Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Day 6: Red Sydney...

Terjaga dari tidur, tengok jam, oooo baru pukul 5.30 pagi..tidur lagi laa, takde apa dah nak kejar hari ni.. Dari tingkap nampak langit macam oren. Emm sunrise la tu..

Setengah jam kemudian, jam 6 pagi, tersedar lagi. Tengok ke tingkap, hari masih macam 'sunrise'..eh tak kan la dah pukul 6 pagi pun nak sunrise lagi, semalam cam dah terang benderang je..Lampu jalan kot.. Menuju ke tingkap, bukak tirai, cam terdiam jap..Apa yang berlaku sebenarnya ni??? Tak penah lagi rasenya tengok macam ni. Mimpi ke aku?? Tak pe la,, kita amik gambar dulu..

Pastu dalam 5 minit kemudian, Cawan pun bangun, aku suruh dia tengok ke tingkap. Dia pun terkebil-kebil tengok. Agaknya tak pasti kot apa yang ditengoknya tu. Apasal merah u? Aku jawab..emm entah la..cuba u on tv, mana tau ada berita..



Tengok tv, dalam berita terkini, diorg cakap, Sydney telah dilanda oleh ribut debu merah yang datang dari outback desert. Oh...ribut debu..emm kena amik gambar lagi ni, tak penah mengalami situasi macam ni lagi sepanjang hidup. Ribut debu ni dikatakan yang paling teruk sekali melanda Sydney, dalam tempoh 70 tahun. Last sekali berlaku dalam tahun 1930-an. Kitorg buat tak kisah je, sebab tengok kat luar semua seperti biasa je, orang ramai dah mula keluar nak pergi kerja. Sampai la pemberita tu cakap, semua flight akan DELAY, sebab kebanyakkan flight dah kena divert ke airport lain. Visibility time tu cuma 5KM je. Baru la kitorg tersedar yang ni pekara merupakan pekara yang sangat2 SERIUS..hehehe ..

Lepas breakfast dan mandi manda, kitorg pun check out la dari hotel. Hari ni hari terakhir kami di Sydney ni. Walaupun dust storm, aktiviti kena diteruskan, tapi ada slight changes la dekat itinerary kitorg. Mula2 nak pegi Sydney Aquarium tu, tapi memandangkan macam kat tempat2 lain pun ada aquarium, terus tak jadi pegi. Kitorg nak ke Opera House sekali lagi untuk amik gambar dia dalam ke-oren-an.




Kali ni kami tidak berjalan kaki lagi. Sebab dah ada kereta hehehe..Parking kat Opera house ni mahal nak mampus. 1 jam = AUD 9, so kalau convert dalam ringgit lebih kurang RM 25-27!! Tapi Opera punya pasal, tutup mata je la. Nak parking sebarangan takut kena saman pulak, lagi naya..




Membelakangi Harbour Bridge yang samar-samar..



Opera House cantik time ni, sebab kat bumbung dia nampak cam biru2 silver disinari cahaya matahari..



Singgah jap kat souviner shop kt Opera House ni, nak cari magnet. Tapi tak de la pulak, jual benda2 lain banyak la..ish fed up betul cam ni..



Bersebelahan dengan Opera House ada Royal Botanic Garden. Cantik jugak kt sini..Boleh tahan besar kawasan nih, tapi kitorg tak pusing la satu taman tu. Tak larat, lagipun nak kejar ke Bondi Beach pulak :)
Berjalan menuju ke Opera House dari parking underground tu, sampai ke atas, sekali tengok ramai orang pulak. Eish, ingatkan ribut2 ni orang tak kuar umah/hotel/etc..Bukan takat tourist je, penduduk tempatan pun ramai time ni. Tidak terkecuali professional photographers (agaknya la, sebab lengkap segala equipment diorg, lense panjang, pendek, semua ada). Kitorg pun apa lagi, join the crowd la kan, tak nak ketinggalan. Buat2 pro amik gambar la dalam ribut2 pun hehehehe...Masa ni angin bertuip sangat kencang, dalam berita tadi dah kasi tau, angin dalam kelajuan 80-100 KM. Orang ramai juga dinasihati supaya tutup mulut dan hidung sebab nak elakkan debu2 tu. Tapi kitorg tak rase apa pun, cuma tau muka dah penuh debu oren bile lap muka ngan tisu. Tak yah pakai bronzer susah2 tau hahahah..




Terbaring sebab rumputnya cantik sangat. Tapi bila dah bangun dari situ, abis baju melekat dust oren2..heheheh..



