

Pastu dalam 5 minit kemudian, Cawan pun bangun, aku suruh dia tengok ke tingkap. Dia pun terkebil-kebil tengok. Agaknya tak pasti kot apa yang ditengoknya tu. Apasal merah u? Aku jawab..emm entah la..cuba u on tv, mana tau ada berita..



Tengok tv, dalam berita terkini, diorg cakap, Sydney telah dilanda oleh ribut debu merah yang datang dari outback desert. Oh...ribut debu..emm kena amik gambar lagi ni, tak penah mengalami situasi macam ni lagi sepanjang hidup. Ribut debu ni dikatakan yang paling teruk sekali melanda Sydney, dalam tempoh 70 tahun. Last sekali berlaku dalam tahun 1930-an. Kitorg buat tak kisah je, sebab tengok kat luar semua seperti biasa je, orang ramai dah mula keluar nak pergi kerja. Sampai la pemberita tu cakap, semua flight akan DELAY, sebab kebanyakkan flight dah kena divert ke airport lain. Visibility time tu cuma 5KM je. Baru la kitorg tersedar yang ni pekara merupakan pekara yang sangat2 SERIUS..hehehe ..

Lepas breakfast dan mandi manda, kitorg pun check out la dari hotel. Hari ni hari terakhir kami di Sydney ni. Walaupun dust storm, aktiviti kena diteruskan, tapi ada slight changes la dekat itinerary kitorg. Mula2 nak pegi Sydney Aquarium tu, tapi memandangkan macam kat tempat2 lain pun ada aquarium, terus tak jadi pegi. Kitorg nak ke Opera House sekali lagi untuk amik gambar dia dalam ke-oren-an.




Kali ni kami tidak berjalan kaki lagi. Sebab dah ada kereta hehehe..Parking kat Opera house ni mahal nak mampus. 1 jam = AUD 9, so kalau convert dalam ringgit lebih kurang RM 25-27!! Tapi Opera punya pasal, tutup mata je la. Nak parking sebarangan takut kena saman pulak, lagi naya..




Membelakangi Harbour Bridge yang samar-samar..



Opera House cantik time ni, sebab kat bumbung dia nampak cam biru2 silver disinari cahaya matahari..



Singgah jap kat souviner shop kt Opera House ni, nak cari magnet. Tapi tak de la pulak, jual benda2 lain banyak la..ish fed up betul cam ni..



Bersebelahan dengan Opera House ada Royal Botanic Garden. Cantik jugak kt sini..Boleh tahan besar kawasan nih, tapi kitorg tak pusing la satu taman tu. Tak larat, lagipun nak kejar ke Bondi Beach pulak :)
Berjalan menuju ke Opera House dari parking underground tu, sampai ke atas, sekali tengok ramai orang pulak. Eish, ingatkan ribut2 ni orang tak kuar umah/hotel/etc..Bukan takat tourist je, penduduk tempatan pun ramai time ni. Tidak terkecuali professional photographers (agaknya la, sebab lengkap segala equipment diorg, lense panjang, pendek, semua ada). Kitorg pun apa lagi, join the crowd la kan, tak nak ketinggalan. Buat2 pro amik gambar la dalam ribut2 pun hehehehe...Masa ni angin bertuip sangat kencang, dalam berita tadi dah kasi tau, angin dalam kelajuan 80-100 KM. Orang ramai juga dinasihati supaya tutup mulut dan hidung sebab nak elakkan debu2 tu. Tapi kitorg tak rase apa pun, cuma tau muka dah penuh debu oren bile lap muka ngan tisu. Tak yah pakai bronzer susah2 tau hahahah..




Terbaring sebab rumputnya cantik sangat. Tapi bila dah bangun dari situ, abis baju melekat dust oren2..heheheh..



Cantik botanic park diorg nih, dah la masuk free. Walaupun cuaca tak berapa baik, ramai plak org berjogging dan buat aktiviti lain kat sini, macam tak de apa yang berlaku.. Tapi masa nih, nampak nya hari dah cerah sikit, dah tak merah sangat macam awal pagi tadi..