Cantik botanic park diorg nih, dah la masuk free. Walaupun cuaca tak berapa baik, ramai plak org berjogging dan buat aktiviti lain kat sini, macam tak de apa yang berlaku.. Tapi masa nih, nampak nya hari dah cerah sikit, dah tak merah sangat macam awal pagi tadi..

Destinasi seterusnya..ke Bondi Beach. Beach paling terkenal sekali kat Australia dan di Sydney. Tertanya-tanya jugak macam mana la agaknya beach ni. Terletak tak jauh dari bandar Sydney, dalam 20-25 minit perjalanan menaiki kereta.

Setibanya kami di Bondi Beach ni, terus terpegun. Cantik jugak sini. Ingatkan ala2 Teluk Batik ke, PD ke, maklum la pantai dekat dengan town ni. Mesti la ramai orang dan sedikit kotor. Tapi sangkaan aku tidak tepat sama sekali...





Niat di hati, memang nak mandi sangat2..tapi air pulak sejuk macam ais. Patut la tak de orang mandi, melainkan surfers. Diorang boleh la, sebab pakai wetsuit, kalau takat pakai baju biasa, alamatnye beku la kat situ hehehe..frust jugak time nih, aaa nape la air nye sejuk sangat..tension! tension!!!!

Mata kitorg sampai Bondi Beach ni, keadaan langit masih lagi oren, tapi semakin cerah...Ingatkan Bondi Beach ni besar la, cam pantai2 kt Surfers Paradise tu, sekali tengok, alahaiiii kecik je..cam kalau toleh kiri dan kanan, leh nampak la hujung ke hujung. Tapi kecik2 pun cantik...Begitu juga pantai2 yang berdekatan dengannya, macam Tamarama Beach, Congee Beach, semua kecik2..



Pasir terbang, angin sangat kencang time ni...


Langit semakin cerah..Dalam sejam jugak kitorg lepak kat Bondi Beach ni, sebabkan aktiviti mandi laut dah cancel, kitorg pun bercadang untuk buat last minute shopping, dekat Bondi Junction Shopping Centre. Cari magnet, tak jumpe jugak..aaaaa apa la diorg nih!!!!!






Jam dah pukul 3.30 PM, waktu untuk ke airport. Tapi nak isi minyak kereta dulu, pastu nak pulangkan kereta lagi. Kat situ saja dah amik masa selama 1 jam. Sampai ke airport dalam pukul 4.15 PM. Check in kat kaunter. Strict gile orang2 Tiger Airways nih, beg kitorg terlebih berat sikit pun, dah suh agih2 kan barang kat hand luggage la ape la. Adui senget sikit bahu angkut berat2..(terima kasih kepada Cawan yang memberatkan beg tu, penuh dengan Hotwheel dia jek!!!)

Tepat 6.20 PM, kami dah dipangil untuk masuk ke dalam flight. Fuhh lega.. Ingatkan dah ready utk take off, sekali pilot tu buat pengumuman plak, cakap flight akan delay. 1 jam plak tu!!Adui, sabar je la kan. Rupa-rupanya, flight kitorg tengah tunggu giliran utk take off, nombor 14 plak tu. Memang congested abis la airport Sydney time ni. Dari tingkap, boleh nampak flight2 yg dalam queue, yg di ruang udara plak, ade la dalam 2-3 flight yang masih buat pusingan tunggu turn untuk landing..emm penangan red dust storm la nih..Macam seram jugak, tengok cam ni, buatnya air traffic controller tu tersalah kasi arahan ke, pastu ter'accident' plak flight2 tu, lagi la naya kan..Tak lama kemudian, flight kitorg mula take off. Rasa lega, dan cuak jugak untuk seketika. Tapi alhamdullilah, semua nya ok lepas tu. 1 jam kemudian, sampai sudah ke Melbourne airport.

Midnight 24 September, kami berjaya pulang ke Kuala Lumpur..Selamat tingal Melbourne..kalau flight kat Sydney tu delay 4-5 jam lagi, gerenti la tak balik Malaysia hari ni heheheheDisebabkan dust storm yang melanda Sydney pagi tadi, semua flight ditunda. Tidak terkecuali flight kitorg. Airport tak usah cakap la kan, full gile, cam dalam pasar tani pun ada. Sambil2 menunggu tu, macam2 perangai orang la aku tengok. Layan je la. Macam dalam drama tv pun ada. Kitorg pasang telinga je la mendengar kekecohan di sekeliling kitorg.





Saturday, October 3, 2009

Special Edition Day 6 : Sydney?? No!! Hello Mars..

Sydney @ 6.13 AM (4.13 AM - KL time)

Reddish-orange cloud..


Sydney @ 9.26 AM

View from our hotel room


The car covered with red dust from outback..

To the city..

Sydney Harbour Bridge & Opera House @ 10.26 AM

Ferry services closed for hours in the morning..

Dusty Opera House..

Bondi Beach @ 11.37 AM

Beach bummer ..


More on Red Dust Storm in next entry...

Thursday, October 1, 2009

Day 5 - Grand Pacific Drive

Emm cam malas la nak tulis panjang lebar, apa kata aku ceritakan secara ringkas je pasal journey kitorang ke Grand Pacific Drive dan yang seangkatan dengannya...

Hari cuaca di Sydney sangat baik. Cerah. Matahari tersenyum lebar, dan tak berapa windy seperti semalam.

Agenda pagi ni, nak pergi ambil kereta sewa di Mascot. Kereta sewa ni ada sejarahnya juga. Alamat dalam website tulis lain, kitorang pun pegi la sana naik train. dah sampai sana, tak de pulak. Rupa2nya kat tempat lain. Memang celaka betul la..Dah kena jalan kaki lagi, nyaris tak jauh sangat..


Kali ni kitorg sewa GPS skali. Saja nak try, sebab 2 hari je sewa kereta. Kononya nak save masa, takut tersesat kat bandar Sydney yang sesak tu. Dah jenuh plak kan..

Grand Pacific Drive
Grand Pacific Drive ni sejauh 140 KM ++, laluan ni sebenarnya boleh sampai ke Melbourne.

Attraction pertama yang kami lalui, adalah Royal National Park, 32 KM dari bandar Sydney. Merupakan the oldest national park in the world. Dalam ni cuma hutan je, tapi ada banyak la tempat2 picnic. Kami tak singgah pun, lalu je sepanjang jalan tu, ambil udara segar di waktu pagi.

Pokok-pokok yang ada dalam Royal National Park ni, sangat menarik, ada satu kawasan, pokok-pokoknye renek dan kontot, pastu satu kawasan lagi, pokok yang tinggi-tinggi ala2 LOTR tu..Angin kat kawasan ni boleh tahan kencang. Bunyi pokok2 tu agak menyeramkan bila ditolak angin. Macam bunyi ombak di laut, tapi seram sikit...

20 minit berlalu, kami tiba di penghujung jalan Royal National Park, dan di depan mata, terbentang laut seluas-luas alam. Pemandangan yang sangat cantik!! Tapi ini merupakan trail untuk pejalan kaki. So kitorg amik gambar kat signboard je la.


Stanwell Park
Kami teruskan lagi perjalanan ke Stanwell Park. Ia merupakan coastal village yang terkenal di Grand Pacific Drive ni. Dari sini la boleh tengok seacliff bridge yang famous tu. Air laut kat kawasan ni biru kehijauan (rasenya seluruh pantai kat Australia ni memang cantik2 kot)




Sea Cliff Bridge

Sea cliff bridge ni baru dibuka tahun 2005. Merupakan icon Grand Pacific Drive. Tapi kalau nak tengok bridge ni, kena tengok dari jauh, sebab kalau tengok dekat2, memang kite tak perasan pun yang rupa bentuk dia cam mana. Sea cliff bridge ni dibina sebab dulu jalan lama kat kawasan ni terletak dilereng2 bukit, pastu selalu pulak batu2 besar dari atas bukit tu jatuh. Kejadian paling teruk adalah tahun 2003. So gomen NSW nak tutup la jalan ni, tetapi dapat bantahan dari penduduk tempatan. Diaorg suruh gak gomen cari jalan penyelesaian supaya jalan ni tak ditutup. Akhirnya terhasil la bridge ni. Dibina jauh dari lereng bukit, tapi di atas laut...

Pemandangan laut dari atas bridge


Dalam jam 11.30 pagi, kitorg keluar dari GPD tu, sebab nak lalu bandar-bandar pulak. Satu sebabnya, sebab nak cari makanan. Berkeroncong dah perut time tu. Dalam sibuk-sibuk mencari tu, ternampak plak ada clearance sale kt satu kedai ni. Kedai ni jual barang2 untuk diving, surfing dan segala yg berkaitan la. Kebetulan plak aku nak cari rash guard cam Biqque tu, kitorg pun berenti la.. Masuk kedai tu, cari punya cari terjumpa la satu yang berkenan di hati. Harge pulak murah je lepas discount dalam AUD 29.90, kalau tak AUD 60. Pegi fitting room, check semua2, ha macam ok. Terus bayar. Nak sangat rash guard tu, sebab dia ada UPF 50+. So kurang la sunburn & rash ape2 yang terkena kat laut tu nanti. Biqque kat Phuket dan Krabi nanti kita pakai sama2 yek..