Destinasi seterusnya..ke Bondi Beach. Beach paling terkenal sekali kat Australia dan di Sydney. Tertanya-tanya jugak macam mana la agaknya beach ni. Terletak tak jauh dari bandar Sydney, dalam 20-25 minit perjalanan menaiki kereta.

Setibanya kami di Bondi Beach ni, terus terpegun. Cantik jugak sini. Ingatkan ala2 Teluk Batik ke, PD ke, maklum la pantai dekat dengan town ni. Mesti la ramai orang dan sedikit kotor. Tapi sangkaan aku tidak tepat sama sekali...





Niat di hati, memang nak mandi sangat2..tapi air pulak sejuk macam ais. Patut la tak de orang mandi, melainkan surfers. Diorang boleh la, sebab pakai wetsuit, kalau takat pakai baju biasa, alamatnye beku la kat situ hehehe..frust jugak time nih, aaa nape la air nye sejuk sangat..tension! tension!!!!

Mata kitorg sampai Bondi Beach ni, keadaan langit masih lagi oren, tapi semakin cerah...Ingatkan Bondi Beach ni besar la, cam pantai2 kt Surfers Paradise tu, sekali tengok, alahaiiii kecik je..cam kalau toleh kiri dan kanan, leh nampak la hujung ke hujung. Tapi kecik2 pun cantik...Begitu juga pantai2 yang berdekatan dengannya, macam Tamarama Beach, Congee Beach, semua kecik2..



Pasir terbang, angin sangat kencang time ni...


Langit semakin cerah..Dalam sejam jugak kitorg lepak kat Bondi Beach ni, sebabkan aktiviti mandi laut dah cancel, kitorg pun bercadang untuk buat last minute shopping, dekat Bondi Junction Shopping Centre. Cari magnet, tak jumpe jugak..aaaaa apa la diorg nih!!!!!






Jam dah pukul 3.30 PM, waktu untuk ke airport. Tapi nak isi minyak kereta dulu, pastu nak pulangkan kereta lagi. Kat situ saja dah amik masa selama 1 jam. Sampai ke airport dalam pukul 4.15 PM. Check in kat kaunter. Strict gile orang2 Tiger Airways nih, beg kitorg terlebih berat sikit pun, dah suh agih2 kan barang kat hand luggage la ape la. Adui senget sikit bahu angkut berat2..(terima kasih kepada Cawan yang memberatkan beg tu, penuh dengan Hotwheel dia jek!!!)

Tepat 6.20 PM, kami dah dipangil untuk masuk ke dalam flight. Fuhh lega.. Ingatkan dah ready utk take off, sekali pilot tu buat pengumuman plak, cakap flight akan delay. 1 jam plak tu!!Adui, sabar je la kan. Rupa-rupanya, flight kitorg tengah tunggu giliran utk take off, nombor 14 plak tu. Memang congested abis la airport Sydney time ni. Dari tingkap, boleh nampak flight2 yg dalam queue, yg di ruang udara plak, ade la dalam 2-3 flight yang masih buat pusingan tunggu turn untuk landing..emm penangan red dust storm la nih..Macam seram jugak, tengok cam ni, buatnya air traffic controller tu tersalah kasi arahan ke, pastu ter'accident' plak flight2 tu, lagi la naya kan..Tak lama kemudian, flight kitorg mula take off. Rasa lega, dan cuak jugak untuk seketika. Tapi alhamdullilah, semua nya ok lepas tu. 1 jam kemudian, sampai sudah ke Melbourne airport.

Midnight 24 September, kami berjaya pulang ke Kuala Lumpur..Selamat tingal Melbourne..kalau flight kat Sydney tu delay 4-5 jam lagi, gerenti la tak balik Malaysia hari ni heheheheDisebabkan dust storm yang melanda Sydney pagi tadi, semua flight ditunda. Tidak terkecuali flight kitorg. Airport tak usah cakap la kan, full gile, cam dalam pasar tani pun ada. Sambil2 menunggu tu, macam2 perangai orang la aku tengok. Layan je la. Macam dalam drama tv pun ada. Kitorg pasang telinga je la mendengar kekecohan di sekeliling kitorg.