Sampai di Wollongong tengahari tu, terus singgah kat shopping center diorg. Kononnya nak cari makanan. Tapi sekali lagi Cawan sibuk bershopping Hotwheels dia dulu. Pastu baru cari makanan. Kali ni kitorg makan Fillet o Fish kat McD je. Itu je yang jumpa. Belasah la...

Destinasi berikutnya Jervis Bay. Jervis Bay ni, terkenal dengan aktiviti whale & dolphins cruises nya. 95% gerenti leh nampak dolphins & whales (itu kata mereka). Tapi kitorg tak pegi la cruise tu, mahal, lagipun aktiviti tu hanya dibuat di waktu. Sepanjang jalan ke Jervis Bay, di kiri kanan jalan, terbentang padang seluas-luasnya, hijauuuuuuuuuu jek...Syok betul rasenya kalau dapat tengok pemandangan macam ni tiap2 hari..

Antara bandar-bandar yang kami lalui semasa nak ke Jervis Bay tu adalah Shoalhaven dan Kiama.

Kat sini macam banyak wineries dan vineyards, tapi sayang, semua pokok angur masih togel lagi hehehe...belum musim lagi agaknya..Perjalanan ke Jervis bay terasa begitu lama. Mana tidaknya, kelajuan di jalan raya cuma 80-90 KM je. So bayangkan la?? Jalan plak kecik je..
Lihat langit yang biru itu... (akan bertukar tidak lama lagi..)


Akhirnya, sampai juga kami di Jervis Bay. Singgah kejap di bandar Jervis Bay, kecik je. Terjumpa kedai jual swim wear lagi, kali ni Cawan plak nak beli suar mandi dia. Nasib la ada yang murah. Emm rembat la satu...

Setibanya kami kat pantai Jervis Bay tu, cuaca mula bertukar mendung..Alaaa ni yang bosan nih....
Tiba-tibe je plak tu. Aduihai...padahal kitorg berenti kat kedai tu, kejap je, dalam 10 minit je,Pantai tu pun dekat je ngn kedai tu, ish ish..tak patut betui laa...Apa nak buat, terima hakikat la, amik jugak gambar. Baru ingat nak main2 air ke buat sand castle ke hehehe.. Paling dasat lagi, tak sampai 5 minit kitorg bergambarrrr...dah mula rintik...arggggg tidakkkkkkk!!!! Frust menonggeng jugak aku jap tu, mula la blame Cawan cari suar la, ape la...(hehehehe alasan)..Kitorg dah tau tau dah nak buat ape. Sebab tu last stop untuk aktiviti hari ni. So dah alang2 ujan tu, kitorg bercadang balik semula ke Sydney, leh jalan-jalan kat sana, lagipun awal lagi hari ni

On the way ke Sydney, asyik hujan je...Angin punya la kencang, sampai bergegar2 kereta kitorg, cuak kitorg. Tak penah lagi rasa cam ni. Selalu lori besar lalu baru rasa goyang keta, ni angin pulak. Jalan raya yang sempit, dan had laju yg limited, berserta cuaca yang extreme menyebabkan kami lewat tiba di Sydney. Sampai sana dah pukul 7 PM. Dah lepas sunset, hujan masih tak berhenti-henti.
Emm nasib la dah amik gambar Opera House tu semalam, kalau takkkkkkkkkkkkkkkkk, kempuanan la!!!
Since Sydney pun hujan, kedai2 pulak dah tutup (kul 6.30 PM diorg dh tutup shopping mall..Nyampah!!!), kitorg pun cuma pikir nak cari makanan jek. Dah alang-alang ada GPS, kitorg type je mana nak pegi, last2 kitorg decide nak makan KFC. Tempat ni terletak agak jauh dari Sydney Centre. Tapi KFC ni la satu2nya yang halal kat seluruh Australia!! (betui ni, diiktiraf dan ada sijil halal oleh AUSTRALIAN FEDERATION OF ISLAMIC COUNCILS )
Disebabkan kitorg ditahap kebuluran, kitorg pun amik set yg makan 1 keluarga hehehe..Ini plan makan untuk breakfast esok skali ni hehehe... Ha balik hotel, apa lagi...................mandi manda, dan makan laaaa...sambil layan NCIS..

Di luar, Sydney masih kebasahan dek hujan lebat yang mencurah-curah.... Selamat malam Sydney..